BREAKING NEWS

Penipuan Besar-Besaran Umno Dan SPR Di Negeri Selangor




KUALA LUMPUR: Seramai 134,675 pengundi tidak dikenali dikenal pasti didaftar di negeri Selangor, dedah Laporan Projek Pendemokrasian.

Selangorku melaporkan, jumlah itu mewakili kira-kira 28 peratus daripada jumlah 497,084 pemilih baru yang didaftarkan.

Sebagai rekod sehingga kini jumlah pengundi di negeri itu mencecah 1,924,281 orang.

Semakan daftar pemilih bagi jumlah itu berdasarkan daftar pemilih induk (DPI) suku ke empat 2011 yang diperolehi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) serta dilaksanakan mengikut 56 DUN yang dilakukan oleh Ketua Kampung, Ahli Majlis, kakitangan Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Mengikut laporan Projek Pendemokrasian Negeri Selangor yang dikeluarkan oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) itu mencatatkan DUN Sri Serdang mengalami bilangan pengundi tidak dikenali yang paling ramai iaitu lebih 9,000 orang.

 Ia diikuti dengan DUN Subang Jaya 8,000 orang, Hulu Kelang 5,500 orang dan Sri Muda 5,000 orang.

Daripada jumlah keseluruhan pemilih baru itu, sebanyak 51 peratus daripadanya terdiri daripada mereka yang berusia 21 hingga 30 tahun.

Manakala bagi pemilih yang tidak dikenal pasti iaitu seramai 134,675 orang itu, sebanyak 44 peratus daripadanya terdiri daripada mereka yang berusia lingkungan 21 hingga 30 tahun.
Dari aspek jantina, sebanyak 51 peratus pemilih baru merupakan lelaki dan 49 peratus wanita.

Manakala, bagi kajian pemilih yang tidak dikenal pasti pasti turut mendapati 51 peratus adalah lelaki dan 49 peratus wanita.

Mengikut aspek bangsa pula, bangsa Melayu mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 49 peratus, diikuti Cina sebanyak 34 peratus dan India sebanyak 13 peratus daripada keseluruhan jumlah pemilih berdasarkan DPI suku ke empat tahun 2011.

Bagi pemilih baru, ia menunjukkan 55 peratus daripada bangsa Melayu merupakan pemilih baru manakala 45 peratus tidak dapat dikenal pasti berdasarkan semakan yang dilakukan.
Selain itu, kaum Cina sebanyak 28 peratus pemilih baru dan 35 peratus tidak dapat dikenal pasti.

Manakala bagi India, sebanyak 11 peratus pemilih baru dan 13 peratus tidak dapat dikenal pasti berdasarkan semakan yang dijalankan.

Sementara itu, lain-lain sebanyak 8,561 pemilih baru yang terdiri antaranya Orang Asli Semenanjung, Punjabi, Eurasian, Jawa, Pakistan, Sri Lanka dan Hakka.

Laporan terbabit juga memaklumkan penambahan pemilih baru pada setiap suku tahun iaitu bermula suku ke empat 2011 hingga suku tahun ke tiga 2012 mendapati mengalami peningkatan.

Hal itu dibuktikan seramai 497,084 orang dengan peratusan 32 peratus pada suku ke empat 2011 ; 563,471 orang dengan peratusan 36 peratus pada suku pertama 2012 ; 600,406 orang dengan peratusan 38 peratus pada suku kedua 2012 dan meningkat kepada 625,210 orang dengan peratusan 40 peratus bagi suku ke empat 2012.

Jumlah pemilih berdasar suku ke tiga 2012 (belum digazetkan) seramai 2,025,153 orang serta daripada jumlah itu seramai 513,074 pemilih baru yang mencatatkan 51 peratus lelaki dan 49 peratus wanita.

Laporan Projek Pendemokrasian diserahkan kepada Dewan Negeri Selangor (DNS) semalam dan diedarkan kepada Adun.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan dalam satu sidang media, laporan itu akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebaik sidang Dewan Negeri Selangor berakhir.

3 comments :

  1. Tangkap saja SPR tu.gantung samapi mati dia didataran merdeka.Bangkit lah rakyat selangor.Bangkitlah rakyat selangor,Bangkitlah rakyat selangor.Ya allah bantu lah kami semua bagi menghapuskan yahudi umno lakhanatullah yang berada dimalaysia ini.Ia telah mengkhianat rakyat jelata selama57 tahun.Kau hancurkan lah ya alllah,kau hancurkan mereka ya allah,kau hancurkan lah mereka ya allah.Yallah ya tuhanku kau bantulah mereka yang betul ingin membantu rakyat di Malaysia.amin

    ReplyDelete
  2. Kata pengerusi SPR....SPR tidak boleh berbuat apa-apa ke atas daftar pemilih ... Dia hanyalah satu badan yang menerima pendaftaran daripada pengundi.. apa-apa pembetulan hendaklah dibuat oleh pengundi itu sendiri...hihi.. rasa nak tergelak...undang-undang jenis apa ni....Kalau itulah kerja SPR... tak perlulah bayar gaji sampai berbelas dan berpuluh ribu ... budak-budak SRP boleh buat kerja tu....untuk nak rekod aje....Kalau nak tahu siapa yang mendaftar samada dia rakyat Malaysia atau tidak..kalau meragukan.. takkan tak boleh siasat....semaklah dengan JPN.. kan setiap anak yang dilahirkan didaftarkan... bukan rekod kelahiran tak ada tiba-tiba jadi rakyat Malaysia..asal usulnya dari mana? Siapa ibu bapanya...dsb....hihi.. alasan yang budak darjah 6 pun boleh ketawa!!!! Janganlah ingatkan rakyat sebodoh itu......Ingat, kita ini diamanahkan oleh Allah untuk berlaku adil dan benar di dalam hidup .... lagipun umur yang ada cuma sedikit sahaja lagi yang berbaki..selepas ini tak ada siapa lagi yang boleh membantu bila berdepan dengan munkar dan nakir di dalam kubur ...

    ReplyDelete
  3. Bukankah dah banyak pendedahan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu betapa KOTORNYA daftar pemilih SPR...nak bukti lagi ke??? berapa puluh bukti perlu dikemukakan baru cukup ... itupun SPR tak boleh ambil tindakan pembetulan jugak....haha..hihihi...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails