BREAKING NEWS

Listen! Anwar Menang Saman Terhadap Utusan





KUALA LUMPUR 21 Jan: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman fitnah RM50 juta terhadap Utusan Melayu Bhd dan ketua pengarangnya berhubung artikel berkaitan temu bualnya yang disiarkan oleh BBC tahun lalu.

Keputusan penghakiman itu dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk VT Singham di sini pagi ini.

Utusan didapati bersalah memfitnah Anwar kerana menuduh beliau menyokong pergerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

Singham memutuskan artikel itu bersifat fitnah dan bertujuan menjatuhkan reputasi Anwar sebagai pemimpin politik.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat kerana mengambil kira fakta dan bukti yang dibentangkan sepanjang perbicaraan, menunjukkan Utusan dipunyai oleh Umno.

“Artikel tersebut adalah terpesong, tidak tepat dan di luar maksud yang diperkatakan,” kata Singham dalam penghakimannya.

Keputusan itu merujuk artikel bertajuk ‘Tolak Anwar-Hassan’ yang disiarkan muka depan akhbar kawalan Umno itu pada 17 Januari 2012.

Anwar memfailkan fitnah terhadap Utusan dan Ketua Pengarangnya, Datuk Abdul Aziz Ishak 20 Januari tahun lalu, yang didakwanya telah mencetak dan menerbitkan berita berhubung komen beliau bersama BBC mengenai undang-undang berkaitan dengan homoseksual.

“Mahkamah berpuas hati (dalam artikel tersebut) bahawa ini adalah fitnah kepada plaintif,” kata Singham.

Menurutnya, Utusan tidak mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab.

Sedangkan katanya, defendan mempunyai peluang untuk membetulkan fakta selepas Anwar menghantar notis peguam untuk keterangan.

“Wartawan dan editor mempunyai hak untuk menyiarkan berita, tapi bukan fitnah, atau berita palsu,” tempelak Singham dalam penghakimannya.

Katanya, hakim memainkan peranan penting dalam memastikan kebebasan badan kehakiman.

“Keadilan perlu dilaksanakan tanpa dipengaruhi mana-mana pihak mahupun parti politik, semua keputusan perlulah selari dengan fakta yang dibentangkan,” jelas Singham.

Beliau mengarahkan Utusan membayar gantirugi kos sebanyak RM45,000 kepada Anwar manakala pampasan damage (teruk) ditetapkan ke satu tarikh kemudian.

Oleh Aisha Geoffrey

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails