BREAKING NEWS
Showing posts with label DSAI. Show all posts
Showing posts with label DSAI. Show all posts

Anwar Ibrahim Didapati Bersalah, Dihukum Penjara Lima Tahun




 Mahkamah kecoh apabila hukuman dijatuhkan dengan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini.



Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Mahkamah Rayuan menetapkan hukuman lima tahun penjara bagi Anwar.

Mahkamah membenarkan penangguhan hukuman dengan wang jaminan RM10,000 yang harus diserahkan pada Isnin depan. Timbalan Pendakwaraya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak membantah keputusan tersebut.

Mahkamah kecoh apabila hukuman dijatuhkan dengan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Keputusan hari ini adalah sebulat suara di kalangan tiga hakim itu.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi yang mengetuai penal hakim masih belum menjatuhkan hukuman yang boleh dikenakan sehingga 20 tahun itu.

Dengan hukuman ini, masa depan polik Anwar hampir berakhir. Dia tidak boleh memegang sebarang jawatan politik dan menyertai sebarang pilihan raya termasuk menjadi calon PRK Kanag yang akan diadakan 23 Mac ini.

Dalam respons segera terhadap keputusan mahkmah ini, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, "Perasaan paling buruk adalah, saya tidak terkejut dan bersedia dari segi mentalnya untuk ketidakadilan ini".

Bekas pengerusi bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan berkata melalui laman Twitternya, dia terkejut dan meminta Anwar terus cekal.

"Saya tidak percaya ia boleh berlaku," katanya.

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, tindakan pimpinan perdana menteri itu membangkitkan kemarahan rakyat dan merupakan satu pengisytiharan ‘perang’ terhadap Pakatan.

“Najib penjarakan Anwar lima tahun- rakyat akan jatuhkan Najib dalam masa lima bulan, saya janji kepada kamu!

“Najib isytihar perang kepada Pakatan Rakyat, rakyat sedia untuk bangkit!,” tulisnya di laman Twitter.

Elizabeth Wong dari PKR yang juga Adun Bukit Lanjan berkata: "Memeranjatkan. Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar Ibrahim. Di mana keadilan?"

Sementara itu,Timbalan Pengarah, Bahagian Asia, Human Rights Watch Phil Robertson berkata, ini adalah penghakiman politik.

"Perbicaraan ini bertujuan untuk menendang Anwar keluar dari politik dan kerajaan bersedia untuk berbuat apa saja untuk mempastikan ia berlaku.

"Anwar dan keluarga beliau nampaknya terperangkap dalam mimpi ngeri yang tidak ada penghujung dalam karier politiknya, di mana mahkamah telah digunakan sebagai alat untuk menjatuhkan hukuman politik.

"Memang benar, hari gelap kepada kehakiman di Malaysia yang menunjukkan diri mereka sendiri tidak mampu berdiri tegap bila isu politik dimainkan di depan mereka.

"Kes yang dihadapi Anwar tidak sepatutnya dipertimbangkan sebagai jenayah sejak awal-awal lagi," katanya. – 7 Mac, 2014.


YA ALLAH YA TUHANKU, Engkau laknatlah dunia dan akhirat manusia-manusia yang bersengkongkol memfitnah hamba-Mu saudara Anwar Ibrahim dengan tuduhan liwat berdasarkan bukti yang amat meragukan!!!! Hancurkanlah jiwa perancang-perancang fitnah dan mereka yang bersubahat memfitnah beliau agar menjadi peringatan kepada manusia yang beriman. Berikanlah kekuatan kepada saudara Anwar Ibrahim menghadapi perancangan jahat musuh-musuhnya yang mahu Anwar Ibrahim dipenjarakan agar mereka dapat terus bermaharajalela berkuasa dan terus menzalimi rakyat!!!! Amin....Takbirrrrrrr!!!

Fitnah 2: Anwar Sepatutnya Dibebaskan Tanpa Dipanggil Membela Diri



Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya dibebaskan daripada tuduhan liwat tanpa perlu dipanggil untuk membela diri memandangkan pegawai penyiasat gagal mengikuti arahan pakar patologi forensik dari Hospital Kuala Lumpur semasa mengendalikan sampel yang diambil daripada Mohd Saiful Bukhari Azlan, sebagaimana yang diberitahu kepada Mahkamah Rayuan hari ini.

Peguam Karpal Singh berkata, Dr Siew Shue Feng mengarahkan Supt Judy Blacious Pereira untuk menyimpan 12 sampel dalam peti sejuk sebelum menyerahkannya kepada ahli kimia.

"Integriti sampel tidak diambil kira Pereira kerana beliau menyimpannya di dalam fail kabinet di pejabatnya dan bukannya peti ais," kata beliau dalam hujahnya.

Dr Siew menyerahkan sampel, termasuk swab rektum, yang diambil daripada Saiful untuk ujian DNA.

Mahkamah Rayuan mendengar rayuan Putrajaya terhadap pembebasan Anwar daripada pertuduhan meliwat Saiful, bekas pembantunya, di sebuah unit kondominium di Bukit Damansara pada 2008.

Karpal berkata arahan ketua polis negara tidak menyatakan bahawa seorang pegawai penyiasat boleh mengeluarkan sampel daripada beg dan sebaliknya memasukkan ia ke dalam sampul surat berasingan sebelum melabelkannya.

Beliau berkata sampel diambil di hospital kira 56 jam selepas kejadian dan pegawai polis hanya menyerahkannya 40 jam kemudian kepada pakar kimia hospital kerajaan, Dr Seah Lay Hong kira-kira jam 7.30 petang  pada 30 Jun 2008.

Karpal berkata pihak pembelaan mencabar Dr Seah kerana integriti sampel dikompromi dan pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie.

Beliau berkata hakim perbicaraan percaya testimoni dua pakar saksi pembelaan ke atas dua ahli kimia tempatan, termasuk Dr Seah.

"Itul adalah faktor yang menyebabkan hakim memutuskan untuk membebaskan Anwar selepas mendengar keterangan daripada dua pakar asing," katanya.

Pada 9 Januari, 2012, Anwar, 66, dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah unit kondominium di Bukit Damansara pada 2008.

Bagaimanapun, Putrajaya merayu terhadap keputusan itu.

Beliau juga berkata, mahkamah perlu mengambil kira keterangan Saiful  kerana selepas kejadian itu menunjukkan beliau boleh meninggalkan apartmen kerana pintu tidak berkunci.

"Bagaimanapun, beliau sempat makan karipap dan minum kopi dengan Anwar serta berada dalam apartmen selama 20 minit sebelum meninggalkannya," katanya.

Peguam itu memberitahu mahkamah walaupun dalam kes liwat yang pertama, Mahkamah Persekutuan membebaskan Anwar selepas membuang keterangan pengadu Azizan Abu Bakar kerana kekurangan kredibiliti.

Ramkarpal Singh, pembantu Karpal berkata, DNA yang dianalisis Dr Seah menunjukkan terdapat penyumbang ketiga pada sampel yang diambil daripada celah kelangkang  Saiful.

Yang lain adalah Anwar dan Saiful.

"Mungkin, Saiful ditusuk pihak ketiga," kata Ram Karpal.

Beliau berkata memandangkan sampel diserahkan kepada Dr Seah 96 jam kemudian terdapat kemungkinan besar berlakunya penyusutan kualiti.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihak pembelaan menunjukkan sampel itu seperti baru.

"Justeru, adalah meragukan sama ada sampel yang dikutip daripada Saiful adalah yang dihantar untuk dianalisis," katanya.

Perbicaraan ditangguhkan esok.

Sebelum itu, Karpal terus mengecam timbalan pendakwaraya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kerana memburukkan imej Anwar.

Karpal, yang juga pengerusi kebangsaan DAP berkata, peguam Umno itu membuat kenyataan terhadap ketua pembangkang bagi pernyataannya yang dibuat dari kandang tertuduh di Mahkamah Tinggi.

Shafee, semasa berhujah awal hari ini berkata, pihak pembelaan Anwar di Mahkamah Tinggi adalah penafian kosong apabila ketua PKR itu hanya memberi kenyataan dari kandang tertuduh.

"Tetapi beliau juga menyerang hakim , pihak pendakwa dan kerajaan apabila beliau memberi kenyataan tidak bersumpah," Shafee berkata .

Beliau berkata  adalah menjadi asas undang-undang bahawa seorang tertuduh mempunyai pilihan untuk memberi keterangan dan disoal balas, berdiam diri atau memberi kenyataan tidak bersumpah.

Karpal berkata beliau lama bersabar dan tidak mahu mengganggu Shafee selama lebih dua jam setengah apabila peguam berhujah dengan mencampurkan kenyataan politik.

Peguam veteran itu berkata, para hakim Mahkamah Rayuan perlu membuat keputusan kes ini beradasarkan bukti.

"Sebarang hujah mesti berada dalam parameter undang-undang," katanya dalam bilik mahkamah penuh yang kebanyakannya terdiri daripada penyokong PKR.

Beliau berkata, Shafee mengelirukan mahkamah apabila beliau bercakap piawaian pembuktian dalam kes-kes jenayah bergantung kepada keseimbangan kebarangkalian, lebih rendah daripada ujian keraguan munasabah.

Sama ada Shafee atau para hakim yang dipengerusikan Datuk Balia Yusof Wahi menyampuk Karpal yang berkerusi roda  yang juga seorang ahli politik semasa berhujah dengan suara yang kuat dan tegas.

Beliau juga berkata, di dalam perbicaraan jenayah itu pihak pendakwaan mempunyai tanggungjawab membuktikan setiap bukti bagi pertuduhan itu.

"Orang yang dituduh tidak perlu membuktikan dia tidak bersalah," kata Karpal merujuk kepada hujah Shafee bahawa pihak pendakwaan tidak dapat menyoal balas Anwar di Mahkamah Tinggi kerana beliau hanya memberikan kenyataan dari kandang tertuduh. – 6 Mac, 2014.

OLEH V ANBALAGAN
PENOLONG PENGARANG BERITA TMI

Karpal: Kenapa Saiful Tidak Melepaskan Diri Dan Melengahkan Laporan Polis Dua Hari Selepas Kejadian?



Rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kes Liwat II telah didengar pagi ini di di Mahkamah Rayuan. Mahkamah menetapkan dua hari sehingga esok.

Karpal mengemukakan hujah berhubung ketidakpastian sama ada sampel tersebut diusik.

Katanya, hakim perbicaraan bertindak dengan betul apabila membebaskan Anwar kerana terdapat persoalan berhubung integriti sampel berkenaan.

“Salah jika dikatakan bahawa hakim tidak mengambil kira saksi pembelaan, Dr David Wells dan Dr Brian McDonals. Terdapat kecacatan yang terpendam dalam kes pendakwaan.

“Sampel itu diambil 56 hingga 58 jam selepas kejadian. Sampel itu tidak disimpan dalam tempat sejuk beku tatapi dalam keadaan baik walau dengan ancaman degradasi dari bakteria.”

Berdasarkan kenyataan yang diperolehi, Karpal mengemukakan hujah bahawa Anwar tidak sepatutnya dipanggil untuk membela diri.

Katanya, mahkamah sepatutnya mengambil kira bukti yang dikemukakan oleh Saiful dengan berhati-hati, seperti yang dilakukan mahkamah ke atas Azizan Abu Bakar dalam kes Liwat I.

Hakim perbicaraan pada masa itu menyifatkan Azizan sebagai saksi yang kukuh, namun keputusan itu diubah oleh Mahkamah Persekutuan.

Karpal membaca pengakuan Saiful yang menyebut bahawa beliau bukan “orang ulu”  kerana mendapat pendidikan tinggi.

“Saiful berkata beliau takut kepada Anwar tetapi beliau boleh meninggalkan tempat itu. Pintu tersebut tidak berkunci, dia boleh melepaskan diri. Dia menghadiri satu majlis pada keesokan harinya. Jelas sekali dia membohong apabila berkata kejadian itu berlaku tanpa kerelaan.

“Saiful melengahkan laporan polis dua hari selepas kejadian. Beliau tidak pergi ke HKL terlebih dahulu tetapi pergi ke hospital lain.

Karpal berkata Saiful bertemu ramai orang tetapi tidak melaporkan perkara itu secara langsung.

Beliau berkata Saiful menemui (bekas pembantu Anwar) Ezam Md Noor dan juga Mumtaz Jaafar (seorang rakan kepada isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor), tetapi tidak membuat laporan polis.

Karpal berkata doktor Hospital Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid sepatutnya dipanggil oleh pendakwaan kerana Saiful memberitahu doktor berkenaan bahawa dia diserang dengan satu objek plasti yang dimasukkan ke dalam duburnya.

“Ini bukan kelakuan sesorang yang telah dinoda.”

Katanya, pihak pendakwaan tidak membuat penafian semata-mata kerana telah memanggil dua orang pakar.

Peguam Ram Karpal berkata tindakan hakim salah kerana memerintahkan Anwar membela diri kerana tiada kes prima facie.

"Terdapat pencemaran pada bahan uji peri anal, dan juga di bahagian lower rectum. Ini tidak dipertikaikan. Terdapat juga seorang lagi penyumbang lelaki. Terdapat campuran air mani mengandungi DNA Saiful, 'Male Y' dan seorang lagi penyumbang lelaki yang diperolehi dari kawasan peri anal.

"Terdapat penyumbang lelaki ketika untuk bahan uji dari kawasan rectal, mungkin pengadu telah dimasuki oleh sorang lagi individu atau pihak ketiga,” katanya.

Bapa Saiful Bukhari Memohon Maaf Kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim Dan Keluarga

Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim



KUALA LUMPUR 8 MAC: Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim hari ini mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik ke atas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Azlan“Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri.

“Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya,” kata Azlan pada sidang media tertutup di sebuah apartmen di tingkat 27 dekat Taman Melati, Gombak, pagi ini.

Turut menemani beliau, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Azlan berkata, kenyataan-kenyataan media sebelum ini melibatkan beliau dan anaknya dirancang dan disediakan oleh dua individu.

“Semua kenyataan akhbar anak saya dan saya sendiri dirancang dan diskripkan oleh peguam Zamri Idrus dan Khairul Annas Jusoh,” katanya.

Konspirasi untuk penjarakan Anwar

Menurut Azlan, kes tersebut adalah konspirasi politik jahat untuk memenjarakan Anwar kali kedua.

“Saya mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu niat jahat mereka. Segalanya dirancang dengan begitu rapi oleh Khairil Annas Jusoh. Ia dilakukan dengan begitu terancang sekali.

“Saya tak mahu bersekongkol. Empat tahun saya ikuti perbicaraan bersama peguam. Sebagai bapa, saya rasa ada benda yang tidak kena. Ada dalang dalam kes ini,” kata Azlan.

Beliau juga bersedia ke mahkamah jika diperlukan berikutan kes rayuan Fitnah II akan dimulakan Jun ini.

“Saya ada hak untuk terangkan. Kalau diminta ke mahkamah, saya sanggup ulang semula (kenyataan ini),” kata Azlan.

Dalam pada itu, beliau turut memohon maaf kepada Anwar dan keluarga yang menderita akibat fitnah ini.

“Walaupun pada ketika perbicaraan berjalan, saya dilihat bersama anak saya. Ini semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anak yang tidak beribu,” katanya.

“Setelah sekian lama mengumpul maklumat sama ada dalam perbicaraan mahupun dikirim orang ramai, saya dapati kebenaran terserlah,” kata Azlan.

Sementara itu, Johari berkata, beliau dihubungi Azlan kurang sebulan lalu.

“Pada mula saya fikir ada kes terbaru. Tapi selepas Encik Azlan hubungi maklumkan mahu buat pendedahan, kita kena bantu.

“Sidang media ini pun dibuat secara tertutup kerana kita bimbang keselamatan Encik Azlan,” kata Johari.

Tanggal 9 Januari 2012, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Zabidin Mohd Diah memutuskan Anwar bebas dari tuduhan Fitnah II yang mengaitkan beliau dengan bekas pembantunya, Saiful Bukhari. – NS

Listen! Anwar Menang Saman Terhadap Utusan





KUALA LUMPUR 21 Jan: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman fitnah RM50 juta terhadap Utusan Melayu Bhd dan ketua pengarangnya berhubung artikel berkaitan temu bualnya yang disiarkan oleh BBC tahun lalu.

Keputusan penghakiman itu dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk VT Singham di sini pagi ini.

Utusan didapati bersalah memfitnah Anwar kerana menuduh beliau menyokong pergerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

Singham memutuskan artikel itu bersifat fitnah dan bertujuan menjatuhkan reputasi Anwar sebagai pemimpin politik.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat kerana mengambil kira fakta dan bukti yang dibentangkan sepanjang perbicaraan, menunjukkan Utusan dipunyai oleh Umno.

“Artikel tersebut adalah terpesong, tidak tepat dan di luar maksud yang diperkatakan,” kata Singham dalam penghakimannya.

Keputusan itu merujuk artikel bertajuk ‘Tolak Anwar-Hassan’ yang disiarkan muka depan akhbar kawalan Umno itu pada 17 Januari 2012.

Anwar memfailkan fitnah terhadap Utusan dan Ketua Pengarangnya, Datuk Abdul Aziz Ishak 20 Januari tahun lalu, yang didakwanya telah mencetak dan menerbitkan berita berhubung komen beliau bersama BBC mengenai undang-undang berkaitan dengan homoseksual.

“Mahkamah berpuas hati (dalam artikel tersebut) bahawa ini adalah fitnah kepada plaintif,” kata Singham.

Menurutnya, Utusan tidak mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab.

Sedangkan katanya, defendan mempunyai peluang untuk membetulkan fakta selepas Anwar menghantar notis peguam untuk keterangan.

“Wartawan dan editor mempunyai hak untuk menyiarkan berita, tapi bukan fitnah, atau berita palsu,” tempelak Singham dalam penghakimannya.

Katanya, hakim memainkan peranan penting dalam memastikan kebebasan badan kehakiman.

“Keadilan perlu dilaksanakan tanpa dipengaruhi mana-mana pihak mahupun parti politik, semua keputusan perlulah selari dengan fakta yang dibentangkan,” jelas Singham.

Beliau mengarahkan Utusan membayar gantirugi kos sebanyak RM45,000 kepada Anwar manakala pampasan damage (teruk) ditetapkan ke satu tarikh kemudian.

Oleh Aisha Geoffrey

Tabik Dan Tahniah Semua!!









KUALA LUMPUR - Tahniah! Tiada perkataan lain yang nampak sesuai dan tepat untuk diberikan kepada semua.

Tahniah bukan sahaja kepada penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112), tahniah juga kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pengurusan Stadium Merdeka.

Sekali lagi rakyat dan pihak berkuasa telah berjaya membuktikan bahawa satu perhimpunan - tidak kira saiz dan bilangan peserta - boleh diadakan dengan aman dan berjaya jika setiap individu yang terbabit, sama ada yang memegang kuasa atau sebaliknya, bekerjasama, menghormati satu sama lain, memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing dan pihak lain, dan menghormati peraturan dan undang-undang.

Selepas insiden pahit Perhimpunan Bersih 2.0 dan Bersih 3.0, semua menunjukkan bahawa rakyat Malaysia masyarakat matang. Perhimpunan Bersih 2.0 disusuli dengan penggubalan Akta Perhimpunan Aman. Undang-undang itu disusuli dengan Perhimpunan Bersih 3.0.

Hari ini, di tempat tertutup Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Bertolak daripada persekitaran himpunan hari ini, yang dipercayai disertai sekitar 100,000 orang,  nampaknya kita boleh menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang akan diadakan sebelum akhir Jun ini, dengan tenang dan aman.



Komen di Twitter

Komen-komen blog mikro yang ditinjau Sinar Harian Online sebaik sahaja berakhir Himpunan Kebangkitan Rakyat, menunjukkan pemimpin dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) mengucapkan tahniah atas 'kejayaan' hari ini.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah yang mengucapkan tahniah kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, "+100 RT "@dinogombak: tahniah boss @HishammuddinH2O dan syabas pada @PDRMsia ada yang tak tidur dari semalam... #Salute."

Saifuddin yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi menulis, "Tahniah! RT "@dinogombak: boss @HishammuddinH2O dah boleh relaks minum kopi !!"

Hishammuddin, yang juga Naib Presiden Umno pula membalas mesej Twitter dengan menulis: "Terima kasih, ia tidak mudah @DrFathirAlhadad: #KL112 #HKR112 @HamdanMSalleh dengar khabar @PDRMsia semakin matang bersama masyarakt madani... Kudos H2O."

Ezmir SAMM pula berkata, "walaupun pelbagai SMS ugutan yang kami terima termasuklah ugutan 'bunuh', namun tidak menjadi penghalang untuk anak muda lakukan revolusi!"

Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak ketinggalan berkongsi tahniah hasil penganjuran himpunan hari ini.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas alasan membenarkan penganjuran Himpunan Kebangkitan Rakyat.

"Najib juga layak terima kredit kerana membenarkan  #KL112 diadakan dengan aman meskipun menerima bangkangan daripada golongan tegar dalam Umno, kerajaan, polis, yang seharusnya diketepikan," kata ahli Parlimen veteran ini.

Katanya, "HKR Stadium Merdeka satu kejayaan bersejarah, 100,000 orang, semua kaum berhimpun secara aman dengan harapan untuk perubahan. Demokrasi Malaysia sudah matang."

Naib Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan berpendapat bahawa himpunan #KL112 telah membuktikkan ia hanya satu perjumpaan politik manakala dakwaan bahawa sejuta orang akan berhimpun adalah palsu, ucapan Anwar pula hanya berkisar isu lama dan sebenarnya mana-mana perhimpunan akan aman jika tiada isyarat gerak tangan, yang dilihat merujuk kepada gerak-geri Anwar semasa Perhimpunan Bersih 3.0.

Pemimpin muda dari Majlis Peguam, Syahredzan Johan menulis: "Warga KL - buat apa sahaja yang anda perlu lakukan hari ini, jangan berhenti kerana #KL112. Ia juga hak anda. Jadikan demokrasi satu norma."

Anas Zubedy mengulas perkembangan hari ini dengan berkata, "#KL112 juga menunjukkan jika Pas mengepalai, hasilnya baik dan matang. Sudah pasti yang Pas pemimpin dalam PR. Tahniah!"

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga berkongsi pandangan berhubung perkembangan hari ini.

Kata beliau, "ertinya jika tiada campur tangan politik permusuhan dari atasan, pihak PDRM dapat menjalankan tugas dengan baik untuk semua."




Tahniah kepada polis

Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh juga mengucapkan tahniah kepada polis dengan mengulangi mesej yang dihantar pemegang akaun @MahasiswaMsia.

MahasiswaMsia menulis, "terima kasih buat pasukan @PDRMsia yang sangat komited dalam menjalankan tugas demi menjaga keamanan."

Seorang pemilik akaun bernama Najib berkata, "matang RT @saifuddinabd: +1 RT "@Hussamuddin: Kalau semua pihak bekerjasama macam ni kan baik."
Mesej itu dikongsi itu oleh Saifuddin.

Dalam SMS kepada Sinar Harian Online, Saifuddin berkata, perhimpunan politik adalah sebahagian darpada demokrasi."

Oleh itu beliau yang dilihat sebagai pemimpin moderat dalam Umno berkata, ia sepatutnya bebas dianjurkan oleh mana-mana parti politik, asalkan secara aman.

"Ia tidak perlu menjadi isu, terutama apabila dianjurkan pihak yang berbeza pendirian politik dengan kita. Ia tidak boleh kelihatan seolah-olah hanya sesuatu pihak sahaj yang dibolehkan menganjurkannya.

"Perhimpunan hari ini secara fundamentalnya tidak banyak berbeza dengan Perhimpunan Ulang Tahun Umno ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada tahun lalu," kata beliau sambil berkata, "kedua-duanya dianjurkan oleh parti politik."



Perhimpunan masa depan

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, semua pihak kelihatan mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2011.

"Ini perkembangan baik. Tahniah juga kepada polis yang menjalankan tugas dengan cemerlang. Selepas ini, saya harap semua pihak yang ingin menganjurkan perhimpunan dan yang terlibat dengannya akan memberikan kerjasama baik antara satu sama lain.

"Semoga tiada lagi usaha menakut-nakutkan orang ramai dengan adanya perhimpunan atau bagi yang ingin menyertainya.

"Lebih penting lagi, selepas ini, kita dapat membincangkan apa yang dibicarakan dalam perhimpunan itu, dan tidak lagi tentang logistik perhimpunan semata-mata," katanya.

Penganjur menyifatkan himpunan tersebut cukup berjaya berikutan ia berjalan dengan aman tanpa sebarang provokasi.

Bermula dengan perarakan dari lapan 'checkpoint' berbeza, pihak berkuasa tempatan menempatkan pegawainya di setiap lokasi terbabit.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali ketika ditemui selepas himpunan tamat sekitar jam 5.30 petang tadi melahirkan kesyukuran atas kelangsungan himpunan tersebut.

"Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang bangkit pada hari ini. Kami himpun secara aman dan teratur.

"Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia ini cukup bertanggungjawab, mereka sekadar ingin berhimpun menyatakan aspirasi mereka untuk membawa perubahan," katanya kepada Sinar Harian Online.

Beliau menyentuh soal kehadiran sebilangan besar golongan muda yang membanjiri Stadium Merdeka.

"Hari ini kita saksikan anak-anak muda begitu ramai daripada pelbagai kaum termasuk kaum-kaum dari Sabah dan Sarawak, bersatu hati untuk sama-sama menjana satu perubahan.

"Ini juga satu mesej yang cukup jelas. Kalau mesej ini pun Perdana Menteri tidak faham, saya kira amat malang sekali," katanya.

Tambahnya, "perhimpunan hari ini disifatkan cukup berjaya dan ini akan menjadi perhimpunan yang akan menjana kekuatan baru menjelang Pilihan Raya Umum ke-13."

Dalam pada itu, sebahagian pemimpin lain menyampaikan penghargaan terhadap kerjasama yang dihulurkan pihak berkuasa tempatan.



Aman kerana tiada gangguan

Pengasas Soladiriti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Cikgubad berkata pihak polis sudah bertindak rasional atas kerjasama hari ini.

"Perhimpunan hari ini boleh aman kerana apa? Kerana kita tidak diganggu. Maknanya, kalau pihak polis boleh bertindak rasional, tiada masalah. Akhirnya, hari ini mencatat sejarah.

"Mereka mula melihat bahawa peralihan itu suatu perkara yang tidak boleh dielak lagi dan ini merupakan pertanda yang baik bahawa kebangkitan rakyat akan memperolehi kemenangan dalam masa terdekat ini," katanya.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman pula menyifatkan kejayaan himpunan hari ini berkait rapat dengan perbincangan yang dijalankan pihak penganjur dan pihak berkuasa sebelum ini.

"Kalau perbincangan itu berjalan, saya yakin akan dapat hasil yang baik. Pengalaman masa lampau menunjukkan apabila berlaku masalah interaksi antara kedua belah pihak, perbincangan tidak berlaku. Berbeza dengan kali ini," katanya.

Himpunan ini dihadiri sebahagian besar pemimpin PR termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Meskipun peserta dilarang membawa anak ke himpunan itu, terdapat sebilangan kanak-kanak yang menyertai himpunan tersebut.

Pihak berkuasa bukan saja menjalankan pemerhatian di jalan raya, malah sebuah helikopter dilihat berlegar-legar di udara ketika peserta berarak menuju ke Stadium Merdeka.

Ahli jawatankuasa penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat, Hishamuddin Rais berkata, "himpunan tadi (hari ini) telah berjaya mengumpulkan 500,000 orang dan program kita berjalan mengikut masa yang dirancang dari jam 2 hingga 5 petang."

"Bagi kita ini adalah satu kejayaan besar. (Seramai) 500,000 rakyat itu, Anwar telah bercakap tadi, ia satu amaran kepada Najib, Umno-Barisan Nasional, jangan menipu di pilihan raya akan datang," katanya,

Anwar Ibrahim Dan Musa Hassan Berdamai??




Keputusan bekas IGP Musa Hasan menarik balik saman malu terhadap Anwar Ibrahim mungkin tidak mengejutkan kerana ia adalah perkara biasa saja, tetapi tidak begitu bagi saya. Ia semacam ada sesuatu perkembangan baru di antara kedua-dua bekas IGP dan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Musa menyaman Anwar kerana berhubung insiden peristiwa "mata lebam" di mana Musa dikaitkan sebagai turut terlibat dalam peristiwa tersebut dan dituduh menyembunyikan beberapa fakta dalam proses penyiasatan peristiwa berkenaan. Ekoran itu menyebabkan Anwar bertindak membuat laporan polis terhadap Musa dan Peguam Negara Abdul Gani Patail.

Alasan Musa untuk menarik saman itu kerana berlaku salah faham oleh pihak defedan (Anwar) berhubung kedudukannya ketika itu, dan beliau menerima untuk menyelesaikan kes itu di luar mahkamah.

Perbicaraan kes itu sepatutnya berlangsung hari ini, sebaliknya penyelesaian di luar mahkamah dicapai. Keputusan itu direkodkan di hadapan Hakim Datuk Asmabi Mohamad  di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Tiada sebarang kos dikenakan oleh mahkamah untuk mana-mana pihak atas penyelesaian itu.

Mungkin penyelesaian sebegitu biasa berlaku dalam mana-mana kes mahkamah di dunia tetapi kes di antara Musa dengan Anwar ini seakan ada kesitimewaannya dan sedikit unik. Yang menjadi persoalan kenapa semudah itu kedua pihak khasnya Musa untuk menerima penyelesaian itu? Kalau Anwar yang menarik ia mudah untuk difaham tetapi ini Musa?

Jika diikutkan senario, pihak Musa yang bersungguh untuk menyaman Anwar kerana Anwar dikatakan telah memburukkan reputasinya menerusi laporan polis bersama Gani Patail. Tetapi apabila Musa Hasan sedia menarik balik saman itu ia agak anih sedikit dan menimbulkan tanda soal dalam minda? Apakah sebelum memutuskan untuk saman Anwar, Musa tidak membuat penyelidikan dan kajian mendalam?

Di sini tidak perlu diulas panjang lebar mengenai perkembangan ini. Atas semangat Islam eloklah kalau ada perdamaian di antara mereka. Bagaimana pun kita tunggulah apakah perkembangan selepas ini. Persoalan apakah ada natijah atau pun cerita lain di sebalik penarikan balik saman itu akan terdedah juga di hujung waktu nanti. Mungkinkan Musa sudah insaf?

Yang jelasnya Musa yang selaku penyaman kenapa bersedia untuk menarik semula saman berkenaan? Bukankah dengan bertindak demikian orang akan menganggap Musa hangat-hangat tahi ayam atau tersalah membuat perhitungan. Moral di sebalik penarikan itu menjadikan Anwar dianggap di pihak yang benar. Dan saya tetap mempercayai tempua tidak akan bersarang rendah kalau tidak ada mengada? 

SUMBER

Video Panas: 4 Soalan Bodoh Untuk Encik Polis

 



Gambar-gambar gelagat 'Samseng-Samseng Umno/Apco' aka 'Syaitan-Syaitan Yang Di kenali' yang bertindak seperti berada di zaman batu.


1) Mengapakah pihak polis tidak menghalang dan buat bodoh sahaja terhadap tindakan gerombolan samseng-samseng Umno ini berarak dan berhimpun ditengah-tengah jalan raya utama,walaupun pihak polis telah mendapat maklumat awal??

2) Mengapakah anggota Polis yang berpakaian preman yang berada ditempat kejadian tidak menahan dan buat bodoh sahaja terhadap samseng-samseng Umno yang melontarkan cat merah kearah bas Jelajah Merdeka Rakyat itu??

3) Apakah Pengawal Peribadi Dato Seri Anwar Ibrahim akan mengeluarkan pistol demi menjaga keselamatan rombongan yang berada di dalam bas 'Jelajah Merdeka Rakyat' yang dikawalnya,jika tiada tindakan provokasi dilakukan oleh samseng-samseng Umno ini??

4) Mengapakah anggota Polis yang berpakaian preman yang berada ditempat kejadian bertindak begitu pantas ala-ala 'Rambo' terhadap Pengawal Peribadi Dato Seri Anwar Ibarahim sedangkan sebelumnya mereka kelihatan asyik buat bodoh sahaja??



Apabila Pengawal Peribadi Terpaksa Memikul Tugas Polis

Gambar ini membuktikan bahawa Pengawal Peribadi DSAI telah mematuhi SOP kerana telah menghalakan muncung pistolnya kearah tanah dan bukannya kearah gerombolan 'Syaitan-Syaitan Yang di Kenali' pencacai-pencacai Umno Jasin.


Bagai dijangka, akhirnya provokasi-provokasi yang dilakukan oleh pencacai-pencacai UMNO terhadap beberapa siri 'Jelajah Merdeka Rakyat' kali  ini membuahkan hasil akhirnya.

Ianya berhasil bilamana salah seorang dari Pengawal Peribadi DS Anwar Ibrahim mengeluarkan pistol yang dibawanya ketika pencacai-pencacai UMNO melakukan provokasi.

Difahamkan tindakan Pengawal Peribadi mengeluarkan pistol tu dianggap hanya sebagai SOP dalam melindungi Anwar Ibrahim dari diserang oleh kumpulan orang awam dikawasan tersebut.

Seperti dijangkakan blogger-blogger Pro UMNO menggunakan isu ini untuk memburuk-burukkan DS Anwar Ibrahim, malah ada yang menganggap Pengawal Peribadi DS Anwar Ibrahim ini adalah pengikutnya..

Bukan saja Blogger pencacai UMNO malah Media tunggangan UMNO juga tidak melepaskan peluang yang ada..



Pengawal Anwar acu senjata api

Jasin: Polis menahan lelaki yang ditugaskan mengawal Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mengacukan senjata api ke arah orang ramai pada majlis anjuran PKR di Kampung Baru Rim di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.15 petang itu, lelaki berusia 37 tahun yang menaiki kereta Toyota Camry, dipercayai berang dan keluar dari kenderaan sebelum mengacukan pistol selepas sekumpulan lelaki cuba menghalang bas dinaiki Anwar ke majlis itu.

Diserbu orang ramai
 


Marah dengan perbuatannya, orang ramai yang berada berhampiran tapak program Jelajah Merdeka Rakyat, menyerbu ke arah lelaki itu sehingga keadaan menjadi kecoh.

Beberapa anggota polis yang berkawal di tempat kejadian pantas menyuraikan kekecohan sebelum menahan dan membawa lelaki itu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

Susulan kejadian itu, laporan polis dibuat Pemuda UMNO dan Belia 4B Jasin jam 6.30 petang di IPD berkenaan. Hadir sama, Ketua Pemuda UMNO Jasin, Zaidi Attan dan Timbalan Pengerusi Gerakan Belia 4B Jasin, Zulkifli Kalil.

Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye ketika dihubungi mengesahkan menahan seorang pengawal sebuah syarikat keselamatan yang ditugaskan untuk mengawal Anwar.

Siasatan mendapati senjata api itu milik syarikat keselamatan dan pengawal terbabit dibenarkan membawanya ketika bertugas. Kita menahan pengawal itu dan turut merampas senjata apinya untuk siasatan.

"Kita menyiasat dari pelbagai aspek sama ada dia mengacukan pistol ke arah orang ramai atau hanya mengeluarkan senjata dan memegangnya di celah baju,” katanya.

Chuah berkata, pihaknya menerima empat laporan berhubung kejadian itu sehingga petang semalam.

Tiada provokasi

Sementara itu, pemimpin belia 4B Jasin yang diacukan pistol, berkata beliau terkejut dengan tindakan lelaki terbabit kerana beliau bersama beberapa rakan tidak melakukan sebarang tindakan ganas atau provokasi.

“Saya hanya berdiri di tepi jalan untuk memberi laluan kepada rombongan Anwar ke tapak ceramah.

"Namun, secara tiba-tiba pengawal peribadi itu meluru keluar dari keretanya lalu mengacukan pistol ke arah saya sambil berkata 'masuk' (jika berani).

"Saya dan beberapa rakan terkejut dengan tindakannya dan hanya berdiam diri sebelum lelaki itu masuk semula ke dalam kereta dan beredar," katanya - Berita Harian 

Ada Polis rupanya ditempat kejadian... ketika bas 'Jelajah Merdeka Rakyat' di baling dengan cat merah mungkin anggota Polis masih belum masuk bertugas agaknya..


“Saya hanya berdiri di tepi jalan untuk memberi laluan kepada rombongan Anwar ke tapak ceramah kata pemimpin Belia 4B itu...

Tengok gambar kat bawah ni.. ditepi jalan memberi laluan..


Beliau bersama beberapa rakan tidak melakukan sebarang tindakan ganas atau provokasi... tengok gambar kat bawah ni..


Tidakkah pencacai UMNO di atas sedang mengacukan senjata yang boleh menggulingkan negara terhadap konvoi 'Jelajah Merdeka Rakyat' itu.. maksud aku botol mineral water tu..

Siapa yang kata botol mineral water tu boleh ancam keselamatan sila lihat di ( SINI )

Kredit Sumber: Anak Sungai Derhaka

Pertuduhan Baru Terhadap Anwar dan Azmin Jelas Bermotif Politik 'Haram Jadah'



Hari ini untuk kesekian kali ketua pembangkang dan perdana menteri dalam pembinaan Anwar Ibrahim diheret ke mahkamah dalam usaha untuk menghalang bekas TPM itu melangkah ke Putrajaya selepas PRU 13 nanti. Anwar hari ini bersama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali diheret ke mahkamah atas tuduhan bersubahat cuba memecahkan sekatan polis ketika himpunan Bersih 3.0 baru-baru ini.

Anwar Ibrahim tidak gentar dengan mahkamah.

Pendakwaan ke atas Anwar dan Azmin itu dilihat sebagai usaha berterusan untuk menggunakan mahkamah bagi mengaib, memburuk dan menghalang Anwar dari terus bergerak untuk meruntuh UBN dengan pelbagai tuduhan yang aneh, ganjil dan gila.

Pada 22 Mei lalu mereka telah dituduh mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam perhimpunan Bersih 3.0 dan melanggar perintah mahkamah yang menghalang perhimpunan tersebut.

Pertuduhan ke atas Anwar dan Azmin itu jelas bermotif politik. Kenapa hanya mereka sahaja yang dituduh mengikut akta itu tetapi yang lain dibiarkan. Walhal bukan saja Anwar dan Azmin yang merupakan pemimpin politik hadir ke himpunan itu tetapi mereka lain juga kenapa tidak didakwa sama?

Untuk pengetahuan pihak polis, presiden Pas, Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu, dan naib-naib presidennya Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar dan Husam Musa juga hadir tetapi kenapa mereka tidak diseret sama. Apakah tujuan mengheret mereka itu bagi memberi gambaran keburuk dan kejahatan Azmin dan Anwar kemudian mereka diharap akan dibenci rakyat?

Pendakwaan Anwar dan Azmin itu menjadikan mereka sebagai mangsa pertama akta berkenaan yang dilulus secara tergesa-gesa dan dalam keadaan ahli parlimen tidak berpuas hati. Dengan tindakan tidak adil itu maka benarlah tanggapan dan kebimbangan akta itu lebih kurang sama dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sahaja.

Sementara itu Anwar menyifatkan pertuduhan ke atasnya dan Azmin hari ini sebagai satu penganiayaan politik bukan atas asas-asas keadilan. Melihat kepada bentuk hukuman itu ada maksud ia dibuat untuk menafikan Anwar dan Azmin sebagai wakil rakyat dan hilang hak untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang kerana kalau mereka dihukum atas pertuduhan itu dengan kadar tertentu kedudukan mereka sebagai ahli parlimen ternafi dan menyebabkan mereka tidak boleh bertanding dalam pilihan raya.

Pun begitu tuduhan itu tidak akan mengubah keadaan semasa dan tuntutan rakyat waktu ini. Kalau pertuduhan itu dibuat yang kononnya bersandarkan undang-undang tetapi motifnya hendak mengekang Anwar dari menyerang UBN dan Ha Najib Razak ia adalah perbuatan dan tindakan sia-sia sahaja. Apa yang berlaku ke atas Anwar hari ini berdasarkan sambutan dan sokongan tidak akan dapat dihalang dengan apa-apa tindakan 'sadisme' lagi termasuk juga membawa Anwar ke penjara.

Sepatutnya UBN sedar fenomena berlaku hari ini bukan lagi kerana Anwar, maksudnya orang mahukan kepada Anwar menjadi pemimpin... tetapi tuntutan dan desakan hari ini ialah supaya UBN tumbang sebagai kerajaan. Justeru kalau pun Anwar 'dirukup' dalam penjara UBN tetap juga akan berdepan dengan serangan rakyat, bahkan tindakan 'merukup' Anwar dipenjara itu menyemarakkan lagi keadaan.

Yakinlah semua halangan akan dilangkau oleh Anwar begitu saja. Semua lapisan masyarakat kecuali bangsa Umno saja yang tetap menentang Anwar untuk mengepalai negeri ini kerana mereka ada kepentingan terutamanya untuk melindungi diri sendiri. Jika diperhatikan mereka yang bermati-matian untuk menghancurkan Anwar itu semuanya bermasalah dan setengahnya ada kes jenayah. Adapun kenapa mereka berusaha sehingga ke titisan darah terakhir mempertahankan UBN bukan mempertahankan hak rakyat tetapi mempertahankan dosa-dosa mereka.

SUMBER

Noh Omar 'TERKESIMA' Tengok Ceramah Anwar Ibrahim di Sabak Bernam

Demo protes oleh para petani terhadap Noh Omar. (Gambar Fail) 


Noh Omar sedang 'berGUMBIRA'. (Gambar Fail)


Berbekalkan beberapa keping gambar yang dirakam diawal ceramah siri ke sembilan jelajah Merdeka Rakyat yang berlangsung di Sabak Bernam blogger-blogger pro UMNO cuba menipu pembaca mereka tentang jumlah kehadiran..




Ada yang menulis "Pictures Speak A Thousand Words". Itu pepatah Inggeris bagi mengambarkan ceramah Merdeka Rakyat yang dianjurkan oleh Pakatan Haram di Stadium Mini Sabak Bernam, malam tadi... kehadiran hanya sekitar 100 ke 300 orang..

Yang lebih bodoh lagi menulis Aku yakin gambar yang diperolehi dari cucutokselampit ini tiada yang tidak benar melainkan benar belaka.Aku juga amat yakin perkara ini terjadi di merata tempat di Malaysia dimana majority rakyat dilihat semakin menolak Anwar diatas pelbagai faktor yang aku rasa semua tahu dan tak perlu dikupaskan disini. Kalau nak baca sepenuhnya klik di ( SINI )..

Apa yang mereka cuba tunjukkan itu adalah kebodohan mereka sahaja sebenarnya, kerana menyangka hanya blog mereka yang menjadi tatapan rakyat oleh itu seperti TV3 memperbodohkan rakyat mereka pula cuba memperbodohkan rakyat sedangkan hakikatnya bukan semua rakyat sebodoh mereka..

Lihat gambar yang dikirimkan oleh SAMM Sg Besar ni.. jumlah yang hadir bukanlah sebagaimana yang didakwa oleh pencacai UMNO..

Untuk makluman, ceramah ini diadakan pada hari bekerja (malam Rabu), namun sambutan sangat menggalakkan dan Keadilan Daily menganggarkan 2000 orang di kawasan sekitar berhimpun di lokasi ceramah.


Berapa orang yang hadir? adakah ianya sekitar 100 hingga ke 300 orang??

Tengok video-video ini pula...






Berapa orang yang hadir? adakah ianya sekitar 100 hingga ke 300 orang??

Itulah hasilnya bila manusia yang bodoh dibayar untuk memperbodohkan orang lain.. hasilnya ialah kerja-kerja bodoh dilakukannya...

Keseluruhan video-video penceramah pada malam tersebut sila lihat di ( SINI )

SUMBER

Tahniah!! Datuk Seri Anwar Ibrahim Menang Kes Saman Terhadap Nallakaruppan



SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah yang dibawa Ketua Pembangkang itu ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta.

Satu kenyataan dikeluarkan hari ini menyebut, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan memihak kepada Anwar petang ini.

Peguam Anwar, Latheefa Koya berkata, selepas mendengar hujah kedua-dua pihak di kamarnya, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam mengetepikan pernyataan pembelaan pembela.

Katanya, mahkamah juga mengarahkan Nallakaruppan membayar ganti rugi kepada Anwar.

Jumlahnya akan ditentukan oleh Pendaftar Mahkamah kelak.

Anwar diwakili oleh Latheefa dan M Afiq Noor manakala Nallakaruppan pula oleh Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, Sarah Abishegam dan Nurul Nabiha.

Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat memfailkan saman itu pada 25 Ogos 2008 berhubung artikel bertajuk "Anwar terima RM60 juta" sekitar Ogos 2008 kerana mendakwa Nallakarupan bercakap sesuatu yang tidak benar mengenainya.

Dalam pernyataan pembelaannya pula, Nallakaruppan berkata beliau tidak berniat jahat ketika mengeluarkan kenyataan itu dan berada dalam perlindungan bersyarat.

Rais Yatim Tak Sayang Melayu



Memang pada zahirnya rais yatim sayangkan melayu walaupun dia orang minang..tp rais yatim sebenarnya lebih sayangkan jawa...klau korang tak percaya korang tanyalah dgn bekas amahnya yg bernama robengah tu..rais yatim kira spesis lelaki gentleman jgaklah dlm bab2 melayan amah2 dn pekerja2nya..ala2 boss yg bertanggungjawab gitu..


Memang gua tak tahan dgn sikap rais yatim nih..sudahlah penyayang..budiman plak tu..budi bahasa tak usah cakaplah..bercakap pun dlm bahasa melayu baku..sampai boleh kena sakit jantung org yg menunggu dia menghabiskan ayat2 yg dia cakapkan...tp yg lg gua tak boleh tahan ialah tahap bodek dia ni mmg 'superb'..mmg dia nih ada bakat semulajadi 'pembodek' tahap gaban..

Dia jugak menganggap dirinya seorang 'pakar' serba serbi..suka2 tafsir undang2 ikut suka hati dia jer..mcm le org lain semuanya bodoh mcm lembu nfc tak tau undang2...apa pun dia sanggup buat janji dpt terus jadi menteri kabinet dn dpt terus hidup dn dpt terus masyuk..walaupun sah2 mmg dia ni dh tak layak dan tak cukup spec utk terus berada dlm barisan kabinet...dia nih lebih kurang sama aje dgn spesis ibrahim katak and the gang..

KUALA LUMPUR 6 Jun: Anwar Ibrahim sememangnya tidak pernah menyayangi Melayu yang tidak beradap dan lidah bercabang seperti Rais Yatim, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN, Datuk Johari Abdul.

“Jika Melayu itu tidak beradab, merompak hasil rakyat dan lidah bercabang seperti Rais Yatim, memang Anwar tidak sayang…” katanya kepada Keadilan Daily.

Beliau membidas dakwaan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu semalam bahawa Anwar yang juga Ketua Pembangkang tidak sayang Melayu, sistem beraja atau budaya Melayu malah mendakwa Anwar tidak pernah menyebut soal itu.

Johari (kanan) yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani berkata, Malaysia mungkin adalah satu-satunya negara yang menyifatkan Melayu itu adalah Islam begitu juga sebaliknya.

Justeru, kata Johari, untuk mengaitkan isu ini, Umno telah memilih untuk menyerang Anwar kerana mereka juga percaya Anwar memiliki personaliti yang cukup terkenal sebagai pendokong Islam.

“Saya mengenali Anwar sejak tahun 1976 di universiti dan beliau cukup dikenali yang sentiasa bercakap tentang Islam.

“Malah beliau seorang pejuang dan antara mereka yang menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) sebelum menyertai Umno, jadi kalau dia pertahankan Islam dan Islam itu Melayu apa masalahnya?

“Dahulunya, Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri dan pemimpin tertinggi Umno, malah beliau (Anwar) dipecat dan bukan meletak jawatan, jadi apakah selama berada dalam parti itu Anwar tidak bercakap soal Melayu?” soal beliau lagi.

Menurut Johari lagi, pimpinan Pakatan Rakyat sendiri terdiri daripada majoriti Melayu, jadi tiada sebab untuk mengatakan Anwar tidak mendokong dan tidak sayang Melayu.

Rais sambil menyelam minum air turut menggesa orang Melayu untuk bersatu dan memilih BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Dapatlah disimpulkan di sini matlamat sebenar Rais berkokok adalah bagi meraih semula sokongan kaum Melayu terhadap Umno BN.

Oleh Aisha Geoffrey

Fakta "Pemuda Umno Sial, Pemuda Umno Celaka" Adalah Benar



Korang baca statement putar belit dari Ketua Pemuda Parti 'Haram Jadah Umno' bahagian itu iaitu Mohamad Sazali Kamilan yg mendakwa, Anwar pada malam itu telah mengeluarkan kenyataan berbunyi: "Pemuda Umno sial, Pemuda Umno celaka"...kj dn raja nong chik jg tumpang sekaki dgn membuat statement bohong dn tipu utk menutup perbuatan tidak bertamaddun mereka...tp fakta sebenarnya ialah Anwar hanya cakap "Pemuda Umno sial, Pemuda Umno celaka" selepas seorang lelaki warga emas yg tidak berdosa telah berlumuran darah kerana cedera di kepala dibaling dgn batu oleh penyokong Parti 'Haram Jadah Umno' ...cuba korang lihat pulak gelagat pelacur politik cari makan dari Parti 'Haram Jadah Umno' iaitu ummi hafilda aka Ketua Wanita UMNO Cawangan Lorong Haji Taib yg terlebih dulu membuat provokasi gila babi dgn mencarut mcm org hilang akal sepanjang ceramahnya bersebelahan dgn pentas ceramah PKR pd mlm tersebut..ceramah mereka sememangnya di buat hanya utk melakukan provokosi yg hanya sarat dgn unsur2 seks dn kata2 lucah semata-mata... tetapi penyokong PKR tetap bersabar dgn tidak melayan perbuatan bangkai2 Parti 'Haram Jadah umno' itu..jadi mmg sahlah umno mmg sial dn celaka...

CHE DET buat lagi. kali ini mantan PM itu mendakwa kononnya Pakatan Rakyat yang bakal tewas dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan menganjurkan demonstrasi ganas tanpa henti untuk menolak keputusan itu.

Dakwa Tun Mahathir Mohamad, pembangkang (Pakatan Rakyat) seterusnya akan mengusahakan pilihan raya baru yang dimanipulasi mereka diadakan.

"Tunjuk-tunjuk perasaan Bersih yang besar dan ganas adalah persediaan untuk menolak keputusan PRU13 jika parti lawan gagal memenanginya.

"Kekalahan mereka akan dituruti dengan demonstrasi ganas yang tidak berhenti-henti supaya keputusan pilihan raya ditolak dan satu kerajaan lain didirikan, yang ditunjuk oleh parti lawan," dakwa beliau dalam blognya.

Begitulah Mahathir, seorang pengamal politik Machiavelli yang tidak sudah-sudah dengan taktik 'reverse psychology'nya ketika berhadapan lawan politik.

Tidak seperti di era pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi yang sering dikecam beliau, Mahathir memilih untuk membantu menyerang Pakatan Rakyat dan menyembunyikan ketidakpuasan hatinya terhadap pentadbiran Najib. Alasannya mudah. Beliau tidak mahu BN yang semakin lemah hilang kuasa dan seterusnya membolehkan seteru politiknya, Anwar Ibrahim menerajui Putrajaya.

Oleh itulah kita lihat kini Mahathir lebih banyak memberi komen berhubung politik negara berbanding isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor!

Walaupun di awal pentadbirannya, Che Det mengkritik dua mantan PM iaitu Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Hussein Onn kerana didakwa selalu bersuara mencampuri urusan pentadbiran negara, kritikan beliau nampaknya terkena batang hidung sendiri apabila gemar bercakap mengkritik penggantinya pula.

Kepakaran Dr Mahathir sebagai seorang 'spin doctor' boleh dilihat dalam isu samseng politik yang kian menjadi-jadi sekarang ini.

Walaupun para pemimpin Umno bersungguh-sungguh menafikan pembabitan parti itu dalam beberapa kejadian di seluruh negara, umum mengetahui siapakah dalang dan punca kejadian samseng-samseng itu mengganas.

Kejadian terbaru membabitkan ceramah anjuran KeADILan di Lembah Pantai. Ceramah yang disampaikan Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar 24 Mei lalu dicemari insiden keganasan apabila pemimpin dan hadirin dilempar batu dan telur oleh Pemuda Umno. Seorang warga emas terpaksa dikejarkan ke klinik kerana tercedera terkena batu di kepala.

Motif Umno mengadakan ceramah lebih kurang 100 meter daripada lokasi ceramah anjuran KeADILan itu juga bertujuan mewujudkan ketegangan. Apatah lagi ceramah itu disampaikan penglipurlara cerita lucah dan porno Umno, Umi Hafilda Ali. Malah Umi Hafilda dilapor memekikkan perkataan "Anwar al-Jub*ri. Dia pro-Israel. Dia bapa kaki perempuan" bagi menenggelamkan ceramah Anwar.

Hampir 100 Pemuda Umno Lembah Pantai juga dilapor menghalang jalan utama menghala ke ceramah KeADILan dan membawa sepanduk bertulis "Anwar punca keganasan di negara ini".

Ucapan Nurul Izzah turut tertangguh 15 minit apabila bekalan elektrik sengaja dipotong.

Walaupun Umno Lembah Pantai yang dipimpin Raja Nong Chik menafikan terlibat dalam insiden ganas dan sabotaj itu, bukti-bukti yang wujud tidak boleh menafikan penglibatan Umno.

Begitu juga dengan insiden yang menimpa Anwar di Johor dan Pahang apabila kereta milik Ketua Pembangkang itu menjadi mangsa tindakan samseng upahan Umno.

Di Melaka, program menampilkan Pengerusi Bersama Bersih, S Ambiga baru-baru ini turut diganggu samseng. Malah Adun (Umno) Serkam dan Ahli Parlimen (Umno) Jasin turut dikesan berada di dalam kawanan gerombolan samseng tersebut.

Beberapa kejadian kacau ganggu di hadapan kediaman S Ambiga pasca himpunan bersih 3.0 punya kaitan dengan samseng Umno. Walaupun pihak-pihak terlibat melindungi kegiatan samseng mereka di sebalik nama badan bukan kerajaan (NGO), carian di internet membuktikan penglibatan mereka dengan Umno.

Walau bagaimana kerasnya penafian pemimpin Umno terhadap pembabitan parti itu dengan gerombolan samseng, Umno tidak boleh bersembunyi di sebalik lalang nan sehelai. Di Melaka sebagai contoh, budaya samseng politik dipelopori Pengerusi Perhubungan Umno yang juga Ketua Menteri, Dato' Seri Mohd Ali Rustam sendiri.

Menjadi hobi kepada Mohd Ali untuk mengadakan 'ceramah kilat' berhadapan lokasi pentas ceramah pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat. Mohd Ali akan menjerit-jerit menggunakan pembesar suara bagi mengganggu ceramah Pakatan Rakyat walaupun yang berada di hadapannya hanyalah sekitar 20 atau 30 orang penyokong Umno/BN.

Di Terengganu, sikap yang sama ditunjukkan pemimpin Umno apabila menganjurkan siri kempen "PAS Parti Ajaran Sesat". Apa yang melucukan, tatkala ghairah menuduh PAS sebagai 'sesat', Umno masih teringin untuk bermuzakarah bagi mencapai 'perpaduan ummah'. Begitulah hebatnya Umno bersandiwara untuk mengekalkan kuasa.

Walaupun tindakan provokatif dan samseng Umno ini dilakukan secara berleluasa, namun ia tidak langsung dilihat sebagai satu ancaman oleh pihak yang bertanggung jawab terhadap keselamatan negara. Hatta mantan Ketua Polis Negara sendiri menuduh Mursyidul Am PAS sebagai 'bapa kafir' hanya semata-mata kerana menyokong perhimpunan duduk, bantah Bersih 3.0.

Mungkin juga pihak polis berasa 'malu alah' memandangkan penaja dan pelopor kegiatan samseng ini ialah para pemimpin Umno yang sebahagiannya ialah memimpin kerajaan. Kumpulan-kumpulan samseng ini juga berselindung di sebalik nama NGO. Mereka juga mendapat pelbagai gelaran yang dianugerahkan pemimpin Umno. Antaranya "benteng ketiga pertahanan negara".

Tidak hairanlah jika ada penganalisis politik meramalkan PRU13 akan datang bakal menjadi PRU paling buruk dalam sejarah negara. Kegiatan samseng politik akan sampai ke kemuncaknya pada waktu itu. Dan tidak seperti tanggapan Dr Mahathir, kegiatan samseng dan ganas itu bukan dipelopori Pakatan Rakyat tetapi didalangi BN yang sudah tentunya diterajui Umno!

Oleh Ahmad Tajdid

Korang saksikan sendiri video ini sebagai bukti bahawa fakta umno adalah celaka adalah benar...




Korang tengok pulak video ini..betapa lucah dan biadapnya ucapan dari Ketua Pelacur Wanita UMNO Cawangan Lorong Haji Taib ni..terbukti pelacur yg telah hilang deria klimaks ini terlalu rendah akhlaknya dn rendah daya fikirnya serta tiada langsung nilai intelektual dlm setiap ceramah bangkainya itu..korang nilaikan betapa bengkrapnya umno dalam mempergunakan bangkai pelacur ini yg akhirnya akan menguburkan umno sendiri..pelacur ummi hafilda ini sanggup buat apa saja demi mencari duit..


Kini Batu Dan Telur Menjadi Senjata Tercanggih Umno/Apco



Kempen terdesak umno /apco nmpaknya dh sampai ketahap 'haram jadah'..setelah semua keburukan dn kebusukan parti busuk sampai keusus ini telah terdedah satu persatu..gerombolan penyamun2 ini spt hilang akal dn berperangai mcm org zaman batu..nk berhujah secara ilmiah dh tak mampu kerana tiada fakta2 benar yg ada pd mereka..jd terpaksalah guna kempen2 fitnah dn kempen2 basi video lucah yg dh tak laku tu..dn kini puak2 pencacai umno/apco nih dh naik pangkat dlm wadah perjuangan wassatiyah mereka dgn menggunakan batu dn telor sebagai senjata tercanggih mereka utk menangkis isu2 rasuah dn penyelewengan yg menyelubungi parti mereka...perbuatan membaling batu kearah orang-ramai sehingga mencederakan org tua2 dn kanak2 yg tidak berdosa amat tidak masuk akal serta memalukan..inilah perbuatan yg paling pengecut dn tak ada teloq..mmg bengong lah korang wat hal mcm ni..dh le nama pemimpin2 umno/apco dh busuk sehingga seantero dunia..kini korang spt meletakkan tong taik diatas kepala korang sendiri..mmg terserlah kebodohan pencacai2 haramjadah umno/apco nih..dan seperti biasa kes ini tidak akan disiasat oleh pihak polis kerana tiada kesalahan yang dilakukan menurut undang-undang negara versi umno/apco..




KUALA LUMPUR: Penyokong Umno meneruskan aksi samseng apabila melempar batu, telur dan botol hingga menyebabkan beberapa orang penyokong Pakatan cedera.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11 malam ketika Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap di ceramah di pangsapuri Pantai Permai, Kuala Lumpur.

Mengikut MalaysiaKini, batu itu dibaling dari kawasan ceramah Umno di kuarters Dewan Bandaraya Raya Kuala Lumpur (DBKL) Pantai Dalam yang terletak bersebelahan.

Ia berlaku kira-kira 30 minit selepas bekalan elektrik di ceramah itu dipercayai disabotaj.

Akibatnya, seorang warga emas yang menjadi mangsa itu diusung penyokong yang lain dari tapak ceramah dan dibawa ke hospital dalam keadaan separa sedar.

Ekoran insiden itu, penyokong KEADILAN berarak ke arah penyokong Umno yang berdiri berhampiran pagar kuarters DBKL dan kedua-dua penyokong hanya dipisahkan pagar di Kuarters DBKL Pantai Permai.

Polis yang berada di tapak ceramah cuba mengawal keadaan namun penyokong KEADILAN terus dibaling telur dan botol air mineral dari arah penyokong Umno.

Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nurul Balqis dturut terkena lontaran batu sebesar kira-kira penumbuk tangan sewaktu Anwar berucap.

Menurut ibunya, Adita Ketek, klinik yang memeriksa anaknya memintanya membawa Nurul Balqis ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana dikhuatiri patah tangan akibat insiden itu.

Di pentas ceramah Umno, menyaksikan personaliti kontroversi Ummi Hafilda Ali menghiasi pentas ceramah hanya menarik kira-kira 200 orang.

Ummi tidak berceramah secara berterusan tetapi menunggu penceramah KEADILAN bercakap, kemudian membidasnya secara spontan – dengan pembesar suara dihalakan ke arah tapak ceramah KEADILAN.

Ceramah berakhir dengan bacaan doa dari Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad sekitar jam 12 malam.

Bekas Peguamcara Negara II Tidak Ingin Terlibat Dalam “Kekotoran” Kerajaan


KUALA LUMPUR, 22 Mei-Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggelar penyertaan bekas pendakwaraya kanan, yang sebelum ini gagal mendakwanya dalam kes liwat, ke pasukan peguamnya sebagai kemenangan simbolik kerana beliau tidak ingin terlibat dalam “kekotoran” kerajaan.

Anwar telah berkata bahawa tuduhan terbaru ke atasnya adalah disebabkan dorongan politik, dan berkata bahawa penyertaan bekas Peguamcara Negara II Datuk Yusof Zainal Abiden ke kumpulan peguamnya adalah “bermakna” dan “perkembangan positif”.

“Saya menerima maklumat bahawa beliau rela menyertai pasukan pembelaan saya, jadi saya sebagai tertuduh telah menghubunginya untuk bantuan,” Anwar memberitahu para wartawan.

“Ini adalah suatu perkembangan positif...saya fikir ada lebih banyak lagi peguam yang menunggu masa untuk menyertai saya juga,” beliau berkata.
“Kehadiran Yusof adalah sangat bermakna kepada saya. Ini menunjukkan bahawa ada seorang dalam kerajaan yang sedar akan ‘kekotoran’ (dalam kerajaan) dan tidak ingin menjadi sebahagian (kekotoran itu).”

Anwar juga berkata jika Yusof betul-betul menganggap Anwar bersalah, bekas peguamcara negara itu tidak akan bersetuju menyertai kumpulan peguamnya.

“Yusof datang dengan komitmen penuh dan prestasinya hari ini adalah bukti bahawa beliau hanya mahu lihat keadilan dilaksanakan,” katanya lagi.

Yusof menyertai kumpulan peguam Anwar, pemimpin pembangkang yang hari ini didakwa menyertai demonstrasi jalanan haram.

Ini merupakan perkembangan yang mengejutkan kerana Yusof telah mengetuai pendakwaan kes Liwat II terhadap Anwar, di mana Anwar telah dibebaskan awal tahun ini.

Yusof telah bersara sebagai bekas peguamcara negara II dari Jabatan Peguam Negara.

“Anwar memanggil saya semalam dan saya tidak teragak-agak,” Yusof memberitahu The Malaysian Insider.

The Malaysian Insider memahami bahawa hubungan Yusof dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail telah dingin buat suatu masa dan beliau juga telah tidak bersetuju dengan cara pengendalian beberapa kes profil tinggi.

Beliau telah dilihat bergaul dengan peguam lain Anwar pagi tadi.

Pemimpin PKR Sivarasa Rasiah, yang juga seorang peguam, telah mengesahkan dalam satu mesej teks kepada The Malaysian Insider apabila ditanya jika bekas peguam kerajaan itu berada dalam kumpulan peguam ketua de facto PKR itu.

“Sivarasa berkata Yusof sedang membantu peguam utama Anwar, Karpal Singh. Peguam lain yang berada dalam kumpulan Anwar ialah anak Karpal, Ram Karpal Singh Deo dan Sankara Nair.

Anwar, timbalan presiden PKR Azmin Ali dan ketua bahagian PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin telah didakwa hari ini dengan mengambil bahagian dalam perhimpunan aman Bersih 3.0 pada 28 April di bawah seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman, kurang dari sebulan selepas akta baru ini yang bertujuan untuk membenarkan perhimpunan awam “selari dengan norma antarabangsa” dilaksanakan.

Kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman boleh mendatangkan saman maksimum RM10,000.

Ketiga-tiga mengaku tidak bersalah ke atas tuduhan melanggar perintah larangan memasuki kawasan Dataran Merdeka ketika Bersih 3.0.

Hakim Mahkamah Sesyen Mahmud Abdullah telah menetapkan 2 Julai sebagai tarikh sebut kes ini.

Oleh Anisah Shukry

Najib Mahu Anwar dan Azmin Hilang Kelayakan Untuk Bertanding Dalam PRU 13?



korang boleh tangkap dn dakwa sape2 yg korang suka sbb korang ada kuasa..korang boleh lepaskan dn tak dakwa sape2 yg korang suka krn korang menyalahgunakan kuasa...tangkapan dn pendakwaan terpilih spt ini menambahkan kebencian kami kpd umno/apco dn amat membakar semangat kami utk menguburkan kekuasaan umno/apco dlm pru ke 13 nanti...kami rakyat Malaysia yg prihatin telah bertekad akan bangun menentang kezaliman perkakas2 umno/apco dgn memberikan semua undi kami kpd pakatan rakyat..

SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presidennya, Azmin Ali akan dikenakan dakwaan berhubung penyertaan dalam perhimpunan Bersih 3.0 di kawasan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 28 April lalu di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur esok.

Kenyataan media dikeluarkan pejabat Azmin berkata wakil rakyat itu telah diminta hadir di Mahkamah Majistret Jalan Duta atas dua pertuduhan masing-masing di bawah Akta Perhimpunan Aman dan Kanun Keseksaan.

"Beliau (Azmin) diminta hadir ke Mahkamah pada jam 9 pagi, Selasa, 22 Mei 2012," kata kenyataan itu.
Kenyataan media diperoleh dari blog Anwar menyebut beliau telah diperintahkan hadir di mahkamah yang sama, juga jam 9 pagi untuk menghadapi dakwaan di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan "boleh dihukum dibawah Seksyen 4(3)Akta yang sama kerana menyertai perhimpunan Bersih 3.0."

"Perintah tersebut dimohon oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi," kata kenyataan itu.

Sementara itu, salinan pertuduhan yang diedarkan kepada media menyebut bahawa "bahawa kamu (Azmin) pada 28 April 2012, di antara 2.30 dan 3 petang, di sepanjang Jalan Tun Perak di dalam Bandar Raya Kuala Lumpur, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah menyertai satu protes jalanan bagi maksud membantah perintah Mahkamah Majistret di bawah Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah yang telah dibuat pada 26 April 2012 oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir, seorang penjawat awam, yang mana perintah tersebut melarang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka iaitu kesemua permukaan tanah yang disempadani Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab kecuali kawasan yang diduduki oleh Kelab Diraja Selangor, dan orang awam diberi amaran agar tidak hadir, berada atau mengambil apa-apa bahagian dalam apa-apa perhimpunan dari 28 April 2012 hingga 1 Mei 2012; dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) akta yang sama."

Kedua-dua pemimpin itu antara mereka yang menyertai perhimpunan yang diadakan di ibu negara, anjuran Bersih 2.0, bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Dalam pada itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mengecam tindakan polis yang menyerahkan writ saman ke atas Anwar dan Azmin dan menyifatkan itu tidak lebih dari satu tindakan politik.

"AMK Selangor mempersoalkan asas pertuduhan itu yang dlihat amat tergesa-gesa untuk mengheret dua pemimpin utama PKR ini ke mahkamah sekali gus satu percubaan berniat politik untuk menghukum keduanya dibawah Seksyen 4(3) yang boleh menyebabkan mereka hilang kelayakan untuk bertanding pada pilihan raya akan datang.

"Justeru AMK Selangor merasa terpanggil untuk menggerakkan rakyat untuk turun beramai-ramai esok, ke Mahkamah Jalan Duta bagi menyatakan sokongan padu terhadap percubaan terbaru regim Najib Razak yang cuba menggunakan kuasa kehakiman bagi menghalang kemaraan Pakatan Rakyat yang dilihat semakin mendapat sokongan padu rakyat Malaysia," kata Naib Ketua AMK Pusat, Azmizam Zaman Huri dalam satu kenyataan berasingan.

Beliau yang juga Ketua AMK Selangor berkata, pihaknya juga tidak teragak-agak untuk mobilisasi perhimpunan rakyat yang lebih besar bagi membantah usaha jahat ini, yang dipercayai antara langkah terakhir regim untuk menafikan tertegaknya kerajaan Pakatan Rakyat di Putrajaya.
SUMBER

Umno Akan Terperangkap Dengan Keputusan Kes Anwar Ibrahim



Gambar DSAI bersama ribuan penyokongnya semasa hadir di Mahkamah Tinggi pagi tadi.

            Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan menangis sambil memeluk suaminya.
 
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada 9 hb Jan 2012 jam 09.23 pagi telah membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebas dan dilepaskan.

Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan juga bukti lisan tak boleh menyabit kesalahan.
"Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa bukti telah diusik.

"Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful."

Isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan menanggis sambil memeluk suaminya dalam kegirangan.  
Seluruh mahkamah kecoh seketika dengan penyokong Anwar menjerit gembira.


Umno-BN dan Najib Razak memang jelas tersepit dan terperangkap.

Apa pun keputusan mahkamah terhadap kes Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini, Perdana Menteri masih sukar untuk menamatkan teka-teki tarikh pilihan raya umum, medan tempur paling sukar pernah dihadapi Pengerusi BN. Segalanya nampak serba tidak kena.

Sama ada Anwar didapati bersalah atau dilepaskan -- atau apa jua penghakiman yang bakal dibuat -- persepsi rakyat terhadap elit penguasa, terutama daripada segi pengaruh dan tekanan eksekutif terhadap mahkamah, tetap memburuk. Persepsi ini terbentuk kukuh sejak awal pemerintahan Dr Mahathir Mohamad lagi.

Apatah lagi dalam kes yang begitu kritikal dan dilihat mempunyai impak politik cukup tinggi, maka kehendak atau sekurang-kurangnya isyarat Jabatan Perdana Menteri  tidak boleh diremehkan. Malah, di negara-negara yang dikenali dengan sistem kehakiman berintegriti pun, kes-kes yang mempunyai implikasi besar politik sukar dijalankan secara adil.

Dalam konteks negara kita,  Peguam Negara mempunyai kuasa menurut budi bicaranya untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan. Beliau juga boleh memilih pertuduhan di bawah peruntukan undang-undang yang "disukainya". Jabatan Peguam Negara mempunyai kaitan erat dengan JPM.

Anwar sendiri mengakui, sekiranya Dr Mahathir masih berkuasa dan menyandang jawatan Perdana Menteri pada September 2004, belum pasti Mahkamah Persekutuan waktu itu akan membuat keputusan membebaskannya.

Manakan tidak, bagi seorang Dr Mahathir, parti Umno yang diterajuinya sendiri pun boleh diharamkan pada 4 Februari 1988 atas kemahuannya kerana itulah satu-satu pilihan yang ada bagi mengetepikan pencabarnya, Tengku Razaleigh Hamzah.

Pada persepsi umum, segala keterangan, bukti dan fakta kes adalah satu hal yang berbeda dan boleh diketepikan apabila dihadapkan dengan pertembungan kepentingan pemerintah, apatah lagi ia bersifat "hidup-mati" survival politiknya.

Sememangnya episod hitam-pekat pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas, diikuti penyingkiran dua hakim Mahkamah Agung di zaman Dr Mahathir, sudah berlalu hampir 23 tahun lalu, namun tiada siapa berani menafikan tanggapan bahawa kebebasan badan kehakiman negara belum dapat dipulihkan.

Isu kongkongan -- atau istilah lebih lembut lagi, pengaruh -- eksekutif terhadap judiciary masih menjadi polemik yang tidak berkesudahan di Malaysia.

Jika penentuan pembubaran Parlimen empat tahun lalu difaktorkan oleh pertimbangan Abdullah Ahmad Badawi bahawa Anwar masih tidak layak untuk bertanding dalam pilihan raya umum 2008 (dan ternyata perkiraannya tersasar), maka kali ini Najib tetap melihat sosok Ketua Umum KeADILan itu sebagai kriteria terpenting.

Suka atau tidak, Anwar masih dikira watak paling dominan dalam percaturan siasah tanahair.  Najib tentunya mahu mengurangkan risiko dalam menghadapi PRU13, yang disifatkannya sendiri sebagai "ibu segala pilihan raya". Soalnya, apakah dengan memenjarakan Anwar boleh memudahkan laluannya untuk mempertahankan Putrajaya atau tambah menyukarkan beliau, segalanya masih menjadi perdebatan.

Najib mungkin dilihat tidak "seganas" mentornya, Dr Mahathir -- dengan rekod terburuk menyerang para hakim yang tidak memihak kepadanya, juga melumpuhkan kebebasan kehakiman secara sistematik melalui siri pindaan Perlembagaan, dan mengetatkan undang-undang yang sedia zalim -- tetapi situasi sulit yang terpaksa dilaluinya memaksa orang ramai menaruh sangkaan buruk terhadap Perdana Menteri keenam itu.

Kes Fitnah II Anwar diselubungi dengan pelbagai keanehan. Fakta kes yang dibentangkan di mahkamah sarat dengan bermacam-macam persoalan yang gagal terjawab.

Justeru, persepsi umum bahawa Anwar teraniaya cukup tebal. Kes liwat membaitkan Saiful Bukhari Azlan tetap dianggap semata-mata kes politik dan bukannya kes jenayah, sepertimana kes Azizan Abu Bakar dahulu. Ditambah lagi dengan pembabitan, secara langsung mahupun tidak langsung, personaliti politik, termasuk Najib, dan pegawai polis tertentu, yang dikaitkan dengan kes Fitnah I dahulu, khususnya Musa Hassan dan Rodwan Yusof.

"Sikap doule-standard kerajaan Ummno jelas dalam kes Anwar. Dan jangan perbodohkan rakyat dengan mendakwa himpunan 901 adalah sokongan membuta-tuli kepada peribadi Anwar. Ini perjuangan panjang rakyat menuntut perubahan," SMS seorang pembaca Harakah kepada saya.

Penghakiman kes Anwar ini melanjutkan lagi dilema berpanjangan Najib. Walaupun beliau cuba melakukan pelbagai bentuk transformasi, namun belantara politik yang diredah  semakin memerangkapnya. Kes Shahrizat Jalil, Jamil Khir Baharom, Awang Adek Hussin adalah contoh kecil yang tidak mudah ditanganinya.

Imej kelam-suram Umno-BN yang ditinggalkan Abdullah belum berjaya diceriakannya. Pelbagai bantuan one-off yang diumumkan dalam Belanjawan 2012 di tengah suasana ekonomi yang tidak menentu, dengan bebanan hutang negara yang begitu tinggi, tidak pula menarik simpati rakyat kepada Najib.

Sebaliknya ramai bertanya, mampukah kewangan negara bertahan lebih lama jika Najib meneruskan "keborosannya membeli undi" melalui bantuan one-off itu, sedangkan beliau sendiri curiga untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, bagi mencadangkan tarikh pembubaran Parlimen.

"Najib perlu adakan pilihan raya segera selepas segalanya dicurahkan untuk menarik sokongan pengundi. Kalau lambat, orang akan lupa jasa baiknya itu. Dari mana nak dikorek duit lagi untuk  beli undi itu. Lagi pun rakyat semakin bijak memperhatikan gelagat BN menggunakan wang negara," kata seorang pensyarah sains politik.

Sementara pengundi bukan Melayu, khususnya Cina, dijangka terus menjauhi BN, penghakiman kes 901 ini dilihat boleh mempengaruhi kecenderungan masyarakat Muslim. Secara automatik ramai merujuk situasi 1998-99, pada era reformasi, sebagai kemungkinan majoriti pengundi Melayu kembali memberi simpati kepada Anwar.

Sama ada penghakiman ataupun perhimpunan 9 Januari ini, kedua-duanya adalah "aksi politik" yang dipersembahkan oleh Najib dan Anwar ...

Bekas Ketua Pengarang NSTP, A Kadir Jasin yang juga merupakan blogger yang aktif, menyenaraikan beberapa "kalau" dengan penghakiman 9 Januari, antaranya: "Kalau Anwar masuk penjara, kesan undi simpati yang menyebabkan BN hilang banyak kerusi dan kalah Dun Terengganu dalam PRU 1999 mungkin berulang, dan alau hal ini berlaku, BN akan mendapati lebih sukar mempertahankan kedudukannya kerana ia kini jauh lebih lemah daripada tahun 1999."

Seingat saya, dalam satu wawancara dengan Harakah, Tengku Razaleigh Hamzah pernah membayangkan kedudukan Umno dijangka lebih sulit sekiranya Anwar sekali lagi dipenjarakan, dan rakyat khususnya orang Melayu mungkin menjadi lebih bersimpati dengan Ketua Pembangkang itu.

Bukan sahaja berbanding PRU10 pada November 1999, malah Pakatan Rakyat tentunya lebih bersedia menghadapi pilihan raya kali ini, mengatasi persiapannya empat tahun lalu. Ketika itu, Pakatan sendiri belum ditubuhkan secara rasmi, meskipun persefahaman sedia terjalin di antara ketiga-tiga parti, PAS, KeADILan dan DAP.

Selain itu, sumber, kemudahan, jaringan dan potensi Pakatan ketika ini tentunya lebih baik. Apatah lagi rakyat dapat menilai dan menghakimi pemerintahan kerajaan-kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan, yang tentunya lebih telus, terbuka, demokratik dan antirasuah.

Lebih penting adalah kesederhanaan gaya hidup pemimpin-pemimpinnya, sedangkan masyarakat dapat menyaksikan perubahan drastik kehidupan pemimpin Umno selepas dipilih menjadi wakil rakyat.

"Apa pun, jangan hanya pandang daripada segi kelebihan," kata seorang penganalisis politik. "Peluang memerintah tidak semestinya memihak Pakatan. Ingat, PAS pernah kalah di Terengganu selepas sepenggal mentadbir. Apakah kerajaan Pakatan telah memenuhi harapan dan impian rakyat atau masih banyak yang terabai? Pakatan mesti nampak berkredibiliti dan berintegriti."

"Saya tidak bimbang sama ada Anwar akan dapat berkempen dalam PRU13 atau menggerakkan strategi bersama rakan-rakan dalam Pakatan. Keinginan rakyat untuk berubah cukup tinggi, melampaui faktor Anwar. Saya hanya risau prestasi kerajaan negeri Pakatan sejak 2008, begitu juga rekod kerja wakil-wakil rakyatnya. Lagi pun banyak kerusi yang menang dulu dengan majoriti tipis," tambah rakan saya itu.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, 5 Januari lalu, Anwar yakin Pakatan dapat menumbangkan BN di Perak dan Negeri Sembilan dalam PRU13, selain mempertahankan negeri sedia ada. Timbul persoalan, mengapa pula Terengganu tidak dirangkaikan bersama?

Namun, ujarnya, Pakatan akan tetap berjaya meraih lebih banyak kerusi di Melaka dan Johor, serta laba yang lebih besar di Sarawak dan Sabah.

Anwar juga  yakin sekiranya beliau terkeluar dari arena politik aktif sekalipun, Pakatan akan tetap mampu mengemudi jalan ke Putrajaya.
Ini kerana, menurutnya, Pakatan sudah ada formula dan kata sepakat tentang apa yang perlu dilakukan sekiranya keputusan 901 tidak memihak kepadanya.

Dalam ceramah di Melaka, pada 4 Januari lalu, Anwar menegaskan, keputusan sama ada beliau dipenjarakan atau tidak, adaalah tidak penting, namun apa yang dinantikan adalah keputusan rakyat menilai dan membuat pilihan pada pilihan raya akan datang untuk merubah kerajaan.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengaitkan perkembangan di dunia Arab, khususnya Tunisia sebagai bukti rakyat boleh bangun menukar regim pemerintahan walaupun tanpa mempunyai seorang ketua yang jelas.

Beliau yakin, impian Umno untuk melihat lumpuhnya kebangkitan rakyat dengan keputusan perbicaraan Anwar itu akan hangus terbakar dengan berapi-apinya semangat 'Asal Bukan Umno' (ABU) yang tidak lagi bergantung kepada mana-mana pemimpin.

Pengasasan budaya politik baru, dengan pertumbuhan kelas menengah yang lebih besar dan kemudahan jaringan maklumat melalui kuasa siber, memantapkan lagi keazaman politik rakyat untuk menolak penguasa yang terbukti korup dan bobrok.

Kebangkitan suara mahasiswa, seperti yang dijelmakan dalam kes Adam Adli dan Safwan Anang, menjanjikan kesedaran politik generasi muda yang lebih matang.

Ya, apa pun keputusan mahkamah Isnin ini, sukar sekali bagi Najib untuk meraih manfaat politik daripadanya.
Oleh: Ahmad Lutfi Othman
Related Posts with Thumbnails