Mamak Umno Pulau Pinang 'Frust Menonggeng'
Posted by Unknown on 7:52 PM in Gerakan Mamak Pulau Pinang Umno/APCO | Comments : 1
Pulau Pinang - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pelantikan setiausaha GERAKAN Teng Chang Yeow sebagai pengerusi BN Pulau Pinang.
Najib mengumumkan demikian ketika melancarkan jentera pilihan raya BN Pulau Pinang di Jawi Golf Club, Nibong Tebal.
Najib yang juga pengerusi BN kebangsaan menggesa semua pihak dalam parti itu supaya menerima pelantikan Teng.
Beliau juga berharap pelantikan itu akan mewujudkan "transformasi" dalam kepemimpinan BN.
Ketika dihubungi, Teng mengesahkan pengumuman itu namun akan hanya memberi ulasan selepas ini.
Malaysiakini pada November lalu mengumumkan bahawa Najib memutuskan untuk melantik Teng untuk mengetuai BN Pulau Pinang.
Keputusan itu timbul ekoran pengumuman presiden GERAKAN Tan Sr Dr Koh Tsu Koon untuk tidak lagi bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.
Terdahulu, Najib tiba di Lapangan Terbang Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Butterworth pagi ini dalam rangka lawatan kerja seharinya ke Pulau Pinang.
Atur cara lawatan Najib ke negeri ini antara lainnya bagi mengadakan perjumpaan dengan lebih 5,000 anggota jentera pilihan raya komponen BN Pulau Pinang di Bukit Jawi Golf Club di Nibong Tebal.
Beliau juga dijadual menghadiri kenduri rakyat 1Malaysia di Kampung Simpang Tiga dan menghadiri majlis perjumpaan bersama NGO India, Cina, pensyarah, pemimpin pelajar dan pelajar Universiti Sains Malaysia.
Oleh: Susan Loone
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
actually umno is a weak party in penang
ReplyDelete