“Dahi mak koyak, ususnya pecah dipijak sekumpulan polis berpakaian preman,”
Posted by Unknown on 10:00 AM in Bersih 3.0 Keganasan Polis Pdrm | Comments : 0
Apakah tindakan regim Najib kepada perusuh-perusuh polis ini?? keganasan dan kekejaman melampau polis terhadap rakyat tidak dapat di maafkan sampai bila-bila pun..ia akan terus dikenang dari satu generasi ke satu generasi.Inilah budaya kerja warga polis yang telah mencabul undang-undang dengan serius dan tanpa rasa bersalah kerana mereka sentiasa dilindungi oleh regim umno/APCO pimpinan Haji Najib..Persoalannya di sini, "Apa kesudahannya terhadap polis-polis yang di dapati terlibat di dalam kes-kes salah-laku semasa bertugas"...., contoh kes memukul orang awam,rampas harta orang awam,kematian OKT semasa dalam tahanan polis, kes salah tembak orang awam, kes dadah 4 juta hilang dari stor barang kes di Johor dan banyak lagi...
Apakah semua kes ini semuanya senyap begitu sahaja...????
SEMBOYAN TELAH BERBUNYI!!..bersamalah kita mengerakkan seluruh usaha untuk menghapuskan regim umno/APCO ini dari bumi Malaysia..
KUALA LUMPUR: “Jangan benarkan Datuk Seri Najib Razak datang ke sini, kalau dia datang juga, saya akan baling (dia) dengan selipar,” kata Faridah Abdul, 50, mangsa keganasan polis.
Demikian respon Faridah ekoran tindakan Najib meredakan kemarahan rakyat ekoran tindakan ganas polis terhadap peserta Bersih 3.0 Sabtu lalu.
“Semalam, Najib dan beberapa Menteri Kabinet mahu datang melawat dan saya beritahu, saya tidak mahu dia datang ke sini, kalau datang juga, saya akan baling selipar padanya.
“Kalau dia pemimpin rakyat, mengapa nak lawat saya sahaja, lawatlah juga pesakit lain, nampak sangat tujuan Najib untuk kepentingan politik, saya tidak akan maafkan Najib dan kerajaan Umno BN akibat tindakan ganas ini,” katanya geram.
Menceritakan detik-detik cemas itu, Faridah berkata, sebelum beliau terjatuh, sekumpulan polis berpakaian preman menjerit ‘Anwar arah baling pada polis’ yang disifatkannya bertujuan provokasi kepada peserta himpunan.
“Saya juga hairan kenapa ada sekumpulan berbaju Bersih dari atas bangunan yang membaling asap kepada peserta dan ini pastinya adalah SB (Pegawai Cawangan Khas) yang menyamar.
“Begitu juga yang memijak saya, anak saya melihat mereka bukan orang biasa kerana kasut yang dipakai berwarna hitam dan jarang-jarang dilihat,” katanya yang cedera di kedua belah tangan dan menerima jahitan di kening kanan semasa ditemui di Hospital Kuala Lumpur hari ini.
Hadir dalam lawatan itu, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, N Surendran dan Datuk Chua Jui Meng yang juga bekas Menteri Kesihatan. Turut serta, Pengarah Guaman, Latheefa Koya.
Menurut Faridah, beliau akan berbincang mengenai perkara itu bersama keluarganya sebelum menyaman kerajaan Malaysia.
“Semasa Datuk Seri Shahrizat Jalil datang semalam, saya juga beritahu padanya yang saya akan saman dan beliau beri respon akan siasat.
“Saya jawab balik, siasat apa kalau Hakim pun kamu punya, saya nak panggil dia ‘Lembu’ tak sampai hati, tapi saya layan dia sebagai tetamu,” kata Faridah lagi.
“Dahi mak koyak, ususnya pecah dipijak sekumpulan polis berpakaian preman,” kata Khalid Ismeth, anak kepada Faridah Abdul yang parah akibat dizalimi pihak berkuasa itu pada perhimpunan Bersih 3.0.
Bercakap kepada KeadilanDaily, pemimpin Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen(Kami) itu hairan mengapa ibunya menjadi sasaran kerananya ibunya sudah berusia 50 tahun.
Beliau yang mengetahui hal ini selepas diceritakan kakaknya, Nurul Hanilah yang menyaksikan kezaliman itu, berkata, ia berlaku selepas ibunya jatuh di depan pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Ibu mahu lihat kebangkitan anak muda. Sebab itu beliau hanya lihat situasi dari perkarangan pejabat DBKL, malah ibu bukan berbaju kuning,” katanya.
Ibu Khalid kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan menerima tujuh jahitan di dahi manakala ususnya mungkin dibedah selepas dipijak dan diterajang sekumpulan polis yang memakaki kasut but keras.
“Ibu hanya boleh minum air, sukar bercakap dan terpaksa dimasuklan air ke badan 24 jam tanpa henti kerana tubuhnya sangat lemah tapi masih bersemangat berkempen menolak Umno BN kepada staf perubatan.
“Doktor beritahu ibu mungkin dibedah kerana ususnya cedera serius,” katanya yang menemani ibunya sepanjang hari ini.
Keputusan mengenai pembedahan itu, katanya diketahui Khamis ini kerana doktor mahu melihat sejauh mana kerosakan usus.
Oleh: Masdar Wahid
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Post a Comment