BREAKING NEWS

Warkah Buat Keluarga Anggota Polis...

PDRM = Polis Dera Rakyat Malaysia

Assalamualaikum, tersentuh hati bila terbaca sebuah warkah daripada seorang anak warga polis yang begitu tersentuh hatinya apabila bapanya seorang anggota polis digelar sebagai anjing oleh beberapa orang peserta bersih, hatinya begitu tersinggung kerana bapa beliau telah banyak berkorban demi keamanan negara, tetapi digelarkan dengan panggilan anjing, yang sudah pasti penghinaan itu turut mengheret beliau dengan gelaran sebagai anak anjing.

Dapat saya rasakan betapa pilu dan terhinanya beliau dengan penggilan tersebut, hati anak manakah yang tidak pilu bila bapa yang disayangi dihina dengan begitu keji, sebagai seorang anak dan juga seorang ayah sudah pasti saya tidak dapat untuk membendung perasaan apabila dihina dengan begitu rupa, pastinya jiwa menjadi remuk dan air mata tercurah berderai tanpa boleh tertahan-tahan.

Manusia telah diciptakan oleh Allah memiliki fitrah inginkan kegembiraan, kedamaian, ketenangan dan jiwa yang murni dari segala penghinaan, bukan sahaja polis tetapi begitu juga peserta bersih, mereka manusia yang memiliki naluri yang sama, kerana semua manusia diciptakan oleh Allah dari unsur yang sama.

Jika pihak polis dan keluarganya tersinggung dengan gelaran anjing yg dilemparkan kepadanya, begitulah juga peserta bersih yang pastinya lebih hebat tekanan perasaannya, pihak polis hanya digelarkan sebagai anjing, tetapi mereka diperlakukan seperti seekor anjing, yang seolah-olah mereka bukan seorang manusia, disepak terajang, dipukul tanpa belas kasihan, malahan ada yang dirempuh oleh kereta yang dipandu polis seperti merempuh biawak dijalanan, mereka seperti makhluk yang tiada harga lansung pada pandangan pihak polis, dipukul beramai-ramai, bertubi-tubi bukan sahaja dengan tangan,kaki malahan besi yang dihayunkan ketubuh mereka tanpa belas kasihan, jeritan kesakitan, air mata dan darah yang mencurah tidak sedikit pun melahirkan rasa kasihan belas dihati polis, mereka memukul dan terus memukul, seperti tercabut perasaan kasihannya, seperti hilang akalnya, bertindak bukan seperti seorang manusia.

Jika keluarga polis tersinggung dengan gelaran anjing, bagaimana pula keluarga peserta bersih, bagaimana pula hati ayah ibu yang melahir dan membesarkannya apabila melihat anak yang mereka kasihi disepak terajang, dipukul tanpa belas kasihan, sudah pasti hancur luluh hatinya, remuk jiwanya, mengalir air mata kesedihan dan kasihan apabila anaknya diperlakukan sedemikian rupa, bagaimana perasaan seorang isteri apabila suaminya disepak terajang, bagaimana pula hati seorang anak apabila melihat ayahnya yang telah tua dipukul tanpa belas kasihan, cuba juga bayangkan apakah perasaan kita sekiranya kita melihat adik,abang atau kakak kita yang sosok tubuhnya melambung dirempuh kereta , menjadi kaku, tak mampu bergerak dengan tubuh berlumuran darah.

Sebagai seorang peserta bersih, saya tegaskan bahawa tujuan kita adalah untuk menuntut supaya sistem pilihanraya diMalaysia dibersihkan dari segala penipuan, kami tidak berhajat untuk bertembung dengan pihak polis, kerana polis bukan musuh kami, kami kehendaki berhimpun secara aman supaya SPR berlaku adil dalam pilihanraya, tetapi BN telah menggunakan pihak polis untuk melakukan provokasi kpd himpunan kami, polis diarahkan menghalang kami dengan menggunakan kekasaran, polis melepaskan bom asap pemedih mata kepada kami yang tak bersalah, BN gunakan polis, tetapi mereka berlepas tangan, akhirnya pihak kami dan pihak polis yang bertelingkah.

Kami juga tidak mahu bertembung dengan polis kerana sebahagiannya adalah seagama dan sebangsa dengan kami, ada juga polis dari kaum keluarga kami. tetapi pertembungan pasti tidak boleh dielakkan selagi pihak polis tidak bersifat berkecuali, memihak kepada BN. Kami menentang penipuan BN, pihak polis pula mengikut arahan BN supaya menentang kami. maka pastinya berlaku pertembungan.

Saya menyeru agar kita semua berlapang dada, bermuhasabah dan beriltizam untuk memilih pemerintah yang adil dan jujur dalam melayani seluruh rakyatnya, kakitangan kerajaan seperti polis tidak digunakan untuk kepentingan politik tetapi berkhidmat untuk rakyat, saya yakin pada ketika itu tidak ada polis yang digelarkan dengan anjing, dan juga tidak ada polis yang menyepak rakyat seperti anjing. saya sangat yakin hubungan polis dan rakyat akan lebih baik dan imej polis akan pulih tanpa BN.

Akhirnya jika polis ingin supaya peserta bersih memohon maaf kerana menggelarkannya sebagai anjing, pihak polis juga mesti memohon maaf kepada peserta bersih kerana memperlakukan mereka lebih daripada anjing.

Oleh: Ustaz Rosli Abdul Jabar

5 comments :

  1. teman pun anak bekas polis, ada beza polis dahulu dengan sekarang. memang patut mereka digelar anjing sebab patuh pada arahan penguasa tanpa mempeduli bangsa sendiri

    ReplyDelete
  2. Saya dah baca luahan hati daripada anak polis. Kesian! Sekadar di panggil anjing tu, mungkin biasalah sebab polis sepatut dan semestinya dilatih menerima cabaran lebih dari itu.Tapi kesian lagi mangsa polis. Diperlakukan lebih dari itu. Betoi tak? Satu soalan pada anak polis......
    Cuba tanya ayah,' Pernah tak dia terima rasuah? Suruh dia jawab dgn ikhlas.Mampos dia nak jawab dgn ikhlas.

    ReplyDelete
  3. biarlah allah melaknat mereka yg memukul rakyat yg x bersalah.Cuba fikir jika adik beradik kita diperlakukan begitu.rasanya dah mcm kat israil plk. dahlah UMNO berdagang dgn Israil. Insaflah wahai rakyat Malaysia. diakhirat kelak akan tanya pada kamu siapa pemimpin yg kamu pilih... jawaplah Nabi Muhammad pemimpin ku, jgn jawap Najib api nerakalah jawapnya....

    ReplyDelete
  4. polis hanya menjalankan tugas demi menjaga keamanan..klu tiada BERSHITT xdela polis disitu..xperlu la nk memutarbelitkan fakta..bukan semua rakyat menyertai perjuangan BERSIHIT..saya antara salah seorg drp berjuta rakyat Malaysia yang bencikan BERSHIT dan menolak sebarang bentuk provokasi dari pihak pembangkang..xperlu nk salahkan polis dlm hal ni..bersyukurlah dengan keamanan yg kita nikmati hari ini..sebelum Allah menarik nikmat yg sedia ada..

    ReplyDelete
  5. sebab negara kita amanlah kitakena jaga dan bersyukur.. bagaimana caranya?? kita kena pastikan negara kita bersih dari penipuan,penyelewengan,rasuah dan seangkatan dengannya.. kalau kita diam dan redha dengan kemungkaran tunggulah bala Allah dan keamanan akan ditarik untuk selamanya... ingatlah tamadun manusia yang Allah musnahkan dulu.. bila manusia terlena dalam kemungkaran dan menyokong kejahatan dan maksiat atas alasan sudah aman..
    Begitu juga kaum nabi Nuh yang sudah aman sebelum banjir besar menenggelamkan semua manusia yang kufur.. kerana aman mereka tidak mahu bersusah payah mengikut perintah ALLAH.....
    Ingatlah saudara Kiamat juga datang ketika manusia dalam keadaan aman... jangan kerana keamanan dan keselesaan kita terlena dalam tipudaya Syaitan..
    Sedarlah, bila kezaliman keatas makhluk saudara sokong.. fikirlah dalam kelompok mana saudara berada... yang pasti bukan dari ajaran nabi Muhmmad saw...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails