BREAKING NEWS

Polis Cuba Tutup Kes Skandal Shafie Apdal Dan Pelakon Zahida Rafik



Peguam Latheefa Koya hari ini mendedahkan bahawa terdapat usaha bersepadu oleh pihak polis dalam menutup kes skandal Datuk Shafie Apdal dan pelakon Zahida Rafik.

Dalam sidang akhbar yang diadakan di ibu pejabat PKR, Latheefa berkata anak guamnya, Noor Azman Azemi telah ditawarkan oleh pihak polis untuk menukar peguam semasa proses penyiasatan.

 "Pelanggan saya telah diberitahu oleh pihak polis bahawa mereka boleh membantu dia dalam mendapatkan peguam baru jika dia ingin berbuat demikian," kata Latheefa.

Noor Azman Azemi 



Peguam Latheefa Koya 

 "Mereka juga bertanya kepada pelanggan saya sama ada beliau tahu bahawa saya bekerja rapat dengan PKR,"

 "Para penyiasat tidak bertanyakan soalan yang berkaitan dengan kes itu, tetapi sebaliknya menawarkan bantuan dari sudut undang-undang dengan menawarkan peguam baru," tambah Latheefa.

Dalam sidang akhbar itu,beliau juga mendedahkan bahawa Noor Azman telah disiasat oleh Cawangan Khas dan bukannya oleh pegawai polis dari Bahagian Siasatan Jenayah.

"Pegawai polis Cawangan Khas yang menyiasat Azman juga beranggapan yang dia ingin menamatkan kerjaya Shafie dengan mendedahkan hubungan sulit Menteri," kata Latheefa.

Mengulas mengenai perkara itu,Ahli Parlimen Subang,R Sivarasa berkata bahawa polis telah sekali lagi menyalahgunakan kuasa mereka dan menuntut supaya siasatan dijalankan oleh pihak polis.

"Perkara ini sangat serius, hak-hak pelanggan dan peguamnya telah dilanggar oleh institusi polis seolah-olah mereka cuba menutup kes Menteri tersebut," kata Sivarasa lagi.

-mD

1 comment :

  1. hehe. macam tak cukup tinggi si PIE tu bro. hehe!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails