BREAKING NEWS

Anak Perempuan Raja Nong Chik Yang Berusia 24 Tahun Dapat Projek Rundingan Terus Bernilai RM30.8 Juta




Klik imej untuk paparan lebih besar
Bukti Surat Tawaran Dari Kementerian Belia Dan Sukan serta sijil pendaftaran syarikat oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia.


Oleh kerana terlalu bosan menunggu buah yang tidak gugur-gugur dari projek perompakan Kampung Baru,maka Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin merangkap Menteri Wilayah Persekutuan telah berusaha keras untuk melakukan projek perompakan lain yang tidak kurang habuannya.Dengan menggunakan akal penyamun warisan Umno/Apco yang di milikinya beliau telah menggunakan nama anak perempuannya iaitu Raja Farhana Binti Raja Nong Chik yang hanya berumur 24 tahun pada masa itu (kini Raja Farhana berumur 26 tahun) untuk tibai projek Kementerian Belia Dan Sukan yang bernilai RM30.8 Juta pada tahun 2010.
 

Istijuara Sdn Bhd yang dimiliki oleh Raja Farhana Binti Raja Nong Chik dengan pegangan saham yang dimilikinya sebanyak 399,999 dari 400,000 saham seperti yang tercatat di dalam sijil pendaftaran syarikat oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia, syarikat Istijuara Sdn Bhd ini telah di anugerahkan kontrak secara rundingan terus bernilai RM30.8 Juta oleh Kementerian Belia Dan Sukan pada bulan Ogos 2010.Menurut dokumen itu, kontrak untuk Istijuara adalah untuk melengkapkan, menaik taraf dan perkhidmatan peralatan latihan untuk hospital, marin dan industri minyak dan gas secara "rundingan terus" dengan kerajaan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Bandar Penawar, Johor.

Nampaknya Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah mengikuti jejak langkah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam menyamun projek-projek kerajaan dengan menggunakan nama anaknya.

Adalah disarankan supaya Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin juga akan mengikuti jejak langkah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan berani untuk meletakkan jawatan dengan segera.Semoga tanah-tanah milik bangsa Melayu di Kampung Baru dapat di selamatkan dengan perletakan jawatan beliau itu.Adalah tidak sah jika menteri-menteri serta pemimpin-pemimpin dari parti Umno/Apco ini tidak mengamalkan rasuah dan korupsi dari dulu,kini dan selamanya.Bak kata pepatah seperti aur dengan tebing.-mafiaboss

1 comment :

Related Posts with Thumbnails