Bongkar!! Bukti Najib Dan George Kent Berbohong
Posted by Unknown on 6:30 PM in Najib Pembohong Najib Rasuah Skandal Projek LRT George Kent Umno Rasuah | Comments : 0
KUALA LUMPUR 3 Ogos: Pembohongan Pengarah Eksekutif George Kent, Cheong Thiam Fook mengenai kelayakannya memenangi bidaan kontrak penyambungan LRT Ampang didalangi Perdana Menteri, kata Rafizi Ramli.
Membidas pembohongan ini, Pengarah Strategi KEADILAN itu ada bukti konsortium tersebut gagal memperoleh bidaan sekaligus menghina proses berkenaan dan perolehan negara.
“Pembohongan George Kent (mengatakan) beliau lulus semua penilaian dan mematuhi syarat-syarat menghina semua proses dan prosedur yang digunapakai di dalam sistem perolehan negara. Ia juga membayangkan bahawa proses dan prosedur ini tidak berfungsi dan berkesan sehingga langsung tidak dihormati oleh pembida.
“Saya yakin kebongkakan George Kent ini berpunca dari sokongan padu (Datuk Seri) Najib (Razak) kepada syarikat itu. George Kent tahu mereka kini sudah kebal dari undang-undang kerana dilindungi sepenuhnya oleh Perdana Menteri, sebab itulah mereka tidak segan silu berbohong walaupun ada fakta dan bukti yang sahih,” katanya pada kenyataan.
Cheong sebelum ini berbohong mengatakan konsortium berkenaan memenangi bidaan itu kerana lulus penilaian kewangan dan semua syarat serta mematuhi kontrak.
“Bidaan oleh George Kent dibuat melalui Konsortium George Kent-Lion Pacific yang turut melibatkan syarikat-syarikat Wijet dan Thales dari luar negara. Bidaan ini dilabelkan sebagai bidaan tiga dari lapan pembida (3/8).
“Ringkasan penilaian keseluruhan bidaan jelas menunjukkan bahawa Konsortium George Kent hanya mendapat markah 8.7 daripada 30 markah keseluruhan bagi penilaian kewangan. Oleh itu, Prasarana (Negara Berhad) memutuskan George Kent gagal dalam penilaian kewangan.
“Malah George Kent juga tidak mematuhi syarat-syarat kontrak termasuk membuat permohonan agar beberapa syarat seperti “bayaran ganti rugi kerosakan akibat gangguan” disemak kembali,” jelas Rafizi.
Syarikat George Kent lemah, tercorot
Mengulas lanjut, Rafizi berkata, adalah mustahil anugerah itu berjaya diperolehi George Kent kerana konsortium tersebut berada di tempat ketiga tercorot daripada segi teknikal.
“Markah teknikal 38.62 dari 70 markah keseluruhan, George Kent berada di tempat ketiga tercorot dalam penilaian teknikal. Dalam laporan penuhnya, Perunding Halcrow menyatakan tidak yakin George Kent boleh melaksanakan projek itu.
“Kesemua fakta ini adalah fakta yang sah dan diangkat ke peringkat tertinggi Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan yang dipengerusikan Najib sendiri. Saya telah disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi kerana mendedahkan dokumen yang sah ini,” terang Rafizi.
Tambah Rafizi, adalah membimbangkan apabila George Kent bersikap ‘besar kepala’ apabila berani membuat kenyataan sehingga membelakangi Kumpulan Prasarana.
“(Ia) Membayangkan ‘lesen besar’ dipunyai George Kent untuk membuat kenyataan yang sewenang-wenangnya membelakangkan keputusan Kumpulan Prasarana.
“Ini menimbulkan persoalan di manakah kemampuan Prasarana kelak untuk memantau dan memastikan George Kent akan mematuhi semua syarat dan jadual kerja seperti yang dipersetujui,” katanya.
Oleh Norutul Ilham
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Post a Comment