BREAKING NEWS

Utusan Malaysia Nangis-Nangis Minta Maaf Dengan Senator Australia



akhbar utusan ni mmg jenis muka 'kulit babi'..tak tau malu..dh le bisnes surat khabar pn tak pandai..asyik dok rugi memanjang..tp tak habis2 nk fitnah orang..suka2 spin dn cipta berita fitnah utk ampu tuannya si umno/apco tu..pas tu minta maaf krn takut kena saman..minta maaf..minta maaf jgk..tp tindakn saman mesti diambil trhadap utusan meloya ni..lepas ni utusan meloya akan terus buat fitnah lg..pas tu nangis-nangis minta maaf lg..bl mau habis putar belit utusan meloya ni?? dh melampau..langsung tak ada etika kewartawanan..inilah akhbar paling sampah utk pembaca2 sampah..bak kata najib mmg'haram jadah'..

Senator Nick Xenophon

       
Utusan Malaysia hari ini memohon maaf kepada senator bebas daripada Selatan Australia Nick Xenophon yang digambarkan dalam artikel sebagai anti-Islam sebelum ini.

Permohonan maaf dan penarikan balik berita itu disiarkan di  akhbar milik Umno itu dan laman web berhubung artikel yang disiarkan pada 1 Mei di akhbar dan web bertajuk ‘Senator anti-Islam pantau BERSIH 3.0'.

"Utusan Malaysia mengesahkan terdapat kesilapan dalam menerbitkan pernyataan-pernyataan di dalam artikel tersebut," permohonan maaf di laman web Utusan dipetik.

Utusan juga menjelaskan, dalam ucapan di Parlimen Australia yang dirujuk dalam artikel tersebut, Xenophon tidak menggunakan perkataan ‘Islam'.

Tambahnya, beliau tidak juga menegaskan bahawa Islam bukanlah sebuah organisasi agama tetapi sebuah organisasi jenayah yang berselindung di sebalik kepercayaan agama.

"Berdasarkan sebab-sebab di atas, Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesemua pernyataan-pernyataan terkandung di dalam artikel tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada Senator Xenophon di atas kedukaan atau pengaiban yang diakibatkan kepada Senator Xenophon ekoran daripada penyiaran artikel tersebut," menurut notis itu.

1 comment :

  1. siap nangis tu yang tak boleh tahan bro. kena datang jugak nak tengok sapa nangis.. apa pun, nice bro.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails