BREAKING NEWS

MH370 Dan Kemarahan China? Seperti Biasa, Semuanya Salah Anwar!!




Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah semestinya "seorang yang amat bimbang" apabila beliau bangun tidur pagi ini (28 Mac).

Dua laporan berita sepanjang 24 jam lalu telah membayangkan bahawa Pakatan akan dipersalahkan kerana tragedi MH370, dan kerana menghasut rakyat China yang marah untuk berdemonstrasi.

 AsiaOne melaporkan bahawa Pakatan adalah dalang di sebalik protes di Beijing, memetik Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, anak kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad; dan

 USA Today melaporkan bahawa juruterbang MAS Kapten Zaharie Ahmad Shah (seorang ahli PKR) bertanggungjawab sepenuhnya ke atas MH370, memetik sumber seorang pegawai berpangkat tinggi yang bertugas dengan cawangan penyiasatan khas polis di Malaysia di Kuala Lumpur.

Kita tertanya-tanya siapa kononnya pegawai peringkat tertinggi yang bercakap kepada media asing ini?

Walau bagaimanapun tindakan bermotifkan politik Umno yang diterajui Barisan Nasional ini bukannya sesuatu yang menghairankan kerana mereka bekerja dengan sempurna dalam hal skandal dan komplot tempatan.

Bukannya UMNO? Jadi adakah Mukhriz? Pakatan?

Sekarang, siapa yang mulak mempolitikkan tragedi MH370 dan 239 nyawa di atas kapal MAS Boeing 777 itu?

Sekarang polis pula. Ketua Polis Negara (IGP), Tan Sri Khalid Abu Bakar kelihatan begitu 'telus' dalam taklimat medianya dengan Menteri Pertahanan merangkap pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein?

Prosedur Operasi Standard (SOP) biasa Khalid dalam menjawab soalan: "Saya tidak boleh komen. Siasatan masih dijalankan. "

Tidak, Ketua Polis Negara adalah seorang lebih bijak dan pintar daripada apa yang kebanyakan rakyat Malaysia akan sangkakan. Strategi beliau mungkin adalah "jangan bertindak, tunggu perkara yang tepat untuk muncul di permukaan, dan tunggu masa yang sesuai untuk meniup wisel".

Konspirasi kerajaan? Anda tentukanlah sendiri.

Sekarang, kembali kepada Mukhriz dan kemarahan China. Bukankah UMNO sedang terlalu memandang tinggi Anwar dan Pakatan?

Pada UMNO, Anwar adalah seorang lelaki kebolehan berpolitik semulajadi yang menakjubkan. Beliau bukan sahaja dapat mempengaruhi dan memanipulasi rakyat Amerika untuk menyokong beliau , beliau kini juga mampu untuk berbuat demikian di China!

Walau bagaimanapun, kuasa gabungan Amerika Syarikat dan China tidak mampu dicabar UMNO di Malaysia. Percayalah.

Mukhriz memberitahu pemberita di Changlun bahawa beliau tidak akan terkejut jika pemimpin Pakatan terlibat mendalangi protes melibatkan saudara-mara penumpang MH370 warga China di Kedutaan Malaysia di Beijing pada hari Selasa (25 Mac).

Mukhriz berkata yang beliau tidak menolak kemungkinan isu-isu yang dibangkitkan oleh 200 saudara-mara mereka semasa tunjuk perasaan ini, sama seperti yang diucapkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang di negara ini.

Beliau kesal dengan ketiadaan semangat patriotik pemimpin Pakatan, apabila mereka memanipulasi krisis ini untuk menjatuhkan kerajaan di peringkat antarabangsa.

"Inilah tahap semangat patriotik Pakatan Rakyat. Mereka akan merebut dan memanfaatkan apa-apa sahaja isu, termasuklah insiden tragis seperti ini, untuk memburuk-burukkan imej kerajaan BN.

"Kita berada di tengah-tengah sebuah krisis global yang melibatkan nyawa beratus-ratus penumpang dan anak kapal di dalam pesawat malang ini.

"Adalah keji bagi mereka untuk memainkan tragedi ini untuk mendapat kelebihan politik, sedangkan kita sepatutnya bersatu dalam menghadapi krisis ini," kata Mukhriz dalam ucapannya pada majlis pelancaran Program "Sentuhan Kasih" Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan projek perumahan mampu milik untuk generasi kedua FELDA Laka Selatan.

Para pemimpin China pastinya "bodoh" untuk membenarkan Anwar dan Pakatan untuk mencetuskan protes di negara mereka. Kita tertanya-tanya bagaimana Cina bodoh ini mempunyai kepandaian dan keupayaan untuk menghantar kapal angkasa yang dipandu manusia ke bulan dan kembali. Bolehkah kerajaan Malaysia berbuat demikian?

Rakyat Malaysia kini boleh menunggu dengan penuh debaran untuk melihat sama ada negara lain akan terpedaya dengan kedua-dua teori konspirasi yang diumpankan ini.

Oleh Ng Kee Seng


1 comment :

  1. semua salah anwar. agen 007. ntah apa2 je la malaysia ni

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails