Rakyat Sabah dan Sarawak sudah menunggu begitu lama untuk
melihat satu langkah yang tegas yang akan mengembalikan hak-hak mereka
untuk pembangunan seimbang.
Rata-rata kebanyakan antara kita mendapati ia sesuatu perkara yang lucu, walaupun kadang-kadang mengecewakan untuk melihat cara pemimpin di Sabah dan Sarawak menangani isu royalti minyak melibatkan kedua-dua buah negeri.
Secara terang-terangan menunjukkan bahawa semua orang di kedua-dua buah negeri mahu royalti itu supaya dinaikkan dari semasa 5% kepada sekurang-kurangnya 20%. Namun, isu berbangkit ini telah lama berlarutan sejak berpuluh tahun sehingga kini tidak menemui jalan penyelesaian.
Kini, walaupun pemimpin dari Barisan Nasional (BN) di kedua-dua buah negeri secara terbuka mendesak untuk menuntut royalti. Selepas mereka muncul hanya "sembang kosong" masa lalu, kita hanya boleh berharap ia bukan sahaja satu lagi pendirian politik untuk berkhidmat demi kepentingan mereka sendiri.
Berdasarkan rekod semasa selepas kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), gabungan parti pembangkang, Pakatan Rakyat telah berjanji untuk memberi royalti sebanyak 20% kepada Sabah dan Sarawak sekiranya mereka memenangi serta berkuasa mentadbir persekutuan.
Ironinya, pemimpin-pemimpin yang sama dari BN memperkecilkan royalti janji Pakatan tanpa membuat apa-apa cadangan konkrit mereka sendiri.
Sekarang pemimpin-pemimpin ini benar-benar mahukan angka itu - royalti minyak sebanyak 20% dari BN (baca Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak). Tidak bolehkah mereka untuk tidak menciplak (idea sendiri) dengan meminta lebih daripada 20% seperti apa yang dijanjikan oleh Pakatan?.
Mengapa secara tiba-tiba nada pemimpin-pemimpin BN berubah? Adakah mereka ikhlas dalam memperjuangkan kepentingan rakyat atau mereka cuba untuk mengambil kesempatan "mendapatkan sekeping pai" untuk diri mereka sendiri?.
Di Sarawak, Ketua Menteri yang baru Tan Sri Adenan Satem berkata, kerajaannya akan meletakkan permintaan rasmi kepada kerajaan persekutuan untuk meningkatkan bahagiannya daripada royalti minyak kepada 20%.
Manakala Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman pula disusuli dengan kenyataan dilihat ada kelonggaran bahawa kerajaannya adalah kerajaan memandang dengan cara terbuka dengan meletakkan perkara itu dengan cara yang bertanggungjawab.
Tanggungjawab sebenarnya pemimpin-pemimpin dari Sabah dan Sarawak adalah untuk mengemukakan rancangan konkrit mengikut pelan tindakan yang betul bagi memujuk "bos" mereka di Putrajaya untuk menyertai permintaan rakyat. Masa membuat retorik di media sudah lama berlalu.
Terdapat satu bahan jenaka lucu menyamakan pemimpin di Sabah dengan kanak-kanak membuang 'tantrums' tetapi tidak dijamin mendapat apa yang mereka mahukan.
Ternyata ini semua boleh difahami sekiranya tiada tindakan bersepadu daripada pemimpin-pemimpin tertinggi. Minggu lepas, ketiga-tiga parti berasaskan BN dalam Kadazandusun - PBS, Upko dan PBRS - hanya mengarahkan pemimpin Ketua Pemuda mereka untuk menyatakan ikrar sokongan terhadap Adenan.
Pada hari Rabu minggu lepas, sebagai susulan kepada kenyataan ketiga-tiga parti ini, PBS telah mencadangkan penubuhan jawatankuasa BN di peringkat negeri untuk mengemukakan usul perkara ini dengan kerajaan persekutuan.
Menerusi pemerhatian Bekas Ketua Penerangan PBS Jahid Jahim secara menyeluruh, beliau mendapati bahawa rakyat Sabah majoritinya sebulat suara mahu peningkatan royalti minyak.
Tetapi mengapa menghadkan pelantikan jawatankuasa hanya kepada BN?
Pasti, jawatankuasa semua pihak yang merentasi sempadan politik akan lebih mewakili suara rakyat dan membawa lebih berat dalam rundingan dengan kerajaan persekutuan.
Pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak seharusnya belajar daripada pengajaran dari masa lalu dan kini mempunyai strategi serta percatuan yang lebih baik untuk mendapatkan apa yang mereka mahu dari kerajaan persekutuan yang "keras kepala".
Ini kerana ramai yang berpendapat, kuasa kerajaan persekutuan pada ketika ini adalah yang paling lemah sejak ditadbir selama lebih 50 tahun - mereka yang "menghuni" Putrajaya s memperolehi rahmat - ahli parlimen Sabah dan Sarawak!.
Rakyat Sabah dan Sarawak sudah menunggu begitu lama untuk melihat satu langkah yang tegas yang akan mengembalikan hak-hak mereka untuk pembangunan seimbang.
Rakyat di sebelah Timur pula perlu melakonkan semula apa yang mereka lakukan pada tahun 1962-an dan 1963-an di mana semua pihak berkumpul semula dan datang dengan syarat dan titik permintaan.
Tidak ada BN atau Perikatan kemudian tetapi sudah wujud pihak "pemerintah" dan "pembangkang" dengan pengucapan yang kedua lebih kuat mengenai hak-hak negeri.
Daripada satu sudut pula, mereka berhutang kepada satu "suara lantang dan kuat" bahawa mereka kini mempunyai 20 -mata dan 18 - mata memorandum untuk bersetuju membentuk sebuah negara baru yang dikenali sebagai Persekutuan Malaysia.
Mata ini adalah terukir dalam sejarah sejarah bertujuan untuk dipatuhi dan tidak terputus.
Sabah dan Sarawak adalah negeri-negeri paling kaya dalam Persekutuan dari segi sumber semula jadi - minyak, gas, tanah, kayu, air, laut, pulau-pulau dan juga gunung serta budaya - namun kedua-duanya duduk di bahagian bawah timbunan itu dalam pembangunan negara.
Sudah tiba masanya untuk pemimpin-pemimpin ini mengambil langkah atau tindakan konkrit dengan mengembalikan semula hak selayaknya kepada rakyat Borneo.
Tidak seperti pengundi, pemimpin-pemimpin ini tidak perlu menunggu sehingga pilihan raya umum akan datang untuk mereka membuat kiraan suara mereka.-TAD
Post a Comment