BREAKING NEWS

Stadium Terengganu Akan Diperbaiki Kali Kedua Dengan Kos RM100 Juta

 


Pepatah Melayu "Sudah jatuh, ditimpa tangga" dapat digunakan bagi menyifatkan kejadian bumbung runtuh Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Terengganu.

Dalam hal ini, pembayar-pembayar cukai Malaysia adalah orang-orang yang ditimpa tangganya.

Stadium yang dibina dengan kos RM291 juta pertama kali runtuh bumbungnya pada Jun 2009, tidak sampai satu tahun selepas digunakan.

Sehingga kini, tiada sesiapa yang telah dihukum atau didenda kerana kejadian ini. Stadium ini kembali mendapat perhatian kerana beberapa golongan kroni bakal mendapat manfaat daripada kejadian runtuhan bumbung kali kedua tahun lepas.

Kerajaan persekutuan Barisan Nasional bersedia untuk membelanjakan sekurang-kurangnya RM100 juta untuk membaiki bumbung dan premis stadium yang berharga RM34 juta ini!

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, yang juga arkitek stadium ini, mempersoalkan mengapa kerajaan persekutuan dan negeri diam mengenai jumlah wang yang akan dibelanjakan untuk pembaikan ini.

"Rakyat Malaysia terpaksa mengikat perut mereka kerana kenaikan kos sara hidup. Kita mesti mempersoalkan penggunaan dana ini," katanya.

Terengganu telah digelar sebagai "Terengganu Darul Runtuh " oleh rakyat Malaysia selepas beberapa kejadian bumbung runtuh dan kerajaan negeri berada dalam pemerhatian.

Walau bagaimanapun, tiada siapa yang telah dipersalahkan kerana kejadian mengejutkan ini. Kejadian ini kemudiannya diikuti pula kejadian runtuhan bangunan lain di negeri itu.

Mujurlah tiada siapa yang tercedera kerana stadium itu tidak digunakan sewaktu kejadian berlaku.

Stadium ini juga telah menerima banyak perhatian media sewaktu ia telah diserahkan kepada kerajaan untuk menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) pada tahun 2008.

Penulis blog DAP, Aspan Alias mendakwa bahawa keruntuhan siling bernilai berjuta-juta dolar itu adalah disebabkan rasuah. Siasatan Jabatan Kerja Raya mendapati bahawa bumbung itu runtuh kerana kelemahan kejuruteraan yang serius, tahap kerja yang kurang bermutu, bahan berkualiti rendah dan kekurangan kepakaran.

Tiada siapa yang telah dipertanggungjawabkan di atas keruntuhan yang memalukan ini.

Kini, stadium dengan kapasiti 50,000 penonton ini sedang dibaiki oleh tiga kontraktor.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat keruntuhan ini, termasuklah peningkatan dalam kos pembinaan daripada RM191 juta kepada RM291 juta.

Penemuan SPRM masih belum didedahkan selepas lima tahun ia dijalankan.

Kemudian pada 21 Februari 2013, bumbung itu terhempas lagi, mencederakan lima orang pekerja di tapak.

Dilaporkan bahawa perancah penyokong struktur runtuh kerana ia tidak dapat menampung berat.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Hamzah Md Jamil dipetik sebagai berkata dalam laporan berita bahawa kerja-kerja yang sedang dijalankan waktu itu akan ditunda sehingga siasatan selesai dijalankan.

Sementara itu, Raja Kamarul berkata bahawa beliau telah membangkitkan persoalan ini terhadap kerajaan negeri pada tahun 2012, tetapi masih belum menerima jawapan, dan apabila soalan yang sama telah dibangkitkan di Parlimen pada tahun berikutnya, beliau hanya diberitahu bahawa projek itu berada di bawah kerajaan negeri.

Dalam sebuah laporan berita, Raja Kamarul juga menjelaskan bahawa kosnya boleh meningkat lagi kepada RM150 juta atau RM200 juta, walaupun kos pembaikan minimum yang hanya berjumlah RM100 juta.

"Nampaknya sewaktu kerajaan menyeru rakyat Malaysia untuk mengetatkan perbelanjaan mereka, kerajaan tidak kelihatan bijak dalam menguruskan kewangan.

"Mereka masih mahu meneruskan projek-projek pembinaan yang kurang bijak dan membawa pembaziran," tambah beliau.

mengapakah orang ramai tidak diberitahu mengenai kos yang terlibat dalam pembaikan, dan siapa yang akan memperolehi keuntungan daripada pembaikan ini?

Mungkin insurans hayat perlu diwajibkan ke atas semua rakyat Malaysia, disebabkan bangunan-bangunan yang runtuh secara rawak di negara ini.

Salah satu yang dapat difikirkan serta-merta adalah Hospital Serdang.

Oleh Cecilia Jeyanthi Victor

1 comment :

  1. Rm100 juta? No prob. Bukn duit sndri pon. Duit rakyat. Yg nk pkai stadium tu nnt pon rakyat gak..kah kah kah kah

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails