BREAKING NEWS

Gambar Duta Persekutuan Seruan Islam Perak 'PUJAAN' Harussani

Awie bergambar bersama pelatih PLKN Kem Gemilang, Gopeng di Kompleks Persekutuan Seruan Islam Perak. Awie bergambar bersama pelatih PLKN Kem Gemilang, Gopeng di Kompleks Persekutuan Seruan Islam Perak.
 

IPOH: Penyanyi rock dan pelakon popular tanah air, Ahmad Azhar Othman atau dikenali sebagai Awie dilantik sebagai duta remaja Persekutuan Seruan Islam Perak (PSIP) untuk menarik lebih ramai remaja supaya mengamalkan keperibadian mulia.

Pelantikan Awie yang kini berusia 43 tahun dianggap formula terbaik untuk mendekatkan golongan sasaran menerusi pengaruhnya sebagai artis yang sememangnya mempunyai peminat ramai terutama di kalangan remaja.


Yang Dipertua PSIP, Datuk Sheikh Mohamah Nor Mansor, berkata sebagai sebuah pertubuhan dakwah tertua di Perak, PSIP yakin dengan pelantikan Awie dapat menarik lebih ramai di kalangan remaja untuk mengamalkan budaya hidup yang lebih positif.


"Kita boleh bekerjasama dengan golongan seni dalam usaha menerapkan nilai murni Islam kepada remaja,” katanya pada majlis memperkenalkan duta remaja PSIP dan pelancaran Program Khidmat Komuniti serta Perhimpunan Remaja di Kompleks PSIP di sini, kelmarin.

Sementara itu, Awie berkata, beliau secara peribadi terkejut dengan pelawaan PSIP memandangkan amanah yang bakal dipikul adalah sesuatu yang sangat besar.

"Saya terperanjat apabila dilantik sebagai duta PSIP kerana saya adalah insan kerdil dan ia menjadi satu penghormatan kepada anak seni seperti saya. Walaupun ia bukan satu perkara mudah, namun ia adalah satu amanah bagi menyedarkan generasi muda remaja masa kini," katanya.


SUMBER: BERITA HARIAN

Gambar Duta Persekutuan Seruan Islam Perak sedang berdakwah.



Artis Rock popular ini memang sudah tidak asing lagi dengan kontroversi. Sebelum ini kisahnya mengenai kes pukul atau samseng memang sudah biasa kita dengar, tapi lain pula halnya apabila gambar-gambar beliau di sebuah kelab malam yang terletak di Ipoh Perak, dimuatnaik untuk menjadi tatapan umum di laman Facebook.

Pengakuan Awie dalam akhbar Kosmo membuktikan yang beliau adalah pemilik Kelab Malam  Malai Rock Station Bistro.


Tempat yang diberi nama Malai Rock Station Bistro yang beralamat di No 27 & 29 Jln Medan 1, Bandar Baru Medan, 31400, Ipoh, Perak ini dimiliki oleh artis rock dan pelakon popular ini. 





Kelab malam ini sedang sibuk membuat promosi hebat jualan 'Special Offer' pakej arak dan bir untuk menarik pengunjung.

Amat malang bagi seorang Melayu yang beragama Islam terbabit dalam perniagaan yang penuh kemaksiatan dan haram seperti ini.Nampaknya Awie yang juga merupakan 'Ayahanda' Pekida telah lupa dengan asas perjuangan Pekida iaitu'Amal Makruf,Nahi Mungkar'.Kini Malai Rock Station Bistro di Ipoh ini akan menjadi port baru ahli-ahli Pekida,umPORNO dan Perkosa.

Persoalannya sekarang ialah kenapakah Mufti Perak masih diam seribu bahasa?? Kenapakah Harussani tidak menyeru Awie supaya bertaubat?? Apakah Mufti Perak bersetuju orang Melayu terlibat dalam bisnes kelab malam seperti ini?? Nampaknya cita-cita Ibrahim Katak untuk melihat orang Melayu Islam berkecimpung dalam perniagaan haram seperti ini menjadi kenyataan.Jika sebelum ini Mirzan Mahathir menjadi pemilik syarikat arak San Miguel,kini langkah Mirzan Mahathir diikuti pula oleh Awie sebagai peniaga runcit arak dan bir di kelab malam.


Penyanyi Tom (MyStarz LG) yang berasal dari Taiping ini sedang beraksi ala-ala bintang filem umPORNO.
 
Khabarnya juga seorang penyanyi yang pernah menjadi juara program MyStarz LG iaitu Tom telah menjadi salah seorang penyanyi tetap di kelab malam tersebut.Lihatlah pakaian Tom yang amat menjolok mata ini.Kalau anda masih ingat lagi Tom ini juga pernah terlibat dalam kontroversi pergaduhan serius dengan keluarga isteri teman lelakinya dan juga memukul isteri teman lelakinya.

3 comments :

  1. Artis yg menjdi pujaan tok peti harusssani

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tok peti berjanggut kambing deruk, janggut panjang tapi berbau apak

      Delete
  2. Kenapa Harussani diam aje yer... tak komen satu ayat pun tentang hal ini..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails