Mahkamah Tinggi Istihar BERSIH Adalah Pertubuhan Yang Sah...
Hishamuddin 'keris' kantoi lagi dgn kebodohan dirinya sendiri yg buta undang2 dan buta hati..inilah natijahnya apabila menteri2 kabinet kerajaan 1Malaysia dibarisi sepenuhnya oleh pemimpin2 bangang dari umno/apco..buat koje mcm hampeh tapi bab makan rasuah mmg superb..bab nak memperkayakan diri sendiri,keluarga dan kroni mmg world class...semua nak dirembatnya..
Gambar salah seorang Menteri terencat akal kebanggaan regim Haji Najib.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'.
Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya pagi ini berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.
Oleh itu, katanya, mahkamah membenarkan permohonan BERSIH, dengan tiada perintah tentang kos.
Hakim Datuk Rohana Yusof ketika membacakan keputusan itu berkata beliau membenarkan petisyen 14 anggota Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, termasuk Datuk S Ambiga, untuk membatalkan perintah menteri itu berdasarkan fakta bahawa Bersih 2.0 terdiri daripada gabungan badan berdaftar.
Dalam penghakiman setebal 30 muka surat, Rohana berkata keputusan mengisytihar Bersih 2.0 sebuah pertubuhan haram dibuat tanpa mengambil kira fakta berkaitan, atau mengambil kira fakta yang tidak relevan.
Empat belas jawatankuasa pemandu BERSIH yang diketuai oleh Datuk S Ambiga telah menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai responden.
Pada 1 Julai tahun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.
Kasi calit taik pada muka Hishamuddin Auuw.
ReplyDelete