BREAKING NEWS
Showing posts with label Selangor. Show all posts
Showing posts with label Selangor. Show all posts

MB Khalid Yang Bongkak Sedang Menggali Kuburnya Sendiri


 
Sikap kuku besi dan bongkak Menteri Besar Bebas Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan tindakannya tidak mengendahkan Pakatan Rakyat telah mengejutkan banyak pihak.

Kedua-dua penyokong setia dan ahli Pakatan yang mengundi Khalid tidak percaya bagaimana beliau boleh menjadi begitu semberono, dalam keadaan terdesaknya untuk berpaut kepada kuasa.

Khalid telah direkodkan berkata "tidak ada perkara seperti (kerajaan negeri) Pakatan Rakyat"! Ini suatu sikap tidak bersyukur, selepas diberi peluang oleh gabungan pembangkang persekutuan untuk mentadbir Selangor sejak tahun 2008.

Walaupun adalah benar bahawa Pakatan bukannya sebuah gabungan berdaftar, tidak dapat dinafikan bahawa gabungan PKR, DAP dan PAS telah memerintah negeri itu sejak kemenangan bersejarah mereka pada pilihan raya umum ke-12.

Kini jelas bahawa Khalid mengharapkan 12 orang Anggota Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN)-Umno dan 15 dari PAS, dan seekor atau dua ‘katak’ untuk terus berkuasa di bawah apa yang disifatkan sebagai kerajaan perpaduan.

Perpaduan? Kerajaan seperti ini tidak mewakili rakyat Malaysia atau Malaysia yang berbilang agama.

Tidak syak lagi bahawa Khalid akan bekerjasama dengan Umno untuk mencuba kekal berkuasa.

Bagaimana lagi untuk menjelaskan tindak balas pantas timbalan presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa 12 wakil rakyat Umno beliau akan memberi sokongan tanpa syarat kepada Khalid untuk kekal sebagai ketua eksekutif Selangor.

Adakah anda percaya bahawa Umno akan menyokong Khalid secara percuma?

Dalam hal ini, apa yang dikata Ahli Parlimen PAS-Shah Alam, Khalid Samad semalam adalah masuk akal.

Malaysiakini memetik Samad sebagai berkata bahawa "dengan mengambil lebih banyak masa untuk membuat keputusan, PAS memberi tali yang cukup panjang bagi Khalid Ibrahim untuk 'menggantung dirinya (dari segi politik)'.

"Pada mulanya timbul persoalan mengapa Khalid perlu dipecat daripada jawatannya, tetapi tindakannya baru-baru ini telah membuatkan hatta mereka yang mengundi beliau dalam pemilihan parti PKR dan dalam pilihan raya umum sekalipun, tidak percaya.

"Beliau bukan seorang yang setia kepada Pakatan Rakyat, dan hakikat bahawa (Muhyiddin) memberi sokongan tanpa syarat kepadanya membuatkan perkara ini lebih meragukan.

"Jadi, walaupun mereka (PKR dan DAP) tidak berpuas hati dan cuba menekan PAS untuk membuat keputusan lebih awal, saya percaya perkembangan baru-baru ini akan membantu kami dalam membuat keputusan yang tepat," jelas Khalid dalam sebuah sidang akhbar.

Malaysiakini melaporkan bahawa Khalid Samad meminta maaf kerana jawatankuasa kerja pusat PAS (CWC) hanya akan bermesyuarat mengenai krisis ini pada 17 Ogos, tetapi menyeru mereka untuk "merenung kebijaksanaan dari pepatah Inggeris, "berikan mereka tali yang cukup panjang untuk menggantung diri mereka sendiri".

PAS secara tentatifnya menyokong Khalid sebagai MB, sementara menunggu mesyuarat CWC itu dijalankan.

PKR dan DAP telah mencadangkan presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi menggantikan Khalid sebagai MB.

Khalid Samad yang turut merupakan seorang ahli CWC itu, berkata PAS mahu kan masa bagi memastikan bahawa mereka jelas tentang sebab-sebab mengapa Khalid perlu dipecat, sebelum beliau digantikan.

Beliau berkata parti itu mahu mengelakkan situasi di mana "seorang pemimpin yang (dilihat) popular dipaksa meletakkan jawatannya".

Ketika diminta mengulas mengenai kehadiran ahli jawatankuasa eksekutif negeri PAS di mesyuarat exco negeri semalam di sebalik adanya gesaan dari DAP dan PKR untuk memboikotnya, Khalid Samad berkata ia dilakukan untuk mengekalkan kesinambungan kerajaan.

Beliau berkata yang PAS berpendapat bahawa kerajaan sekarang perlu dikekalkan walaupun sedang lumpuh, dan tindakan menarik balik sokongan terhadap Khalid sebelum penggantinya dipersetujui boleh membawa kepada pilihan raya negeri, kerana ia menyebabkan tiada siapa memiliki sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.

"Jadi apa yang kita lakukan ialah menunggu sehingga mesyuarat 17 Ogos, selepas itu mudah-mudahan kami akan menemui kata sepakat.

"Apabila kami mendapat kata sepakat, kami boleh mengambil tindakan yang perlu untuk menunjukkan bahawa Khalid tidak mempunyai sokongan majoriti, dan ianya dimiliki orang lain," beliau dipetik sebagai berkata.

Malaysian Insider melaporkan bahawa PAS tidak akan membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno Selangor di bawah Khalid, dengan memetik seorang pemimpin kanan PAS menjelang mesyuarat CWC parti Islam itu.

Beliau juga menolak sebarang kemungkinan bahawa mesyuarat penting hujung minggu itu akan melihat pemimpin-pemimpin PAS menggesa supaya kerajaan perpaduan ditubuhkan, walaupun sekiranya ahli-ahlinya ingin menyebelahi MB Selangor itu.

Apa yang semakin jelas kini ialah tempoh Khalid sebagai MB semakin tiba di penghujungnya.

Tindakannya memecat PKR dan DAP dari exco negeri adalah tidak beretika. Beliau kini sedang mempertimbangkan untuk memecat ahli majlis perbandaran yang memiliki keahlian dalam kedua-dua parti itu.

Untuk memanjangkan lagi metafora "tali" Khalid, Khalid juga boleh dilihat sebagai sedang menggali "kubur” politik beliau dengan lebih mendalam.

Mat Taib Akan Sertai Kempen Bersama Pakatan Rakyat


       
Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang berkempen untuk calon PKR di Hulu Selangor semalam dijangka akan tampil sekali lagi bersama ketua umum parti berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum pilihan raya umum 5 Mei.

Menurut laporan Sinar Harian, Muhammad hadir ke majlis itu untuk menyatakan sokongan ke atas calon PKR bagi kerusi parlimen Hulu Selangor Khalid Jaafar dan juga Datuk K Ramachandran, calon parti berkenaan untuk kerusi DUN Batang Kali.

"Beliau turut menjulang tangan saya bersama Datuk Ramachandran sebagai sokongan terhadap pencalonan kami di kawasan ini.

"Mat Taib turut dijangka menghadiri program bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Mei ini, insya-Allah," kata Khalid seperti dipetik dalam laporan Sinar Harian.

Laporan itu menyebut, Muhammad hadir bersama hampir 2,000 orang di majlis anjuran Persatuan Bengkulu Malaysia di Sungai Choh, di Batang Kali itu.

Penyertaan Muhammad ke dalam Pakatan dijangka akan memberi peluang kepada Pakatan untuk mengukuhkan lagi serangan ke atas pentadbiran BN – khususnya berhubung skandal tanah yang berlaku semasa pentadbiran Muhammad sebagai menteri besar.

Muhammad dijangka akan diperkenalkan secara rasmi sebagai anggota PAS hari ini.

Penampilan bekas ketua perhubungan Umno Selangor itu mencuri perhatian ramai pihak selepas beliau memencilkan diri dari publisiti media selepas tewas dalam pertandingan untuk merebut jawatan timbalan presiden Umno pada 2009.-MK

Penipuan Besar-Besaran Umno Dan SPR Di Negeri Selangor




KUALA LUMPUR: Seramai 134,675 pengundi tidak dikenali dikenal pasti didaftar di negeri Selangor, dedah Laporan Projek Pendemokrasian.

Selangorku melaporkan, jumlah itu mewakili kira-kira 28 peratus daripada jumlah 497,084 pemilih baru yang didaftarkan.

Sebagai rekod sehingga kini jumlah pengundi di negeri itu mencecah 1,924,281 orang.

Semakan daftar pemilih bagi jumlah itu berdasarkan daftar pemilih induk (DPI) suku ke empat 2011 yang diperolehi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) serta dilaksanakan mengikut 56 DUN yang dilakukan oleh Ketua Kampung, Ahli Majlis, kakitangan Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Mengikut laporan Projek Pendemokrasian Negeri Selangor yang dikeluarkan oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) itu mencatatkan DUN Sri Serdang mengalami bilangan pengundi tidak dikenali yang paling ramai iaitu lebih 9,000 orang.

 Ia diikuti dengan DUN Subang Jaya 8,000 orang, Hulu Kelang 5,500 orang dan Sri Muda 5,000 orang.

Daripada jumlah keseluruhan pemilih baru itu, sebanyak 51 peratus daripadanya terdiri daripada mereka yang berusia 21 hingga 30 tahun.

Manakala bagi pemilih yang tidak dikenal pasti iaitu seramai 134,675 orang itu, sebanyak 44 peratus daripadanya terdiri daripada mereka yang berusia lingkungan 21 hingga 30 tahun.
Dari aspek jantina, sebanyak 51 peratus pemilih baru merupakan lelaki dan 49 peratus wanita.

Manakala, bagi kajian pemilih yang tidak dikenal pasti pasti turut mendapati 51 peratus adalah lelaki dan 49 peratus wanita.

Mengikut aspek bangsa pula, bangsa Melayu mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 49 peratus, diikuti Cina sebanyak 34 peratus dan India sebanyak 13 peratus daripada keseluruhan jumlah pemilih berdasarkan DPI suku ke empat tahun 2011.

Bagi pemilih baru, ia menunjukkan 55 peratus daripada bangsa Melayu merupakan pemilih baru manakala 45 peratus tidak dapat dikenal pasti berdasarkan semakan yang dilakukan.
Selain itu, kaum Cina sebanyak 28 peratus pemilih baru dan 35 peratus tidak dapat dikenal pasti.

Manakala bagi India, sebanyak 11 peratus pemilih baru dan 13 peratus tidak dapat dikenal pasti berdasarkan semakan yang dijalankan.

Sementara itu, lain-lain sebanyak 8,561 pemilih baru yang terdiri antaranya Orang Asli Semenanjung, Punjabi, Eurasian, Jawa, Pakistan, Sri Lanka dan Hakka.

Laporan terbabit juga memaklumkan penambahan pemilih baru pada setiap suku tahun iaitu bermula suku ke empat 2011 hingga suku tahun ke tiga 2012 mendapati mengalami peningkatan.

Hal itu dibuktikan seramai 497,084 orang dengan peratusan 32 peratus pada suku ke empat 2011 ; 563,471 orang dengan peratusan 36 peratus pada suku pertama 2012 ; 600,406 orang dengan peratusan 38 peratus pada suku kedua 2012 dan meningkat kepada 625,210 orang dengan peratusan 40 peratus bagi suku ke empat 2012.

Jumlah pemilih berdasar suku ke tiga 2012 (belum digazetkan) seramai 2,025,153 orang serta daripada jumlah itu seramai 513,074 pemilih baru yang mencatatkan 51 peratus lelaki dan 49 peratus wanita.

Laporan Projek Pendemokrasian diserahkan kepada Dewan Negeri Selangor (DNS) semalam dan diedarkan kepada Adun.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan dalam satu sidang media, laporan itu akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebaik sidang Dewan Negeri Selangor berakhir.

Noh Omar Sila Jawab!! Hamzah Apandi Penipu, Mana Duit Kami RM400,000!!




TANJONG KARANG : Seramai 34 peserta penanaman Nenas berkelompok di Taman Agroteknologi (TKPM) di Bestari Jaya kecewa dengan sikap Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani,Datuk Seri Noh Omar yang didakwa lepas tangan ekoran kegagalan projek itu seraya menggesa beliau turun padang melihat sendiri apa yang sebenarnya berlaku dan berdialog secara terbuka.

Bertempat di Dewan JKKK Kampung Gulang-Gulang di sini,seramai lebih 10 peserta yang mewakili kumpulan itu menyatakan perasaan kesal dengan sikap Ahli Parlimen Tanjong Karang yang juga menteri bertanggungjawab.

Dalam sidang media semalam, para peserta memprotes dengan Noh dengan pelbagai slogan yang berbunyi ” Kami Peserta Dianiaya,Noh Sila Jawab” , “Hamzah Penipu,Mana Duit Kami RM400,000″ dan “Noh Omar Sokong Pandi” sambil membawa sebiji Nenas sebagai simbolik mendesak Noh Omar agar serius menyelesaikan masalah itu.

Menurut jurucakap peserta penanaman Nenas, Mohd Fadzli Sharif, peserta terpaksa berhadapan dengan tuntutan mahkamah daripada pihak Agro Bank  di mana para peserta merasakan diri mereka dianiaya apabila janji untuk pulangan hasil projek ini dimungkiri.

” Masalah utama yang timbul sekarang ialah kegagalan GEHSB untuk membayar ansuran bulanan kepada Agro Bank. Akaun pinjaman telah tertunggak lebih setahun dan tuntutan saman berjumlah purata RM17,000 untuk seorang peserta.

“Pihak kami telah beberapa kali menemui pihak pengurusan GEHSB iaitu Hamzah Apandi untuk menyelesaikan masalah-masalah ini namun tiada apa-apa tindakan dan beliau dihubungi malah talian telefon juga tidak aktif,” katanya.

Fadzli menjelaskan, pihak Agro Bank sepatutnya menuntut bayaran bagi melunaskan pinjaman kepada pihak GEHSB kerana termaktub dalam akujanji bahawa syarikat itu yang akan membuat bayaran balik.

Beliau juga berkata,perkara ini akan dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis jika hal sedemikian tidak menemui jalan penyelesaian seraya menuntut siasatan dilaksanakan pihak berkuasa jika wujud unsur salah laku.

“Pihak Agro Bank telah menyalurkan pinjaman atau dana sebanyak RM100,000 lagi dipercayai untuk memulihkan projek ini. Pihak kami hairan bagaimana Agro Bank begitu mudah menyalurkan pinjaman walaupun mengetahui keadaan GEJSB yang tenat dan tidak berdaya maju.

” Pihak Agro Bank juga perlu menarik balik segala tuntutan saman terhadap peserta kerana wang RM12,000 telah dikreditkan terus kepada akaun GEHSB dan akujanji daripada GEHSB untuk membayar balik pinjaman peserta perlu dikuatkuasakan,”katanya.

Tambah Fadzli lagi,pihak GEHSB telah berjumpa dengan Noh Omar dan membuat sidang akhbar menyatakan dakwaan kononnya pihak PKPS telah mengambil alih 50 ekar tanah untuk diusahakan tanaman nanas tetapi projek itu gagal.

“Kami menuntut agar segala bantuan,insentif dan apa jua kemudahan daripada LPNM diberikan kepada peserta.Pihak GEHSB perlu membayar hasil jualan Nanas untuk tahun 2010 dan 2011 mengikut perjanjian yang telah dipersetujui.

“Pihak GEHSB perlu mematuhi terma-terma dalam perjanjian yang ditandatangani dengan peserta. Bukan niat kami untuk mempolitikkan perkara ini tetapi kami mahu hak kami sebagai peserta yang telah melabur lebih RM400,000 dalam projek penanaman Nanas ini,” katanya.

Sementara itu menurut Surirumah, Salbiah Senan,50, yang ditemui berkata yang tidak mempunyai pendapatan  merasa kecewa dengan kejadian ini kerana dahulu beliau dijanji dengan pulangan yang lumayan menyertai projek ini.

” Apabila kami mendapat surat saman, dan sudah jatuh hukum maka kita merasa sedih, minta pihak syarikat tersebut membayar hutang itu kepada pihak Agro Bank.

” Kami termakan dengan janji-janji yang akan diberi faedah-faedah dalam projek ini, jadi kami semua teraniaya,” kata.


Oleh Mohd Ezli Mashut

SYABAS Yang Sekat Air, Umno Selangor Yang Mati Lemas



Sekumpulan penduduk Ampang dan Cheras yang terjejas dengan krisis air di kawasan tersebut meminta satu siasatan terperinci dilakukan bagi mengesahkan tiada unsur sabotaj berhubung krisis bekalan air di kawasan tersebut.

Pengerusi NGO Hak Air Untuk Rakyat (HAYAT) Arshad Ahamad yang mewakili kumpulan penduduk berkenaan berkata, siasatan itu perlu dilakukan pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

"Kegagalan demi kegagalan pada sistem SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor) dalam tempoh beberapa hari sahaja menimbulkan pelbagai tanda tanya.

"Oleh yang demikian kami mahu siasatan terperinci untuk mengesahkan kejadian-kejadian itu bukan satu sabotaj yang dilakukan oleh mereka yang berniat memburukkan kerajaan negeri Selagor," katanya yang membacakan satu memorandum.

Beliau bersama lebih 40 penduduk lain berhimpun di hadapan Wisma Rozali, yang menempatkan pejabat SYABAS di Shah Alam bagi menyerahkan memorandum tuntutan berkenaan.

Kumpulan penduduk itu hadir ke ibu pejabat syarikat berkenaan susulan kenyataan SYABAS pada Selasa lalu yang menafikan bahawa perkara itu merupakan unsur sabotaj yang sengaja dilakukan pihaknya.

Kumpulan berkenaan turut melaungkan slogan "Hidup rakyat. Hancur SYABAS" dan membawa kain rentang yang antara lainnya dengan tulisan: "Nak selesaikan masalah booster pam pecah Wangsa Maju pun ambil masa lebih 14 hari. Memang tak boleh harap punya SYABAS".

Memorandum berkenaan diserahkan oleh Arshad yang ditemani empat lagi wakil penduduk kepada pengarah eksekutif SYABAS Ismail Hashim.

Ismail semasa menerima memorandum tersebut berkata beliau akan membawa perkara itu kepada pihak pengurusan.

Penduduk di sekitar Ampang dan Wangsa Maju mengalami masalah gangguan air sejak 29 Disember lalu, yang dikatakan berpunca daripada paip di rumah pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu mengalami kerosakan.

Dalam sidang media selepas menyerahkan memorandum tersebut, Arshad berkata, pihaknya akan turut mempertimbangkan untuk mengemukakan saman kepada SYABAS sekiranya masalah air tidak selesai.

Katanya, perkara itu akan dibuat dalam masa terdekat sekiranya tiada apa-apa tindak balas daripada SYABAS selepas memorandum itu diserahkan.

"Kita akan mempertimbang untuk saman SYABAS. Insya Allah akan bincang dengan pihak peguam untuk ambil tindakan dalam masa terdekat," katanya lagi.




Umno Selangor dengan SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor) macam bapak dengan anak atau macam isi dengan kuku. Kedua-duanya saling memerlukan, dan saling membantu. Kenapa?  Sebab SYABAS dilahirkan  atas kekuasaan Umno yang memegang tampok kerajaan Selangor satu ketika dulu.Dengan lain perkataan SYABAS adalah milik kroni Umno. 

Maka sekarang ini mereka sedang berusaha keras memainkan isu air,.. kononnya air di Selangor dan Wilayah tidak  cukup!  Catuan air terpaksa dilakukan!!  Begitulah kata pembohong besar dari Selangot ini !  Tak dapat tanduk telinga dipulas,..Dah berbagai usaha mereka buat untuk melemah dan merampas kembali kerajaan Selangor.  SYABAS hilang rasa malu apabila diperguna oleh Umno dengan mengambil langkah-langkah yang tidak kena dan tidak wajar ! 

Tapi Umno dan SYABAS jangan tersalah langkah, InsyaAllah drama politik air Umno dan SYABAS ini akhirnya akan menjadi senjata makan tuan !!.

Terkini!! Paip Air Syabas Pecah Kerana 'Ikut Arahan Sekat Air' !!



10/01/2013, Jam 12:35, Taman Maluri: Akibat 'ikut arahan sekat air'.....akibatnya paip besar pecah dihadapan CIMB Taman Maluri.....! Arahan Siapa? Berlambak2 air memancut keluar...membazir, lebih setengah jam dibiarkan air memancut keluar..banyaknya air kat Selangor ni.. ingatkn dah kering kontang...sudah la SYABAS....jgn nk berdolak dalih lg...bg je kerajaan negeri Selangor ambik dan urus air.. cukuplah SYABAS bermain dgn game politik air korang ni..korang jangan ingat rakyat Selangor semuanya bodoh mcm lembu umno...kami tau le siapa yg benar siapa yg salah..mmg haramjadah betul SYABAS ni..rupa2nya diaorang sendiri yg sabotaj air utk rakyat Selangor.


 Jom pakat2 tengok keje honar aka haramjadah Syabas ni..


Sumber Video: JkkkFanClub


Syabas Mempunyai Agenda Tersembunyi Untuk Menimbulkan Suasana Panik


SHAH ALAM - Siasatan Kerajaan negeri menunjukkan dakwaan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) mengenai kegagalan rumah pam di Wangsa Maju berpunca dari sistem VSD (variable speed drives) adalah tidak berasas.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ini kerana sistem VSD memerlukan penyelenggaraan berkala sedangkan Syabas tidak mempunyai sebarang kontrak penyelenggaraan berkala dengan pembekal VSD.

Sebelum ini katanya, Syabas hanya memanggil pembekal untuk penyelenggaraan apabila ada masalah timbul.

Menurutnya, siasatan tersebut dijalankan oleh kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pemantauan Air Negeri Selangor dengan memanggil semua pihak terlibat dengan pembinaan rumah pam di Wangsa Maju.

“Pihak terbabit termasuk jurutera perunding yang mereka bentuk rumah pam tersebut, kontraktor dipertanggungjawabkan untuk membina, subkontraktor yang dipertanggungjawabkan dalam hal berkaitan Mechanical & Electrical dan pembekal utama VSD kepada pam-pam tersebut,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di sini, semalam.

Abdul Khalid berkata, menurut pembekal VSD tersebut, insiden ‘pump tripped’ bukan disebabkan kegagalan VSD kerana ia merupakan sistem pintar yang menerima maklumat dari luar seperti keadaan motor, pam, getaran, suhu dan lain-lain.

“Sekiranya parameter melebihi had yang ditetapkan dalam sistem VSD, maka barulah pam tersebut akan terhenti (tripped). Syabas sepatutnya mengenal pasti punca sebenar berlakunya kekerapan ‘pump tripped’ hingga menjejaskan operasi Rumah Pam Wangsa Maju.

“Pembekal mengesahkan mereka dipanggil oleh Syabas pada 29 Disember 2012 jam 3 petang dan pada 2 Januari 2013 pembekal mengganti semua VSD di pam-pam berkenaan. Sehingga 8 Januari 2013, pembekal menukar dua set peralatan VSD,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga mendapati dakwaan Syabas bahawa alat gantian yang terlibat perlu diimport dari Finland tidak benar kerana pembekal mengesahkan alat ganti boleh didapati dari China dengan menggunakan perkhidmatan ‘courier’ sahaja.

Dalam pada itu katanya, terdapat percanggahan kenyataan Syabas menerusi media masa di mana 8 Januari 2012, Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat, Halim Mat Som menyatakan masalah gangguan air di Lembah Klang boleh diatasi dalam tempoh tujuh hari tetapi semalam, Pengerusi Syabas Tan Sri Rozali Ismail menyatakan masalah ini berpanjangan sehingga Tahun Baru Cina.

“Kenyataan tidak konsisten ini menunjukkan seolah-olah adalah agenda tersembunyi untuk menimbulkan suasana panik dan seterusnya membangkitkan rasa marah dalam kalangan pengguna di Lembah Klang kepada kerajaan negeri yang difitnah dan ditohmah sebagai punca masalah,” katanya.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri kesal Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) tidak menjalankan peranan di bawah undang-undang dan hanya berdiam diri sepanjang krisis bekalan air berlaku.

Beliau berkata, SPAN sepatutnya menjalankan siasatan terperinci dan bukan hanya menerima apa sahaja yang dikatakan Syabas.

“Kita menganggap masalah gangguan air ini sebagai masalah yang perlu diberi perhatian segera oleh Kerajaan Pusat kerana ia membuktikan kegagalan projek penswastaan air yang diberi kepada syarikat tidak berkelayakan dan kompeten.

“Kita yakin masalah ini hanya dapat diatasi jika Kerajaan Pusat bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk mengambil alih perkhidmatan air sepertimana yang dihasratkan oleh Akta Perkhidmatan Industri Air atau WSIA 2006,” katanya.

OLEH RUWAIDA MD ZAIN

GOOLLL!! Satim Diman Berjaya Rembat 80 Ekar Tanah Rakyat Negeri Selangor Bernilai RM19.9 Juta




KUALA LUMPUR 6 Dis: Pengerusi KEADILAN Selangor, Mohamed Azmin Ali mendedahkan, Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman mendapat RM19.9 juta hasil daripada penjualan 80 ekar tanah kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Katanya, urusniaga itu berlaku semasa Selangor di bawah pemerintahan Umno BN.

Menurut Azmin, tanah tersebut pada mulanya dibeli oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Serdang itu dengan harga RM1 sekaki persegi melalui dua syarikat – Nikmat Inai dan Supreme Precious Sdn Bhd.

“Satim memiliki kepentingan sebanyak 30 peratus dalam Nikmat Inai dan beliau juga mempunyai saham dalam Supreme Precious Sdn Bhd,” kata Timbalan Presiden KEADILAN itu ketika membacakan dokumen berkaitan di hadapan 4,000 penduduk pada Ceramah Merdeka Rakyat di Gombak malam semalam.

Azmin yang merupakan bekas Ahli Lembaga Pengarah PKNS meletak jawatan tersebut pada 23 Jun 2010 kerana mahu memberi laluan kepada tokoh lain dalam memberi sumbangan kepada anak syarikat kerajaan negeri itu.

Sambung Ahli Parlimen Gombak itu pada ceramah tersebut, beliau berkata, rakyat perlu pastikan Umno BN tumbang pada Pilihan Raya Umum kali ini bagi memastikan kezaliman dihapuskan.

“Kami tekad jika diberi mandat sebagai kerajaan, tidak akan ambil tanah walau seincipun kerana tanah adalah milik rakyat, bukan hak pemimpin.

“Bukti ini anda boleh lihat di Selangor di mana kita bukan sahaja tidak mengambil tanah, malah masalah tanah rakyat yang diabai Umno BN sekian lama kita selesaikan sebaik diberi mandat mentadbir negeri,” kata Azmin lagi.

Oleh Masdar Wahid

Kebodohan Noh Omar Semakin Menjadi-Jadi


TANJUNG KARANG - Tindakan kerajaan negeri menggabungkan lima aset komersial Perbadanan Kemajuan negeri Selangor (PKNS) untuk dipindah milik kepada sebuah anak syarikat milik penuh PKNS telah mendapat persetujuan daripada Perbendaharaan Negara. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Timbalan Pengurus Besar (Korporat) PKNS Datin Paduka Norazlina Zakaria sudah memperjelaskan isu tersebut termasuk kelulusan pihak Kementerian Kewangan.

Justeru itu, katanya, beliau tidak perlu menjawab isu itu kepada Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengenai penjelasan rancangan penggabungan lima aset komersial PKNS bernilai RM321 juta itu.

Abdul Khalid, yang juga Pengerusi PKNS, berkata demikian kepada pemberita pada satu majlis Aidiladha di sini hari ini.Pada majlis Korban Parlimen Tanjung Karang di sini hari ini, Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, mendesak Menteri Besar itu memberi penjelasan mengenai isu tersebut.

Lima aset PKNS tersebut ialah SACC Mall, Shah Alam, Menara PKNS, Petaling Jaya, Kompleks PKNS Shah Alam dan Bangi serta Wisma Yakin di Kuala Lumpur.



Noh Omar yang melobi kuat untuk menjadi calon Menteri Besar Selangor mengesahkan ketidak mampuan beliau untuk mentadbir dan mengurus negeri paling maju di dalam negara.

Salakan Noh ini turut dikokok bersama oleh Ketua Puteri UMNO, Rosnah Shirlin. Kedua-duanya berusaha keras untuk meraih publisiti murahan menjelang PRU-13.

Tindakan Noh yang menuntut penjelasan Menteri Besar Khalid Ibrahim di atas keputusan Lembaga Pengarah PKNS menjual 5 aset komersil merupakan satu manipulasi fakta dan menunjukkan bahawa beliau tidak mampu memberi arah tuju ekonomi yang mantap sebagai pemimpin.

Penyakit ini turut dikongsi bersama oleh Rosnah yang mengandaikan kononnya PKNS mengalami kesulitan kewangan.

PKNS telah mencatat keuntungan tertinggi tahun lepas iaitu sejumlah RM420 juta. Nyata sekali, Noh, Rosnah dan para pemimpin UMNO sengaja ingin menidakkan kemampuan agensi profesional sebegini yang berfungsi untuk meningkatkan tahap kemampuan ekonomi bumiputera.

Lebih 95% daripada tenaga kerja di dalam PKNS adalah orang Melayu. Manakala, lebih 90% perumahan yang dibangunkan adalah unit kos rendah dan sederhana untuk nikmat orang Melayu sendiri. Ini ditambah dengan fakta bahawa lebih 80% daripada pembeli rumah-rumah PKNS adalah dari kalangan orang Melayu.

Bukan seperti projek-projek Ali Baba oleh pemimpin-pemimpin UMNO, PKNS adalah sebuah institusi yang terus menerus mengangkat darjat dan martabat orang Melayu keseluruhannya dan bukan dua tiga kerat elit Melayu.

Fakta yang sengaja disembunyikan oleh Noh dan Rosnah adalah 5 aset milik PKNS iaitu Menara Worldwide, Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi, Wisma Yakin dan SACC Mall bernilai RM321 juta hanya dipindah milik kepada sebuah anak syarikat baru milik penuh PKNS iaitu Private Real Estate Company (PREC).

Oleh itu, aset-aset ini masih kekal milik penuh PKNS dan tidak dijual pun kepada pihak luar. Industri korporat melihat tindakan Noh ini sebagai satu tindakan politik yang terdesak dan menunjukkan 'ignorance' Noh dan Rosnah dalam hal-hal ekonomi dan bisnes.

Urusan pindah milik aset-aset tersebut akan membolehkan PKNS menjana pendapatan berterusan (recurring revenue) dengan inisiatif penyelarasan aset-aset Kumpulan PKNS. Ini akan terus menjadikan PKNS berdaya saing dan merealisasikan potensi nilai aset-aset yang dimiliki. Aset-aset ini kekal milik PKNS cuma akan diuruskan dengan lebih baik untuk menjana pendapatan yang berterusan untuk PKNS.

Fakta yang turut disembunyikan adalah bahawa keputusan ini diluluskan oleh Lembaga Pengarah PKNS yang turut diwakili oleh Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri.

Tindakan Noh dan Rosnah ini seakan-akan mencabar keputusan Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri yang dikepalai oleh Presiden UMNO sendiri, Najib Razak. Noh dan Rosnah seolah-olah meludah ke muka Najib.

Noh Omar sebenarnya tidak layak untuk menjadi Menteri hatta Menteri Pertanian sekalipun kerana kelemahan beliau dalam urusan pentadbiran dan pengurusan ekonomi.

Begitu juga Rosnah, jawatan Timbalan Menteri yang disandang beliau harus diberikan kepada mereka yang lebih layak.

Pemimpin-pemimpin UMNO sebeginilah yang terus menerus menjadi bahan lawak dan ditertawakan oleh komuniti bisnes dan para peniaga diatas kedangkalan mereka untuk berpolitik tanpa had.

Muhyiddin Yassin Wajib Baca Dan Faham Betul-Betul!!



Kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Umno telah menemui formula untuk menawan kembali Selangor dengan Talam adalah sangat melucukan. Bukan sahaja Datuk Chua Tee Yong dan Datuk Seri Mohd Zin keliru tentang “Talam Debt Recovery Exercise” (Pelan Pungutan Hutang Talam) ini, kini TPM Malaysia pun turut dikelirukan mereka berdua ini.

Dalam kekeliruannya Chua pernah mendakwa Kerajaan Selangor menggunakan dana rakyat Selangor sebanyak RM1 bilion dan Mohd Zain dengan segala “kejahilan”nya mempopularkan istilah “Talam-Gate”.

Sekarang Muhyiddin nak guna ini isu Hutang Talam ini sebagai resipi dan formula kemenangan.

Saya mahu jelaskan hanya beberapa isu dahulu secara khusus sebab terlalu banyak yang hendak didedahkan bersabit kebingungan TPM dan Umno-MCA-BN ini.

Ya, seluruh rakyat Selangor perlu tahu bahawa dalam pemerintahan Umno-BN di Selangor dulu lah, Pemaju Talam Corporation (kini namanya Trinity Corporation) mendapat pelbagai projek pembangunan dari kerajaan mantan MB Khir Toyo sehingga mendapat jolokan panggilan “Super-Crony Selangor” bawah Khir Toyo.

Pada waktu-waktu “kecemasannya” yang sedang mengalami tekanan dari Bursa Saham supaya melunaskan hutang-hutangnya [syarikat tersenarai (PLC) di bawah PN17 (Practice Note 17)], tahukah rakyat Selangor bahawa Talam Corp memilikki “Land Bank” sejumlah 7,000 ekar!

Jadi rakyat Selangor perlu tahu siapa yang berhutang? Bukan kami kerajaan Pakatan! Tapi zaman Khir Toyo lagi. Usaha pertama adalah menentukan hutang-hutang ini (Confirmation of Debt). Berapa banyak dan kepada siapa?

Talam berhutang kepada berhutang kepada 3 anak syarikat negeri atas pelbagai sebab dan kegagalan melaksanakan projek bersama dengan PNSB (RM28.2 juta), PIYSB (RM248.7 juta -Unisel) dan KHSB (RM115.1 juta).Jumlah ialah RM392 juta!
Berjayakah Umno pungut hutang-hutang ini dalam pemerintahan Khir Toyo?
Tidak! Umno gagal memungut hutang Talam walaupun RM1 juta dan tidak juga RM1 setelah mendakwa mereka mencuba sebanyak tiga kali (2005, 2007 dan2008). Kenyataan dan hakikat kegagalan ini mesti diberitahu kepada seluruh rakyat Selangor!

Rakyat Selangor mesti persoalkan mereka kenapa mereka gagal! Beban itu seterusnya ditanggung oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang mengambilalih pemerintahan selepas PRU ke-13.

Apa yang berjaya dilakukan oleh Kerajaan Pakatan? Berapa banyak yang dapat dipungut kembali?

Setelah audit dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dan Pengesahan Hutang Talam dibuat (Confirmation of Debt), “Kerajaan Selangor telah memasukki dua perjanjian untuk mendapatkan Talam membayar hutang mereka (Debt Settlement Agreement).

Proses yang dilakukan inilah yang sangat tidak difahami oleh Chua (MCA) dan Mohd Zin (Umno) dan kini TPM sendiri.

Hutang kepada anak-anak kerajaan negeri pun berpindah tangan kepada Menteri Besar Incoroprated (MBI) dengan proses “Round-Tripping” melibatkan anak syarikat Selangor Industrial Corporation (SIC) yang setelah meminjam RM392 juta dari CIMB yang kemudiannya membayar kepada kerajaan negeri untuk mendapat hutang-hutang itu dari 3 anak syarikanya.

Dengan duit bayaran tersebut kerajaan negeri kemudian meluluskan penggunaan wang RM392 juta itu di Dewan Undangan Negeri untuk MBI (Menteri Besar Inc) membeli hutang tersebut dari SIC.

SIC membayar kembali RM392 juta yang di pinjam dari CIMB. Itulah dia berakhirnya “Round-Tripping” tadi ketika SIC bayarbalik RM392 juta yang dipinjam dari CIMB!

Mana ada lagi wang rakyat Selangor yang Chua, Md Zain dan TPM dakwa diguna? Jangan sampai rakyat kata mereka “bengap”. Tak manis!

MBI kemudian memulakan proses “Pungutan Hutang”  dari Talam.

Berapakah yang dibayar Talam kepada kerajaan negeri dan dalam bentuk apakah bayaran tersebut?

Talam membayar dalam 4 bentuk. RM340.88 million tanah dan asset 1,322 ekar di Bukit Beruntung bernilai RM150.28 million; 2,264 ekar di Bestari Jaya bernilai RM105.3 million; 400 ekar di Ulu Yam and 60 peratus equity dalam saham Ulu Yam Golf & Country Resort dengan nilai RM22.2 million; 134 ekar tanah di Danau Putra berharga RM52.1 million and 5 unit ofis di Menara Pandan bernilai RM11.1 million.

Selebihnya yang berjumlah RM51.12 million dibayar dalam bentuk tunai: RM12 million dari jualan tanah di Puncak Jalil, RM5 million “cash assignments” dari EON, RM7.68 juta kerja “earthwork di Unisel, RM9.04 juta dari jualan 25.94 ekar dari tanah di Bukit Beruntung, and RM17.4 juta dari tanah di Bestari Jaya.

Kenyataan rasmi dari KPMG adalah amat jelas bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri adalah “a sound business decision” ― “satu keputusan yang bijak”.

Satu “bailout” adalah ditakrif dalam kewangan sebagai bantuan kewangan yang diberikan kepada sebuah syarikat yang sakit atau akan mengalami kebankrapan seperti kes Perwaja, IWK dan MAS yang diberikan suntikan berbillion RM oleh kerajaan Pusat.

Kerajaan negeri, ditegaskan oleh KPMG tidak membayar walaupun RM1 kepada Talam sebaliknya Talam telah melunaskan hutang berjumlah RM392 juta kepada kerajaan negeri.

Umno-BN mempertikaikan sebahagian pembayaran tanah-tanah ini dan penilaiannya sementara mereka lupa bahawa yang melakukan penilaian adalah pihak “Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah (JPPH) yang merupakan agensi kerajaan Persekutuan!

Tiga keeping Tanah Danau Putra yang ditertawakan oleh Mohd Zin kerana 80 peratus dibawah air, telah selesai dijual dan mendapat pulangan yang diharapkan.

Kini kerajaan Pakatan dapat kembali sebanyak 1,322 ekar di Bukit Beruntung bernilai RM150.28 million, 2,264 ekar di Bestari Jaya bernilai RM105.3 million dan 400 ekar di Ulu Yam.

Tanah adalah sangat berharga dan tidak boleh “digadaikan” kepada pihak swasta dan kroni mana-mana penguasa politik! Itu pengkhianatan terhadap rakyat di negeri dan negara ini namanya!

Jelasnya TPM gagal memahami seluruh proses “Pungutan Hutang Talam” dan kini berdepan dengan kenyataan beliau akan dimalukan seandainya Talam mahu dijadikan resipi dan formula untuk memenangi dan merampas kerajaan Selangor dari Pakatan Rakyat.

Umno-BN lah “pengkhianat”sebenar kepada rakyat Selangor yang telah memberikan kepada segala “pemberian tanah secara mudah”, gagal memungut hutang pihak pemaju yang merupakan “super-kroni MCA” dan mantan MB Umno itu, dan mentohmah kami dalam usaha memungut hutang Talam.

Oleh Dr Dzulkefly Ahmad

Neelofa Bengang!! 2 Ekor Beruk Mat Yeh Umno Jadi Pelakon Utama Filem Box-Office







Cuba anda camkan betul-betul pelakon utama di dalam produksi filem "Masalah Air Di Selangor" yang bertujuan untuk memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Perhatikan topi komandonya juga! Kalau tak jelas, klik gambar itu kasi dia besar dan jelas lagi. Anda sudah pasti kenal nama pelakon itu: Beliau adalah Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom yang mengetuai senaman punggung di hadapan kediaman pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga pada pertengahan tahun ini.

Setelah "berjuang" habis-habisan untuk mendapatkan bayaran dari Zahid Hamidi tidak mendapat layanan, kini terpaksa menjadi pelakon di dalam "filem iklan" untuk memburukkan kerajaan PR Selangor - kononnya rakyat Selangor berdepan dengan masalah air paling meruncing dalam dunia!pihak produksi pula ketika ditemui enggan menjelaskan butiran terperinci rancangan televisyen komersial itu kerana ia didakwa melibatkan kerahsiaan dengan pelanggannya. "(Iklan) kempen air. Selebihnya saya tak boleh cakap. Saya harap awak semua hormati tugas saya," kata penerbit filem itu ketika ditemui di tapak penggambaran.
ini seorang lagi pelakon utama yang dapat dicamkan.






Beliau ialah Ketua Pemuda Umno Selayang yang juga Exco Pemuda Umno Malaysia, Sohaimi Shahadan, yang merupakan towkeh iPad 1Malaysia.

Sebelum ini GB sudah dedahkan pelakon filem "Masalah Air Di Selangor" yang telah dikenalpasti iaitu Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom yang mengetuai senaman punggung di hadapan kediaman pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga pada pertengahan tahun ini.

Foto tersebut tersebar semasa pembahagian tong air 1Malaysia di Balakong sikit masa lalu.


Tiada krisis air di Selangor, iklan komersil didalangi Umno BN

KUALA LUMPUR 24 September: Pengerusi KEADILAN Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, penggambaran iklan berkaitan masalah air di Selangor merupakan propaganda Kerajaan Pusat kononnya berlakunya krisis air di negeri tersebut.

Ahli Parlimen Gombak itu berkata, pembikinan iklan yang didalangi Umno BN itu bertujuan memburuk-burukkan pentadbiran Pakatan Rakyat kononnya gagal mengatasi masalah air.

“Kita telah jelaskan pada rakyat tiada krisis air di Selangor. Apa yang berlaku adalah kita hanya kekurangan air terawat.

“Air terawat ini bukan tanggungjawab kerajaan negeri tetapi di bawah tanggungjawab Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor).

“Jika Syabas gagal menguruskan dengan baik (masalah air), kerajaan negeri mendesak supaya konsesi ini dibatalkan dan pengurusan air dikembalikan kepada kerajaan negeri,” katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Malaysiakini melaporkan, satu penggambaran iklan berkaitan masalah air dijalankan secara rahsia di sebuah blok pangsapuri di Petaling Jaya.

Produksi periklanan dikatakan membayar penduduk setempat RM50.00 untuk melakonkan babak orang ramai sedang beratur untuk mendapatkan bekalan air daripada lori bekalan air.

Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa berkata, rakyat Selangor sudah matang dan tidak mudah percaya dengan isu yang cuba dimainkan Umno BN.

Katanya, rakyat Selangor juga sudah menyaksikan Pakatan Rakyat berjaya memerintah jauh lebih baik berbanding BN.

Selangor propaganda film in the making?

PETALING JAYA: A local film production company is carrying out an apparently secret project to discredit the Selangor government.

A FMT reporter this morning observed a crew from Reservoir Productions shooting scenes at the Happy Mansion flats, where about 200 actors were asked to carry water buckets and complain about the hot weather while lining up alongside a water truck.

Happy Mansion resident Dr S Paramananthan claimed the flats were being used for the filming of a commercial aiming to highlight an alleged water crisis in Selangor.

Sources told FMT that Reservoir Productions had hired 300 extras, including the flat residents, at RM50 per day.

“Act as if you are frustrated,” a member of the filming crew told the bucket-carrying extras as the camera rolled.

They were also told to make a collective desperate-sounding scream.

There was also a two-man team snapping still images. One of them told FMT these were for a print advertisement.

The producer, who chose to remain anonymous, said the filming was for a public service announcement on water conservation.

She would not identify her client or give any other detail of the project.

Asked why her crew was shooting only scenes depicting water shortage and none about water saving, she said: “Sorry, I cannot say anything.

There is a contract between the company and the client.

We cannot reveal anything about the project until it is screened.

” Paramananthan said he suspected that the project was part of a smear campaign against the Selangor government.

“If they want to do a commercial about water conservation, they should show how people are wasting water,” he said.

“By doing this at our flats, it gives an impression that there is not enough water in these three blocks.

“But in fact, we’ve never had a water problem.

” Free water He also said the flat residents had been getting their first 20 cubic metres of water free every month.

A representative of Happy Mansion’s Joint Management Board, who wished to be known only as Andrew, said he was told “this is a government project”.

He said he did not know the details of the project and approved it to raise funds for the board.

“I didn’t expect it to be on such a big-scale,” he said. “It is kind of disturbing to the residents.

” The extras were apparently kept in the dark about the subject of the commercial.

Many of them told FMT they were participating only for the money.

Yuri Yap said she saw the hiring notice through a website offering part time jobs.

Another extra, Lok Kian Long, said he learnt of it from a friend on Facebook.

The federal government has been warning of a possible water crisis in Selangor should the state government block the construction of the Langat 2 water treatment plant.

The state, on the other hand, has been making assurances that a water shortage will not happen in the near future. It has been insisting on a restructure of the water industry.    -FMT


Kredit Tanpa Prejudis Untuk SUMBER 1
Kredit Tanpa Prejudis Untuk SUMBER 2

Noh Omar Menang Anugerah Menteri Pertanian Paling 'KORUP' Dalam Sejarah Malaysia



Maklumat yang akan didedahkan di bawah ini adalah bersumberkan dari para pegawai Kementerian Pertanian (MOA) dan Kementerian Kewangan (MOF) yang sudah tidak tertanggung lagi untuk menutup kepincangan yang dilakukan oleh Menteri Pertanian Datuk Noh Omar berhubung isu 'benih'...

(Melibatkan– Noh Omar Menteri MOA, Dato’ Hashim KSU MOA dan Datin Naimah Pengarah IPB (Industri Padi Beras)

Menteri Pertanian, Noh Omar telah menyalahgunakan kuasa bagi tender benih padi sah kepada petani tahun 2013/2014. Lihat surat dari Kementerian Kewangan bertarikh 20 Julai 2012 mengenai perkara ini.

Telah disahkan pihak MOF oleh Dato Fauziah Yaacob, Bahagian Perolehan Kerajaan (para 2) bahawa proses penilaian teknikal dan perakuan tender tidak mematuhi kriteria yang ditetapkan dalam dokumen tender dan tidak selaras dengan prinsip-prinsip tender (terdapat 3 kriteria yang dinyatakan).

MOF pada para 3 menyatakan disebabkan keperluan benih yang mendesak serta faktor kesegeraan bagi musim penanaman semasa, maka MOF bersetuju dengan anggaran kos RM164.8juta. MOF pun kena tipu dengan Noh Omar. Tidak ada keperluan mendesak kerana tender yang tamat boleh dilanjutkan secara bulanan (Amalan biasa MOA selama ini). Tiada masalah keperluan benih padi yang mendesak kerana benih padi yang sedia ada mampu memenuhi permintaan sehingga Mac 2013 dan musim penanaman padi antara negeri-negeri tidak serentak.

Noh Omar takut mengenai kedudukannya sebagai menteri MOA jika berlaku pilihanraya awal, sebab itu beliau dengan tergesa-gesa mengarahkan agar tender ini dibuat dengan kadar segera. Tender telah dikeluarkan pada 29 Mac 2012, walaupun kontrak tamat pada 31 Disember 2012. Tidak pernah berlaku dalam sejarah MOA, benih padi dibuat secara tender tergesa-gesa.

Tender dibuat dalam 2 kategori, iaitu 20,000 tan dan 8,000 tan. Untuk 20,000tan, telah diatur awal khas untuk Syarikat Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd dan Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid (M) Sdn. Bhd. (Semua pengusaha-pengusaha benih padi tahu hal ini).

Walaubagaimanapun, Syarikat Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd. mendapat tambahan 2,000tan lagi daripada kuota 8,000tan, menjadikan jumlah keseluruhan 22,000tan.

Noh Omar mengarahkan kontrak ini dibuat untuk tempoh 3 tahun yang tidak pernah dibuat oleh MOA sebelum ini (rujuk keratan akhbar mengenai tender), walaubagaimanapun MOF hanya meluluskan untuk 2 tahun sahaja (amalan biasa).

Syarikat Seri Merbok, dipengerusikan oleh Dato Rais (kroni Noh Omar), bekas EXCO Negeri Sembilan, yang digugurkan daripada menjadi wakil rakyat kerana isu rasuah. Sri Merbok juga mempunyai rekod yang buruk. Petani sering mengadu syarikat ini membekalkan benih padi yang tidak berkualiti, antaranya adalah penyakit padi (seed borne disease - penyakit berpunca daripada benih padi) , penyakit karah, padi angin dan padi tidak tumbuh. Sewaktu lawatan YAB Perdana Menteri ke Perlis pada awal tahun 2012, YAB Perdana Menteri terpaksa meluluskan RM4juta tambahan kepada petani di Kedah dan Perlis untuk menyelesaikan masalah padi angin.

Pada Tahun 2011, pertama kali dalam sejarah padi negeri Kedah berlaku kekurangan benih padi yang amat mendesak berpunca daripada kuota yang terlalu besar diberi kepada Syarikat Seri Merbok.

Satu lagi syarikat kroni Noh Omar adalah Syarikat Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid yang tidak melepasi syarat yang ditetapkan dalam tender. Syarikat ini hanya mempunyai loji benih berkapasiti 8,000tan sahaja (tidak memenuhi syarat tender 20,000 tan). Walaubagaimanapun dengan kuasa Noh Omar, syarikat ini berjaya menyewa loji MADA di Sungai Burung yang mempunyai kapasiti 4,000tan. Secara teknikal ia masih gagal memenuhi syarat 20,000 tan.

Loji MADA di Sungai Burung disewa dengan kadar RM5,000 sebulan sahaja berbanding dengan loji MADA di Ajil, Terengganu berkapasiti 1,250 tan juga disewa dengan RM5,000 sebulan (syarikat lain yang bukan kroni). Noh Omar telah menggunakan kuasa bagi mengarah MADA menetapkan kadar kepada Syarikat Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid hanya RM5,000 sebulan.

Agensi Kerajaan seperti BERNAS dan KADA yang terlibat secara langsung dengan industri padi dan masing-masing mempunyai loji berkapasiti 10,000 tan dan 6,000 tan serta memenuhi semua syarat-syarat tender tidak berjaya untuk mendapatkan tender ini. Noh Omar telah memberikan kuota kedua-dua agensi ini pada musim lepas kepada Syarikat Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid dan Syarikat Padi Pukal Parit 7 (Sekincan) Sdn. Bhd. (kroni Noh Omar)

TKSU MOA, Dato Baharum Jani sebelum ini ialah Pengarah IPB (Industri Padi Beras) telah diganti secara mengejut oleh Datin Naimah yang dibawa khas dari MECD bersama-sama datuk Hashim KSU MOA. Dato Baharum Jani tidak mahu bersetongkol dengan Noh Omar berhubung perkara ini. Datin Naimah adalah orang suruhan Noh Omar di MECD. Selepas Noh Omar keluar dari MECD, MARA (dibawah MECD) menghadapi krisis kewangan serius berpunca salahgunakuasa Noh Omar, ketika menjadi Menteri di MECD.

Kuota keseluruhan benih padi negara adalah 80,000tan. Noh Omar dan konco-konconya menguasai 45,000 tan daripada keseluruhan kuota tersebut (Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd - 22.000tan, Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid (M) Sdn. Bhd. - 20,000tan dan Padi Pukal Parit 7 (Sekincan) Sdn. Bhd. - 3,000tan). Jika berlaku apa-apa kepada syarikat-syarikat ini, maka akan berlaku krisis makanan yang serius kepada negara. Noh Omar dijangka mendapat habuan RM30juta daripada skandal ini.

KEKAYAAN LUAR BIASA NOH OMAR

Noh Omar hidup mewah, kaya raya, membeli rumah banglo terbaru berharga RM6juta di Sunway (tidak termasuk kos renovation dan peralatan dalam rumah), jam-jam mewah, kereta-kereta mewah. Pegawai-pegawai beliau seperti Dato' Saiful, Dato' Safie juga hidup mewah kaya raya.

Dato' Saiful mampu berbulan madu di London dan tour mengelilingi Eropah (tiket MAS first class). Pegawai Khas beliau, Datuk Bibah mempunyai kereta mewah (Toyota Alphard) beserta pemandu. Tidak ketinggalan juga Bodyguard dan pemandu Noh Omar yang juga hidup mewah dan kaya raya. Begitu juga 10 pegawai-pegawai khas beliau yang lain.

Adalah menjadi harapan kami, warga MOA agar MOF menubuhkan pasukan khas bagi meneliti semula kontrak ini.

Kami pegawai-pegawai MOA, merayu agar YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan MEMBATALKAN segera kontrak ini demi untuk menyelamatkan petani dan industri padi negara. Kami juga merayu agar SPRM segera membuat siasatan mengenai skandal terbesar ini.

Ini adalah satu skandal yang amat serius. Yang menjadi mangsa adalah petani yang miskin. Yang menjadi kaya raya hidup mewah sombong dan bongkak adalah Noh Omar.

Noh Omar adalah Menteri Pertanian yang paling korup dalam sejarah Kementerian Pertanian. Beliau umpama lintah darat. Hidup mewah atas keringat dan titik peluh petani yang miskin. Cakap tak serupa bikin. Menuduh orang lain korup, tetapi dialah BAPA KORUP !!!!

Kami warga MOA sekali lagi amat mengharap YAB Perdana Menteri mengambil tindakan tegas kepada Menteri kami yang amat korup ini.

Menteri sekor nie memang banyak masalah, jenis syaitan yang Mahathir dok kata, Kalau jadi MB Selangor mengalahkan Mike Tyson dan Khir Toyo.

Oleh Warga MOA

SUMBER

Bongkar!! Noh Omar 'Songlap' Terus 'Songlap'




Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar nampaknya beriya-iya benar mahu mengisi kerusi Menteri Besar Selangor selepas PRU13 nanti. Serangan yang dibuatnya terhadap kerajaan negeri Selangor bertalu-talu di samping pelbagai soalan yang dilontarkan terhadap Menteri Besar. Di samping ianya adalah satu propaganda politik dan serangan psikologi, tindakan menyerang pihak lawan juga adalah kaedah terbaik untuk menutup penyelewengan diri sendiri.

Saya ingin menyambung isu dakwaan penyalahgunaan kuasa beliau selaku Menteri Pertanian dalam pemberian tender benih padi sah kepada petani tahun 2013/2014. Kali ini biarlah perbicaraan dibuat dalam bentuk soalan, biarlah Noh pula yang menjawab soalan yang diajukan ini kepada rakyat jelata, khususnya para pesawah di seluruh negara. (Tulisan saya di ruangan ini keluaran lalu perlu dibaca untuk memahami isu sebenar).


1) Noh didakwa mendesak Kementerian Kewangan mengeluarkan tender baru hingga akhirnya tender dibuat pada 29 Mac 2012 sedangkan kontrak sedia ada berakhir 31 Disember 2013. Tiada masalah keperluan benih padi yang mendesak kerana benih padi yang sedia ada mampu memenuhi permintaan sehingga Mac 2013 dan musim penanaman padi antara negeri-negeri tidak serentak. Apakah keperluan mempercepatkan pengeluaran tender? Adakah kerana Noh tidak yakin akan terus menjadi Menteri Pertanian jika PRU13 berlaku dan kroni perlu dipastikan mendapat tender itu terlebih dahulu?

2) Noh mendesak kontrak membekalkan padi benih dibuat untuk tempoh tiga tahun, amalan yang tidak pernah dibuat oleh Kementerian Kewangan sebelum ini. Adakah tindakan ini untuk mempastikan ‘kroni boleh makan lama’?

3) Mengapa agensi kerajaan seperti BERNAS dan KADA yang terlibat secara langsung dengan industri padi dan masing-masing mempunyai loji berkapasiti 10,000 tan dan 6,000 tan serta memenuhi semua syarat-syarat tender tetapi tidak berjaya untuk mendapatkan tender ini? Mengapa hanya syarikat kroni Noh Omar yang kemampuannya sangat terhad yang memperolehi tender ini?

4) Benarkah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian, Dato’ Baharum Jani sebelum ini ialah Pengarah Industri Padi Beras telah diganti secara mengejut oleh Datin Naimah yang dibawa khas dari MECD bersama-sama Datuk Hashim Ketua Setiausaha Kementerian Petanian kerana Dato’ Baharum tidak mahu bersekongkol dengan Noh berhubung perkara ini?

5) Benarkah Datin Naimah adalah orang suruhan Noh Omar di MECD. Selepas Noh Omar keluar dari MECD, MARA (di bawah MECD) menghadapi krisis kewangan serius dikatakan berpunca salahgunakuasa Noh Omar, ketika menjadi Menteri di MECD?

6) Kuota keseluruhan benih padi negara adalah 80,000 tan. Noh dan ‘kroninya’ didakwa menguasai 45,000 tan daripada keseluruhan kuota tersebut (Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd – 22,000 tan, Haji Md. Nor Haji Abd. Hamid (M) Sdn. Bhd. - 20,000 tan dan Padi Pukal Parit 7 (Sekincan) Sdn. Bhd. - 3,000 tan). Jika berlaku sesuatu kepada syarikat-syarikat ini, maka siapa akan menanggung akibat apabila berlaku krisis makanan yang serius kepada negara?

7) Benarkah Syarikat Seri Merbok yang terpilih itu mempunyai rekod yang buruk di mana petani sering mengadu syarikat ini membekalkan benih padi yang tidak berkualiti, antaranya adalah penyakit padi (seed borne disease - penyakit berpunca daripada benih padi), penyakit karah, padi angin dan padi tidak tumbuh? Bukankah pada tahun 2011, pertama kali dalam sejarah padi negeri Kedah berlaku kekurangan benih padi yang amat mendesak berpunca daripada kuota yang terlalu besar diberi kepada Syarikat Seri Merbok?

8) Benarkah Noh mendapat habuan RM30juta daripada skandal ini? Benarkah Noh hidup mewah, kaya raya, membeli rumah banglo terbaru berharga RM6juta di Sunway (tidak termasuk kos renovation dan peralatan dalam rumah), jam-jam mewah, kereta-kereta mewah?

9) Benarkah pegawai-pegawai Noh seperti Dato' Saiful, Dato' Safie juga hidup mewah dan kaya raya? Benarkah Dato' Saiful mampu berbulan madu di London dan melancong mengelilingi Eropah (tiket MAS kelas pertama)? Benarkah pegawai khas Noh, Datuk Bibah mempunyai kereta mewah (Toyota Alphard) beserta pemandu? Benarkah pengawal peribadi dan pemandu Noh juga hidup mewah dan kaya raya?

Apa yang diajukan di atas hanyalah soalan bukan tuduhan. Lebih kurang dengan soalan yang sering diajukan Noh kepada Menteri Besar dan kerajaan Negeri Selangor. Bagaimanapun soalan bukanlah boleh direka sewenang-wenangnya tanpa asas. Yang penting Noh Omar kena menjawab kesemua soalan tersebut dan berikan penjelasan segera. Ramai yang ingin dapatkan jawapan mengenai soalan tersebut, lebih-lebih lagi syarikat-syarikat pembekal padi benih yang lebih besar dan berkemampuan.

Bukan sahaja para petani bawahan sahaja yang gelisah dengan isu tersebut, kerana ia melibatkan kepentingan dan masa hadapan mereka, bahkan para pegawai di Kementerian Pertanian juga resah. Mereka merayu agar Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan membatalkan segera kontrak tersebut demi untuk menyelamatkan petani dan industri padi negara. Mereka juga merayu agar SPRM segera membuat siasatan mengenai isu yang dianggap skandal besar ini.

Jika berlaku situasi ini, apakah ‘bakal Menteri Besar selangor’ ini akan senasib dengan rakannya yang pernah menjadi Menteri Besar Selangor dahulu? Soalan ini Noh tak perlu jawab.

Oleh ZULKIFLI YAHAYA

Noh Omar 'Otak Udang' Sepatutnya Mendesak Muhyidin Meletak Jawatan






SHAH ALAM: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar  sepatutnya mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sekiranya rundingan penstrukturan air  di Negeri Selangor gagal diselesaikan selewat-lewatnya September ini.

Ini kerana, Timbalan Perdana Menteri adalah Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Isu-isu Air di Selangor dan jawatankuasa tersebut  baru-baru ini membenarkan penstrukturan air diteruskan oleh Kerajaan Selangor dengan syarat perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).

Sehubungan itu, Kerajaan Selangor telah menubuhkan Jawatankuasa Khas yang diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi untuk menyelesaikan pengambilalihan ini selewat-lewatnya September ini.

Demikian kata Setiausaha Politik MB Selangor, Faekah Husein dalam kenyataan medianya hari ini.

Menurut beliau, proses ini perlu dilakukan dengan berhati-hati oleh mereka yang pakar sahaja.

Noh tiada pengalaman dalam sektor korporat jadi sudah tentu beliau tidak tahu proses ‘step-in’ atau pengambilalihan konsesi.

"Mungkin Noh ingat proses ini dilakukan sama seperti ambil alih kolam ternak udang," sindir beliau merujuk kepada pemilikan tanah projek kolam udang oleh Noh.

Katanya, kerajaan Selangor khususnya Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mematuhi garis panduan WSIA sejak penstrukturan semula ini dicadangkan bagi membolehkan air dikembalikan kepada kerajaan negeri sekali gus menjaga kepentingan rakyat dari kenaikan tariff air tidak munasabah yang dicadangkan pemegang konsesi.

Ini termasuk mengadakan beberapa siri rundingan dengan syarikat konsesi dan rundingan terakhir, Kerajaan Selangor menawarkan pampasan RM9.3 billion atau keuntungan keuntungan 25 peratus kepada syarikat konsesi.

Namun, katanya, Puncak Niaga dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) yang dimiliki kroni UMNO, Tan Sri Rozali Ismail (gambar) menolak tawaran ini dan menuntut pampasan yang memberi keuntungan sehingga 75%.

Rundingan dengan syarikat konsesi ini, tambah beliau, juga tidak mendapat sokongan daripada Kerajaan Pusat kerana mereka lebih berminat menyelamatkan syarikat konsesi yakni kroni UMNO berbanding kepentingan rakyat.

Justeru, kenyataan Muhyiddin yang membenarkan penstrukturan diteruskan itu menandakan bahawa Kerajaan Pusat bersetuju dengan rancangan Kerajaan Selangor mengambilalih syarikat konsesi.

"Sekiranya penstrukturan ini diselesaikan September ini, bermakna  Muhyiddin telah gagal menjalankan tugasnya sebagai Pengerusi jawatankuasa itu.

"Maka Noh yang tiada mengena dan tiada pengetahuan mendalam dalam isu air perlu mendesak Muhyiddin meletak jawatan bukan Menteri Besar," katanya.

"Kita tidak menolak kemungkinan Noh sebenarnya mahu mengenakan Muhyiddin dalam isu air ini sebagaimana beliau meletakkan sepenuhnya kesalahan penyelewengan projek NFC ke bahu Muhyiddin," tambah Faekah.

Sebagai menteri penuh, Noh sepatutnya memajukan industri pertanian dan membela nasib petani seluruh negara yang masih jauh ketinggalan berbanding Thailand, Indonesia malah Vietnam pun semakin meninggalkan negara ini.

Bagi Faekah, sejak beliau memegang portfolio itu, Noh tidak memberi apa-apa sumbangan dalam bidang pertanian.

Sebaliknya beliau yang membuat untung dengan melibatkan diri dalam penternakan udang sehingga menjejaskan pendapatan nelayan.

"Kita nasihatkan Noh supaya tumpukan perhatian kepada isu-isu pertanian dan penternakan serta selesaikan isu kolam udang dan pemilikan tanah 30 ekar di Kuala Selangor. Isu air di Selangor, biarkan mereka yang pakar dan berpengetahuan selesaikan," sindirnya.HD

Umno + Syabas = HARAM JADAH


mmg betul2 haram jadah perangai syarikat syabas kroni umno/apco nih..
diaorang ingat nak jadikan isu air selangor sebagai alat politik murahan mereka utk menyingkirkan kerajaan PKR..woit!! bengong ke pencacai2 umno/apco nih..jangan main2 dgn isu air weh!! air adalah keperluan wajib setiap manusia..bukannya alat politik parti bengkrap moral spt umno/apco nih..rakyat selangor bukannya bodoh dgn permainan politik terdesak umno/apco ini..rakyat malaysia semua sudah tahu dgn permainan kotor umno/apco dan kroninya semasa mengambil alih projek bekalan air selangor dulu..inilah salah satu projek penswastaan umno/apco yg penuh dgn penipuan dan hanya utk menguntungkan kroni mereka semata-mata..ternyata syabas gagal menjalankan tanggungjawab mereke mengikut perjanjian konsesi air selangor kerana gagal membekalkan air terawat yg mencukupi..sedangkan semua 7 empangan di selangor dipenuhi dgn air...rakyat selangor akan bangkit menentang syabas dn umno/apco secara habis-habisan jika ugutan catuan utk mensabotaj kerajaan PKR selangor oleh syabas ini diteruskan oleh mereka..tolong
jangan memperbodohkan rakyat selangor
dgn ugutan catuan air oleh syabas yg amat mirip dgn hati busuk sampai ke usus umno/apco itu sendiri..




KUALA LUMPUR 17 Julai: Senator Dr Syed Husin Ali membidas tindakan terdesak Kerajaan Pusat menggunakan isu air untuk memburuk-buruk pentadbiran Pakatan Rakyat (Pakatan) di Selangor.
Beliau berkata, isu ini dijadikan alat politik murahan Umno BN untuk menekan rakyat dengan harapan dapat mengambil alih semula pentadbiran negeri itu.

Menurutnya, krisis air juga berlaku di negeri-negeri lain, tetapi tidak diberi perhatian kerajaan.

“Mengapa hanya menumpukan masalah ini di Selangor? Masalah air di Johor juga berpanjangan. Di Muar dan Batu Pahat boleh dikatakan sepanjang tahun ada tong-tong air untuk mengatasi masalah ini.

“Mengapa ia tidak diambil perhatian oleh kerajaan? Ini jelas membuktikan Kerajaan Pusat mahu menggunakan masalah air sebagai alat politik murahan,” kata Syed Husin pada sidang media di lobi Dewan Negara hari ini.

Hadir sama, Senator KEADILAN, Syed Shahir Syed Mohamud dan DAP diwakili Dr Ariffin Omar. Muhamad Yusuf pula mewakili PAS.

Masalah kekurangan air di Selangor mula ditimbulkan Umno BN sejak Pakatan mengambil alih pada 2008.

Kemuncak isu ini apabila syarikat pemegang konsesi air negeri – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) yang disokong Umno BN menakut-nakutkan rakyat untuk mencatu air kononnya bekalan air di negeri itu semakin berkurangan.
Syed Husin mempertikai kebangkitan isu ini walaupun Umno BN sudah berpuluh tahun memerintah Selangor.

“Lebih 50 tahun BN perintah, tidak berlaku kekurangan air, tapi tak sampai lima tahun Pakatan perintah, air boleh habis?” sindirnya.
Beliau turut menyokong keputusan Selangor mengambil alih operasi Syabas kerana syarikat itu gagal melaksanakan tanggungjawab menyediakan air terawat.

“Kalau benar pun berlaku krisis air terawat seperti didakwa, Syabas perlu dipersalahkan kerana tanggungjawab menyediakan air terawat terletak pada Syabas.
“Kenapa syarikat ini tidak boleh menghasilkan air bersih sedangkan kapasiti empangan di Selangor berlebihan?” soal Syed Husin.

Oleh Mohd Martin Kahar

Khaled Nordin Gali Kubur Untuk Dirinya Dan Umno



Dgn rizab sebanyak RM1.8 bilion apa nak heran dgn ugutan lanun2 ummo/apco nih..sebagai sebuah negeri yg kaya Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tiada masalah utk memperolehi dana RM30 juta dalam tempoh masa yang singkat utk membantu pelajar2 Unisel..plan MB Selangor utk mencairkan aset hartanah Unisel utk mendapatkan wang RM30 juta benar2 menjadi pukulan K.O kpd puak2 haramjadah umno/apco ini..mmg terkejut beruklah beruk2 ini dgn idea spontan MB Selangor ini..terus cepat2 ubah keputusan mereka..sendiri yg bodoh..sediri yg malu dgn keputusan flip-flop mereka sendiri..

betapa malang dn malunya rakyat malaysia krn mempunyai barisan menteri2 kabinet yg kesemuanya amat bodoh dn bangang..inilah akibatnya bila para cerdik pandai tidak mahu masuk parti umno/apco yg busuk sampai ke usus ini..para cerdik pandai semuanya dah masuk pakatan rakyat..tp  klau bab2 rasuah..bab2 rembat projek2 kerajaan..puak2 haramjadah ni terlampau cerdik le plak...mengalahkan prof university oxford..

mmg dah terbukti Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor  mampu untuk mengatasi masalah pembekuan pinjaman ini jika diteruskan oleh kerajaan persekutuan..betapa bertuahnya rakyat Selangor krn mempunyai seorang MB yang berjiwa rakyat dn bijaksana..Tahniah!! Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim!! wa caya sama lu!!


Umno telah memukul gendang menandakan bermulanya perang habis-habisan terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dengan menjadikan anak-anak muda di Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) sebagai tebusan.

Menteri Pengajian Tinggi mengarahkan permohonan pinjaman PTPTN untuk pelajar baharu Unisel dibekukan. Timbalan Perdana Menteri pula menyokong  tindakan jahat ini.  Datuk Seri Noh Omar pula memberi kata dua-sama ada PKR mengaku silap isu pendidikan percuma atau pelajar menangung sengsara.

Terbaharu, PTPTN membenarkan pelajar Unisel memohon pinjaman pendidikan hanya selepas beberapa hari isu ini mendapat liputan meluas media massa. Keputusan flip flop ini mungkin tidak tahan dengan desakan dan kecaman pelbagai pihak termasuk parti komponen BN termasuk ahli Umno peringkat akar umbi yang menentangnya kerana menganiaya pelajar Melayu.

Tindakan Menteri Pengajian Tinggi yang membekukan PTPTN dan disokong pula Timbalan Perdana Menteri  adalah berniat jahat yang  akhirnya memakan diri sendiri.  Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan pembekuan ini adil tetapi selepas keputusan ini ditarik balik, apakah beliau berani mengatakan tindakan menarik balik pembekuan ini sebagai tidak adil?

Nampaknya kedua-dua Menteri dari Johor ini tidak tetap pendirian. Mereka mula kelam kabut kerana Johor yang menjadi kubu kuat Umno selama ini sedang menjadi sasaran utama Pakatan Rakyat. Pada pilihan raya akan datang,  Pakatan Rakyat akan pastikan Johor bukan lagi deposit tetap bagi Umno BN.

Kita percaya pembekuan ini ditarik balik kerana tidak tahan dengan desakan dalaman dan luaran atau juga Datuk Seri Khaled Nordin baru sedar bahawa pembekuan ini seumpama menggali kubur untuk dirinya dan Umno.

Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa semua negeri di Malaysia berhak mendapat peluang pendidikan yang saksama, tidak kira negeri itu ditadbir oleh pembangkang atau pemerintah yang menepati konsep Federalisme.

Rakyat Selangor atau penduduk di Selangor membayar cukai lebih RM90 billion kepada Persekutuan atau 23% daripada pendapatan negara. Bagaimanapun, hanya RM370 juta sahaja diagihkan kepada Selangor dalam bentuk pelaburan pembangunan.

Nilai ini sama sekali tidak sepadan dengan sumbangan yang diberikan Selangor kepada pembangunan negara. Jelas sekali, Persekutuan mengamalkan diskriminasi melampau terhadap Negeri Selangor.

Kita sedar Umno BN sangat terdesak untuk merampas semula Selangor. Namun, tindakan zalim membekukan pinjaman PTPTN adalah keterlaluan dan tidak pernah berlaku dalam sejarah negara.

Tindakan ini menampakkan Umno BN telah mula beralih fokus kepada  mempertahankan Kerajaan Pusat kerana keyakinan untuk dapatkan semula Selangor semakin tiada harapan. Umno BN telah berpatah arang untuk merampas semula Selangor.

Kita berterima kasih kepada Khaled Nordin yang juga disebut-sebut bakal menggantikan Dato’ Abdul Ghani Othman, Muhyiddin dan Noh yang telah menggagalkan transformasi yang dicanang  Perdana Menteri.

Selepas ini, Khaled Nordin akan dijadikan kambing hitam sebagai punca kekalahan Umno BN, nasib yang sama dialami Dr Khir Toyo.

Oleh Faekah Hussin

* Penulis adalah Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor

Negeri Selangor Menjadi 'Mangsa Politik Haram Jadah' Umno/PTPTN


Satu tindakan PTPTN yg paling tidak rasional dan tidak mengikut undang2 serta  hak kesamarataan setiap warganegara Malaysia mengikut perlembagaan negara..dek kerana sakit hati yg amat sangat di atas kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir negeri selangor dgn berjaya dan mesra rakyat...regim umno/apco ini sanggup membuat honar dan khianat terhadap rakyat negeri selangor yg tidak berdosa...setelah isu air dan isu pasir gagal utk menjadi senjata politik utk menghancurkan Pakatan Rakyat...regim zalim haji najib ini muncul pulak dgn idea gila utk menyekat pinjaman PTPTN kpd pelajar2 Unisel..tidakan sabotaj regim umno/apco ini akan menambahkan rasa benci rakyat kpd regim 'haram jadah' haji najib ini..dimanakah slogan ciptaan apco 'rakyat didahulukan..tu??? hanya kerana dendam polik...umno/apco sanggup menafikan hak rakyat utk mendapatkan pendidikan..natijah dari permainan politik kotor umno/apco ini ialah..mereka akan tumbang secara total dlm pru ke 13 ini..kita tungguuuu!!

Nampaknya
PTPTN pun sudah menjadi perkakas politik regim umno/apco ini..sebenarnya regim umno/apco hanya hendak mencabar kerajaan Selangor supaya memberikan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti secara percuma seperti yg dijanjikan dan diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat selama ini...dgn harapan rakyat akan marah kepada Pakatan Rakyat..tetapi lupakah mereka yg Pakatan Rakyat hanya akan memberi pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti setelah Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya dan negara..ketika itu barulah Pakatan Rakyat dapat menguruskan kewangan negara dan membuat dasar2 baru tentang arah tuju PTPTN ini...


Permohonan siswa baru Universiti Selangor untuk mendapatkan pijaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah dibekukan, menurut perbadanan tersebut.

Seorang pegawai PTPTN ketika dihubungi melalui talian pertanyaan badan tersebut mengesahkan bahawa perkara itu dimaklumkan secara dalaman melalui emel.

Katanya lagi, tiada pekeliling secara hitam putih dikeluarkan berkenaan langkah tersebut.

Tinjauan Malaysiakini di satu laman forum PTPTN hari ini turut mendapati bahawa pinjaman kepada pelajar baru Unisel "ditangguhkan buat sementara waktu."

Ruangan forum berhubung syarat permohonan pinjaman kendalian Kementerian Pengajian Tinggi itu turut menyatakan bahawa PTPTN tidak lagi memberi pinjaman kepada pelajar Unisel.

Perkara itu dinyatakan salah seorang moderator laman forum berkenaan yang menggunakan nama "ptptn1" ketika menjawab satu soalan berhubung pinjaman PTPTN untuk pelajar Unisel pada 8 Mei lalu.

Pinjaman 'ditangguhkan'

Dalam satu lagi jawapannya pada 31 Mei berhubung isu sama, moderator berkenaan menyatakan bahawa "pinjaman bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian di Unisel ditangguhkan buat sementara waktu."
Mengulas tindakan itu, naib canselor Unisel Prof Dr Anuar Ahmad berkata perkara itu mula disedari apabila pelajarnya cuba memohon pinjaman tersebut melalui sistem dalam talian sejak April lalu.

Katanya, permohonan pinjaman untuk siswa kampus tersebut buat masa ini dibekukan.

Katanya, Unisel kemudiannya mengadakan perbincangan dengan PTPTN berhubung keputusan tersebut sejak minggu lalu.

Bagaimanapun, sebab pembekuan itu tidak dapat didedahkan kerana perbincangan masih berjalan, katanya lagi.

"Kita sedang berbincang dengan PTPTN jadi tidak banyak yang boleh didedahkan. Jika hujung minggu ini tiada makluman dari PTPTN kita akan hubungi mereka semula," katanya.

'Mangsa politik'

Tambahnya, tindakan tersebut mungkin menjejaskan pengajian lebih seribu pelajar yang baru mendaftar di Unisel.

"Jadi mereka ini kita benarkan meneruskan pengajian dan kita cuma minta bayar yuran pendaftaran RM500 sahaja," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah sewaktu dihubungi berkata beliau tidak dapat memberikan sebarang ulasan mengenai perkembangan tersebut.

"Saya sukar hendak komen hal ini. Minta maaf," katanya.

Exco pendidikan Selangor, Dr Halimah Ali pula dalam satu kenyataan berkata PTPTN seharusnya bersikap profesional dan tidak menjadikan siswa berkenaan sebagai "mangsa politik pihak tertentu."

Katanya, PTPTN tiada sebab untuk mendiskriminasi pelajar dari IPT tertentu yang memohon pembiayaan.

"Namapun Satu Malaysia, tetapi mengapa wujud sikap pilih kasih terhadap pelajar Unisel," kata anggota lembaga pengarah Unisel itu lagi seperti dipetik laman TV Selangor.-mkini

Taukeh Restoran 'Sekinchan Ikan Bakar' Pernah Kantoi Kes Dadah??


korang ckp bisnes rugi psl bersih 3.0, tp ni lu nak bg hadiah kereta mewah plak...siap buat cabutan bertuah BMW dan Lamborghini kunun.. duit siapa ni? mana lu kebas itu duit?? gua malaslah nk petik kata2 hikmat haji najib tempohari..tp nmpaknya gua terpaksa petik jugaklah..mmg mcm 'haram jadah' perangai busuk bangkai2 umno/apco nih..lu klau mau cari mkn pn agak2 lh..nampaknya lu sdg melobi sakan org kampung lu utk gantikan kerusi Khir Toyo dalam PRU-13 ye..tp lu jnganlah nampak desperados sangat..lu fikir lu layak ke nk jd calon ganti khir toyo..tp lu jngan ingat org melayu selangor semuanya bodoh mcm lembu nfc.. lu sama khir toyo sama itu noh omar 2x5 aje..penyamun bin perompak punya kaki..mmg sah umno/apco selangor akn dibenamkan secara total klau bangkai2 mcm nih dipilih jadi calon pilihan raya..

Wokeyyyy.... ini cerita gua dapat dari orang kampung Tauke Sekinchan Ikan Bakar sendiri beb..., betul atau tidak..???? Pandai2 lu orang cari maklumat sendiri, khususnya dan terutamanya kepada Ahli Politik Pakatan Rakyat.... lu orang carilah maklumat latar belakang Dato Jamal nih di Bukit Aman.... wakakakakaaaa....

Lu orang masih ingat kisah adik kepada Noh Omar iaitu Jusnaidi Omar yang kantoi pasal dadah dolu2... yang sepatutnya dah arwah di tali gantung... tapi boleh terlepas sebab abang dia masa tu sebagai Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri beb....!!!!

Tapi takpa... cerita banyak pasal adik Menteri umno nih pun tak guna beb... sebab Malaysia nih umno yang punya... hahahaha... mamat curi susu untuk anak kat pasaraya di Terengganu kena penjara setahun... adik beradik menteri yang sepatutnya mampus di tali gantung relax jer.... binawe bin haramjadah wa cakap lu...!!!!


Opppsss... gua mau cerita pasal Drebar Ferrari ni kannnn... tapi melalut la pulak..., berbalik kepada kisah Tauke Ikan Bakar dan Nasi Lemak nih..., banyak komen yang gua baca di blog2 member dan blog gua sendiri yang menunjukkan kehairanan di mana dan macamana seorang peniaga Nasi Lemak dan restoran ikan bakar boleh pakai ferrari...

Jawapannya tak susah beb..., lu orang jadilah proksi Noh Omar... hahahaha... seperti Dato Jamal nih...!!!!

Gua nak tanya lu orang Setiausaha Politik Noh Omar siapa...????.... pergghhhh....!!!!

Boleh dikatakan kebanyakkan perniagaan yang di jalankan oleh si Jamal nih adalah kepunyaan Noh Omar dan si Jamal ini bertindak sebagai Proksi Perniagaan Noh Omar.

Siapakah Jamal Md. Yunos "Tauke Sekinchan Ikan Bakar"..????

Sebelum kes dadah adik Noh Omar kantoi..., si Jamal Md Yunos nih terlebih dahulu sudah kantoi dengan kes dadah dalam rumah dia.

Memandangkan kes ini melibatkan mak bapak dia maka gua reserve story ini setakat ini sahaja, di mana sepatutnya Jamal Md Yunos nih dah lama mampus di tali gantung, tapi nasib dia baik kerana nama2 di atas dan melibatkan dot... dot... dot... so gua letakkan noktah di sini.

Apa matlamat Jamal popularkan dirinya depan rumah Ambiga..???

Malaun nih adalah penyokong serta orang kuat Noh Omar, sekarang ini malaun nih sedang melobi sakan di kampungnya untuk mengantikan kerusi Khir Toyo dalam PRU-13 akan datang. Ntah laaaa... ini kerusi panas beb..., samada malaun Jamal nih atau Tan Sri Rozali Syabas yang terpilih wa pu chi tau... tapi peberet Noh Omar adalah Jamal Ikan Bakar... muakakakakaaaa...!!!!!

Wokeyyy... wokeyyyy.... kita berhenti rehat dan cukup setakat ini dulu, lain kali kita sambung lagi eeekkkk.... hahahaha...!!!!

Kepada sesiapa yang boleh akses kes jenayah dadah malaun nih dulu... kasi letop laaaaa...., gua boleh rehat maaaaa.... ini game very open punyeeeaaarrrr.... gua tarak hal.... hahahaha...!!!!

(Nota: Itu tak termasuk lagi Duit Pinjaman TEKUN yang tak tau apa statusnya, adakah sama seperti NFC laki Ijat Mami Lembu Penang... hahahaha... SPRM tidoq kaaaa...????)

KREDIT SUMBER

Umno/Bn Melacurkan UNISEL Untuk Mengaut Keuntungan Peribadi


Kebelakangan ini kita melihat ramai dikalangan tokoh-tokoh UMNO mempersoalkan tindakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau memberi jaminan jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pentadbiran di Putrajaya PTPTN akan dimansuh dan diganti dengan pembiayaan pendidikan yang lebih mesra kepada golongan mahasiswa.

Bagi mengalihkan isu kelemahan pengurusan mereka pimpinan utama Umno termasuk Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin mempersoalkan mengapa tidak pendidikan percuma diberikan kepad Unisel dan KUIS yang merupakan universiti dibawah kelolaan Kerajaan Negeri.

Biro mahasiswa melihat kenyataan Menteri Pengajian Tinggi itu menggambarkan kelemahan Menteri Pengajian Tinggi memahami kedudukan Unisel dan KUIS yang beroperasi sebagai sebuah universiti swasta (IPTS)  dan kedudukan keewangan kerajaan negeri yang terhad.

Biro mahasiswa juga ingin menarik perhatian umum mengenai  isu  penubuhan Unisel yang menjadi punca kepada bebanan yang besar ditanggung hingga kini.Kontrak pembinaan Universiti yang diberikan atas dasar 'Build Operate Transfer' (BOT) selama 20 tahun menyebabkan setiap bulan pihak universiti terpaksa membayar hampir RM300,000 untuk kos sewa bangunan setiap bulan.Untuk rekod syarikat yang menerima projek ini Jana Niaga Sdn Bhd merupakan  milik keluarga dan kroni kepada bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo.

Tambahan dengan keaadaan bangunan yang tidak sempurna pihak universiti terpaksa menanggung kos baik pulih yang menelan ratusan ribu ringgit.Menurut rekod bangunan asrama yang didiami pelajar kini baru menerima CF selapas pentadbiran kerajaan PR mengambil alih kerajaan Negeri Selangor.

Biro mahasiswa juga mempersoalkan pinjaman RM150 juta yang dibuat oleh UNISEL sebelum PRU12 pada tahun 2008. Pinjaman yang dibuat kononya untuk fasiliti dan penambahbaikan universiti lesap selepas PRU 12 yang lalu.Perjanjian pinjaman  dengan bayaran balik bulanan RM2 juta sebulan ini akhirnya ditanggung oleh pihak universiti dan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor.

Bagi Biro Mahasiswa tindakan-tindakan dizaman pemerintahan Umno Barisan Nasional terhadap Unisel seolah-olah 'melacurkan' institusi pengajian tinggi dinegeri ini dan membunuh masa depan anak-anak muda  dengan menjadikan pendidikan sebagai perniagaan untuk mengaut keuntungan.


Fakta ini jelas membuktikan sikap pemimpin Umno yang hipokrit sedangkan ketika mereka berkuasa di Selangor institusi pendidikan tinggi dilacurkan demi kepentingan peribadi mereka.

Oleh: Muhamad Affandi Abdul Malik
Penulis ialah Timbalan Pengarah Biro Mahasiswa AMK.

Penyamun-Penyamun Umno Terliur Tengok Simpanan Tunai Negeri Selangor Mencecah RM1.9 Billion



Simpanan tunai kerajaan negeri Selangor terus mencatatkan peningkatan sepanjang tahun 2011 dengan jumlah simpanan sebanyak RM1.9 billion - meningkat lebih 26 peratus, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, jumlah simpanan tunai di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat jauh lebih tinggi berbanding di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang hanya merekodkan  kurang RM500 juta sebelum 2008.

“Saya telah dimaklumkan perbendaharaan negeri bahawa jumlah rezab kita meningkat lebih 26 peratus kepada RM1.9 bilion berbanding sebelum 2008 iaitu kurang RM500 juta,” katanya dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusikan Masjlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini.

Menteri Besar berkata, laporan kewangan kerajaan negeri 2011 itu akan dihantar kepada Jabatan Audit Negara untuk diaudit.

Dalam perkembangan lain, Tan Sri Abdul Khalid berkata, kira-kira 600 penduduk setinggan di Sungai Sering, Hulu Klang, akan menerima Sijil Layak Menduduki (CF) bagi unit rumah kos rendah Jumaat ini.

Menurutnya, CF tersebut telah dikeluarkan pada 31 Januari lalu, sekaligus menamatkan penantian hampir sembilan tahun peneroka bandar itu yang telah dipindahkan dari 11 penempatan setinggan di Mukim Klang di bawah program penempatan semula setinggan.

Projek rumah kos rendah Taman Ukay Indah, Sungai Sering dimulakan pada Jun 2003 dan sepatutnya siap April 2006 tetapi terbengkalai kerana syarikat pemaju berdepan masalah kewangan dan teknikal.

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah membelanjakan lebih RM16 juta sejak 2006 sehingga 2012 untuk membayar sewa rumah penduduk yang gagal dipindahkan ke penempatan sementara.
Related Posts with Thumbnails