BREAKING NEWS
Showing posts with label Hishamuddin. Show all posts
Showing posts with label Hishamuddin. Show all posts

Neelofa Hot Giler!! Polis Bukannya Lembu NFC!!




KUALA LUMPUR, 17 Sept — Ahli parlimen PKR kawasan Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyifatkan kenyataan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang tidak memberi jaminan keselamatan bagi program anjuran Pakatan Rakyat (PR) sebagai gambaran jelas institusi polis negara tidak lagi bebas.

Hishammuddin dalam kenyataan semalam turut bertindak menyalahkan pihak PR sebagai punca tugas PDRM semakin meningkat berikutan tindakan memburukkan kerajaan dan menyuntik kebencian generasi muda terhadap pemimpin negara.

“Tanggungjawab ini semakin berat terutamanya untuk pastikan rakyat sentiasa berada dalam keadaan aman dan harmoni.

“Sikap pembangkang yang memburukkan dan menanam kebencian telah meningkatkan lagi tugas polis,” kata Hishammuddin semalam.

 Ahli parlimen PKR kawasan Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah berkata sebagai seorang menteri, kenyataan tersebut adalah tidak bertanggungjawab dan membuktikan institusi polis selama ini hanya menurut perintah tuan mereka dan tidak menjalankan tugas dengan profesional.

“Kenyataan daripada Hishammuddin tidak boleh diterima dan melanggar tanggungjawab yang diberikan kepadanya, kalau kita memerintah kita akan pastikan orang seperti ini tidak jadi menteri,” kata Nurul dalam satu forum bertajuk “Creating a Rising Economic Tide that Lifts All Boats” hari ini.

Laporan daripada sebuah laman portal berita pada 15 September lalu mengundang rasa tidak puas hati Hishammuddin yang mengganggap kenyataannya telah diputar-belit dan menyifatkan ia berniat jahat, hinggakan mendapat perhatian pemimpin tinggi daripada PR yang bertindak menyerang dirinya.

Menurut Nurul Izzah lagi, institusi polis sepatutnya bebas dan bersih tidak terikat dengan mana-mana pihak tetapi sebaliknya yang berlaku apabila polis terpaksa mengikut telunjuk seorang menteri tanpa menghiraukan kesan persepsi buruk yang timbul selepas itu.

“Bukankah institusi polis sepatutnya bebas?

“Kenapa segalanya mesti ditentukan oleh pihak yang berkepentingan?

“Bukankah ini melanggar prinsip institusi polis yang mahu memberikan keadilan rakyat?” tegas Nurul lagi.

Insiden keganasan politik yang ditujukan kepada pemimpin PR menjadi topik yang diperkatakan mutakhir ini hingga menyebabkan terdapat gesaan campur tangan daripada pihak kementerian dan berkuasa.

Oleh Md Izwan

Inilah Natijahnya Bila 'Syaitan Umno' Jadi Menteri Dalam Negeri



Kenyataan bangang 'Hishammuddin Keris Plastik' ini adalah atas dasar politik sempit semata-mata dan tanpa rasa tanggung jawab,sedangkan beliau sendiri adalah Menteri Dalam Negeri.Adalah menjadi kewajipan beliau untuk memberi jaminan keselamatan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik.Inilah natijahnya bila pemimpin kerajaan itu lebih mengutamakan fahaman politik kepartian yang sempit mengatasi kepentingan negara dan rakyat.Apakah jaminan keselamatan hanya untuk pemimpin Umno/BN sahaja?? Apakah pemimpin Pakatan Rakyat mampu memberi jaminan yang rakyat tidak akan bangkit melawan ketidakadilan dan layanan double standard dari kerajaan 1Malaysia ini??
   
   
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kerajaan tidak perlu menjamin keselamatan untuk program jelajah pembangkang yang terus dicemari perbuatan khianat.

"Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri," katanya kepada Malaysiakini ketika ditanya sama ada kerajaan boleh menjaminan insiden kekasaran terhadap pembangkang tidak berulang.

"Saya tengok PKR pun tahu dan boleh menilai sendiri apa yang berlaku di sana. Ini politik. Politik adalah berkaitan dengan risiko, risiko yang dicongak.

"Kalau risiko yang dicongak juga tidak jalan, maknanya tiada tempatlah dia. Orang Johor yang akan menentukan."

Bas kempen Jelajah Merdeka Rakyat PKR disimbah cat merah - buat kali ketiga - sewaktu Ibrahim mengadakan siri jelajah ke Johor tengah hari ini.

Sebelum ini, bas tersebut diserang buat kali pertama di hadapan Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu awal bulan ini dan kemudiannya di Jasin pada minggu lalu

'Kena tanya orang Johor sendiri'

Beliau bagaimanapun enggan mengulas langsung berhubung kejadian di Tangkak itu.

"Itu kena tanya orang Johor sendiri," kata anggota Parlimen Sembrong itu.

Terdahulu pada sidang medianya Hishammuddin menegaskan beliau telah lama menolak sebarang bentuk politik ganas.

"Saya telah membuat kenyataan tegas tentang politik ganas merentasi semua pihak. Kita tolak (keganasan politik)," katanya.

Menurutnya, politik yang menyemai kebencian dan perpecahan perlu ditolak dengan tindakan yang jelas dari semua pihak.

"Politik kebencian, politik perpecahan, politik menghasut, politik pecah-belah, ini bukan sahaja memerlukan kenyataan, tetapi lebih penting lagi ialah tindakan," katanya.

Oleh Ahmad Fadli KC

Terkini!! Hishamuddin 'Keris' Kantoi Lagi


Mahkamah Tinggi Istihar BERSIH Adalah Pertubuhan Yang Sah...
Hishamuddin 'keris' kantoi lagi dgn kebodohan dirinya sendiri yg buta undang2 dan buta hati..inilah natijahnya apabila menteri2 kabinet kerajaan 1Malaysia dibarisi sepenuhnya oleh pemimpin2 bangang dari umno/apco..buat koje mcm hampeh tapi bab makan rasuah mmg superb..bab nak memperkayakan diri sendiri,keluarga dan kroni mmg world class...semua nak dirembatnya..



Gambar salah seorang Menteri terencat akal kebanggaan regim Haji Najib.

  
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'.

Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya pagi ini berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Oleh itu, katanya, mahkamah membenarkan permohonan BERSIH, dengan tiada perintah tentang kos.

Hakim Datuk Rohana Yusof ketika membacakan keputusan itu berkata beliau membenarkan petisyen 14 anggota Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, termasuk Datuk S Ambiga, untuk membatalkan perintah menteri itu berdasarkan fakta bahawa Bersih 2.0 terdiri daripada gabungan badan berdaftar.

Dalam penghakiman setebal 30 muka surat, Rohana berkata keputusan mengisytihar Bersih 2.0 sebuah pertubuhan haram dibuat tanpa mengambil kira fakta berkaitan, atau mengambil kira fakta yang tidak relevan.

Empat belas jawatankuasa pemandu BERSIH yang diketuai oleh Datuk S Ambiga telah menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai responden.

Pada 1 Julai tahun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.

Kenyataan 'PALING SUCI' Hishamuddin Dan Timbalan Ketua Polis Negara




Polis ada bukti terdapat unsur-unsur mahu menyebabkan kematian semasa perhimpunan BERSIH 3.0 ??

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar hari ini menyokong dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa terdapat unsur-unsur
yang mahu menyebabkan kematian semasa perhimpunan BERSIH 3.0 .

ikhlas gua cakap..gua mmg panas bila baca statement 2 org mamat ni...mmg tak boleh dipercayai langsung dn sering mengelirukan org ramai...dulu khalid ckp tiada unsur jenayah dlm kes NFC..pas tu NFC kena charge kt mahkamah kerana pecah amanah..hishamuddin plak ckp polis ikut 'SOP' semasa rampas kamera wartawan di BERSIH 3.0...pas tu KPN jwab tindakan polis itu tak ikut 'SOP'..jawapan KPN itu paling jujur dn mengikut suara undang2..mmg hampeh 2 org mamat ni..Sebelum perhimpunan Bersih 3.0 Menteri Dalam Negeri kata himpunan Bersih 3.0 bkn ancaman keselamatan.Tp bila dah ratusan ribu rakyat membanjiri perhimpunan BERSIH 3.0 mereka kucar-kacirkan perhimpunan aman itu dgn membuat provokasi melampau terhadap peserta2 BERSIH 3.0 supaya perhimpunan aman itu akan bertukar jadi perhimpunan ganas..mcm le rakyat malaysia ni semuanya bengong tak tau tipu helah mereka selama ini.. mcm le rakyat malaysia ni tak tau undang2..

(AUTA)..polis tak pukul org la..mane ade polis pukul peserta BERSIH 3.0..tak caya cube tgk berita kat tv1 tv2 tv3 dan yg sewaktu dgnnya..atau baca paper utusan meloya dn yg sewaktu dgnnya...mana ade polis pukul org kn??...polis tak pernah pukul orang dlm Malaysia nih...marah pun tak pernah..apatah lagi tinggikan suara kn?? mmg polis ni semuanya manusia paling 'SUCI' di malaya!!

(FAKTA)..tp kejadian yg sebenar adalah sebaliknya.. inilah bukti-bukti Polis yg mahu menyebabkan kematian peserta BERSIH 3.0! seperti belasah seorang beramai-ramai macam samseng kongsi gelap lepas hisap syabu!...Tembak gas mendatar mcm org hilang akal! suka2 tutup stesen pengankutan awam (LRT) dgn tujuan utk menyekat pergerakan rakyat!... gas ditembak dicelah-celah ribuan orang mcm polis Israel tembak org palestine!...rampas kamera wartawan dgn tujuan utk menghapuskan bukti!...ini semua adalah bukti Polis mahu membunuh!!!

Hishammuddin Dan Nazri Aziz Frust Menonggeng Kerana Majlis Peguam Tak Mau 'COMOLOT'

 
Kesian gua tengok mamat dua ekor nih..betul2 frust menonggeng sampai terguling-guling sbb majlis peguam tak mau comolot dgn umno/bn..mcm shafie apdal comolot dgn zahida rafik tu..jngn korang anggap semua org tu mangkok hayun mcm penjilat2 umno/bn yg korang bela tu..org yg ada otak tak akan bersubahat dgn penyelewengan dn kezaliman oleh regim umno/bn terhadap rakyat selama ini..oh lupa plak kan nazri aziz ni maksum orgnya...sbb tu dia boleh nmpk iblis pd org lain...tp pd anak sndiri ta nmpk...akhlak nazri aziz nih mmg hancur...hishamuddin keris ni plak confirm bengong tahap gaban kerana wlaupun jadi menteri kdn tapi tak tau langsung pasal SOP polis..org macam ni pun pencacai umno/apco dok sokong lg dn masih jd menteri..heran2...adakah kita pernah dengar mamat dua ekor nih nak muhasabah diri dgn kembali kpd agama dgn meninggalkan segala maksiat,kezaliman,penindasan yg telah mereka lakukan...tarak kan?? bak kata najib mmg 'haram jadah' puak2 nih....

Sudah terbukti dengan jelas bahawa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah cuba menutup kesalahan pihak polis apabila mendakwa terdapat pihak yang cuba menyebabkan kematian ketika perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April 2012 yang lalu.Hishammuddin bertindak demikian melalui kenyataan yang mengecam Majlis Peguam sebagai pertubuhan yang bersikap prejudis.

Kenyataan Hishammuddin semalam juga satu bukti tindakan sistematik oleh Kementerian Dalam Negeri, polis dan pemimpin Umno/BN untuk memburuk-burukkan peserta perhimpunan BERSIH 3.0 serta menutup perbuatan tidak mengikut undang-undang dan keganasan melampau oleh pihak polis terhadap peserta-peserta BERSIH 3.0.

Kenyataan gaya 'Goebbels' Hishammuddin yang bersikap prejudis itu juga telah melanggar sumpah yang dibuat menteri berkenaan ketika menerima pelantikan sebagai Menteri Dalam Negeri.

Tindakan itu juga sebahagiannya mungkin disebabkan hubungan langsung Hishammuddin dengan keganasan polis ke atas orang awam dan wartawan dalam perhimpunan tersebut.

Dengan itu,satu siasatan bebas mestilah dijalankan segera ke atas tindakan Hishammuddin ketika, dan sebelum perhimpunan tersebut.

Sebelum siasatan tersebut dijalankan Hishammuddin mestilah digantung daripada jawatan menteri mengikut Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

Semalam, Majis Peguam meluluskan 12 resolusi pada mesyuarat agung luar biasanya yang antaranya mengecam tindakan polis menggunakan meriam air dan gas pemedih mata terhadap peserta perhimpunan yang bertukar ganas di ibu negara pada 28 April lepas.

Mengenai tuntutan Majlis Peguam supaya Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara memohon maaf atas tindakan polis ketika perhimpunan berkenaan,Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata tidak ada kesalahan yang dilakukan pihak berkuasa.

"Jangan mimpi, esok matahari terbit di timur, kita tidak akan meminta maaf. Jangan mimpi. Tidak ada kesalahan yang dilakukan oleh kita. Dia patut bubarkan (Majlis Peguam) kerana mendatangkan malu besar pada profesion dia.

Susah sangat lawan sayalah (dalam pilihan raya)...kalau tidak anda hanya penakut, bacul," katanya.

Beliau turut berkata pihaknya akan meneliti sekiranya penganjur perhimpunan berkenaan Datuk S.Ambiga melanggar apa-apa kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2011 terutama kerana menghina mahkamah.

"Kita nak tengok kalau dia ada langgar apa-apa kesalahan di bawah akta baru ini. Kita nak lihat di bawah (kesalahan) menghina mahkamah (kalau) saya nak minta supaya dia didakwa.

"Paling  ketara adalah menghina mahkamah sebab jelas ada perintah mahkamah yang tidak boleh dilanggar. Dia ketua, jadi dia mesti ambil semua tanggungjawab ini. Jangan 'semut' sahaja kena dakwa, anda sebagai ketua nak lari?" soalnya.

Hishamuddin 'BANGANG' Dakwa Polis Rampas Kamera Wartawan Ikut SOP??



SOP kepala hotak hang..tunjukkan SOP gila babi tersebut kepada umum.Jangan jadi menteri dalam negeri yang paling 'BANGANG' dalam sejarah Malaysia.Merampas dan memusnahkan harta benda orang secara paksaan itu dikatakan ikut SOP?? apa yang nak ditakutkan kepada lensa kamera para wartawan kalau benar polis buat kerja betul dan mengikut SOP?? cara tindakan polis ini sebenarnya ikut SOP 'penyamun' berlesen..SOP penyamun ala-ala penyamun Umporno yang sudah lebih 50 tahun menyamun khazanah negara...


Selepas memantau peserta Himpunan Bersih 3.0 dari tempat tersorok, Hishamudin Hussein, Menteri Dalam Negeri yang disayangi bersama warga kerja Polis Diraja Malaysiayang 'berjaya' melayan peserta BERSIH 3.0 dengan penuh kemesraan,kelembutan dan penuh kasih sayang.

Inilah perangai Hishamuddin 'keris' 'Pahlawan Melayu'... yang duduk di dalam bilik di bangunan tinggi berhawa dingin sambil berseronok meneropong melihat pasukan polis membelasah rakyat,wartawan dan pelancong asing mengikut SOP versi Hishamuddin'keris'...apabila  dah lewat petang baru beliau berani turun untuk  meninjau lokasi BERSIH 3.0... Itupun dengan dikawal oleh ramai anggota polis... kenapa beliau tidak berani turun pada pukul 2 hingga 6 petang??.



 

   
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata tindakan polis merampas kamera dan kad memori wartawan yang membuat liputan perhimpunan adalah mengikut garis panduan operasi polis (SOP).

Bercakap ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur hari ini, Hishammuddin berkata beliau bagaimanapun tidak mempunyai maklumat lanjut berhubung dakwaan tindakan ke atas wartawan itu.

Saya tidak tahu. Ini garis panduan operasi polis," katanya lagi yang menambah, perkara itu akan dijelaskan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam satu sidang media esok.

Bagaimanapun beliau berharap bahawa dakwaan itu "tidak betul."

Beliau ditanya mengapakah polis bertindak demikian sekiranya pasukan itu tiada perkara yang hendak disembunyikan daripada orang awam.

Selain itu, Hishammuddin memberi jaminan bahawa barangan milik pekerja media yang dirampas semasa himpunan BERSIH 3.0 semalam akan dikembalikan.

"Ya. Kita akan kembalikan," katanya ketika ditanya.

Menurut Hishamuddin lagi, dakwaan bahawa wartawan dicederakan oleh pihak polis semasa membuat liputan juga akan disiasat.

Katanya lagi, beliau berharap dakwaan itu tidak benar.

"Saya harap perkara itu tidak benar. Kita tidak melindungi sesiapa. Kita akan berlaku adil pada semua orang. Jangan spekulasikan perkara ini.

"Kita juga akan lihat kes itu. Seperti biasa. Kita perlu selidik dahulu melalui rakaman video yang telah dirakam dan bergantung pada nasihat dan akta undang-undang pendakwaan," katanya.

Dalam pada itu, ketika Hishammuddin ditanya lagi mengenai rampasan milik pekerja media, beliau berharap perkara itu tidak benar.

Jelasnya, pihak polis telah melakukan kerja mereka dengan sebaiknya dan tiada akan meneliti perkara tersebut dengan terperinci.

Hishamuddin Memperolokkan Sistem Keadilan Dalam Kes Jenayah




Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukan agensi yang sesuai untuk menjalankan siasatan bebas terhadap dakwaan berhubung skandal 'copgate'.

Menyelar kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein di parlimen semalam, Ramli berkata, SPRM termasuk agensi yang turut dikaitkan dengan dakwaan menganiayanya dan orang-orangnya.

Dakwa Ramli lagi, agensi yang sama bersubahat dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mengganggu saksi dan memalsukan bukti.

Malah SPRM juga didakwa membersihkan nama Gani dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hasan dalam beberapa banyak kes lagi.

"Bagaimana menteri dalam negeri membuat cadangan sebegini, memperolokkan sistem keadilan dalam kes jenayah?" soalnya ketika dihubungi Malaysiakini.

Semalam, semasa penggulungan di Parlimen, Hishammuddin berkata, SPRM adalah agensi penguatkuasaan undang-undang yang betul untuk menyiasat dakwaan Copgate, yang mengaitkan Musa dan Gani dengan dakwaan menganiaya pegawai polis untuk menutup penjenayah.

Katanya, ini kerana dakwaan itu melibatkan seorang bekas ketua polis negara dan jika polis menyiasat, pembangkang akan mengatakannya tidak adil.


Jawapan Bengong Hishamuddin Dalam Dewan Rakyat

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah agensi penguatkuasaan undang-undang yang betul untuk menyiasat dakwaan Copgate, yang mengaitkan bekas ketua polis negara dan peguam negara dengan dakwaan menganiaya pegawai polis untuk menutup jenayah seorang penjenayah.

Dalam ucapan penggulungan titah diraja di Dewan Rakyat hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, jika mahu disiasat, ia boleh menyiasat, tetapi menegaskan bahawa agensi yang betul untuk berbuat demikian adalah SPRM.

Katanya, Ini kerana dakwaan itu melibatkan seorang bekas ketua polis negara dan jika polis menyiasat, mereka (pembangkang) akan mengatakan bahawa ia tidak adil.

Hishammuddin menegaskan demikian bagi menjawab soalan R Sivarasa (PKR-Subang), Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) dan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang bangun mencelah, meminta beliau menjawab dakwaan Copgate.

Menteri itu berkata, jika mereka mempunyai maklumat baru, ia hendaklah diserahkan kepada SPRM.

Hishammuddin menjawab soalan tersebut selepas berlaku 'perang mulut' antara ahli Parlimen pembangkang dengan menteri dalam egeri serta penyokong BN ketika ahli parlimen Pakatan Rakyat terus mendesak beliau menjawabnya.

Speaker Pandikar Amin Mulia terpaksa beberapa kali meminta mereka supaya bertenang dan duduk.

Pada satu ketika, Speaker terpaksa mematikan mikrofon apabila perang mulut itu bertambah kuat, sambil menutup mukanya dengan tangannya dalam keadaan kecewa melihat apa yang sedang berlaku.
Related Posts with Thumbnails