BREAKING NEWS
Showing posts with label PRU. Show all posts
Showing posts with label PRU. Show all posts

Kenapa Najib Terlalu Takut Rakyat Akan Menukar Kerajaan ??




 
Dalam sebuah majlis penyerahan geran hak milik tanah di Kuantan pada Khamis, 10 April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengingatkan rakyat agar tidak bertindak sewenang-wenangnya menukar kerajaan yang ada pada hari ini.

Ini kerana, katanya, kerajaan yang ada pada hari ini telah terbukti mampu melaksanakan perubahan dan pembangunan yang dikehendaki oleh rakyat.

"Sebab kalau kita nak tukar,  boleh jadi apa yang kita harapkan itu tidak boleh ditunaikan, bukan nak tukar semata-mata kerana nak tukar tapi mesti tahu apa kesudahannya," kata beliau dalam ucapannya.

Apa yang diperkatakan Perdana Menteri itu tiada apa yang peliknya jika beliau berucap ketika kempen pilihanraya sedang berjalan atau ketika dekat tarikh pilihanraya diadakan. Memang difahami ianya sebahagian daripada bentuk kempen pilihanraya tetapi ketika ini bukan musim pilihanraya dan pilihanraya akan datang pula masih lambat lagi.

Kita baru saja mengadakan pilihanraya umum ke 13 pada 5 Mei lalu dengan BN memenangi 133 kerusi manakala PR memenangi 89 kerusi. Begitu pun dari segi undi popular, BN hanya meraih 47 peratus berbanding PR sebanyak 51 peratus.

Kenapa tiba-tiba beliau bercakap tentang pertukaran kerajaan sedangkan pilihanraya umum lalu tidak sampai setahun pun baru berlalu?

Pilihanraya umum yang seterusnya iaitu PRU 14 pula akan diadakan kira-kira empat tahun lagi dengan tempoh hayatnya hingga 2018?

Kenapa begitu awal Perdana Menteri mengingatkan rakyat tentang pertukaran kerajaan? Adakah ini menandakan beliau mengakui kerajaan pimpinannya sekarang makin lemah dan ditolak rakyat?

Sebenarnya itulah antara persoalan yang bermain dibenak rakyat apabila membaca kenyataan Perdana Menteri itu. Di media sosial juga ramai yang melontarkan kehairanan yang sama dengan sesetengahnya beranggapan seolah-olah dengan pelbagai isu yang gagal ditangani seperti berkaitan politik, rasuah, kenaikan harga barang, kehilangan pesawat MH370 dan pelbagai lagi, sudah mulai menghenyak prestasi kerajaan ke tahap paling bahaya ketika ini.

Apakah juga ini menandakan berdasarkan pelbagai maklumat risikan yang diterimanya, Perdana Menteri sudah tahu mengenai kemungkinan BN akan kalah nanti, lalu cuba memberi ingatan awal kepada rakyat?

Berdasarkan keputusan pilihanraya lalu jelas menampakkan keinginan rakyat untuk berubah. Selain UMNO dan BN hanya menang di kawasan kampung, luar bandar dan Felda, PR pula menonjol di kawasan bandar, separa bandar dan generasi muda dan keadaannya berterusan sehingga kini.

Menjelang PRU 14 nanti, bukan saja pengundi bandar dan separa bandar makin membesar berikutan berlakunya penghijrahan dan pembangunan, jumlah pengundi muda juga meningkat daripada 3 juta dalam pilihanraya lalu kepada lebih 5 juta dalam pilihanraya akan datang.

Dalam masa yang sama, pengundi kampung, luar bandar dan Felda pula makin berkurangan kerana keuzuran serta kematian. Berlaku juga penghijrahan generasi muda kampung atau yang baru berkahwin dan mendapat kerja ke kawasan bandar dan separa bandar berdekatan kampung kelahiran mereka. Di tambah dengan kadar penembusan internet yang kian meningkat, undi BN jelas makin berkurangan.

Apakah semua ini sebenarnya makin membimbangkan Datuk Seri Najib?

Jika benar beliau bimbang dengan pertukaran kerajaan, Datuk Seri Najib tidak seharusnya sekadar mengingatkan rakyat agar jangan menukar kerajaan saja. Beliau dan kerajaan haruslah memberi khidmat yang lebih baik kepada rakyat dengan mengutamakan amalan pentadbiran yang cekap, amanah, ikhlas, tidak boros, tidak menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi, jangan menekan kehidupan rakyat dengan pelbagai kenaikan dan menambahkan beban sara hidup mereka serta pelbagai lagi.

Apa yang rakyat lihat ketika ini ialah ialah seolah-olah tiada keinsafan daripada pimpinan kerajaan walaupun keputusan pilihanraya makin merudum sejak 2008. Gaya hidup elit, bermewah, boros, memperlekeh rakyat dengan hujah remeh dan menyakitkan hati, nampaknya masih tidak berubah. Sepertinya daripada kemenangan 140 kerusi pada 2008, kemudian merosot lagi kepada 133 pada 2013 tidak memberi apa-apa pengajaran kepada BN dan pimpinannya dari segi mengubah gaya hidup dan menampilkan kualiti kepimpinan yang meyakinkan.

Memang ketika ini, terlihat rakyat inginkan perubahan. Iltizam mereka makin tinggi ke arah itu kerana percaya hanya dengan perubahan kerajaan saja mampu menampilkan kualiti kerajaan dan pemimpin yang lebih baik dan benar-benar membela rakyat.

Walaupun agak awal Perdana Menteri cuba mengingatkan agar jangan menukar kerajaan, ia hanya umpama "mencurah air ke dalam keladi" jika tidak disertai dengan perubahan dan perbezaan yang benar-benar dapat dirasai rakyat terbanyak.

Jika sekadar melaungkan perubahan tetapi terus juga dengan pembaziran, pemborosan, rasuah di sana-sini,  pemimpin berbelanja mewah dan mengutamakan diri sendiri, pertukaran kerajaan tetap merupakan jawapan terbaik bagi rakyat.

Bahkan tidak mustahil makin diingatkan agar jangan menukar kerajaan, lagi tinggi iltizam rakyat ke arah itu.

Oleh Shahbudin Husin

Ziana Terkejut!! Najib Lulus Saringan SPRM??



Semua calon BN untuk PRU-13 akan disaring oleh SPRM; Najib calon yang pertamaNajib perasuah popular

Apabila terdapat banyak tuduhan rasuah dalam kabinet UMNO / BN seperti yang dapat dilihat dari gaya hidup mewah mereka dan apabila Najib telah mengisytiharkan bahawa dia akan memerangi rasuah seperti yang termaktub di dalam Program Transformasi  untuk mengurangkan rasuah, ia agak memalukan apabila Najib mengisytiharkan bahawa semua calon BN akan disaring oleh SPRM pada saat-saat akhir Najib berkuasa dan bukannya pada hari beliau mengambil alih sebagai Presiden UMNO.

Walau bagaimanapun usaha yang memalukan ini bukan berakhir di situ sehaja. Najib seharusnya isytiharkan bahawa beliau  adalah orang pertama yang mesti disaring  terlebih dahulu! Malangnya Najib bertindak seolah-olah beliau seorang yang bersih dan amat mulia seolah-olah mengatakan “Aku lebih mulia dari kamu semua!”

Najib perlu ingat bahawa dia telah dituduh terlibat sama di dalam kes komisen RM500 juta Scorpene-Altantuya yang masih menimbulkan persoalan, “Di mana akhirnya aliran wang di Hong Kong?”

Awal tahun ini, Najib bertekad untuk menyemai ” fitrah kebencian untuk rasuah ke dalam hati nurani masyarakat.” Oh, apa itu hanya satu jenaka?

Adakah anda masih ingat majlis pertunangan untuk anak perempuan Najib yang perbelanjaan katering diinvoiskan  kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO)? Bagaimana pula dengan perjalanan dan percutian peribadi Najib bersama isteri beliau? Pegawai-pegawai beliau telah mempertahankan seolah-olah mengatakan Najib menggunakan wang sendiri! Ini adalah untuk mengelakkan dituduh menggunakan dana awam untuk percutian beliau dan membiayai majlis pertunangan tersebut. Tetapi jika ini adalah begitu, bagaimana Najib menguruskan semuanya dengan wangnya sendiri untuk melawat anak-anaknya dan menghadiri pertunangan anak perempuannya di Kazakhstan menggunakan wang sendiri, kemudian melancong ke Australia dengan isterinya membeli-belah? Berapa banyakkah wang Najib selama menjadi menteri dan perdana menteri?

Kemudian SPRM mesti periksa akaun dan perbelanjaan isterinya. Nilai semua barang kemas dan aksesori mahal kemudian jumlahkan dan lihat sama ada Najib mampu untuk menanggung  mereka semua atau tidak, berdasarkan pendapatan rasminya. Jika Rosmah mengisytiharkan bahawa ia adalah wang sendiri daripada menabung sejak zaman kanak-kanak, maka SPRM perlu menyemak rekod untuk mengesahkannya.

Rakyat Malaysia telah melihat beberapa orang silih berganti yang tampil ke hadapan untuk mengaitkan Najib, isterinya Rosmah Mansor, adiknya Nazim Abdul Razak serta mereka yang berkedudukan dan berjawatan penting, seperti Peguam Negara Abdul Gani Patail dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Hussein terlibat dengan rasuah dan salahguna kuasa dan pelbagai skandal.

Pengkritik juga telah menegaskan bahawa di bawah Najib selama 39 bulan, bukan sahaja di dalam tempoh ini rasuah lebih meningkat dari sebelumnya; daripada dua Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah Badawi, tetapi Malaysia telah diberi anugerah dan penghormatan yang memalukan di kalangan Negara Asia- Pasifik di mana kedudukan Malaysia merosot  dari segi tahap dan markah di dalam kedua-dua Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) daripada penilaian tahunan mulai 17 tahun yang lalu pada tahun 1995.

Jadi semua calon BN mesti sekata untuk enggan disaring oleh SPRM melainkan jika Najib disaring dahulu! Ini baru dikatakan kepimpinan melalui teladan dan ini adalah bagaimana seorang pemimpin yang berwibawa dan harus menjadi yang pertama untuk lakukan sendiri apa yang dilafazkannya.

<unofficialversion>

Haji Najib Sudah Tidak Kenal Dosa Dan Pahala



sepatutnya haji najib K-POP yg mengaku dirinya sebagai seorang pemimpin Islam akan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam yg sebenar-benarnya..janganlah hanya pandai mempergunakan pelbagai slogan berunsur Islam hanya utk kepentingan survival politik umno/apco semata-mata...mmg terserlah perangai busuk lg membusukkan haji najib nih..sampai tak kenal dosa dn pahala utk mengekang kebangkitan rakyat celik minda dlm pru yg ke 13 nanti..buat PRU pada musim haji bukanlah satu jalan mudah utk umno/apco memenangi pru..kerana iltizam dn keputusan rakyat yg telah dibuat sejak awal-awal lagi adalah senjata paling ampuh utk menguburkan umno/apco utk selama-lamanya..haji najib akan dianggap sebagai pengkhianat terhadap agama Islam sekiranya beliau memutuskan untuk mengadakan pru ke 13 ketika musim haji...nampaknya haji najib perlu disekolahkan semula oleh Dr Maza kerana menteri agama umno/apco sendiri tidak mampu utk berkata benar tentang tuntutan Islam yg sebenar-benarnya..

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan langkah mengadakan pilihan raya ketika musim haji dengan alasan, perkara seperti itu pernah dijalankan sebelum ini.

Katanya pilihan raya ketika musim haji itu pernah diadakan sebelum ini.
"Saya takkan terikat pada apa-apa desakan pada PAS dan pemimpinnya. Dalam sejarah kita, kita pernah buat pilihan raya masa musim haji.

"Musim haji pernah diadakan masa (seorang bekas perdana menteri) pada tahun 86 atau 82," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno petang ini.

Pada ketika itu, seorang anggota jawatakuasanya dicalonkan dalam pilihan raya tersebut.
Namun calon berkenaan tidak dapat dihubungi kerana berada di Mekah pada waktu itu.

"Jadi bila dia balik, dia terimalah hakikat bahawa dia tidak dapat jadi wakil rakyat," katanya.

Dalam pada itu beliau turut mengambil peluang untuk menyindir timbalan presiden PAS Mohamad Sabu yang memintanya bertanggungjawab sekiranya pilihan raya umum diadakan pada waktu itu.

"Dia lebih daripada Tuhan tentukan soal dosa dan pahala. Sebab kita tak sekat sesiapa nak pergi haji. Dia (orang nak pergi haji) pergi haji, pergilah.

"Dan itu mesti diutamakan bukan soal apa-apa urusan lain termasuk pilihan raya. Kalau dah buat ketetapan nak tunai haji, kita mesti teruskan," kata Najib.

Pinda perlembagaan

Sementara itu, Bernama melaporkan Najib sebagai berkata bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda jika pilihan raya umum hendak diadakan selepas tempoh mandat pentadbiran kerajaan sedia ada mencukupi lima tahun dan bukannya lebih awal.

Katanya, tiada apa-apa yang menyekat kerajaan untuk mengadakan pilihan raya umum lebih awal atau menunggu sehingga cukup tempoh lima tahun mentadbir negara.

"Perlembagaan negara membenarkan Perdana Menteri pada masa berkenaan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen, tapi tidak lewat dari tempoh lima tahun. Itu peruntukan Perlembagaan.

"Selagi tak ubah peruntukan Perlembagaan, kita tak boleh kata kita perlu buat lebih awal sebagai satu ketetapan atau sampai penghujung lima tahun sebagai satu ketetapan. Maknanya kuasa budi bicara itu dibenarkan oleh Perlembagaan," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di Parlimen semalam bahawa kerajaan sedang melakukan gerakan kecil-kecilan untuk mempertimbang bahawa pilihan raya umum diadakan apabila tempoh mandat pentadbiran kerajaan sedia ada mencukupi lima tahun dan bukannya lebih awal.

Oleh Zulaikha Zulkifli

Najib Mahu Anwar dan Azmin Hilang Kelayakan Untuk Bertanding Dalam PRU 13?



korang boleh tangkap dn dakwa sape2 yg korang suka sbb korang ada kuasa..korang boleh lepaskan dn tak dakwa sape2 yg korang suka krn korang menyalahgunakan kuasa...tangkapan dn pendakwaan terpilih spt ini menambahkan kebencian kami kpd umno/apco dn amat membakar semangat kami utk menguburkan kekuasaan umno/apco dlm pru ke 13 nanti...kami rakyat Malaysia yg prihatin telah bertekad akan bangun menentang kezaliman perkakas2 umno/apco dgn memberikan semua undi kami kpd pakatan rakyat..

SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presidennya, Azmin Ali akan dikenakan dakwaan berhubung penyertaan dalam perhimpunan Bersih 3.0 di kawasan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 28 April lalu di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur esok.

Kenyataan media dikeluarkan pejabat Azmin berkata wakil rakyat itu telah diminta hadir di Mahkamah Majistret Jalan Duta atas dua pertuduhan masing-masing di bawah Akta Perhimpunan Aman dan Kanun Keseksaan.

"Beliau (Azmin) diminta hadir ke Mahkamah pada jam 9 pagi, Selasa, 22 Mei 2012," kata kenyataan itu.
Kenyataan media diperoleh dari blog Anwar menyebut beliau telah diperintahkan hadir di mahkamah yang sama, juga jam 9 pagi untuk menghadapi dakwaan di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan "boleh dihukum dibawah Seksyen 4(3)Akta yang sama kerana menyertai perhimpunan Bersih 3.0."

"Perintah tersebut dimohon oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi," kata kenyataan itu.

Sementara itu, salinan pertuduhan yang diedarkan kepada media menyebut bahawa "bahawa kamu (Azmin) pada 28 April 2012, di antara 2.30 dan 3 petang, di sepanjang Jalan Tun Perak di dalam Bandar Raya Kuala Lumpur, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah menyertai satu protes jalanan bagi maksud membantah perintah Mahkamah Majistret di bawah Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah yang telah dibuat pada 26 April 2012 oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir, seorang penjawat awam, yang mana perintah tersebut melarang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka iaitu kesemua permukaan tanah yang disempadani Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab kecuali kawasan yang diduduki oleh Kelab Diraja Selangor, dan orang awam diberi amaran agar tidak hadir, berada atau mengambil apa-apa bahagian dalam apa-apa perhimpunan dari 28 April 2012 hingga 1 Mei 2012; dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) akta yang sama."

Kedua-dua pemimpin itu antara mereka yang menyertai perhimpunan yang diadakan di ibu negara, anjuran Bersih 2.0, bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Dalam pada itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mengecam tindakan polis yang menyerahkan writ saman ke atas Anwar dan Azmin dan menyifatkan itu tidak lebih dari satu tindakan politik.

"AMK Selangor mempersoalkan asas pertuduhan itu yang dlihat amat tergesa-gesa untuk mengheret dua pemimpin utama PKR ini ke mahkamah sekali gus satu percubaan berniat politik untuk menghukum keduanya dibawah Seksyen 4(3) yang boleh menyebabkan mereka hilang kelayakan untuk bertanding pada pilihan raya akan datang.

"Justeru AMK Selangor merasa terpanggil untuk menggerakkan rakyat untuk turun beramai-ramai esok, ke Mahkamah Jalan Duta bagi menyatakan sokongan padu terhadap percubaan terbaru regim Najib Razak yang cuba menggunakan kuasa kehakiman bagi menghalang kemaraan Pakatan Rakyat yang dilihat semakin mendapat sokongan padu rakyat Malaysia," kata Naib Ketua AMK Pusat, Azmizam Zaman Huri dalam satu kenyataan berasingan.

Beliau yang juga Ketua AMK Selangor berkata, pihaknya juga tidak teragak-agak untuk mobilisasi perhimpunan rakyat yang lebih besar bagi membantah usaha jahat ini, yang dipercayai antara langkah terakhir regim untuk menafikan tertegaknya kerajaan Pakatan Rakyat di Putrajaya.
SUMBER

Kerana Hendak Menang PRU,Umno Sanggup Jual Negara

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said sedang berucap kepada mahasiswa-mahasiswa yang 'berkhemah' di Dataran Merdeka


Tidak cukup tidur sahaja, tetapi mimpilah yang indah-indah, begitu pesan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said kepada mahasiswa yang 'berkhemah' di Dataran Merdeka bagi menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sejak lima hari lalu.

Sasterawan berusia 77 tahun itu menyatakan "inilah masanya untuk mereka membetulkan demokrasi".

"Saya menghadiahkan dua beg tidur kepada mereka sebagai simbolik supaya mereka tidur di Dataran Merdeka dan bermimpi yang indah-indah.

"Mimpilah sesuatu yang indah di hadapan, jangan tidur sahaja. Tidur sahaja tidak membawa apa-apa. Tidur dan mimpilah yang indah-indah dan laksanakan mimpi kita itu," katanya.

A Samad sebelum ini juga mendermakan beg tidur dimilikinya sewaktu menunaikan haji dan turut mengambil kesempatan memberikan kuliah berhubung penulisan puisi di situ.

Tokoh yang lebih mesra dengan panggilan 'Pak Samad' turut merayu supaya anak muda dan mahasiswa menyempurnakan apa yang cita-citakannya bagi menjadikan negara ini "tidak dijajah oleh kuasa yang menyakitkan".

"Orang marah bila saya berkata yang memerintah (negara ini) adalah kelompok bangsawan. Tetapi itulah sebenarnya (yang berlaku)... Kenapa dalam tempoh 54 tahun, bangsawan yang harus memerintah," katanya.

Anak Ghabar Baba sertai ceramah

Berucap dengan bahasa penuh sasterawi, A Samad berkata berkata, sekiranya terdapat pihak yang cuba merosakkan khemah mereka, beliau yakin akan ada kelompok akan menggantikan khemah tersebut.

Tindakan tersebut, tambahnya, hanya untuk menakut-nakutkan mahasiswa dan anak muda yang telah berkampung di Dataran Merdeka sejak Sabtu lalu.

Beliau juga mengulangi seruan supaya semua sasterawan lain "berada di tengah-tengah rakyat" seperti yang dilakukannya sekarang.

Sementara itu, keadaan Kelab Sultan Sulaiman (KSS) di ibu negara becak kerana hujan lewat petang tidak menghalang kira-kira 2,000 hadirin menghadiri ceramah pengiraan detik 10 hari menjelang perhimpunan BERSIH 3.0, malam tadi.

Tamrin Ghaffar

Ia turut dikejutkan dengan kehadiran bekas menteri Umno Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir dan anak bekas timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba - Tamrin - yang berucap menyeru semua pihak turun berhimpun ke perhimpunan di Dataran Merdeka pada 28 April.

Tamrin antaranya mendakwa terdapat pemberian kad pengenalan biru kepada warga asing sebagai usaha "menjual negara" semata-mata untuk mengekalkan kemenangan.

"Orang tua-tua kata, menang sorak kampung tergadai, kerana nak menang, sanggup jual negara.

"Oleh itu kamu adalah wira, yang tidak mahu negara terjual kepada orang-orang asing, berbanding pemimpin negara (ini)," kata Thamrin.

'Matahari Kuning, menyalalah'

Menghangatkan suasana, aktivis Hishamuddin Rais menyampai ucapan berapi-api 'menghasut' hadirin turun ke perhimpunan yang dilaporkan akan dibanjiri kira-kira 500,000 orang.

"Zaman bercakap dalam mesyuarat, menghantar memorandum sudah tamat. Sudah tiba masanya kita turun ke jalan raya sebelum pilihan raya," katanya yang mendapatkan sorakan dan tepukan gemuruh hadirin.

Sementara itu, Annie Ooi yang lebih dikenali sebagai "Makcik BERSIH' pula naik ke pentas 'berduet' dengan Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat Dr Mariah Mahmud.

"Kita buat Najib pening, ya?" katanya sambil disambut jawapan "ya", gelak ketawa dan tepukan hadirin.

"Siapa takut dengan polis? Siapa takut dengan Umno? Siapa takut dengan DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur?" tanya Annie, warga emas popular dengan kehadirannya dalam perhimpunan BERSIH 2.0 sebelum ini.

Beliau juga kemudiannya melaung dan cuba mempopularkan slogan "kuning, kuning, Najib pening".

Ceramah itu juga turut diselang dengan petikan gitar dan nyanyian aktivis sosial Amin Iskandar yang menyampaikan lagu bertemakan perhimpunan BERSIH bertajuk "Matahari Kuning, Menyalalah" sambil diiringi tepukan hadirin mengikut rentak lagu
SUMBER

Terkini!! Kaki Penipu Buat Lawak Bodoh

 
Bising MB Selangor, Khalid Ibrahim bila SPR ubah tempat mengundi dia. Bukan setakat ubah UPU tapi ubah parlimen. Yang paling dia tak puas hati pasai dia langsung tak dimaklumkan oleh SPR.

Kerja SPR memandai-mandai ubah sempadan ni bukan baru. Sebelum ni kalau tak silap aku masa PRK pun dah  kecoh pasai ubah sempadan ni.

Macam yang pernah aku tulis sebelum ni dalam posting bertajuk "Lagi aksi SPR 'si anjing Umno' nak menangkan Umno BN" , Dr. Mariah pun pernah timbulkan isu ni bila 1,210 pengundi dari Dun Sabak dipindahkan ke Dun Sungai Panjang, pun gunakan alasan ni. Dun Sabak tu calon Umno cuma menang 117 undi.
Masalahnya yang paling utama, apa sebenarnya tafsiran 'pembetulan sempadan pilihanraya' tu? Yang tu langsung tak pernah didetailkan sebelum ni. Kali ni SPR bagi penjelasan yang lebih nak bagi orang penin, konon nak bagi nampak akademik kut.

Kononnya pembetulan sempadan tu pasai nak bagi selaran dengan peta rasmi negara. Kalau ada yang tanya aku, akan lancang mulut aku jawap "selaras kepala hotak depa".

Tempat lain aku tak pasti, tapi kat tempat aku, sempadan antara Parlimen Parit Buntar dengan Parlimen Bagai Serai kompom celaru. Mana logik sempadan sempadan parlimen boleh belah tengah-tengah kampung, sekerat masuk belah Parit Buntar, sekerat lagi masuk belah Bagan Serai.

Kalau tengok sempadan mukim lagi la jelas nampak. Macamana boleh jadi Simpang Lima yang duduk dalam mukin Parit Buntar boleh masuk dalam parlimen Bagan Serai.

Kalau tengok sempadan antara Kuala Kurau dengan Alor Pongsu lagi la celaru. Dalam Dun Alor Pongsu ada UPU nama Kampung Pandak Putih tapi dalam Dun Kuala Kurau pulak ada satu lokaliti nama Kampung Pandak Putih, padahal Kampung Pandak Putih tu bukannya besar mana pun.

SPR tak pulak sibuk nak buat pembetulan sempadan kat ni, pasainya kalau buat pembetulan sempadan hampir pasti Umno akan kalah di Dun Alor Pongsu.

Pasai tu la aku berani kata alasan 'pembetulan sempadan' tu cuma alasan 'kepala hotak depa'. Yang betulnya SPR gunakan alasan bangang tu untuk bagi kelebihan kepada Umno BN.

Malaysiakini melaporkan:
[Sumber: Mkini]

Yang lebih bagi sakit hati tu, SPR langsung tak maklumkan kepada parti. Mungkin SPR ada meklumkan kepada Umno BN tapi kepada parti-parti Pakatan Rakyat jangan harap la SPR nak bagitau. Kepada pengundi yang terlibat lagi la jangan harap. SUMBER

Terkini!! Talian Hayat Najib Hanya Tinggal Dua Bulan Lagi

 
SAYA ditanya tentang ratus ribu belanja bertunang anak Perdana Menteri dan banyak ribu lagi untuk hari jadinya yang bayarannya dikatakan  dibuat dari Jabatan Perdana Menteri serta berbilion membeli undi – RM500, RM200 dan RM100 bagi seorang.


Apa reaksi saya tentang Perdana Menteri itu, ‘Biarkanlah. Dia tinggal dua bulan saja lagi jadi Perdana Menteri.’

Mengapa?


Kalau pilihan raya diadakan hujung Mei atau awal Jun, lepas itu habislah tempohnya. Orang lainlah pula jadi Perdana Menteri.


Bagaimana?


Tidak perlu dicerita lagi. Orang lain dari parti lainlah yang mengambil kuasa di Putrajaya.


Lagi cepat pilihan raya itu diadakan,  lagi cepatlah Rosmah Mansor tidak bergelar Wanita Pertama.


Habis, Perdana Menteri macam mana? Siapa pula?


Anwar Ibrahimlah! Siapa lagi?


Kalau begitu Dr. Wan Azizahlah jadi Wanita Pertama?


Tidak. Ia diserahkan semula kepada Raja Permaisuri Agong. Tiada lagi selepas itu orang biasa menjadi Wanita Pertama. Isteri Najib saja orang biasa pertama  dan terakhir jadi Wanita Pertama.


Memulangkannya kepada Raja Permaisuri Agong adalah adab memelihara institusi istana. Tidaklah lagi orang-orang di kayangan mengata institusi istana  sudah goyah.


Apakah tempoh Perdana Menteri Najib hendak berakhir?


Apa lagi yang ditunggu?


Memanjangkan tempohnya hingga setahun lagi akan menyegerakan negara jadi macam Greece dan  Itali, berada di ambang muflis. Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri sudah berkata, Malasyia boleh bankrap sebelum tahun 2020.


Yang menyebabkan muflis itu bukan lagi kerana meneruskan subsidi tertentu, tetapi berbelanja menteri kewangan seperti hujan lebat mencurah bumi. Jika lepas dua bulan nanti Najib tidak digantikan, tunggulah berlakunya amaran Idris Jala.


Apakah selepas dua bulan ini Najib akan pergi? Jika dia adakan pilihan raya seperti yang dirancangnya itu, maka dia menempah untuk pergi cepat. Kalau ditunggunya hingga tahun depan, bagaimana? Tunggu tahun depanlah pula.


Apa yang tidak sempat dibuat kiranya Najib digantikan dua bulan lagi?


Mungkin rayuan pembebasan Anwar atas kes  liwat 2 tidak sempat diselesaikan. Tetapi entahlah kalau ia disegerakan.


Bagaimana kalau rayuan itu lambat selesai?


Sempat Anwar jadi Perdana Menteri dulu.


Apa ajaibnya kalau Najib berakhir dua bulan lagi?


Ia memberi peluang kepada Dr. Mahathir melihat  apa yang  dia tidak mahu lihat selama ini.


Bukankah ia memakbulkan impian Anwar selama ini?


Itu Anwar dulu. Semasa dia berdua Mahathir. Tetapi sudah dia tidak lagi berdua, keutamaannya Dr. Mahathir tidak mahu melihatnya menjadi Perdana Menteri.


Kalau Najib tumbang dua bulan lagi, ia bukan kekalahan Najib yang utama, tetapi yang utama itu ialah kegagalan dan kekecewaan Dr.  Mahathir. Najib itu sekadar buah catur Mahathir saja.


Yang membuang Abdullah Badawi dulu ialah Mahathir. Tetapi kalau Najib dibuang ia kerana Dr. Mahathir sudah tidak  tahu nak apa lagi. Ia adalah kerana orang ramai hendak menyelamatkan negara jadi muflis seperti yang Idris Jala sebut dan mahu  mengelakkan Perdana Menteri berbelanja ikut suka hati isteri.


Anwar sudah tidak seperti dulu lagi hendak menjadi Perdana Menteri. Hal itu sudah jadi payah apabila Mahathir buat dia begitu. Tetapi yang mahukan Anwar menggantikan Najib ialah sekalian rakyat dan orang-orang yang kesiankan Malaysia yang tidak lalu lagi tinggal  di bawah penyelewengan UMNO, BN dan Najib.


Setakat ini dia yang berupaya untuk mencabar kerakusan UMNO dan Najib.


Tunggulah dua bulan lagi apakah dapat diselamatkan atau pun terpaksa menanggung beban lagi?
Oleh: Subky Latif

Najib Guna Taktik Menipu Rakyat Untuk Menang Pilihan Raya

 
KUALA LUMPUR, 14 Mac: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa usaha transformasi gagal kerana Kerajaan Negeri Selangor merampas tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) amat tidak bertanggungjawab yang bertujuan menggelirukan rakyat Selangor khususnya.

“Perdana Menteri sedia maklum tindakan ini adalah jalan terakhir yang terpaksa diambil kerajaan negeri selepas banyak peluang diberikan kepada pengurusan YBK kerana tidak membayar cukai tanah dan melanggar syarat-syarat tanah yang ditetapkan,” kata Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin.

Faekah Husin
 
Katanya, kerajaan negeri perlu bertindak adil kepada semua pihak hatta melibatkan anak syarikat milikan penuh atau agensi di bawah kerajaan negeri.

Jelasnya, YBK yang diberikan tanah secara percuma sepatutnya melunaskan tunggakan cukai tanah dan menggunakan tanah-tanah yang diberikan itu untuk program kebajikan bukan membangunkan dengan projek pembangunan untuk keuntungan kroni-kroni.

“Inilah sikap jijik pemimpin Umno yang tidak pernah mengaku salah sebaliknya menuding jari kepada orang lain,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Perdana Menteri sepatutnya meminta maaf kepada rakyat Selangor kerana tindak tanduk YBK yang merugikan harta rakyat.

Kerajaan negeri, katanya telah mendedahkan senarai syarikat  yang mendapat manfaat daripada projek pembangunan tanah yang diberikan kepada YBK dan akibatnya, kerajaan negeri telah disaman tetapi kemudian ditarik balik oleh YBK.

“Jika dakwaan ini salah, sudah tentu YBK tiada alasan menarik semula saman ini,” ujarnya lagi.

Ujarnya, Perdana Menteri sepatutnya menjadi seorang yang jujur seperti mana yang dituntut dalam Islam.

“Beliau tidak boleh berterusan menggunakan taktik menipu rakyat semata-mata untuk menang pilihan raya,” ujarnya.

Katanya, kerajaan negeri telah membantu banyak badan bukan kerajaan (NGO) dengan mendermakan dana atau bantuan lain dan akan sentiasa menyokong usaha-usaha murni mereka.

“Banyak NGO ini yang berjaya membantu golongan memerlukan dan mempunyai aset jutaan ringgit walaupun tidak mendapat bantuan kerajaan negeri,” katanya.

Ini, jelasnya amat berbeza sekali dengan YBK yang mendapat banyak bantuan termasuk pemberian tanah percuma tetapi tiada impak besar kepada golongan sasar sebaliknya golongan kaya yang mendapat faedah.

“Inilah natijahnya apabila badan kebajikan diuruskan orang politik yang berselindung di sebalik kerja-kerja kebajikan,” katanya lagi.
SUMBER
Related Posts with Thumbnails