Hadiah paling istimewa untuk gerombolan Haji Najib Penyamun Al Tarbusi supaya tidak terus merompak harta negara macam harta mak bapak mereka sendiri.
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mengumumkan penubuhan pusat pendedah maklumat bagi mendedahkan lebih banyak "skandal besar" yang didakwa cuba dilindungi badan berkepentingan awam.
Badan itu yang dikenali sebagai Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Negara (NOW) sudah didaftarkan dan akan beroperasi dari Sungai Besi dekat ibu negara.
"Menyedari bahawa tanggungjawab melindungi pemberi maklumat dan menjaga kebajikan mereka tidak akan dipikul oleh kerajaan, saya merasa terpanggil untuk bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan sedia ada dan seluruh masyarakat untuk menubuhkan sebuah badan khusus untuk melindungi dan menjaga kebajikan pemberi maklumat," katanya.
Menurut Rafizi, pusat itu antara lain ditubuhkan dengan matlamat berikut:
(1) Berfungsi sebagai badan pemantau yang menilai secara berkala prestasi urus tadbir, tata kelola dan ketelusan kerajaan dan agensinya (termasuk syarikat berkaitan kerajaan);
(2) Melindungi dan menjaga kebajikan pendedah maklumat melalui Dana Perlindungan Pemberi Maklumat yang akan menanggung kos guaman, kos hilang sara diri dan lain-lain;
(3) Menjalankan program kesedaran untuk menggalakkan lebih ramai pendedah maklumat tampil ke hadapan; dan
(4) Melatih lebih ramai aktivis yang berkemahiran menganalisa skandal dan melakukan pendedahan.
'Akta diragui masyarakat'
Ia juga, kata Rafizi akan berfungsi untuk membantu pendedah maklumat yang bukan sahaja tidak dibantu malah didakwa diburu kerajaan.
Katanya, ia bertujuan mematikan budaya baru menggalakkan pendedah maklumat tampil ke hadapan.
"Akta Perlindungan Pemberi Maklumatyang digubal langsung tidak berkesan malah diragui rakyat," kata Rafizi.
Pelancarannya akan dilakukan pada 30 Ogos ini - sehari sebelum Hari Kebangsaan untuk melambangkan kebebasan baru rakyat Malaysia.
Rafizi turut mengalu-alukan sumbangan orang ramai kepada pusat itu.
Post a Comment