BREAKING NEWS
Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts

Krisis MB Selangor: Dedah Siapa PAS Sebenarnya





WALAUPUN Pakatan Rakyat (PR) hampir berpecah di Selangor, tapi Umno Selangor masih tidak dapat mengambil kesempatan.

Ini tidak lain, tidak bukan kerana Umno terlalu lemah di Selangor.

Yang menarik ialah kata-kata Tan Sri Muhyiddin Yassin yang krisis MB Selangor boleh menjadi pengajaran kepada BN sejurus pendirian Pas diketahui semalam.

Meskipun diapi-api Utusan sejak seminggu yang lepas, Pas dan presidennya Abdul Hadi Awang membuat pendirian memberikan pilihan kepada PR dan Sultan Selangor untuk memilih antara Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Azmin Ali sebagai calon yang sesuai untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Pendirian bijak itu tersebut mengejutkan lawan Pas iaitu Umno, dan juga mengkagumkan rakannya DAP dan PKR.

Dakwaaan Pas menolak Dr Wan Azizah kerana beliau seorang wanita seperti yang didakwa pelbagai pihak termasuk PKR terbukti fitnah semata-mata dengan pendirian Pas semalam.

Dakwaan bahawa Pas berniat bekerjasama dengan Umno juga jauh meleset.

Geng yang menuduh Pas tidak pandai berpolitik dan tidak tahu bertahaluf juga tak benar.

Meskipun dihentam kiri kanan oleh rakan-rakan di Pakatan kerana hanya ingin bermesyuarat pada 17 Ogos, Pas tetap dengan komitmen bersama PR.

Pas tidak bersikap seperti pihak-pihak lain yang suka “force the issue” (memaksa sesuatu isu) apabila ada perbezaan pendapat.

Kerana ingin mencapai konsensus atas terma sendiri, mereka suka menggunakan frasa-frasa seperti “24 jam yang kritikal”, “peluang terakhir”, “tindakan segera” dan “buktikan sekarang” untuk memaksa rakan-rakan untuk membuat keputusan. Tindakan-tindakan sedemikian langsung tidak membantu dalam menguatkan talian persahabatan.

Ada pula yang suka “buat dulu”, lepas itu maklum. Mereka tidak berminat bertanya sama ada rakan lain suka makan nasi mahupun bubur, yang mereka nak sampaikan ialah “dah jadi bubur, kau telanlah sahaja.” Mereka bukan sahaja bersikap begitu pada rakan, malah pada pihak istana.

Terdapat juga golongan yang amat gopoh sehingga sanggup melangkau ke hadapan dahulu dalam keputusan mereka tanpa memikirkan perasaan dan perkiraan pemimpin sendiri. Ini menunjukkan mereka sudah kurang berkeyakinan atau termakan fitnah bahawa parti mereka sendiri tidak berupaya menyelesaikan kemelut ini dengan baik.

Pas menjaga perasaan semua pihak – rakan-rakannya dan juga pihak istana. Pas pastikan hati Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak terguris dengan memastikan nama Dr Wan Azizah adalah antara calon yang disokong Pas, meskipun istana menolak permintaan pertama beliau untuk mengadap.

Pas menjaga hati istana dengan membiarkan lebih satu pilihan untuk dipilih menggantikan Khalid. Pas tidak mahu istana terasa Pakatan ada sikap “forcing the issue” – di mana kena mati-mati terima calon yang dicadang Pakatan. Bagi Pas, istana ialah satu institusi yang perlu dihormati dalam kerangka demokrasi negara.

Akan tetapi, selepas mesyuarat di sebuah hotel di Subang Jaya semalam, PR tetap memutuskan untuk menghantar nama Dr Wan Azizah seorang sahaja untuk diperkenan istana. Jika istana menolak, Pas bolehlah bagi tahu nanti – “I have told you so.” Kalau terjadi pembubaran Dun pada masa itu, ingatlah ia bukan salah Pas lagi.

Pengerusi Umno Selangor Noh Omar menyifatkan apa yang berlaku di Selangor sebagai ‘luar tabie’. Bahasa melambangkan watak, jadi penulis tidak perlu mengulas lanjut mengenai perwatakan beliau.

Tapi Noh Omar sedar tak, yang lebih luar biasa di Selangor ialah ketidakmampuan Umno Selangor untuk melakukan apa-apa untuk mengocak situasi dan mengambil kesempatan politik yang begitu meruncing di antara parti-parti komponen PR.

Dengan berbekalkan 12 kerusi Dun, yang Umno boleh buat hanyalah bermain batu api. Tapi itu pun tidak menjadi, apabila exco Selangor daripada Pas Sallehin Mukhyi membuat pendirian tegas akan keluar daripada kerajaan Khalid jika ada Adun Umno yang dilantik menjadi exco.

Kenyataan Sallehin adalah satu langkah cermat menutup segala lubang untuk Umno melakukan sabotaj. Ia adalah langkah “checkmate” kepada Umno Selangor, cuma rakan-rakan Pakatan tidak faham kerana dibutai oleh kemarahan kepada Khalid yang baru memecat exco-exco daripada DAP dan PKR.

Perkara yang paling besar untuk disedari Umno-BN di dalam episod di Selangor ini ialah jangan pandang lemah pada kredibiliti dan komitmen Pas, dan jangan lagi cuba menangguk di air keruh setiap kali berlaku perbezaan pendapat di kalangan pemimpin Pas.

Barangkali itulah pengajaran yang dimaksudkan oleh Muhyiddin – bagaimana tertekan sekalipun, jangan harap Pas mengkhianati sahabat mereka. Sejarah membuktikannya. Dan pada 17 Ogos 2014, Pas membuktikannya sekali lagi.

Oleh Timmy Say

Terima Kasih Dan Tabik Spring Untuk Gerakan Simpul Mati Oleh YB Saari Sungib Dan YB Tuan Haji Hasnul Baharuddin



Jawatankuasa PAS Pusat hari ini menamakan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamad Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ini juga bermakna PAS telah menarik balik sokongannya terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang diberikan sebelum ini. Kini Khalid Ibrahim sudah tiada lagi legitimasi untuk terus kekal sebagai menteri besar.

PAS hari ini memutuskan untuk kekal dalam Pakatan Rakyat (PR) dan bersetuju dengan pilihan PKR untuk melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail diangkat menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

"PAS tidak akan menuntut jawatan menteri besar Selangor. PAS juga menghormati semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dalam mencadangkan nama calon menteri besar Selangor.

"Sehubungan dengan itu, PAS sebulat suara pada hari ini bersetuju untuk mengangkat dua nama bagi menggantikan Khalid. Nama yang dicadangkan oleh PAS ialah Dr Wan Azizah dan Azmin," kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu di Ibu Pejabat PAS hari ini.


***Terima Kasih Dan Tabik Spring Untuk Gerakan Simpul Mati Oleh YB Saari Sungib Dan YB Tuan Haji Hasnul Baharuddin.


#AsalkanBukanUmno

Tahukah Anda?? MB Khalid Adalah MB Haram



Apabila dirujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nizar vs Zambry adalah jelas menunjukkan bahawa MB Khalid adalah bersalah.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, dalam penghakiman mahkamah persekutuan beliau berkata: "... Oleh itu, bukti kehilangan keyakinan dalam MB boleh dikumpulkan daripada sumber-sumber luar lain yang diberikan ... mereka betul ditubuhkan. Sumber itu, kita berfikir, perlu merangkumi kemasukan oleh MB sendiri dan / atau representasi yang dibuat oleh ahli-ahli LA bahawa MB tidak lagi mendapat sokongan majoriti ahli-ahli LA.

"Perayu tidak boleh terus mentadbir setelah hilang sokongan majoriti. Untuk membenarkan dia berbuat demikian akan melanggar prinsip asas demokrasi.

"... Adapun soalan ketiga jawapan kita adalah bahawa jika MB enggan mengemukakan peletakan jawatan majlis eksekutif di bawah akta XVI (6) MB dan ahli-ahli majlis eksekutif perlu mengosongkan pejabat masing-masing."

Melangkah berasaskan duluan kehakiman dan merenung decisis (Latin untuk "berdiri dengan perkara-perkara yang membuat keputusan"), ini bermakna kedudukan Khalid kini akan disifatkan telah terbatal.

Khalid telah memecat lima ahli majlis eksekutif negeri (Exco) DAP dan PKR tetapi menangguhkan satu (ADUN Batu Tiga Rodziah Ismail) yang berada di luar negara yang kemudian meletak jawatan. Kini baki Ahli Exco semuanya dari PAS.

Sultan juga telah mengarahkan Khalid tidak membuat sebarang keputusan atau pengumuman mengenai kedudukan MB sehingga dia kembali pada 27 Ogos.

Dengan PAS bersedia untuk menyatakan pendiriannya hari ini, 17 Ogos semasa mesyuarat AJK PAS PUSAT,  kini bukan sahaja masa depan Selangor yang kelihatan untuk dipertaruhkan tetapi juga seluruh PAKATAN RAKYAT.

Tahukah Anda?? Khalid Ibrahim Mengamalkan Politik 'Busuk Sampai Ke Usus'



Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai langkah menyelesaikan krisis kepimpinan yang melanda negeri itu. Bagaimanapun, beliau berkata segala keputusan akan diambil setelah beliau mendapat nasihat dan perkenan Sultan Selangor.

Persoalannya, di atas dasar apakah DUN Selangor perlu dibubarkan?? Kedudukan terkini DUN Selangor yang memiliki 56 kerusi ialah PAS dan DAP masing-masing memiliki 15 kerusi, PKR (13), BN (12) dan Bebas (1). Sedangkan 30 Adun Selangor termasuk dua Adun PAS iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) telah membuat akuan bersumpah menyatakan hilang kepercayaan terhadap Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Ternyata Khalid Ibrahim yang berpolitik secara 'busuk sampai ke usus' dan dengan dibantu oleh perkakas-perkakas Parti Najis Umno cuba mempermainkan suara majoriti DUN Selangor. Biarpun kita terpaksa menghadapi PRN jika DUN Selangor dibubarkan. Percayalah!! rakyat Selangor yang bijaksana tetap akan menolak Umno/BN yang sinonim dengan amalan rasuah, salah guna kuasa dan pengkhianat kepada bangsa Melayu.

Persepsi buruk seperti rasuah dan salah guna kuasa merupakan elemen yang telah menjejaskan UMNO dan BN sehinggakan parti pemerintah itu telah mendapat amaran yang begitu kuat dari dari rakyat dan telah hampir tersungkur didalam PRU yang lepas.

Mujurlah Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) telah menyelamatkan keadaan dan BN mampu lagi memerintah kerajaan pusat walaupun dengan majoriti yang tipis.

Kenyataan Paling Berani Dari Wakil Rakyat PAS DUN Morib

 
ADUN PAS Morib, Tuan Haji Hasnul Bin Baharuddin



Tindakan PAS sengaja melambat2 kan usaha melantik Menteri Besar adalah satu kesilapan yang besar dan pendapat ini dikongsi bersama kebanyakan AJK PAS Pusat.

Itulah sebabnya Presiden tidak memanggil mesyuarat AJK PAS Pusat yang mempunyai kuasa eksekutif. 10/8 di tunda ke 13/8 ke 17/8.

Alasan untuk bargain dan tidak bersetuju dgn Dr Wan Azizah adalah tidak munasabah. Kita pakatan rakyat boleh duduk berbincang sehingga rentung dan hantar satu nama. Kalau sultan tolak kita hantar nama lain dan seterusnya. Tapi kita terus amik sikap sambil lewa.

Sehingga imej kita rosak di mata pengundi2 Pakatan Rakyat terutama bangsa Cina. Pesuruhjaya Selangor tidak memanggil mesyuarat dan ambil tindakan proaktif dan serahkan 100 peratus ke pusat. Kita yang duduk di Selangor tentu lebih faham dan seharusnya bertanggungjawab. Saya yang menyokong pakatan rakyat akan di hadap ke tindakan disiplin.

Macam mana exco yg bersekongkol dengan mb bebas dan memecat semua exco pakatan rakyat yang lain. Kalau tidak kerana tindakan saya hari ini, semua ahli majlis PKR dan DAP pun akan di pecat oleh Khalid Ibrahim dan disokong oleh EXCO2 PAS yang wala' dengan pimpinan kononnya. Siapa yang khianat sebenarnya. Pejabat MB sudah telefon bekas2 ahli majlis yang sudi untuk setia dengan Khalid Ibrahim.

Exco2 pakatan rakyat dipecat dan dihalau keluar bersama dengan 30 staf2 dan ada yang tunggu masa hendak bersalin. TSKI juga seorang yang suka meninggalkan solat. Majlis syura ulamak tahu tak maklumat ini?

EXCO yang duduk berjam2 dengan TSKI boleh mengesahkan perkara ini. Kenapa nak pertahankan tski sampai setengah mati?

Saya mengambil tindakan ini untuk menyelamatkan pas dari terus hanyut dengan tindakan2 yang merugikan.

Kita kata masih bersama PR tapi perbuatan kita menghancurkan PR.

Saya sudah bersedia untuk terima apa juga akibatnya dari tindakan saya.

-Hasnul b Baharuddin.

MB Khalid Yang Bongkak Sedang Menggali Kuburnya Sendiri


 
Sikap kuku besi dan bongkak Menteri Besar Bebas Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan tindakannya tidak mengendahkan Pakatan Rakyat telah mengejutkan banyak pihak.

Kedua-dua penyokong setia dan ahli Pakatan yang mengundi Khalid tidak percaya bagaimana beliau boleh menjadi begitu semberono, dalam keadaan terdesaknya untuk berpaut kepada kuasa.

Khalid telah direkodkan berkata "tidak ada perkara seperti (kerajaan negeri) Pakatan Rakyat"! Ini suatu sikap tidak bersyukur, selepas diberi peluang oleh gabungan pembangkang persekutuan untuk mentadbir Selangor sejak tahun 2008.

Walaupun adalah benar bahawa Pakatan bukannya sebuah gabungan berdaftar, tidak dapat dinafikan bahawa gabungan PKR, DAP dan PAS telah memerintah negeri itu sejak kemenangan bersejarah mereka pada pilihan raya umum ke-12.

Kini jelas bahawa Khalid mengharapkan 12 orang Anggota Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN)-Umno dan 15 dari PAS, dan seekor atau dua ‘katak’ untuk terus berkuasa di bawah apa yang disifatkan sebagai kerajaan perpaduan.

Perpaduan? Kerajaan seperti ini tidak mewakili rakyat Malaysia atau Malaysia yang berbilang agama.

Tidak syak lagi bahawa Khalid akan bekerjasama dengan Umno untuk mencuba kekal berkuasa.

Bagaimana lagi untuk menjelaskan tindak balas pantas timbalan presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa 12 wakil rakyat Umno beliau akan memberi sokongan tanpa syarat kepada Khalid untuk kekal sebagai ketua eksekutif Selangor.

Adakah anda percaya bahawa Umno akan menyokong Khalid secara percuma?

Dalam hal ini, apa yang dikata Ahli Parlimen PAS-Shah Alam, Khalid Samad semalam adalah masuk akal.

Malaysiakini memetik Samad sebagai berkata bahawa "dengan mengambil lebih banyak masa untuk membuat keputusan, PAS memberi tali yang cukup panjang bagi Khalid Ibrahim untuk 'menggantung dirinya (dari segi politik)'.

"Pada mulanya timbul persoalan mengapa Khalid perlu dipecat daripada jawatannya, tetapi tindakannya baru-baru ini telah membuatkan hatta mereka yang mengundi beliau dalam pemilihan parti PKR dan dalam pilihan raya umum sekalipun, tidak percaya.

"Beliau bukan seorang yang setia kepada Pakatan Rakyat, dan hakikat bahawa (Muhyiddin) memberi sokongan tanpa syarat kepadanya membuatkan perkara ini lebih meragukan.

"Jadi, walaupun mereka (PKR dan DAP) tidak berpuas hati dan cuba menekan PAS untuk membuat keputusan lebih awal, saya percaya perkembangan baru-baru ini akan membantu kami dalam membuat keputusan yang tepat," jelas Khalid dalam sebuah sidang akhbar.

Malaysiakini melaporkan bahawa Khalid Samad meminta maaf kerana jawatankuasa kerja pusat PAS (CWC) hanya akan bermesyuarat mengenai krisis ini pada 17 Ogos, tetapi menyeru mereka untuk "merenung kebijaksanaan dari pepatah Inggeris, "berikan mereka tali yang cukup panjang untuk menggantung diri mereka sendiri".

PAS secara tentatifnya menyokong Khalid sebagai MB, sementara menunggu mesyuarat CWC itu dijalankan.

PKR dan DAP telah mencadangkan presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi menggantikan Khalid sebagai MB.

Khalid Samad yang turut merupakan seorang ahli CWC itu, berkata PAS mahu kan masa bagi memastikan bahawa mereka jelas tentang sebab-sebab mengapa Khalid perlu dipecat, sebelum beliau digantikan.

Beliau berkata parti itu mahu mengelakkan situasi di mana "seorang pemimpin yang (dilihat) popular dipaksa meletakkan jawatannya".

Ketika diminta mengulas mengenai kehadiran ahli jawatankuasa eksekutif negeri PAS di mesyuarat exco negeri semalam di sebalik adanya gesaan dari DAP dan PKR untuk memboikotnya, Khalid Samad berkata ia dilakukan untuk mengekalkan kesinambungan kerajaan.

Beliau berkata yang PAS berpendapat bahawa kerajaan sekarang perlu dikekalkan walaupun sedang lumpuh, dan tindakan menarik balik sokongan terhadap Khalid sebelum penggantinya dipersetujui boleh membawa kepada pilihan raya negeri, kerana ia menyebabkan tiada siapa memiliki sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.

"Jadi apa yang kita lakukan ialah menunggu sehingga mesyuarat 17 Ogos, selepas itu mudah-mudahan kami akan menemui kata sepakat.

"Apabila kami mendapat kata sepakat, kami boleh mengambil tindakan yang perlu untuk menunjukkan bahawa Khalid tidak mempunyai sokongan majoriti, dan ianya dimiliki orang lain," beliau dipetik sebagai berkata.

Malaysian Insider melaporkan bahawa PAS tidak akan membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno Selangor di bawah Khalid, dengan memetik seorang pemimpin kanan PAS menjelang mesyuarat CWC parti Islam itu.

Beliau juga menolak sebarang kemungkinan bahawa mesyuarat penting hujung minggu itu akan melihat pemimpin-pemimpin PAS menggesa supaya kerajaan perpaduan ditubuhkan, walaupun sekiranya ahli-ahlinya ingin menyebelahi MB Selangor itu.

Apa yang semakin jelas kini ialah tempoh Khalid sebagai MB semakin tiba di penghujungnya.

Tindakannya memecat PKR dan DAP dari exco negeri adalah tidak beretika. Beliau kini sedang mempertimbangkan untuk memecat ahli majlis perbandaran yang memiliki keahlian dalam kedua-dua parti itu.

Untuk memanjangkan lagi metafora "tali" Khalid, Khalid juga boleh dilihat sebagai sedang menggali "kubur” politik beliau dengan lebih mendalam.

“Puthiya Nambikei”



Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS) berpendapat ketua kerajaan sementara Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak cukup terdesak dengan menghantar perutusan khas sempena Pilihan Raya Umum ke-13 kepada semua pengundi masyarakat India, diseru menyokong calon BN dan memberi mandat kepada Barisan Nasional pada PRU13 nanti.

Dalam perutusannya, beliau memohon maaf kepada pengundi masyarakat India di atas kelemahan dan kesilapan pimpinan lepas dan meminta diberi satu peluang. Perutusan ini menimbulkan lima persoalan penting.

Persoalan Pertama: Mengapa mesej ini dipanggil perutusan? Biasanya Perutusan hanya diberikan kepada sambutan-sambutan yang penting. Apakah Najib anggap PRU13 sebagai satu sambutan yang rakyat akan tari-menari dan meriah? Tetapi, PRU13 adalah merupakan satu peristiwa penting dan serius yang mana rakyat akan menentukan masa depan negara yang cemerlang.

Persoalan Kedua: Mengapa perutusan ini hanya ditujukan kepada masyarakat India?  Kenapa masyarakat Melayu dan Cina tidak menerima perutusan ini? Atau, apakah mereka akan menerima perutusan lain yang kandungannya mungkin lain? Tapi, apa yang hairan ialah Bapa 1Malaysia yang setiap hari melaung-laungkan slogan 1Malaysia bertindak rasis. Kalau nak hantar, biarlah hantar mesej yang sama kepada semua rakyat. Mengapa perlu ada ‘double standard’. Ia nampak seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena.

Persoalan Ketiga: Dalam perutusannya, Najib meminta maaf atas kelemahan pimpinan lepas. Tetapi, Najib gagal menyatakan dengan jelas pimpinan yang mana satu? Adakah pimpinan Abdullah Ahmad Badwi atau Mahatir Mohamad? Jika Najib kata Abdullah, maka dia adalah penderhaka. Abdullah cuba membawa perubahan dalam sistem pemerintahan. Ianya tidak disukai oleh pimpinan UMNO yang lain termasuk Najib yang merasakan kedudukan UMNO akan tergugat. Maka, Abdullah diberikan tekanan demi tekanan sehingga terpaksa letak jawatan dan serahkan kepada Najib yang memang tunggu-tunggu. Jika pimpinan lepas itu merujuk kepada Mahathir, maka sekurang-kurangnaya jujur sedikit dalam perutusannnya. Memang tidak dapat dinafikan, segala  kebinasaan yang berlaku adalah disebabkan Mahathir. Selama 22 tahun Mahathir dengan pentadbiran kuku besinya memecah belahkan perpaduan kaum. Dasar pecah dan perintah amalan British yang satu ketika ditentang hebat oleh Mahathir, telah digunakan dengan sebaik-baiknya. Masa inilah, ramai warga asing menjadi warganegara Malaysia, satu pengkhianatan yang tidak dapat dimaafkan. Ianya dilakukan demi survival politik Mahathir dan UMNO. Maka, Najib perlu menjelaskan pimpinan yang mana satu?

Persoalan Keempat: Andaikan pimpinan lepas yang Najib maksudkan adalah pimpinan Mahathir, maka jelas Najib mengakui bahawa pimpinan mentornya itu mempunyai banyak kelemahan dan kesilapan yang membawa negara kita ke tahap ini. Ia juga membawa keadaan sehingga Najib terpaksa memohon maaf. Jika sudah mengakui, mengapa Mahathir masih diberi ruang yang cukup besar dalam pentadbiran sekarang. Mahathir bermaharajalela dengan komen-komennya yang jelas memjejaskan perpaduan kaum. Mempunyai pengaruh dalam menentukan calon-calon rasis yang memang ditolak oleh semua lapisan masyarakat. Gambaran berlaku di mana Perdana Menteri sekarang ialah Mahathir dan bukannya Najib. Maka, apakah ikhlas Najib memohon maaf di satu sudut, di sudut lain pula memberi pengiktirafan sepenuhnya kepada pimpinan lepas yang menolak sehingga keadaan terdesak sekarang. Najib perlu memperjelaskan ini sebelum menghantar perutusan.

Persoalan Kelima: Jika benar Najib memohan maaf secara jujur berhubung “Kesilapan” pimpinan lepas, adakah Najib sudah lupa bahawa dia juga adalah sebahagian daripada pimpinan lepas yang membawa kepada keadaan teruk. Najib telah berama lama dalam kerajaan sejak Mahathir, memegang jawatan-jawatan penting seperti Menteri Belia dan Sukan, Menteri Pelajaran, Menteri Pertahanan dan jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan Abdullah. Maka, mana perginya rasa tanggungjawab Najib kepada masyarakat India? Sekolah-sekolah Tamil tidak diberikan perhatian langsung oleh Menteri Pelajaran Najib. Belia-belia India diabaikan Menteri Belia dan Sukan Najib. Mengapa Najib yang sama sekarang beria-ia hantar perutusan minta maaf, beri itu dan beri ini. Ada yang mengatakan Najib sekarang sudah berubah? Kalau itu soalnya, mengapa Najib menuduh Anwar Ibrahim dengan mengatakan Anwar Ibrahim tidak membuat apa-apa untuk masyarakat India semasa dalam kerajaan dan menjadi Timbalan Perdana Menteri. Mengapa isu Anwar yang mengatakan tidak akan benarkan bunyi loceng di kuil-kuil Hindu ditimbulkan? Najib pernah mengeluarkan keris dan menciumnya dan mengatakan kerisnya tidak akan diletakkan selagi tidak melihat darah dalam perhimpunan Pemuda semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO. Siapa yang lebih bahaya Najib atau Anwar? Jika Najib dikatakan sudah berubah sekarang dengan slogannya 1Malaysia, apakah salah jika Anwar juga diberi peluang dan boleh dianggap sebagai sudah berubah juga dengan slogan ‘Harapan Rakyat’?

Kesimpulannya, Najib bukan berubah, Najib yang kita lihat dulu, masih ada dan wujud. Najib hanya memakai “TOPENG 1MALAYSIA” yang akan dibuangnya sebaik sahaja Barisan Nasional menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13. Maka, Najib yang asal muncul kembali. Jika BN kalah pun, Najib yang asal akan kembali dengan unsur rasisnya. Jika ditanya mana satu Najib yang bahaya kepada masyarakat dan negara, jawapannya sudah tentu Najib yang menang. Jika menang sudah tentu negara akan kembali kepada zaman Mahathir. Jika Najib kalah, maka negara akan mendapat satu pentadbiran baru yang sekian lama rakyat menanti-nantikan. Ia akan membawa satu “Puthiya Nambikei” (Harapan Baru) kepada rakyat Malaysia. Tapi, kita tidak akan tinggalkan Najib begitu sahaja atau tidak menghormati pengorbanan yang sekian lama. Maka itu, kita akan menjadikan Ketua Pembangkang yang digeruni kerajaan Pakatan seperti mana kini Ketua Pembangkang Anwar digeruni oleh kerajaan Barisan Nasional. Najib dengan pengalaman yang begitu lama dalam kerajaan pasti akan menjadi Ketua Pembangkang yang sangat kuat dan disegani oleh semua. Jika rakyat berjaya melakukan ini, maka yang pasti menang adalah bukan Najib atau Anwar, tetapi RAKYAT, Inilah yang perlu menjadi BALASAN PERUTUSAN RAKYAT YANG PENTING KEPADA NAJIB.


Oleh S.Barathidasan
Penulis ialah Setiausaha Agung Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS).

Sayangkan Najib, Undilah BN...Sayangkan Diri Sendiri Dan Anak Cucu, Undilah PAKATAN RAKYAT



 


Hari ini merupakan hari terakhir untuk berkempen sebelum pengundian esok. Baik PR mahupun BN, masing-masing sedang melipatgandakan usaha dan kekuatan bagi meraih kemenangan di saat-saat akhir ini. Secara umumnya, walaupun pengundi Cina lebih memihak kepada PR, kedudukan keseluruhannya masih lagi 50-50 kerana pengundi Melayu dan luar bandar masih lagi cenderung kepada BN.

Merdeka Center  dalam kajian terakhirnya meramalkan PR dijangka pasti memenangi 89 kerusi manakala BN 81 kerusi, sementara seelebihnya masih lagi merupakan kerusi yang dipersaingkan dengan hebat dan hanya akan diketahui setelah proses pengiraan undi berakhir.

BN, selain mengulang-ulang isu pembangunan, keharmonian serta menakut-nakutkan pengundi berkenaan dengan Pas yang didakwanya ekstrem dan DAP kononnya anti Melayu, turut menjaja nama Najib sebagai Perdana Menteri sebagai bahan untuk meraih undi. Bertaburan di mana-mana sekarang ini poster gambar Najib yang bertulis Undilah Perdana Menteri yang memberi gambaran bahawa memilih Najib sebagai Perdana Menteri merupakan keutamaan jika mengundi BN.

Sememangnya diakui BN agak tenggelam dengan idea-idea segar untuk membantu dan meringankan beban kehidupan rakyat berbanding PR.  Hanya BR1M yang dijaja siang dan malam sebagai modal kononnya BN mempunyai iltizam yang tinggi untuk mendahulukan rakyat.

Setelah 56 tahun berkuasa, BN sebenarnya hanya mampu menawarkan RM500 untuk menolong rakyat. Selainnya memilih BN hanyalah  untuk menjadikan Najib terus kekal sebagai Perdana Menteri.

Berbeza dengan PR yang menawarkan penurunan harga minyak, penghapusan hutang PTPTN, pendidikan percuma, penurunan harga kereta, menaikkan royalti untuk negeri pengeluar minyak, penghapusan tol lebuhraya utara-selatan dan sebagainya, terlihat bahawa iltizam untuk mengagihkan kekayaan negara dengan rakyat begitu menyerlah.

Bimbang dengan idea-idea PR itu, BN dalam manifestonya telah menciplak sebahagian besar manifesto PR itu tetapi dengan sedikit pengubahsuaian. Tetapi dalam kempen-kempen yang dijalankan tetap disuarakan agar Najib terus diberi peluang sebagai Perdana Menteri kerana kononnya tempoh 4 tahun yang sudah dilaluinya masih tidak mencukupi.

Ditambah dengan semakin banyaknya poster gambar Najib yang bertulis Undilah Perdana Menteri, tergambar bahawa matlamat utama BN lebih untuk meletakkan Najib terus kekal sebagai Perdana Menteri berbanding lain-lain kepentingan. Walaupun Najib dilihat gagal dalam tugasnya berikutan hutang negara yang semakin meningkat, pembaziran, ketirisan dan rasuah juga makin meningkat, selain pelbagai masalah lainnya yang wujud dalam negara yang secara langsung menggambarkan kegagalan beliau memimpin negara ini ke arah yang lebih baik, nama Najib terus dijaja ke seluruh negara.

Ini dilihat berbeza dengan PR yang mempunyai program yang banyak dan hampir menyeluruh untuk memberi kesejahteraan dan kehidupan yang lebih baik untuk rakyat. Bayangkan dalam tempoh lima tahun akan datang pelbagai manfaat bakal diperolehi jika peluang diberikan kepada mereka.

Hanya selepas 24 selepas menubuhkan kerajaan, harga minyak akan diturunkan, tarif letrik akan dikaji semula, anak-anak boleh menikmati pendidikan percuma tanpa terbeban lagi dengan hutang PTPTN, boleh memberi kereta dengan harga yang lebih murah apabila cukai eksais dikurangkan dan pemberian permit import tidak lagi seperti sekarang, tiada lagi tol di lebuhraya utara-selatan, negeri pengeluar minyak akan menikmati lebih kemakmuran dan pelbagai lagi.

Manifesto dan janji-janji PR bukan saja memberikan kita rakyat Malaysia kehidupan yang lebih baik, malah anak-anak dan cucu kita juga mempunyai jaminan yang lebih baik kehidupannya.

Berbanding  mengundi BN, mereka  hanya menawarkan Najib terus kekal sebagai Perdana Menteri dan menjanjikan  bantuan RM500 melalui BR1M akan diteruskan. Tiada ada iltizam yang tinggi untuk memberi kehidupan yang lebih baik bagi rakyat dan generasi seterusnya, malah dengan hutang negara lebih RM500 billion sekarang dan dijangka akan terus meningkat jika BN dan Najib terus kekal, bermakna setiap kelahiran bayi akan segera dibebani hutang sebanyak RM20 ribu bersamanya.

Tiada pilihan yang banyak jika rakyat dan pengundi sayangkan diri sendiri dan anak cucu mereka selain memberi peluang kepada PR memerintah negara ini. 5 Mei adalah penentuannya.  Hanya dengan berakhirnya era BN dan pengundi dapat membuktikan bahawa rakyatlah sebenarnya yang paling berkuasa dalam negara ini, boleh menaik dan menjatuhkan kerajaan, maka kehidupan rakyat akan menjadi lebih baik akhirnya.

Tetapi jika masih ada yang terlalu sayangkan Najib, keluarga dan anak-anaknya yang sudah pun menikmati kehidupan selesa melebihi kasih sayang kepada diri dan anak cucu sendiri, silalah terus mengundi BN.

Oleh Shahbudin Husin
Related Posts with Thumbnails