BREAKING NEWS

Karpal: Kenapa Saiful Tidak Melepaskan Diri Dan Melengahkan Laporan Polis Dua Hari Selepas Kejadian?



Rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kes Liwat II telah didengar pagi ini di di Mahkamah Rayuan. Mahkamah menetapkan dua hari sehingga esok.

Karpal mengemukakan hujah berhubung ketidakpastian sama ada sampel tersebut diusik.

Katanya, hakim perbicaraan bertindak dengan betul apabila membebaskan Anwar kerana terdapat persoalan berhubung integriti sampel berkenaan.

“Salah jika dikatakan bahawa hakim tidak mengambil kira saksi pembelaan, Dr David Wells dan Dr Brian McDonals. Terdapat kecacatan yang terpendam dalam kes pendakwaan.

“Sampel itu diambil 56 hingga 58 jam selepas kejadian. Sampel itu tidak disimpan dalam tempat sejuk beku tatapi dalam keadaan baik walau dengan ancaman degradasi dari bakteria.”

Berdasarkan kenyataan yang diperolehi, Karpal mengemukakan hujah bahawa Anwar tidak sepatutnya dipanggil untuk membela diri.

Katanya, mahkamah sepatutnya mengambil kira bukti yang dikemukakan oleh Saiful dengan berhati-hati, seperti yang dilakukan mahkamah ke atas Azizan Abu Bakar dalam kes Liwat I.

Hakim perbicaraan pada masa itu menyifatkan Azizan sebagai saksi yang kukuh, namun keputusan itu diubah oleh Mahkamah Persekutuan.

Karpal membaca pengakuan Saiful yang menyebut bahawa beliau bukan “orang ulu”  kerana mendapat pendidikan tinggi.

“Saiful berkata beliau takut kepada Anwar tetapi beliau boleh meninggalkan tempat itu. Pintu tersebut tidak berkunci, dia boleh melepaskan diri. Dia menghadiri satu majlis pada keesokan harinya. Jelas sekali dia membohong apabila berkata kejadian itu berlaku tanpa kerelaan.

“Saiful melengahkan laporan polis dua hari selepas kejadian. Beliau tidak pergi ke HKL terlebih dahulu tetapi pergi ke hospital lain.

Karpal berkata Saiful bertemu ramai orang tetapi tidak melaporkan perkara itu secara langsung.

Beliau berkata Saiful menemui (bekas pembantu Anwar) Ezam Md Noor dan juga Mumtaz Jaafar (seorang rakan kepada isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor), tetapi tidak membuat laporan polis.

Karpal berkata doktor Hospital Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid sepatutnya dipanggil oleh pendakwaan kerana Saiful memberitahu doktor berkenaan bahawa dia diserang dengan satu objek plasti yang dimasukkan ke dalam duburnya.

“Ini bukan kelakuan sesorang yang telah dinoda.”

Katanya, pihak pendakwaan tidak membuat penafian semata-mata kerana telah memanggil dua orang pakar.

Peguam Ram Karpal berkata tindakan hakim salah kerana memerintahkan Anwar membela diri kerana tiada kes prima facie.

"Terdapat pencemaran pada bahan uji peri anal, dan juga di bahagian lower rectum. Ini tidak dipertikaikan. Terdapat juga seorang lagi penyumbang lelaki. Terdapat campuran air mani mengandungi DNA Saiful, 'Male Y' dan seorang lagi penyumbang lelaki yang diperolehi dari kawasan peri anal.

"Terdapat penyumbang lelaki ketika untuk bahan uji dari kawasan rectal, mungkin pengadu telah dimasuki oleh sorang lagi individu atau pihak ketiga,” katanya.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails