BREAKING NEWS

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Khas Buat Lawak Bodoh

  
Sebenarnya agen2 israel,agen2 umno/apco dn agen amerika yg sudah menyusup kedalam cawangan khas bukannya JI dn komunis yg menyusup dalam parti pembangkang..itu tidak termasuk agen2 kongsi gelap,penjenayah dn perasuah yg telah sekian lama meresapi PDRM..dn yg terbaru gejala stim syabu pula meresapi anggota2 PDRM..kalau betul kegiatan itu wujud..kenapa pihak polis tidak mengambil tindakan??...adakah PDRM juga telah menjadi salah satu cawangan umno/apco?? kenapa pula nak hebohkan kepada orang ramai..adakah pihak kerajaan cuba utk menakut-nakutkan rakyat dgn retorik lawak bodoh seperti ini??..



DAP menyelar kerajaan BN yang didakwa tiada idea dengan mendakwa Pakatan Rakyat diresapi bekas komunis dan pengganas, kata pemimpin popular DAP Lim Kit Siang.

Lim sehubungan itu mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan kewajaran mereka membenarkan polis Cawangan Khas mengumumkan perkara itu kepada orang ramai.

"Najib dan Hishammuddin patut menjelaskan kenapa mereka memberikan lampu hijau kepada Cawangan Khas mengumumkan cerita yang sukar dipercayai ini," katanya.

Lim berkata, laporan itu hanya menjadi bahan ketawa dan lawak politik paling buruk sepanjang tahun ini dan cuba menentukan penggubalan dasar tertinggi kerajaan dan tahap keselamatan dalam negara.

Bernama malam tadi melaporkan risikan Cawangan Khas polis mendedahkan, terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti pembangkang selain cuba menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin dilaporkan berkata Cawangan Khas mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi PAS selain elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP.

Malah, katanya, beberapa pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan PKR juga sering berulang-alik ke Bangkok dan selatan Thailand, dipercayai mengadakan pertemuan sulit dengan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM).

Pengerusi DAP Karpal Singh mencabar polis Cawangan Khas supaya menamakan mereka yang didakwa anggota Jemaah Islamiah (JI) dan komunis yang dikatakan cuba meresapi parti-parti pembangkang

Sambil menyifatkannya sebagai satu tuduhan liar, Karpal, yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor, berkata langkah itu hanya cuba untuk melemahkan Pakatan Rakyat.

"Saya mencabar Cawangan Khas untuk menamakan anggota JI dan komunis yang dikatakan telah meresapi Pakatan Rakyat," katanya sambil menambah bahawa ia semata-mata satu taktik licin untuk melemahkan pakatan pembangkang.

Karpal telah ditemui selepas prosiding pertuduhan hasutan terhadapnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
      
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau "tidak pasti" tentang dakwaan bahawa pengganas dan komunis cuba meresapi Pakatan Rakyat.

Sin Chew Daily memetik Hishammuddin sebagai berkata, pada masa ini, beliau tidak mempunyai maklumat berkaitan dengan perkara tersebut.

Oleh itu, katanya, beliau tidak boleh kata sama ada ia benar atau tidak.

"Saya hanya boleh katakan sebanyak ini, topik ini sangat sensitif," Hishammuddin dipetik dalam laporan Sinchew Daily online hari ini

Hishammuddin mengulas laporan Bernama yang memetik Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin bahawa risikan Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti politik pembangkang selain cuba menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang.
   
Katanya, Cawangan Khas itu mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi PAS selain elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP.
   
Mohd Sofian dilaporkan berkata beberapa pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan PKR juga sering berulang-alik ke Bangkok dan selatan Thailand yang dipercayai untuk mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) di sana.  

2 comments :

  1. Asalamualaikum, Selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  2. Yea,Yea,Yea,Yea,Yea,Yea,Yea,Yea,Yea,Yea,Yea,Yea,Yea and Bla,Bla,Bla,Bla,Bla,Bla,Bla,Bla,Bla,Bla,Bla,Bla,Bla,Bla.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails