Maqassid undang-undang di dalam sesebuah masyarakat adalah untuk menjamin keadilan dan mencegah kezaliman, bukannya untuk melindungi penyelewengan dan memberi ruang kepada si pesalah melepaskan diri,”-Rafizi Ramli

17 May 2012

Polis Cuba Tutup Kes Skandal Shafie Apdal Dan Pelakon Zahida Rafik



Peguam Latheefa Koya hari ini mendedahkan bahawa terdapat usaha bersepadu oleh pihak polis dalam menutup kes skandal Datuk Shafie Apdal dan pelakon Zahida Rafik.

Dalam sidang akhbar yang diadakan di ibu pejabat PKR, Latheefa berkata anak guamnya, Noor Azman Azemi telah ditawarkan oleh pihak polis untuk menukar peguam semasa proses penyiasatan.

 "Pelanggan saya telah diberitahu oleh pihak polis bahawa mereka boleh membantu dia dalam mendapatkan peguam baru jika dia ingin berbuat demikian," kata Latheefa.

Noor Azman Azemi 



Peguam Latheefa Koya 

 "Mereka juga bertanya kepada pelanggan saya sama ada beliau tahu bahawa saya bekerja rapat dengan PKR,"

 "Para penyiasat tidak bertanyakan soalan yang berkaitan dengan kes itu, tetapi sebaliknya menawarkan bantuan dari sudut undang-undang dengan menawarkan peguam baru," tambah Latheefa.

Dalam sidang akhbar itu,beliau juga mendedahkan bahawa Noor Azman telah disiasat oleh Cawangan Khas dan bukannya oleh pegawai polis dari Bahagian Siasatan Jenayah.

"Pegawai polis Cawangan Khas yang menyiasat Azman juga beranggapan yang dia ingin menamatkan kerjaya Shafie dengan mendedahkan hubungan sulit Menteri," kata Latheefa.

Mengulas mengenai perkara itu,Ahli Parlimen Subang,R Sivarasa berkata bahawa polis telah sekali lagi menyalahgunakan kuasa mereka dan menuntut supaya siasatan dijalankan oleh pihak polis.

"Perkara ini sangat serius, hak-hak pelanggan dan peguamnya telah dilanggar oleh institusi polis seolah-olah mereka cuba menutup kes Menteri tersebut," kata Sivarasa lagi.

-mD

16 May 2012

Anak Perempuan Raja Nong Chik Yang Berusia 24 Tahun Dapat Projek Rundingan Terus Bernilai RM30.8 Juta




Klik imej untuk paparan lebih besar
Bukti Surat Tawaran Dari Kementerian Belia Dan Sukan serta sijil pendaftaran syarikat oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia.


Oleh kerana terlalu bosan menunggu buah yang tidak gugur-gugur dari projek perompakan Kampung Baru,maka Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin merangkap Menteri Wilayah Persekutuan telah berusaha keras untuk melakukan projek perompakan lain yang tidak kurang habuannya.Dengan menggunakan akal penyamun warisan Umno/Apco yang di milikinya beliau telah menggunakan nama anak perempuannya iaitu Raja Farhana Binti Raja Nong Chik yang hanya berumur 24 tahun pada masa itu (kini Raja Farhana berumur 26 tahun) untuk tibai projek Kementerian Belia Dan Sukan yang bernilai RM30.8 Juta pada tahun 2010.
 

Istijuara Sdn Bhd yang dimiliki oleh Raja Farhana Binti Raja Nong Chik dengan pegangan saham yang dimilikinya sebanyak 399,999 dari 400,000 saham seperti yang tercatat di dalam sijil pendaftaran syarikat oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia, syarikat Istijuara Sdn Bhd ini telah di anugerahkan kontrak secara rundingan terus bernilai RM30.8 Juta oleh Kementerian Belia Dan Sukan pada bulan Ogos 2010.Menurut dokumen itu, kontrak untuk Istijuara adalah untuk melengkapkan, menaik taraf dan perkhidmatan peralatan latihan untuk hospital, marin dan industri minyak dan gas secara "rundingan terus" dengan kerajaan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Bandar Penawar, Johor.

Nampaknya Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah mengikuti jejak langkah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam menyamun projek-projek kerajaan dengan menggunakan nama anaknya.

Adalah disarankan supaya Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin juga akan mengikuti jejak langkah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan berani untuk meletakkan jawatan dengan segera.Semoga tanah-tanah milik bangsa Melayu di Kampung Baru dapat di selamatkan dengan perletakan jawatan beliau itu.Adalah tidak sah jika menteri-menteri serta pemimpin-pemimpin dari parti Umno/Apco ini tidak mengamalkan rasuah dan korupsi dari dulu,kini dan selamanya.Bak kata pepatah seperti aur dengan tebing.-mafiaboss

Polis Sambut Peserta BERSIH Yang Serah Diri Dengan 'Paip Getah'


gua nk tunggu jawapan dn komen bodoh dari khalid timbaln kpn dn hishamuddin bangang..mcm ni ke cara korang buat keje?? pro le sikit bro..dh 54 tahun merdeka pn masih lg nak guna taktik pukul dgn paip getah ke??..saspek yg dtg serah diri dgn sukarela pn korang belasah 3 suku nyawa..klau org cakap polis anjing korang marah,tp perangai dn cara korang soal siasat mcm berada di zaman batu..cara korang bekerja dh sebijik mcm cara polis israel membelasah 3 suku nyawa penduduk palestine....itulah akibatnya bila ambil apco jd penasihat..kalau polis tidak mahu ikut peraturan dn undang2.. seronok sangat membelasah orang sesuka hati..lebih baik polis runtuhkan semua mahkamah dan lepas itu bolehlah mereka menghukum orang sesuka hati mereka..tindakan polis ni akan menambahkan lg kebencian orang awam kpd polis..korang jngn dok terikut sangat dgn slogan 'haram jadah' najib tu..najib dn hishamuddin lain le sbb depa dh kaya..depa dh kebas kaw2 harta rakyat awal2 lg sbb depa dh tau yg depa akan kalah dlm pru yg ke 13 nnti....korang anggota pangkat rendah klau kantoi tak dak sape nk cover korang..sendiri tanggunglah..jngan jadi bodohlah..pakailah akal yg waras bro..



 Mohd Safuan Mamat cedera dipukul polis.


Sidang akhbar Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) hari ini.  


Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) hari ini mengecam tindakan polis memburu peserta perhimpunan anjurannya bulan lepas dan dakwaan layanan buruk terhadap seorang peserta yang tampil menyerah diri secara sukarela.

Bercakap dalam satu sidang akhbar, Penyelaras BERSIH, Maria Chin Abdullah berkata mereka tidak sepatutnya diburu.

Katanya, jika tahu siapa mereka, maka pihak polis hendaklah menghantar surat meminta mereka datang ke balai.

"Dan Mohd Safuan Mamat, yang tampil secara sukarela, telah ditangkap dan kemudian dipukul," kata Maria.

"Apa apakah mesej mereka kepada orang ramai, apabila anda tampil untuk bekerjasama, anda dipukul?" soal Maria lagi.

Pengerusi bersama BERSIH yang juga Sasterawan Negara, Datuk A
Samad Said, atau lebih mesra dengan paggilan Pak Samad berkata, tindakan pihak polis telah dikaitkan dengan kenyataan awal bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan tiga bekas ketua polis negara, yang cuba "menggambarkan BERSIH sebagai elemen subversif ".

Beliau mendakwa tindakan polis memburu dan memukul peserta perhimpunan itu, adalah helah polis untuk memaksa mereka pengakuan supaya ia boleh digunakan untuk mengatakan bahawa gerakan reformasi sistem pilihan raya itu, bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan.

Mohd Safuan (kanan) yang membuat laporan polis semalam berkata, dia ditahan dan dipukul oleh pihak polis selepas menyerah diri pada hari Isnin, dan juga mendakwa telah dipaksa mengaku terhadap pelbagai kesalahan.

Oleh Hazlan Zakaria

15 May 2012

'Senaman Punggung' Yang Menjatuhkan Maruah Bekas-Bekas Tentera


nampak sangat pemikiran Presiden PVTM (bekas prebet tentera yg pernah kantoi beli gelaran Datuk palsu) ni berada pada tahap yang sangat rendah dn memalukan bekas2 tentera dn org2 melayu ...janganlh kerana nak meluahkan rasa tak puas hati atau berpura-pura tak puas hati hanya semata-mata utk mengemis limpahan dana rasuah pilihan raya umno/apco sampai merendahkan maruah diri sendiri? janganlah sampai sanggup menjadi penjilat punggung umno/apco utk mencari duit secara mudah...semua ini amat memalukan bangsa Melayu dn Islam...jadilah bangsa yang bertamadun dan berfikiran terbuka..Otak di kepala bukan di kepala lutut..buat aksi goyang punggung mcm budak2..usahlah ditiru aksi loqlaq yg pernah dibuat oleh mb pahang yg paling bangang dlm sejarah pahang iaitu adnan yaacob dulu2 tu..memalukan saja...menjatuhkan maruah tentera..inilah skuad bekas tentera penjilat umno/apco yg rendah mentaliti dn akhlaknya....jgn le jadi pencacai umno/apco smpai mcm org hilang akal...sedarlah wahai bekas2 tentera semua betapa umno/apco telah bnyak mengkhianati bangsa sendiri demi utk kesenangan diri mereka dan kroni2 mereka sahaja...

Mohd Ali bin Baharom @ Ali Tinju


Maklumat mengenai Presiden PVTM aka Presiden 'SENAMAN PUNGGUNG' adalah seperti berikut:

1. Nama : 1085628 Pbt Mohd Ali bin Baharom @ Mahat
2. Tarikh Masuk Tentera: 20 Okt 1990
3. Tarikh Tamat Perkhidmatan : 29 Sep 1998 (7 tahun 340 hari)
4. Unit: RAMD
5.  Persatuan: Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM)

Beliau juga dikenali sebagai 'Ali Tinju' berhenti sebagai PREBET tapi telah menjadi presiden dalam persatuan yang ditubuhkan sendiri,dengan keahlian yg tak sampai 200 orang pun.

Pada tahun lepas Presiden 'SENAMAN PUNGGUNG'
ini telah kantoi kerana guna gelaran Datuk palsu yg dibelinya dgn harga RM250 ribu..banyak gak duit mangkuk hayun ni..mana dia kebas??

Presiden 'SENAMAN PUNGGUNG' ini juga terlibat dlm usaha memburukkan dan menentang Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) demi untuk merampas dana yg diperuntukkan oleh kerajaan 1Malaysia kepada persatuan bekas2 tentera.Presiden 'SENAMAN PUNGGUNG' ini juga turut terlibat membuat serangan peribadi yg tidak berasas kepada presiden PBTM dan pegawai2 kanan tentera.







Sekumpulan bekas tentera pagi ini mengadakan satu senaman aneh di depan kediaman pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di Bukit Damansara.

Kumpulan 15 orang daripada Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) itu melakukan gimik demonstrasi yang dinamakan mereka sebagai "senaman punggung" – dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah kediaman Ambiga.

Kumpulan berkenaan diketuai presiden PVTM, Mohd Ali Baharom yang berkata mereka berhak mengadakan demonstrasi tersebut sebagai bantahan terhadap Ambiga.

Mohd Ali berkata, bantahan itu dibuat terhadap Ambiga yang disifatkannya sebagai "musuh negara yang cuba merosakkan nama negara" melalui perhimpunan BERSIH 3.0, 28 April lalu.

Katanya, senaman itu juga sebagai bantahan ke atas Ambiga yang dikaitkannya dengan gerakan seks bebas.

"Kami beri amaran keras kepada Ambiga supaya segera minta maaf kepada rakyat Malaysia berkenaan BERSIH dan seks bebas," katanya ebelum sesi senaman itu bermula pada jam 8.30 pagi.

'Orang Islam, minum air suam'

Kumpulan itu kemudiannya disambut oleh Ambiga yang muncul di pintu pagar rumah tersebut dan menjemput mereka menjamah satu hidangan minuman ringan, apabila gimik tersebut berakhir kira-kira 15 minit kemudian.

Mohd Ali bagaimanapun menolak jemputan Ambiga dan menyerahkan salah satu sepanduk yang dibawa mereka kepada Ambiga.

"Kami orang Melayu orang Islam, kami minum air suam.

"Saya mahu hadiah (kad manila) sama awak, awak serah pada Anwar. Saya beri amaran supaya awak jangan buat lagi masalah kepada negara.

"Kami akan bertindak jika kamu merosakkan nama negara," kata Mohd Ali, yang juga dikenali dengan gelaran 'Ali Tinju', ketika berdepan dengan peguam itu.

Terdahulu, kumpulan tersebut berarak sejauh kira-kira 20 meter ke arah pintu pagar rumah Ambiga dan membawa sepanduk dengan slogan 'Tolak Ambiga Anwar perusuh haram BERSIH 3.0' dan 'Tolak Ambiga Anwar gila kuasa'.

Bercakap kepada pemberita selepas kumpulan itu beredar, Ambiga berkata beliau sering menerima gangguan seperti itu selepas demonstrasi oleh sekumpulan peniaga burger di hadapan kediamannya pada 10 Mei lalu.

Menurutnya, beberapa individu dengan sinis singgah di hadapan rumah beliau dan meminta burger percuma daripadanya.

Gangguan, bukan himpunan aman

Katanya lagi, beliau turut kesal dengan kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar yang menyatakan bahawa tindakan peniaga burger itu dibenarkan selagi tidak mengganggu ketenteraman awam.

"Kenyataan itu tidak bertanggungjawab. Ia membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk berhimpun di luar rumah sesiapa sahaja," katanya.

Katanya lagi, gimik demonstrasi oleh PVTM pagi ini juga merupakan satu bentuk gangguan dan bukan himpunan aman.

Acara senaman PVTM pagi ini merupakan demonstrasi kedua yang diadakan di hadapan rumah pengerusi bersama BERSIH itu dalam masa seminggu, selepas demonstrasi oleh peniaga burger anjuran Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia pada 10 Mei.

PVTM juga sebelum ini hadir bersama NGO Suara Anak Muda 1Malaysia dan Kelab Mahasiswa 1Malaysia turut membuat laporan polis di balai IPD Dang Wangi untuk menuntut kerajaan mengambil tindakan terhadap Ambiga dan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengetuai himpunan BERSIH.-mkini

cuba korang tengok video kebodohan skuad penjilat umno/apco yg sungguh memalukan ini..

14 May 2012

Kenyataan 'PALING SUCI' Hishamuddin Dan Timbalan Ketua Polis Negara




Polis ada bukti unsur-unsur semasa perhimpunan BERSIH 3.0 mahu menyebabkan kematian??

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar hari ini menyokong dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa terdapat unsur-unsur semasa perhimpunan BERSIH 3.0 yang mahu menyebabkan kematian.

ikhlas gua cakap..gua mmg panas bila baca statement 2 org mamat ni...mmg tak boleh dipercayai langsung dn sering mengelirukan org ramai...dulu khalid ckp tiada unsur jenayah dlm kes NFC..pas tu NFC kena charge kt mahkamah kerana pecah amanah..hishamuddin plak ckp polis ikut 'SOP' semasa rampas kamera wartawan di BERSIH 3.0...pas tu KPN jwab tindakan polis itu tak ikut 'SOP'..jawapan KPN itu paling jujur dn mengikut suara undang2..mmg hampeh 2 org mamat ni..Sebelum perhimpunan Bersih 3.0 Menteri Dalam Negeri kata himpunan Bersih 3.0 bkn ancaman keselamatan.Tp bila dah ratusan ribu rakyat membanjiri perhimpunan BERSIH 3.0 mereka kucar-kacirkan perhimpunan aman itu dgn membuat provokasi melampau terhadap peserta2 BERSIH 3.0 supaya perhimpunan aman itu akan bertukar jadi perhimpunan ganas..mcm le rakyat malaysia ni semuanya bengong tak tau tipu helah mereka selama ini.. mcm le rakyat malaysia ni tak tau undang2..

(AUTA)..polis tak pukul org la..mane ade polis pukul peserta BERSIH 3.0..tak caya cube tgk berita kat tv1 tv2 tv3 dan yg sewaktu dgnnya..atau baca paper utusan meloya dn yg sewaktu dgnnya...mana ade polis pukul org kn??...polis tak pernah pukul orang dlm Malaysia nih...marah pun tak pernah..apatah lagi tinggikan suara kn?? mmg polis ni semuanya manusia paling 'SUCI' di malaya!!

(FAKTA)..tp kejadian yg sebenar adalah sebaliknya.. inilah bukti-bukti Polis yg mahu menyebabkan kematian peserta BERSIH 3.0! seperti belasah seorang beramai-ramai macam samseng kongsi gelap lepas hisap syabu!...Tembak gas mendatar mcm org hilang akal! suka2 tutup stesen pengankutan awam (LRT) dgn tujuan utk menyekat pergerakan rakyat!... gas ditembak dicelah-celah ribuan orang mcm polis Israel tembak org palestine!...rampas kamera wartawan dgn tujuan utk menghapuskan bukti!...ini semua adalah bukti Polis mahu membunuh!!!

Seram!! Roh Lembu-Lembu Shahrizat Terus Memburu Pemberi Maklumat Penyelewengan NFC





gua pn heran bila perompak wang negara dok bersenang lenang..hidup mewah.. tp pemberi maklumat penyelewengan nfc plak diburu dn berada dlm ketakutan..klau yang didedahkan tu adalah penyelewengan demi utk menyelamatkan wang rakyat.. apa salahnya...malah wajib utk kita dedahkannya...mmg betul membocorkan maklumat perbankan adalah satu perkara yang salah..tp klau membocorkan maklumat pasal lanun2 umno/apco yg dok songlap duit rakyat dgn lahapnya..sape kata salah...wajib kita sebagai rakyat Malaysia yg prihatin yg sayangkan negara kita utk mendedahkan penyelewengan2 yg berlaku disekeliling kita..Dia mungkin melanggar "etika perbankan"..memang dia salah didunia ni...tapi dia tak langgar etika sebagai seorang Islam yg perlu mencegah kemungkaran dn korupsi...dn saudara johari ini jg tidak salah dr segi moral dn etika sebagai manusia prihatin yg cintakan kerajaan yg bersih dn amanah..

KUALA LUMPUR, 14 Mei: Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli kesal dengan tindakan NFC dan Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang terus menerus memburu rakyat yang tidak bersalah untuk dikenakan hukuman berat kerana disyaki membantu pendedahan segala penyelewengan yang berlaku di NFC.

“Terbaru beliau secara bertubi-tubi membuat aduan dan memberi tekanan kepada Public Bank dan Bank Negara Malaysia untuk mengambil tindakan terhadap Johari Mohamad yang dituduhnya membocorkan maklumat pembelian harta mewah di KL Eco City kepada saya,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Akibat tekanan itu, ujarnya tindakan telah diambil oleh Public Bank dan Bank Negara Malaysia terhadap Johari Mohamad.

Beliau berkata, Johari yang sudah tidak tahan dengan tekanan dan tindakan selama sebulan akhirnya membuat keputusan meletakkan jawatan dari Public Bank setelah berkhidmat berbelas tahun.

Tambahnya, tidak cukup dengan merosakkan periuk nasi rakyat yang tidak berdosa, Mohamad Salleh dan NFC terus memburu dengan mengenakan tekanan kepada Bank Negara pula.

Hari ini, jelasnya Johari akan disiasat dibawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) yang boleh dikenakan hukuman penjara 5 tahun.

Menurutnya, tindakan yang bersifat dendam kesumat itu sudah tentu dibincangkan dan mendapat restu Datuk Seri Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno.

Sebelum ini, kata Rafizi apabila ditanya apa tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang mendedahkan penyelewengan NFC, Mohamad Salleh sendiri mengatakan bahawa beliau akan berbincang dengan keluarga.

“Tindakan dendam kesumat ini juga bertentangan dengan kenyataan Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail bahawa beliau tidak berdendam dengan sesiapa kecuali saya dan beliau tidak akan mengambil tindakan terhadap sesiapa pun kecuali saya.

“Jelasnya, beliau sedang berusaha untuk mengenakan tindakan terhadap semua yang beliau syaki membantu mendedahkan penyelewengan dan kekayaan peribadi keluarga beliau,” ujarnya lagi.

Menurut Rafizi, Mohamad Salleh tidak sedar bahawa tindakan dendam kesumat itu memberi imej yang buruk terhadap Umno.

“Ahli Umno sendiri menolak penyelewengan yang dilakukan oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil, maka sudah tentu mereka pun muak dengan sikap penting diri keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil yang akan terus mengheret Umno ke dalam skandal NFC yang tiada penghujungnya,” katanya.

Beliau berkata, PKR akan membantu sepenuhnya Johari dari aspek bantuan guaman dan berusaha mendapatkan kerja baru supaya beliau tidak terus dimangsakan oleh dendam kesumat keluarga Shahrizat.

“Saya mendesak Bank Negara Malaysia supaya tidak tunduk kepada tekanan DatukSeri Shahrizat Jalil dan keluarganya. Sungguh malang apabila semua institusi negara – dari PDRM, SPRM dan kini BNM – diheret oleh beliau semata-mata untuk menutup penyelewengan yang telah berlaku,” tegasnya.

Penjelasan Johari

Sementara itu Johari yang merupakan seorang kakitangan Public Bank yang bertugas di cawangan Jinjang memberitahu pada 24 April lalu, beliau menerima sepucuk surat dari majikan menyatakan beliau didakwa melanggar tatacara dan disiplin tempat kerja berikutan satu aduan yang dibuat oleh Mohamad Salleh.

Aduan itu juga menuduhnya melanggar peruntukan Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 yang boleh disabitkan hukuman berat.

Beliau telah melalui proses perbicaraan disiplin (domestic inquiry) di Public Bank.

“Akibat tekanan di tempat kerja dan pelbagai tindakan yang diambil terhadap saya, saya telah membuat keputusan untuk berhenti kerja.

“Saya telah pun menyerahkan surat perletakan jawatan ekoran aduan yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail,” jelasnya.

Hari ini pula, beliau telah diarahkan untuk melaporkan diri bagi tujuan siasatan di bawah Akta BAFIA di Bank Negara jam 2 petang.

“Saya kini disiasat pula oleh Bank Negara Malaysia di bawah BAFIA yang boleh membawa hukuman berat,” ujarnya.

Gempar!! Nizar Terjah Ceramah Pembohongan Umno di Tualang Sekah


Kah!kah!kah! mmg kantoi abis le pencacai umno/apco nih..buat malu je..opps lupa plak..puak2 pencacai umno/apco ni mana reti malu..2x5 je dgn akhbar penyebar fitnah no: 1 malaysia tu..mmg meloyakan.. ceramah ini ditaja oleh umno/apco utk memburukkan YB Nizar..lu org bayangkanlah sdg sedap-sedap penceramah umno/apco ni dok kutok dn fitnah Nizar mcm2..tiba2 je Nizar dtg dgn slumber duduk kt meja ahli panel puak2 penfitnah tahap gaban nih...gua tabiklah sbb YB Nizar berani berdepan dgn puak2 pencacai umno/apco ni kerana beliau berada dipihak yg benar dn sentiasa menjdi mangsa fitnah gila babi puak2 'haramjadah' ni...(ops gua ambik kata2 najib lg..hehe..)..semua ahli panel termasuk penceramah jd pucat lesi dn kecut teloq...hahaha..woit..jngan le suka2 dok fitnah dn pembohong org kampung bkn2..pakai le akal dn fakta klau nk berhujah..jngn le dok pakai kepala lutut dn kepala agong aje...






Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin membuat kejutan dengan tampil ke ceramah Umno dan duduk di meja utama bersama panelis di Tualang Sekah, Kampar, 13 Mei lalu.

Melalui kiriman di twitter, Nizar memberitahu, dia duduk di meja utama ceramah anjuran Umno bertajuk ‘Nizar Pembohong Bersiri’.

“Saya menghadiri ceramah Umno menggodam saya di Tualang Sekah, Kampar oleh YB Datuk Shaarani dan Hanafiah Man. Mereka panik dan pucat,” tulis Nizar.

Ceramah tersebut diadakan berhampiran ceramah Pakatan Rakyat yang juga diadakan di Tualang Sekah, dekat situ.

Tindakannya itu membuatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Tampan, Shaarani Mohamad; Ketua Umno Bahagian Kampar, Radzi Manan dan Editor Agenda Daily, Hanafiah Man tergamam.

“Masa saya sampai, Hanafiah tengah godam saya. Bila nampak saya menjelma, mukanya pucat dan terus tukar topik.

“Dia tengah asyik fitnah saya. Tiba-tiba terkejut panik bila tengok saya berada di pentas depan, terus dia tukar topik isu Ambiga,” tulis Ahli Parlimen Bukit Gantang itu lagi.

Kebanyakan yang hadir diceramah tersebut adalah orang-orang Kampar yang begitu mengenali Datuk Seri Nizar Jamaluddin serta keluarganya. Manakala yang datang berceramah menghentam beliau adalah orang luar.

Dengan kehadiran Datuk Seri Nizar Jamaluddin di situ, terserlahlah siapa pembohong bersiri yang sebenar-benarnya.

Tahniah buat Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang berani datang secara berdepan, bukan seperti penceramah Umno yang hanya berani melalak dari jauh menggunakan kekuatan pembesar suara semata-mata.

13 May 2012

Hishammuddin Dan Nazri Aziz Frust Menonggeng Kerana Majlis Peguam Tak Mau 'COMOLOT'

 
Kesian gua tengok mamat dua ekor nih..betul2 frust menonggeng sampai terguling-guling sbb majlis peguam tak mau comolot dgn umno/bn..mcm shafie apdal comolot dgn zahida rafik tu..jngn korang anggap semua org tu mangkok hayun mcm penjilat2 umno/bn yg korang bela tu..org yg ada otak tak akan bersubahat dgn penyelewengan dn kezaliman oleh regim umno/bn terhadap rakyat selama ini..oh lupa plak kan nazri aziz ni maksum orgnya...sbb tu dia boleh nmpk iblis pd org lain...tp pd anak sndiri ta nmpk...akhlak nazri aziz nih mmg hancur...hishamuddin keris ni plak confirm bengong tahap gaban kerana wlaupun jadi menteri kdn tapi tak tau langsung pasal SOP polis..org macam ni pun pencacai umno/apco dok sokong lg dn masih jd menteri..heran2...adakah kita pernah dengar mamat dua ekor nih nak muhasabah diri dgn kembali kpd agama dgn meninggalkan segala maksiat,kezaliman,penindasan yg telah mereka lakukan...tarak kan?? bak kata najib mmg 'haram jadah' puak2 nih....

Sudah terbukti dengan jelas bahawa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah cuba menutup kesalahan pihak polis apabila mendakwa terdapat pihak yang cuba menyebabkan kematian ketika perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April 2012 yang lalu.Hishammuddin bertindak demikian melalui kenyataan yang mengecam Majlis Peguam sebagai pertubuhan yang bersikap prejudis.

Kenyataan Hishammuddin semalam juga satu bukti tindakan sistematik oleh Kementerian Dalam Negeri, polis dan pemimpin Umno/BN untuk memburuk-burukkan peserta perhimpunan BERSIH 3.0 serta menutup perbuatan tidak mengikut undang-undang dan keganasan melampau oleh pihak polis terhadap peserta-peserta BERSIH 3.0.

Kenyataan gaya 'Goebbels' Hishammuddin yang bersikap prejudis itu juga telah melanggar sumpah yang dibuat menteri berkenaan ketika menerima pelantikan sebagai Menteri Dalam Negeri.

Tindakan itu juga sebahagiannya mungkin disebabkan hubungan langsung Hishammuddin dengan keganasan polis ke atas orang awam dan wartawan dalam perhimpunan tersebut.

Dengan itu,satu siasatan bebas mestilah dijalankan segera ke atas tindakan Hishammuddin ketika, dan sebelum perhimpunan tersebut.

Sebelum siasatan tersebut dijalankan Hishammuddin mestilah digantung daripada jawatan menteri mengikut Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

Semalam, Majis Peguam meluluskan 12 resolusi pada mesyuarat agung luar biasanya yang antaranya mengecam tindakan polis menggunakan meriam air dan gas pemedih mata terhadap peserta perhimpunan yang bertukar ganas di ibu negara pada 28 April lepas.

Mengenai tuntutan Majlis Peguam supaya Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara memohon maaf atas tindakan polis ketika perhimpunan berkenaan,Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata tidak ada kesalahan yang dilakukan pihak berkuasa.

"Jangan mimpi, esok matahari terbit di timur, kita tidak akan meminta maaf. Jangan mimpi. Tidak ada kesalahan yang dilakukan oleh kita. Dia patut bubarkan (Majlis Peguam) kerana mendatangkan malu besar pada profesion dia.

Susah sangat lawan sayalah (dalam pilihan raya)...kalau tidak anda hanya penakut, bacul," katanya.

Beliau turut berkata pihaknya akan meneliti sekiranya penganjur perhimpunan berkenaan Datuk S.Ambiga melanggar apa-apa kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2011 terutama kerana menghina mahkamah.

"Kita nak tengok kalau dia ada langgar apa-apa kesalahan di bawah akta baru ini. Kita nak lihat di bawah (kesalahan) menghina mahkamah (kalau) saya nak minta supaya dia didakwa.

"Paling  ketara adalah menghina mahkamah sebab jelas ada perintah mahkamah yang tidak boleh dilanggar. Dia ketua, jadi dia mesti ambil semua tanggungjawab ini. Jangan 'semut' sahaja kena dakwa, anda sebagai ketua nak lari?" soalnya.
Related Posts with Thumbnails

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Mafiaboss Melayu, email:mafiaboss2u@gmail.com