BREAKING NEWS

Adakah UMNO Akan Mencetuskan Rusuhan Kaum Untuk Mencapai Matlamatnya?



UMNO kini huru-hara, dengan pelbagai puak yang cuba untuk mendapatkan kelebihan di atas satu sama lain. Terdapat panglima perang UMNO, ramai pemimpin yang sangat marah kerana akan digugurkan  dan juga pertelagahan puak di dalam sayap Wanita, Puteri dan Pemuda. Ini diburukkan lagi oleh tekanan dari luar UMNO seperti PERKASA, parti komponen BN dan pembangkang yang semakin kuat.

UMNO tahu bahawa sekiranya hanya dengan penipuan dan membeli undi sehaja tidak akan menjamin kemenangian PRU-13 dan mereka sentiasa berfikir siang dan malam untuk mencari jalan dan cara bagaimana untuk mencapai impian mereka.

Tiga kumpulan di dalam UMNO

Najib and Muhyiddin

Pada asasnya, terdapat tiga kumpulan utama, pertama kumpulan pro-Najib yang sebenarnya tidak ramai, ke-dua mereka yang menentang Najib yang merupakan majoriti dalam UMNO dan ke-tiga golongan atas pagar. UMNO tidak mengamalkan demokrasi apabila Najib telah diberi kuasa untuk membuat keputusan, maka kumpulan majoriti tidak mempunyai kuasa rasmi. Golongan atas pagar hanya akan bergoyang mengikut angin.

Dalam pertelagahan ini, setiap pemimpin UMNO sedar bahawa keadaan huru-hara yang terjadi di dalam UMNO kini, memberi banyak peluang untuk mereka ‘menimba di air keruh’. Maka orang-orang yang anti-Najiblah  yang banyak mewujudkan banyak masalah kepada UMNO, dan memberi kata dua dalam usaha memaksa Najib berkompromi supaya membenarkan mereka mendapat  bahagian yang saksama bagi merompak kekayaan negara atau Najib akan dipaksa berundur. Malangnya bagi mereka Najib masih berkeras dengan agendanya beliau sendiri dan tetap berdegil untuk kekal berkuasa. Ini memaksa musuh-musuhnya untuk melakukan beberapa tindakan yang terdesak.

Strategi mereka adalah untuk memaksa Najib berundur, kawal UMNO / BN dan seterusnya mengawal negara. Mereka mempunyai  askar-siber, media, NGO, seperti PERKASA dan pegawai-pegawai tinggi yang dipercayai dalam pelbagai pasukan keselamatan dan penyokong akar umbi untuk melaksanakan agenda mereka.

Mereka telah menyerang Najib sejak hari pertama beliau mengambil alih daripada Badawi. Mereka telah menggunakan Muhyiddin sebagai alat untuk mencapai matlamat ini. Sekarang walaupun telah menggunakan Deepak dan Musa Hassan untuk menyerang beliau, Najib telah mampu untuk kekal tenang dan Najib tidak akan berganjak.

Mencetuskan rusuhan kaum?

13th May 1969

Masa tidak menyebelahi mereka bagi mencapai tujuan iaitu  untuk menjatuhkanNajib  dan seterusnya untuk memperbaiki  UMNO untuk menghadapi PRU-13 mereka. Jadi langkah jahat seterusnya adalah dengan mewujudkan rusuhan kaum kerana mudah bagi mereka menimba di air keruh; terdapat banyak peluang dalam keadaan huru-hara!

Shahrizat samada dengan sengaja atau tidak, telah memulakan rencana ini apabila beliau memberi amaran senario Mei 13 di dalam ucapan beliau. Shahrizat  sangat terhutang budi kepada Najib kerana telah menyelamatkan beliau  di dalam skandal NFC RM250 juta. Lihat, tiada siapa di dalam UMNO telah menafikan dakwaan bahawa dia menghasut rusuhan kaum kerana ini adalah apa yang kedua-dua kumpulan dalam UMNO mahu. UMNO akan mencuba setiap peluang untuk menggunakan apa-apa pertikaian antara rakyat di negara ini sebagai isu perkauman dan menjadikan ia rusuhan kaum .

Adakah Najib juga yakin rusuhan kaum boleh memberi kelebihan kepadanya?

Malah Najib juga mengetahui bahawa rusuhan kaum boleh memberi kelebihan kepadanya kerana dia yakin bahawa dia akan berjaya menguruskan kejadian ini seperti bapanya lakukan pada tahun 1969.

Kumpulan anti-Najib juga mempertimbangkan ini sebagai kelebihan bagi mereka dan akan meletakkan semua kesalahan kepada Najib dan menggunakannya untuk memaksa kejatuhannya. Maka Muhyiddin telah cepat menjauhkan dirinya daripada insiden di Sungai Petani yang hanya merupakan pergaduhan antara dua kumpulan gangster di mana blogger UMNO telah cuba untuk menjadi ia satu rusuhan kaum. Tetapi adakah Muhyiddin boleh dipercayai apabila beliau telah mengisytiharkan dirinya ‘ pertama Melayu, dan kedua rakyat Malaysia’?PDRM

Walaupun imej PDRM sekarang ini sangat negatif gara-gara telatah bekas Ketuanya, masih terdapat ramai pegawai-pegawai kanan yang berdedikasi untuk memastikan keamanan dan keharmonian di negara ini seperti yang dapat dilihat di mana beberapa bekas pegawai tinggi polis menyertai pembangkang dan berterusan mendedahkan kepincangan di dalam PDRM seperti  Mohamad Zain dan Ramli Yusoff. PDRM telah mengingatkan orang ramai agar tidak mempercayai khabar angin yang tidak wajar mengenai rusuhan kaum.

Malah PDRM masih di barisan hadapan dalam memastikan keselamatan di dalam negara dengan membocorkan  maklumat yang relevan kepada media dan pembangkang dan adakalanya menyembunyikan maklumat tertentu daripada pengetahuan Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin.

Rakyat tidak sebodoh yang UMNO anggap.

UMNO perlu memikirkan cara lain untuk mencapai agenda masing-masing di dalam UMNO  dan TIDAK, rusuhan kaum tidak akan dapat mencapai matlamat UMNO ini. Rakyat telah lebih matang dan UMNOlah yang masih di takuk lama di dalam pemikiran dan tindak-tanduknya.

Mungkin puak dalam UMNO harus cuba sekali  lagi ulangan untuk memecahkan UMNO dan segera mendaftar membentuk UMNO terbaru secepat mungkin.  Kumpulan yang terlambat  boleh membentuk satu lagi parti kecil atau menyertai KITA.

Mungkin sekarang ini Najib sedang merancang, kerana dia telah mengisytiharkan bahawa dia adalah sangat popular, dengan ramai penyokong dan rakyat Malaysia sukakan beliau serta isteri, Rosmah.

Ya Najib kalau anda yakin bahawa  anda diterima rakyat dan penyokong anda serta semua ahli UMNO,mengapa tidak pecahkan UMNO, cantas  mereka yang tidak meyokong anda  dan cepat bentuk UMNO baru yang terkini!


<unofficialversion>

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails