Happy Birthday! Umno/Apco! Semoga Pendek Umur Dan Cepat Padam!
Posted by Unknown on 10:42 AM in Korupsi Najib Penipu Rakyat Rasuah Umno/APCO | Comments : 0
HAPPY BIRTHDAY!! UMNO/APCO!!..semoga pendek umur dn cepat padam...semoga dlm PRU yg ke 13 nanti parti umno/apco aka parti 'haram jadah' (najib yg ckp..bkn gua yg ckp) ini akn berkubur selama-lamanya bersama dosa2 dari penyelewengan,penipuan, mempersendakan hukum Allah,menyalahguna kuasa dn amalan rasuah yg telah menjadi darah daging mereka dari dulu,kini dn selamanya...INI ADALAH ULANG TAHUN TERAKHIR UMNO/APCO SEBELUM MENJADI PEMBANGKANG
Sambutan ulangtahun ke-66 Umno selama tiga hari mulai hari ini, menjadi tumpuan utama, bukan sahaja di kalangan ribuan ahli Umno yang akan membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil mulai hari ini, tetapi juga rakyat di seluruh negara yang mengharapkan ucapan presiden parti itu malam ini, akan menyingkap sesuatu jawapan terhadap penantian mereka selama ini.
Dan ia adalah jawapan kepada persoalan bilakah pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Mereka mengharapkan Datuk Seri Najib Tun Razak akan memberi 'bayangan' mengenai tarikhnya.
Di kalangan ahli Umno, apa yang menjadi tumpuan utama perhatian mereka ialah sejauhmana persediaan parti itu untuk menghadapi pilihan raya umum yang dianggap paling perit yang pernah dihadapinya selepas merdeka.
Dan sudah tentulah antara ahli Umno yang datang itu termasuk mereka yang membawa harapan besar agar dilantik semula bertanding dalam PRU13 dan mereka juga yang berharap akan tersenarai sebagai 'calon boleh menang'.
Sebelum ini, pemilihan calon dalam Umno, tidaklah sesukar sekarang. Sebelum ini, mereka yang menyandang jawatan di peringkat bahagian, terutamanya ketua bahagian, naib ketua bahagian, ketua Pemuda dan Wanita merupakan pilihan utama sebagai calon parti. Kerana itulah kita dapat melihat pertandingan merebut jawatan parti di peringkat bahagian begitu sengit sekali, dengan banyak pihak yang 'ditangkap' dan 'dihukum' kerana terbabit dalam politik wang untuk membeli undi.
Namun kini, bila Najib mencanangkan tentang hasrat parti itu untuk menyenaraikan 'calon boleh menang' dalam PRU13, maka ia sudah tentunya membuat penyandang jawatan di peringkat bahagian berada dalam kegusaran berdepan dengan kemungkinan sama ada akan dipilih atau diketepikan.
Pada masa yang sama, ia turut menyemai harapan baru kepada ahli-ahli Umno yang dilihat berkebolehan dan diterima masyarakat setempat untuk dipilih sebagai calon mewakili parti.
Itu satu masalah yang perlu ditangani oleh pucuk pimpinan. Sekiranya calon-calon yang dipilih nanti tidak terdiri daripada penyandang jawatan di peringkat akar umbi, sudah pastinya unsur merajuk yang boleh mengakibatkan perbuatan sabotaj mungkin berlaku.
Masalah kedua yang dihadapi oleh Umno sekarang ialah sukar untuk mengatakan sama ada parti itu cukup kuat dan cukup bersedia untuk berdepan dengan PRU13 yang perlu diadakan menjelang bulan Mac tahun depan.
Apakah Umno sudah bersedia untuk menghadapi PRU13 pada bila-bila sekarang? Angin bertiup kencang yang mengatakan PRU13 akan diadakan pada hujung bulan Jun atau awal Julai ini.
Kekalahan 'psikologi'
Walaupun Najib mempunyai sehingga awal tahun depan untuk memanggil PRU13, tetapi jika beliau berbuat demikian, ia akan dilihat sebagai satu "kekalahan psikologi' kepada Umno. Ini kerana rakyat akan beranggapan Umno tidak berani turun ke gelanggang PRU13 lebih awal kerana tidak pasti tentang peluang untuk menang, khususnya
mengembalikan penguasaan dua pertiga di Parlimen dan merampas semula Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. Serta kemampuannya untuk mempertahankan Perak, yang dirampas dari Pakatan Rakyat ekoran dua ADUNnya keluar parti.
Ini ditambah pula dengan pemberian durian runtuh RM500 kepada keluarga yang berpendapat di bawah RM3,000 serta agihan saguhati kepada bekas anggota pasukan keselamatan dan pasukan beruniform yang lain.
Umumnya, Mkekuatan BN terletak pada Umno dan disokong oleh anggota-anggota parti komponen dalam gabungan tersebut. Begitu juga dengan kedudukan Sabah dan Sarawak yang sentiasa menjadi 'penyelamat' kepada BN untuk kekal berkuasa.
Apabila BN menang besar pada 2004, Umno memperolehi sekitar 100 kerusi Parlimen dan gabungan itu kekal berkuasa dengan majoriti besar di Dewan Rakyat. Malah di Kelantan pun ketika itu, PAS kekal dengan hanya majoriti kerusi tipis di Dewan Undangan Negeri (DUN).
Pada 2008, apabila berlaku tsunami politik, Umno memenangi sekitar 70 kerusi parlimen manakala parti-parti komponennya yang lain di Semenanjung khususnya MCA, Gerakan dan MIC kalah teruk. Dan Sabah dan Sarawaklah yang menjadi penyelamat untuk BN kekal tetapi itupun masih belum cukup untuk mengekalkan penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
Malah, BN tumbang di Pulau Pinang kepada Pakatan. Gerakan kalah kesemua kerusi dan yang tinggal ialah 11 kerusi yang kesemuanya diwakili oleh ADUN Umno.
Maka bermulalah pelbagai analisa dibuat oleh kalangan parti-parti BN dan juga para akademik mengenai punca kekalahan teruk BN ketika itu. Dan antara punca utamanya sehinggakan Umno dan BN ditewas di sekitar 30 kerusi parlimen pada 2008 ialah kerana perbuatan sabotaj ahli-ahli parti itu sendiri.
Mengapa itu berlaku. Ia antaranya ekoran tindakan kepimpinan Umno pusat menukar calon-calon yang dikemukakan oleh pihak bahagian - yang merupakan penyandang jawatan - dan digantikan dengan muka-muka baru, termasuklah calon payung terjun di tempat lain. Ia juga dikaitkan dengan pasukan tingkat empat di Perdana Menteri ketika itu, yang dikatakan mencongak barisan calon BN, khususnya dari Umno. Dikhabarkan pasukan tingkat empat itu sudah tidak ada lagi.
Maka dibuatlah kesimpulan, jika parti itu tidak mengetepikan pemimpin akar umbi ini, maka peluangnya untuk kembali menang adalah lebih cerah. Dan pucuk pimpinan menekankan bahawa pihak bahagian akan diberi peranan utama dalam pemilihan calon yang boleh menang. Namun Ini pun masih merupakan satu andaian, sama ada itukah sebenar punca kekalahan calon-calon Umno dahulu.
Namun apa yang nyata, kekuatan Umno sebenarnya terletak di kawasan luar bandar. Boleh dikatakan sebahagian besar kerusi yang dimenanginya sama ada pada 2004 ataupun 2008 adalah dari kawasan tersebut.
Maka tidak hairanlah jika pentadbiran perdana menteri kini memberi tumpuan utama ke kawasan-kawasan berkenaan, termasuklah tanah guguran FELDA.
Kecenderungan pengundi muda
Dalam usahanya untuk mengukuh dan mengekalkan sokongan rakyat di kawasan luar bandar, namun Umno juga dilihat gusar apabila memikirkan kecenderungan pengundi muda untuk menyokong pembangkang. Ini dilihat daripada kejayaan calon-calon pembangkang untuk menang di kerusi bandar dan pinggir bandar, dalam jumlah yang mampu menafikan BN penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat.
Mengapa itu terjadi. Mungkin kita boleh menuding jari kepada Umno sendiri. Kerana sebelum ini penyandang jawatan parti di peringkat bahagian merupakan pilihan utama menjadi calon, maka ada yang menghalang golongan muda, yang dilihat mampu menggugat kedudukan mereka, daripada menyertai parti itu.
Tindakan itu secara tidak langsung telah menjauhkan golongan muda daripada Umno dan sejarah perjuangannya. Malah, tindak-tanduk segelintir pemimpin bahagian yang menyekat mereka daripada menyertai Umno, kini telah memakan diri sendiri, di mana golongan muda kini beralih minat kepada parti pembangkang, terutamanya saingan utama Umno, iaitu PAS.
Kerana itulah, ada yang beranggapan sekiranya BN tidak mengadakan pilihan raya umum lebih awal pada 2008, kemungkinan ia akan kecundang terus sekiranya lebih ramai pengundi muda didaftarkan sebagai pengundi yang jumlah mereka mencecah ratusan ribu orang.
Dan kini mereka sudahpun mendaftar untuk mengundi dalam PRU13, maka bagaimanakah peluang BN kali ini. Soalan ini agak merisaukan kerana pengundi atas pagar yang dianggarkan sekitar 30 peratus jumlah pengundi keseluruhannya, tidak dapat dibaca hati nulari mereka.
Tarikh pilihan raya
Oleh itu, BN dilihat begitu berhati-hati dalam menentukan tarikh pilihan raya kali ini. Sudah pastinya BN, khususnya Umno, akan memastikan tarikhnya tidak akan menyebabkan penduduk luar bandar sukar untuk keluar mengundi. Jadi pastinya ia akan mengelak mengadakan PRU13 semasa musim banjir. Kebiasaannya, musim tengkujuh bermula pada bulan September sehingga awal tahun depan.
Begitu juga dengan musim umat Islam mengerjakan ibadat Haji. Malah, penulis yang baru pulang mengerja ibadat Umrah kira-kira sebulan lalu, dimaklumkan oleh petugas Tabung Haji di Mekah bahawa jumlah rakyat Malaysia yang mengerjakan Umrah sepanjang tahun, juga begitu ramai sekali.
BN juga perlu memastikan kedudukan sokongan untuknya di Sabah dan Sarawak. Kesilapan menentukan tarikh atau menangani isu-isu penting di kedua-dua negeri itu boleh membawa padah kepada BN.
Oleh: Pak Uda Nash
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Post a Comment