Kesian gua tengok mamat dua ekor nih..betul2 frust menonggeng sampai terguling-guling sbb majlis peguam tak mau comolot dgn umno/bn..mcm shafie apdal comolot dgn zahida rafik tu..jngn korang anggap semua org tu mangkok hayun mcm penjilat2 umno/bn yg korang bela tu..org yg ada otak tak akan bersubahat dgn penyelewengan dn kezaliman oleh regim umno/bn terhadap rakyat selama ini..oh lupa plak kan nazri aziz ni maksum orgnya...sbb tu dia boleh nmpk iblis pd org lain...tp pd anak sndiri ta nmpk...akhlak nazri aziz nih mmg hancur...hishamuddin keris ni plak confirm bengong tahap gaban kerana wlaupun jadi menteri kdn tapi tak tau langsung pasal SOP polis..org macam ni pun pencacai umno/apco dok sokong lg dn masih jd menteri..heran2...adakah kita pernah dengar mamat dua ekor nih nak muhasabah diri dgn kembali kpd agama dgn meninggalkan segala maksiat,kezaliman,penindasan yg telah mereka lakukan...tarak kan?? bak kata najib mmg 'haram jadah' puak2 nih....
Sudah terbukti dengan jelas bahawa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah cuba menutup kesalahan pihak polis apabila mendakwa terdapat pihak yang cuba menyebabkan kematian ketika perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April 2012 yang lalu.Hishammuddin bertindak demikian melalui kenyataan yang mengecam Majlis Peguam sebagai pertubuhan yang bersikap prejudis.
Kenyataan Hishammuddin semalam juga satu bukti tindakan sistematik oleh Kementerian Dalam Negeri, polis dan pemimpin Umno/BN untuk memburuk-burukkan peserta perhimpunan BERSIH 3.0 serta menutup perbuatan tidak mengikut undang-undang dan keganasan melampau oleh pihak polis terhadap peserta-peserta BERSIH 3.0.
Kenyataan gaya 'Goebbels' Hishammuddin yang bersikap prejudis itu juga telah melanggar sumpah yang dibuat menteri berkenaan ketika menerima pelantikan sebagai Menteri Dalam Negeri.
Tindakan itu juga sebahagiannya mungkin disebabkan hubungan langsung Hishammuddin dengan keganasan polis ke atas orang awam dan wartawan dalam perhimpunan tersebut.
Dengan itu,satu siasatan bebas mestilah dijalankan segera ke atas tindakan Hishammuddin ketika, dan sebelum perhimpunan tersebut.
Sebelum siasatan tersebut dijalankan Hishammuddin mestilah digantung daripada jawatan menteri mengikut Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.
Semalam, Majis Peguam meluluskan 12 resolusi pada mesyuarat agung luar biasanya yang antaranya mengecam tindakan polis menggunakan meriam air dan gas pemedih mata terhadap peserta perhimpunan yang bertukar ganas di ibu negara pada 28 April lepas.
Mengenai tuntutan Majlis Peguam supaya Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara memohon maaf atas tindakan polis ketika perhimpunan berkenaan,Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata tidak ada kesalahan yang dilakukan pihak berkuasa.
"Jangan mimpi, esok matahari terbit di timur, kita tidak akan meminta maaf. Jangan mimpi. Tidak ada kesalahan yang dilakukan oleh kita. Dia patut bubarkan (Majlis Peguam) kerana mendatangkan malu besar pada profesion dia.
Susah sangat lawan sayalah (dalam pilihan raya)...kalau tidak anda hanya penakut, bacul," katanya.
Beliau turut berkata pihaknya akan meneliti sekiranya penganjur perhimpunan berkenaan Datuk S.Ambiga melanggar apa-apa kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2011 terutama kerana menghina mahkamah.
"Kita nak tengok kalau dia ada langgar apa-apa kesalahan di bawah akta baru ini. Kita nak lihat di bawah (kesalahan) menghina mahkamah (kalau) saya nak minta supaya dia didakwa.
"Paling ketara adalah menghina mahkamah sebab jelas ada perintah mahkamah yang tidak boleh dilanggar. Dia ketua, jadi dia mesti ambil semua tanggungjawab ini. Jangan 'semut' sahaja kena dakwa, anda sebagai ketua nak lari?" soalnya.
Post a Comment