Mahkamah kecoh apabila hukuman dijatuhkan dengan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Mahkamah Rayuan menetapkan hukuman lima tahun penjara bagi Anwar.
Mahkamah membenarkan penangguhan hukuman dengan wang jaminan RM10,000 yang harus diserahkan pada Isnin depan. Timbalan Pendakwaraya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak membantah keputusan tersebut.
Mahkamah kecoh apabila hukuman dijatuhkan dengan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini.
Keputusan hari ini adalah sebulat suara di kalangan tiga hakim itu.
Hakim Datuk Balia Yusof Wahi yang mengetuai penal hakim masih belum menjatuhkan hukuman yang boleh dikenakan sehingga 20 tahun itu.
Dengan hukuman ini, masa depan polik Anwar hampir berakhir. Dia tidak boleh memegang sebarang jawatan politik dan menyertai sebarang pilihan raya termasuk menjadi calon PRK Kanag yang akan diadakan 23 Mac ini.
Dalam respons segera terhadap keputusan mahkmah ini, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, "Perasaan paling buruk adalah, saya tidak terkejut dan bersedia dari segi mentalnya untuk ketidakadilan ini".
Bekas pengerusi bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan berkata melalui laman Twitternya, dia terkejut dan meminta Anwar terus cekal.
"Saya tidak percaya ia boleh berlaku," katanya.
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, tindakan pimpinan perdana menteri itu membangkitkan kemarahan rakyat dan merupakan satu pengisytiharan ‘perang’ terhadap Pakatan.
“Najib penjarakan Anwar lima tahun- rakyat akan jatuhkan Najib dalam masa lima bulan, saya janji kepada kamu!
“Najib isytihar perang kepada Pakatan Rakyat, rakyat sedia untuk bangkit!,” tulisnya di laman Twitter.
Elizabeth Wong dari PKR yang juga Adun Bukit Lanjan berkata: "Memeranjatkan. Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar Ibrahim. Di mana keadilan?"
Sementara itu,Timbalan Pengarah, Bahagian Asia, Human Rights Watch Phil Robertson berkata, ini adalah penghakiman politik.
"Perbicaraan ini bertujuan untuk menendang Anwar keluar dari politik dan kerajaan bersedia untuk berbuat apa saja untuk mempastikan ia berlaku.
"Anwar dan keluarga beliau nampaknya terperangkap dalam mimpi ngeri yang tidak ada penghujung dalam karier politiknya, di mana mahkamah telah digunakan sebagai alat untuk menjatuhkan hukuman politik.
"Memang benar, hari gelap kepada kehakiman di Malaysia yang menunjukkan diri mereka sendiri tidak mampu berdiri tegap bila isu politik dimainkan di depan mereka.
"Kes yang dihadapi Anwar tidak sepatutnya dipertimbangkan sebagai jenayah sejak awal-awal lagi," katanya. – 7 Mac, 2014.
YA ALLAH YA TUHANKU, Engkau laknatlah dunia dan akhirat manusia-manusia yang bersengkongkol memfitnah hamba-Mu saudara Anwar Ibrahim dengan tuduhan liwat berdasarkan bukti yang amat meragukan!!!! Hancurkanlah jiwa perancang-perancang fitnah dan mereka yang bersubahat memfitnah beliau agar menjadi peringatan kepada manusia yang beriman. Berikanlah kekuatan kepada saudara Anwar Ibrahim menghadapi perancangan jahat musuh-musuhnya yang mahu Anwar Ibrahim dipenjarakan agar mereka dapat terus bermaharajalela berkuasa dan terus menzalimi rakyat!!!! Amin....Takbirrrrrrr!!!
Post a Comment