BREAKING NEWS

Jalan Raya Terpaksa Ditutup Kerana Tumpahan Cecair Kimia Dari Kilang Lynas



Apa yang anda nampak pada gambar di atas?

a) sekawan burung yang dijangkiti selsema burung terjatuh dari lori dan petugas dengan baju keselamatan mengawal persekitaran sebelum membersihkannya.

b) Beberapa kotak mengandungi “makhluk asing” yang terjatuh dari kenderaan tentera yang membawa mereka dan kemudian, muncul lelaki berpakaian hitam yang akan memadam ingat mereka. Dunia bakal berakhir dan tiada siapa tahu

c) Produk yang dikatakan selamat dari kilang nadir bumi Lynas yang berselerak di atas jalan raya dan ia ditutup kerana produk tersebut menyelubungi jalan itu

Jawapan yang hampir betul ialah “C”. Saya kata hampir betul kerana ia daripada Lynas. Namun, mengapa lelaki dengan pakaian keselamatan (bak angkasawan) mengawal produk yang dikata selamat. Kita tertanya-tanya.

Kemalangan ini berlaku di jalan raya Kuala Lumpur-Kuantan berhampiran Lanchang, Pahang. Ia melibatkan sebuah lori yang sarat dengan produk daripada kilang nadir bumi Lynas dan dilaporkan Malaysiakini. Menurut portal berita itu, 13 bekas mengandungi cecair kimia dinamakan PrND Klorida terjatuh dari lori kerana tidak diikat dengan cermat. Jalan tersebut terpaksa ditutup bagi laluan trafik.

Empat bekas tersebut pecah dan menyebabkan cecair mengalir ke bumi. Ketua polis daerah Temerloh Abdul Aziz Salleh berkata cecair itu tidak berbahaya tetapi boleh menyebabkan kulit manusia gatal.

“Ia tidak boleh memasuki air dan saliran kerana haiwan akan mati. Tetapi di situ tiada sungai,” katanya.

Kemudian, sepasukan pakar daripada Lynas dan Pasukan Penyelamat dan Bencana Malaysia (SMART) dikerah ke tempat kejadian. Mereka berpakaian seperti angkasawan bagi tugas membersihkannya.

Lynas telah menjadi buah mulut selama beberapa tahun. Kerajaan persekutuan dan Pahang berkata kilang itu selamat, tetapi pengkritik tidak percaya dengan dakwaan itu.

Mereka berpendapat pencemaran radioaktif bakal berlaku.

Insiden terbaru ini dijelaskan ketua pengarah perhubungan awam dan komunikasi Lynas Amin Abdullah. Beliau menegaskan produk itu selamat dan tidak mengandungi bahan radioaktif.

“Produk ini tidak berbahaya. Mereka diiktiraf selamat untuk dihantar ke luar negara dan semua pengesahan tentangnya ada,” jelasnya kepada Malaysiakini.

Beliau enggan mengulas dakwaan cecair itu berbahaya kepada hidupan akuatik.

“Jika cecair ini mendatangkan kegatalan, maka seseorang yang sensitif juga terasa gatal jika memakan udang,” kata Amin.

Baiklah, tetapi berapa ramai manusia yang berpakaian seperti angkasawan berada dengan dengan sajian makanan laut?

Jangan pula kita terkejut melihat hidupan yang telah mengalami mutasi di Pahang satu hari nanti.

Oleh V Shuman

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails