BREAKING NEWS

Polis Sambut Peserta BERSIH Yang Serah Diri Dengan 'Paip Getah'


gua nk tunggu jawapan dn komen bodoh dari khalid timbaln kpn dn hishamuddin bangang..mcm ni ke cara korang buat keje?? pro le sikit bro..dh 54 tahun merdeka pn masih lg nak guna taktik pukul dgn paip getah ke??..saspek yg dtg serah diri dgn sukarela pn korang belasah 3 suku nyawa..klau org cakap polis anjing korang marah,tp perangai dn cara korang soal siasat mcm berada di zaman batu..cara korang bekerja dh sebijik mcm cara polis israel membelasah 3 suku nyawa penduduk palestine....itulah akibatnya bila ambil apco jd penasihat..kalau polis tidak mahu ikut peraturan dn undang2.. seronok sangat membelasah orang sesuka hati..lebih baik polis runtuhkan semua mahkamah dan lepas itu bolehlah mereka menghukum orang sesuka hati mereka..tindakan polis ni akan menambahkan lg kebencian orang awam kpd polis..korang jngn dok terikut sangat dgn slogan 'haram jadah' najib tu..najib dn hishamuddin lain le sbb depa dh kaya..depa dh kebas kaw2 harta rakyat awal2 lg sbb depa dh tau yg depa akan kalah dlm pru yg ke 13 nnti....korang anggota pangkat rendah klau kantoi tak dak sape nk cover korang..sendiri tanggunglah..jngan jadi bodohlah..pakailah akal yg waras bro..



 Mohd Safuan Mamat cedera dipukul polis.


Sidang akhbar Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) hari ini.  


Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) hari ini mengecam tindakan polis memburu peserta perhimpunan anjurannya bulan lepas dan dakwaan layanan buruk terhadap seorang peserta yang tampil menyerah diri secara sukarela.

Bercakap dalam satu sidang akhbar, Penyelaras BERSIH, Maria Chin Abdullah berkata mereka tidak sepatutnya diburu.

Katanya, jika tahu siapa mereka, maka pihak polis hendaklah menghantar surat meminta mereka datang ke balai.

"Dan Mohd Safuan Mamat, yang tampil secara sukarela, telah ditangkap dan kemudian dipukul," kata Maria.

"Apa apakah mesej mereka kepada orang ramai, apabila anda tampil untuk bekerjasama, anda dipukul?" soal Maria lagi.

Pengerusi bersama BERSIH yang juga Sasterawan Negara, Datuk A
Samad Said, atau lebih mesra dengan paggilan Pak Samad berkata, tindakan pihak polis telah dikaitkan dengan kenyataan awal bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan tiga bekas ketua polis negara, yang cuba "menggambarkan BERSIH sebagai elemen subversif ".

Beliau mendakwa tindakan polis memburu dan memukul peserta perhimpunan itu, adalah helah polis untuk memaksa mereka pengakuan supaya ia boleh digunakan untuk mengatakan bahawa gerakan reformasi sistem pilihan raya itu, bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan.

Mohd Safuan (kanan) yang membuat laporan polis semalam berkata, dia ditahan dan dipukul oleh pihak polis selepas menyerah diri pada hari Isnin, dan juga mendakwa telah dipaksa mengaku terhadap pelbagai kesalahan.

Oleh Hazlan Zakaria

1 comment :

Related Posts with Thumbnails