Kegagalan Mahathir Kini Jelas Di Mata Dunia
Posted by Unknown on 11:35 AM in Mahathir Pembohong Mahathir Penipu Rakyat Umno Perompak | Comments : 2
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menempelak media asing kerana laporan mereka terhadap cara kerajaan Malaysia menangani kehilangan pesawat MH370. Mungkin Tun Mahathir turut merasakan bahawa media asing juga mengkritik legasi beliau yang dipenuhi amalan korupsi. Kejayaan yang beliau kecapi dicemari pelbagai tohmahan di dalam sekelip mata akibat insiden ini.
Pengurusan lemah dan kebanggaan palsu dibiarkan berleluasa ketika era pentadbirannya. Namun segalanya kini didedahkan buat tatapan dunia. Adakah kita bersimpati dengan Mahathir? Tidak! Kita simpati dengan keluarga penumpang serta anak kapal MH370 yang dikecewakan pengurusan syarikat penerangan itu. Kita juga bersimpati dengan tanahair yang telah diperlekah, kerana amalan pentadbiran yang lemah telah berlaku selama berdekad lamanya.
Kita cuma dapat merasakan kasihan kepada Mahathir, tetapi kita juga perlu bertanggungjawab. Kita benarkan negara kita menjadi rosak binasa. Kita benarkan diri kita dimanipulasi pihak jahat yang merosakkan maruah kita bersama. Kegagalan kita menghukum pemimpin sebegini telah menyebabkan krisis MH370 gagal diuruskan dengan baik oleh pihak berkuasa Malaysia.
Walaupun Mahathir betul apabila berkata situasi ini tidak dibantu pelbagai pihak yang membuat spekulasi ketika usaha mencari dilakukan, beliau salah apabila berpendapat bahawa usaha tersebut dibuat dengan baik. Ia sebenarnya memang huru hara sejak dari mula lagi.
Rakyat Malaysia memang tidak biasa dengan laporan akhbar yang telus, tetapi Mahathir sudah tentu melihat wajah-wajah kelam-kabut pihak berkuasa Malaysia yang terpampang di akhbar serta liputan berita luar negara. Pihak berkuasa kita gagal menjawab soalan yang diajukan kepada mereka atau ahli keluarga. Kemudian didapati, wartawan tidak dibenarkan bertanya manakala ahli keluarga dihalang berjumpa pihak media.
Pemimpin kita tidak pandai di bidang perhubungan awam. Mereka memberi kenyataan bercanggah, menarik balik kenyataan, menafikan serta menunjukkan sikap ‘tidak apa’. Ini jelas bagi ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang disoal berkaitan isu paspot yang dicuri.
Mahathir berkata “Mudah mengkritik, tetapi kita berdepan situasi yang tidak pernah terjadi di mana-mana negara di dunia.
“Jika anda kata Malaysia gagal, maka Amerika Syarikat, New Zealand, Australia, Singapura dan semua negara yang terlibat di dalam usaha mencari gagal. Mengapa tidak dipersalahkan semua?”
Malaysia dikenali sebagai pusat pemerdagangan manusia, pengedaran dadah, barangan cetak rompak dan sindiket pertaruhan. Polis dan pihak berkuasa yang lain gagal menangkap dalang jenayah ini, walaupun tangkapan terhadap ikan bilis dibuat. Mahathir menyebabkan kehakiman terjejas dan keadilan sukar dilaksana. Pihak polis kita hilang wibawa.
Personaliti Mahathir juga sering dicemuh dan dasar berasaskan kaum yang dibuatnya memusnah negara.
Ketika eranya, anggota tentera kerap mengadu tentang masalah kenaikan pangkat. Yang berani dan menjalankan tugas diketepikan bagi memberi laluan kepada yang hanya pandai membodek. Sikap ini membunuh motivasi serta kesetiaan.
Kini bagi krisis MH370, ketua angkatan tentera amat memalukan. Perut buncit mereka memberi gambaran yang mereka tidak layak bagi tugas itu. Mereka tidak dapat bertutur Bahasa Inggeris dengan baik. Bagaimana anggota bawahan mahu berjaya sekiranya pemimpin tinggi mereka langsung tidak mendapat keyakinan?
Pihak British meninggalkan kita dengan pentadbiran awam yang baik, tetapi Mahathir merosakkannya. Ia semakin mengembung dan ramai yang tidak layak diambil menjadi kakitangan kerajaan. Mahahir menyemai sikap pemalas di kalangan mereka.
Kritikan bagi usaha mencari dan menyelamat datangnya dari pelbagai negara luar. Mereka melihat sendiri bertapa teruknya keadaan Malaysia selama berpuluh tahun. Mahathir, seperti kita semua, bakal melihat bagaimana isu MH370 ini bakal memberi kesan kepada perdagangan, pelaburan asing serta reputasi Malaysia.
Kritikan merupakan langkah yang perlu bagi kita mengubah negara ini. Sebelum ini Mahathir menggunakan ISA ke atas pihak yang menentangnya. Pengkritik dari luar negara pula sering dihantar pulang.
Beliau tentu benci kerana kini maklumat boleh disampaikan di dalan sekelip mata. Mahathir sudah tentu lebih gemar kebebasan akhbar di tahap minima. Namun MH370 menampakkan kelemahan pentadbiran Mahathir kepada semua. Media asing membawa liputan mengenainya ke ruang tamu di segenap pelusuk dunia dan Malaysia tidak dapat melepaskan dirinya lagi.
Pentadbiran Mahathir tidak mementingkan akauntabiliti. Ia tidak mahu bertanggungjawab dan asyik menggunakan wang rakyat. MAS telah gagal di dalam perbelanjaannya. Adakah Mahathir pernah dipersalahkan?
Rakyat Malaysia mahu kritikan membina agar perubahan dapat dilakukan. Kita tidak wajar menjadi terlampau sensitif. Mahathir tidak dapat melihat semua ini dan bertanggungjawab ke atas segala kegagalan. Beliau kerap berkata “Melayu mudah lupa”, tetapi itulah sikap beliau sebenarnya, yang turut melupakan asal usulnya.
Oleh Mariam Mokhtar
**Mariam Mokhtar merupakan "warga Malaysia yang berani berkata benar."
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Syabas!....I like your comment.....
ReplyDeleteInilah petunjuk dan balasan dari Allah diatas kezaliman Mahadhir keatas timbalan-timbalannya dan keatas khelayak ramai yang pernah dizaliminya dulu,kita lihat saja lepas satu peristiwa keperistiwa terbongkar dengan sendirinya oleh orang yang Mahadhir sendiri percaya disuatu ketika tiada sebagai orang penuh berkuasa sebagai PM tapi apa sudah jadi sekarang, bertaubatlah wahai Mahadhir sebelum terlambat.
ReplyDelete