BREAKING NEWS

Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah



Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah (Part 1)

Satu situasi yang saya ingin kongsikan dan kita fikirkan bersama. Telah menjadi lumrah dalam kehidupan kita jika seseorang penjenayah yang benar-benar telah melakukan jenayah seperti membunuh, merompak atau mengedar dadah akan berasa takut untuk berhadapan dengan polis walaupun berselisihan dengan secara tidak sengaja.

Malahan dengan sedaya upaya untuk mengelak dan melarikan diri dari polis kerana takut akan ditangkap, dipenjarakan dan dihukum. Lebih-lebih lagi memang terdapat bukti yang kukuh. Subjeknya penjenayah takut dengan polis.

Sekarang pula kerajaan BN amat takut dengan perhimpunan BERSIH 2.0 yang telah berlangsung baru-baru ini. Tujuan dan motif perhimpunan ini diadakan adalah untuk menuntut piliharaya di Malaysia dijalankan secara bersih.

Sebelum perhimpunan dilansungkan, pelbagai propaganda telah dilemparkan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi BN. Antaranya isu perkauman yang merendahkan martabat orang melayu dengan menyatakan bahawa orang melayu sahaja yang suka berdemo.

Hakikatnya semua kaum Malaysiaku yang menyertai perhimpunan tersebut. Semua jalan masuk ke pusat bandaraya Kuala Lumpur pula ditutup. Seolah-olah telah berlaku darurat secara tidak perasan. Hasilnya perhimpunan tersebut tetap disambut hangat oleh warga kota.

Namun apa yang dilaporkan oleh akhbar harian Malaysia amat jauh berbeza pada realiti sebenar. Keganasan peserta perhimpunan tersebut akan menyebabkan kecederaan, kerosakan hartabenda awam dan merugikan para peniaga.

Kenyataannya ialah pihak polis yang telah bertindak ganas sehingga menyebabkan kematian kepada peserta perhimpunan BERSIH tersebut. Dalam berita media perdana telah menemuramah beberapa peniaga yang telah mengalami kerugian hasil dari perhimpunan tersebut.

Tetapi yang telah ditemuramah adalah pendatang asing. Adakah terdapat peniaga yang berwarganegara Malaysiaku di sekitar tempat kejadian (kedai pakaian dan jamu Jalan Tunku Abdul Rahman) tempoh hari?

Persoalannya mengapa kerajaan BN mesti takut jika memang pilihanraya di Malaysia dijalankan dengan telus dan bersih? Jika benar bersih, kenapa kerajaan BN bertindak sedemikian?

Sekurang-kurangnya membenarkan peserta bebas berhimpun di Dataran Merdeka ataupun di Stadium Merdeka. Itupun andai benar-benar bersih. Andai tidak bersalah seperti cerita penjenayah diatas, mengapa takut sehingga bertindak sedemikian rupa dalam mendukung demokrasi? Subjek kali ini ialah kerajaan BN takut kepada perhimpunan BERSIH.

Perdana Menteri telah berkata bahawa tidak perlu berdemostransi atau mengadakan perhimpunan sedemikian untuk menyampaikan permintaan atau suara rakyat. Dalam era teknologi maklumat, rakyat seharusnya mengunakan kemudahan internet untuk menyampaikan rasa tidak puas hati atau permintaan.

Ini telah dipetik dari kata-kata beliau di media perdana serta akhbar harian tempatan pada sehari selepas perhimpunan BERSIH dilansungkan. Maka sebuah laman facebook yang bertajuk “100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation” telah dilaksanakan pada masa yang sama.

Dalam tempoh hanya 48 jam, laman tersebut telah mencapai lebih 100,000 sokongan dalam usaha hanya untuk mendapatkan 100,000 sokongan sahaja. Secara tidak lansung, rakyat telah menyahut cabaran beliau dan saya percaya beliau juga telah maklum dengan hasil yang diperolehi daripada laman facebook tersebut.

Tetapi apa reaksi dan tindakan beliau sekarang?

Sedangkan rakyat telah menyahut cara seperti yang beliau sarankan. Beliau tidak ambil peduli lansung dan telah pergi melawat ke luar negara. Agenda rakyat telah diketepikan tanpa perasaan.

Jadi dengan cara apa lagi untuk rakyat dapat menyampaikan rasa dan suara tidak puas hati setelah perhimpunan BERSIH dan melalui internet tidak diambil peduli? Adakah kerajaan BN sangat takut sekiranya apabila tumbang di pilihanraya akan datang, segala penyelewengan yang para menteri telah lakukan akan terbongkar?

Seperti yang pernah berlaku kepada kerajaan BN Selangor sebelum ini? Berani kerana benar, takut kerana salah. Nyatakan apa pendirian Perdana Menteri setelah rakyat bersuara melalui perhimpunan BERSIH yang dikatakan haram dan laman facebook “100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation” yang dikatakan halal oleh beliau sendiri.

Jangan tipu, tipu-tipu rakyat lagi!
 SUMBER






Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah (Part 2)

KUALA LUMPUR: Pengusiran Bourdon membuktikan ada sesuatu yang disembunyikan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.
“Kita tahu polis Perancis sudah memperoleh sejumlah banyak dokumen penting, mengaitkan (Datuk Seri) Najib Razak, Perdana Menteri kita yang ‘dicintai’. Sebab itu tindakan tidak munasabah diambil (mengusir Bourdon).
“Saya fikir, kerana kerajaan mengusir beliau dengan cara yang tidak baik, ia membantu perjuangan kita. Ini semua ujian. Saya lihat apa yang berlaku sebelum 9 Julai hingga kini satu ujian kepada pentadbiran Najib,” katanya dipetik Malaysiakini, yang terkilan kerana tidak berpeluang bersemuka dengan peguam hak asasi tersohor itu.
Seorang lagi Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, tahanan ke atas Bourdon mengimbas semula ingatannya terhadap apa yang terjadi kepada bintang Hollywood Malaysia, Datuk Michelle Yeoh yang disenarai hitam oleh junta tentera Myanmar kerana berlakon sebagai pejuang pro-demokrasi negara Aung San Suu Kyi dalam satu filem.
“Sedih saya katakan, tindakan (kerajaan Malaysia) ini membawa kita ke tahap seperti Burma,” katanya.
Kartunis Zunar pula mempersoalkan mengapa Bourdon dilarang masuk ke negara ini untuk bercakap mengenai kebenaran sedangkan Najib pula bebas ke luar negara menyampaikan maklumat tidak tepat.
“Mengapa Bourdon tidak boleh ke mari dan memberitahu kita perkara yang sebenarnya, sedangkan Perdana Menteri kita boleh ke luar negara menyebarkan pembohongan?” soalnya.
Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel menceritakan betapa cara penahanan dan pengusiran yang didakwanya tidak beretika oleh Jabatan Imigresen.
Beliau yang mengiringi Bourdon turut mendedahkan Bourdon dipaksa menandatangani satu kenyataan dalam bahasa Malaysia yang tidak difahaminya.
Malah, katanya, Bourdon turut ‘diundang’ untuk ditahan di KLIA selama tiga hari kerana dijadualkan balik ke Perancis pada Ahad ini namun ditolak Bourdon yang menggunakan wang sendiri membeli tiket baru untuk pulang ke Perancis jam 11.50 malam semalam.
“Bolehkah anda bayangkan? Pihak berkuasa Malaysia menangkap personaliti Perancis yang dikenali di serata dunia ini selama tiga hari,” katanya.
Mereka berkata demikian pada majlis makan malam di Dewan Sivik Petaling Jaya, malam semalam bagi mengutip derma bagi perbicaraan kes ‘Scorpene’ di Paris, September ini.
Kira-kira 500 orang hadir bagi membuktikan solidariti mereka kepada peguam berusia 55 tahun yang diupah oleh Suaram dan NGO hak asasi manusia yang lain.
Kes kapal selam Scorpene telah difailkan oleh Suaram pada tahun lalu melalui Bourdon dan pasukannya.
Mereka percaya firma pertahanan Perancis DCNS membayar RM540 juta sebagai komisyen kepada syarikat Perimekar dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu. Bayaran komisyen kepada pegawai dan pemimpin kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.
Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamanya adalah isteri Abdul Razak Baginda.
Abdul Razak pula adalah rakan rapat Najib dan pembantunya itu didakwa terbabit dengan pembunuhan penterjemah warga Mongolia Altantuya Shariibuu tetapi kemudiannya dibebaskan oleh mahkamah.
SUMBER

98% Rakyat Malaysia Bakal Beralih Kepada Media Baru Dan Laman Sosial


KUALA LUMPUR: Kira-kira 98 peratus daripada 26 juta penduduk negara ini akan beralih kepada sumber media baru dan laman sosial seperti blog, Facebook serta Twitter sebelum November tahun ini.
Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah berkata, jumlah itu tidak mustahil dicapai kerana saluran media baru merupakan landasan paling berpengaruh yangberupaya melakukan perubahan sosial di negara ini.
"Perkara itu bukan mitos tetapi realiti. Saluran media baru berjaya mencetuskan revolusi sosial di Mesir, Tunisia, Amenia dan Ukraine.
"Kini media mempunyai kuasa sepenuhnya malah ia begitu kompleks dan boleh menyebarkan maklumat kepada sesiapa saja setiap saat. Perkara itu turut diakui kebanyakan ahli falsafah," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ceramah bertajuk 'Nations On Fire: ThePower Of New Media di sini, Khamis.



 
Menurut beliau, peralihan tersebut turut didorong oleh beberapa faktor seperti rakyat mahukan ruang untuk berkongsi pendapat dan terlibat dalam sesuatu perkara kerana dunia sekarang bersifat terbuka.
Sehubungan itu, Abu Hassan menggesa media konvensional supaya berubah daripada bersifat primitif dalam menyampaikan maklumat kepada lebih interaktif, terbuka dan menekankan kepelbagaian.
"Kita perlu menerima perubahan ini. Kita sudah memasuki era perundingan... media moden mesti mengamalkan kepelbagaian.
"Stesen radio sudah melalui proses perubahan ini. Pelbagai topik turut dibincangkan oleh penyampai radio. Mereka akan berinteraksi secara interaktif bersama pendengar menerusi telefon," jelasnya.
Katanya, jika kita tidak melakukan perubahan dari segi politik, ekonomi dan tingkah laku sosial, saluran media baru akan digunakan untuk merencanakan perubahan.
"Oleh itu, kita perlu menerima Internet sebagai peradaban manusia yang positif. Kita perlu berkongsi emosi, karakter, teknologi sains dan menerima kehadiran media baru," ujarnya.
Berdasarkan penelitiannya, beliau percaya kira-kira 92 peratus wartawan di negara ini berkhidmat bersama media konvensional berbanding saluran media baru.
"Kita mempunyai sebilangan besar para wartawan dari media konvensional. Saya yakin anda merujuk kepada Internet kerana ia dapat menjimatkan masa, ruang dan kos.
"Orang pertama yang menyebarkan maklumat akan dapat menguasai dunia. Saya pasti media konvensional tidak dapat mengatasinya kerana perlu melalui proses cetakan dan edaran," katanya.
Sementara itu, beliau mencadangkan supaya media konvensional bekerjasama dengan media baru dalam menyediakan lebih banyak ruanguntuk bersuara dan tidak membataskan hubungan dengan sesiapa saja.
"Media konvensional tidak seharusnya menjadi alat propaganda kepada sesiapa saja. Jika ingin bersaing dengan media baru, media konvensional perlu bersikap lebih terbuka dalam penyampaian berita,"ujarnya.
SUMBER

Sah!! PDRM Gunakan Gas Pemedih Mata Jenis CS Yang Digunakan Oleh Tentera Israel


KUALA LUMPUR: Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya mempertahankan kenyataannya bahawa polis menggunakan gas pemedih mata yang sama digunakan tentera Israel dalam memerangi rakyat Palestin.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar yang menafikan laporan KeadilanDaily bahawa polis menggunakan gas pemedih mata yang sama ketika perhimpunan aman 9 Julai lepas.
Gas pemedih mata jenis CS itu, atau nama saintifiknya 2-chlorobenzalmalononitrile, dikatakan mampu mengakibatkan kerosakan sistem  saraf, kecederaan pada mata, paru-paru dan penyakit kulit, malah pernah menyebabkan kematian kepada penduduk Palestin.
Menurut Latheefa, pihak polis tidak perlu menafikan dakwaan itu kerana pihaknya memiliki bukti kanister gas berkenaan.
Kanister itu, katanya, dikeluarkan syarikat  Federal Laboratories yang berpengkalan di Amerika Syarikat.
“Kita sememangnya dapat dan ada kanister itu. Ini bukan kali pertama (ia berlaku). Yang saya dapat satu, masih panas sewaktu dikutip, tertulis Federal Laboratories,” katanya.
Berdasarkan kajian yang dilakukan, Latheefa menegaskan, Federal Laboratories adalah pembekal utama gas pemedih mata kepada askar Israel, yang digunakan untuk memerangi rakyat Palestin.
“Jadi, apabila polis menggunakan gas pemedih mata yang sama, adakah mereka menganggap mereka itu tentera Israel dan kita rakyat biasa sebagai musuh?” kata Latheefa.





Beliau seterusnya meminta orang ramai tidak terkeliru di antara gas pemedih mata jenis CS, dengan syarikat Combined Systems yang turut mengeluarkan gas pemedih mata yang sama.
“CS adalah nama gas, nama (singkatan) saintifik gas itu. Kita jangan keliru dengan Combined Systems yang juga merupakan nama syarikat yang turut sama mengelurkan gas pemedih mata CS,” kata Latheefa.
Keadilandaily sebelum ini melaporkan kanister berkenaan dikeluarkan syarikat Combined System Inc.
Bagaimanapun, Latheefa berkata, kanister model 560 CS itu dikeluarkan Federal Laboratories dan nama syarikat berkenaan juga tertera pada kanister yang diperoleh beliau.
Pada masa sama, Keadilan daily mendapati satu lagi jenis kanister model ALS5727 dikeluarkan oleh sebuah syarikat ALS Technologies Inc, turut digunakan ketika menyuraikan peserta himpunan Bersih 2.0.
Kedua-dua model kanister berkenaan- iaitu dari Federal Laboratories dan ALS Technologies Inc- mengeluarkan jenis gas CS yang boleh membahayakan nyawa manusia.
SUMBER

Kerajaan 1Malaysia Sanggup Membunuh Dan Mencederakan Rakyat Sendiri

 
Kami rakyat Malaysia yang berada di New Zealand pada masa ini berasa amat terkejut dengan cara Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia serta  barisan Kabinetnya menangani isu BERSIH pada 9 Julai yang lalu. Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara dan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan ugama kami dengan ini membantah sekeras-kerasnya cara Kerajaan Malaysia berhadapan dengan isu BERSIH. Kami sedih mendengar Kerajaan Malaysia yang sanggup membunuh dan mencederakan rakyatnya sendiri. Kami membantah perbuatan kejam ini kerana kami sayang negara dan seluruh rakyat Malaysia.

Ramai rakyat New Zealand yang menumpang marah kepada YAB Perdana Menteri serta barisan Menteri Kabinet kerana memberi arahan kepada Polis untuk melakukan perbuatan kejam terhadap rakyat sendiri. Imej baik Malaysia di luar negara kini merosot teruk akibat tindakan kejam YAB Perdana Menteri, Kabinet dan Polis Malaysia. Betapa ruginya rakyat Malaysia kerana mempunyai Perdana Menteri dan barisan Kabinet yang tidak sayangkan rakyat sendiri. Mereka hanya sayang rakyat pada waktu pilihanraya sahaja. Jelas sekali sayang palsu yang dibuat-buat hanya untuk memenangi pilihanraya. Selepas mendapat kuasa mereka membunuh dan mencederakan rakyat yang telah memberi mereka kuasa.

YAB Perdana Menteri, Kabinet dan Polis tidak perlu berperang dengan rakyat sendiri. Mereka tidak perlu menggunakan belantan atau gas pemedih mata atau water canon. Mereka tidak perlu menggunakan air berasid atau penumbuk atau penampar terhadap rakyat. Mereka hanya perlu sekeping hati bersih yang dilimpahi perasaan kasih sayang terhadap rakyat. Hati yang bersih akan memimpin fikiran dan seluruh anggota untuk bertindak secara waras dan bukan bertindak kejam. Tugas kami sebagai rakyat Malaysia ialah menashat YAB Perdana Menteri Malaysia, Kabinet dan Polis supaya menunjukkan sifat kasih sayang terhadap rakyat Malaysia.

Kasih sayang tidak boleh dibina di atas darah yang mengalir. Kasih sayang tidak boleh dibina di atas pembunuhan rakyat. Kasih sayang tidak boleh dibina di atas kecederaan rakyat. Kasih sayang tidak boleh dibina di atas kesakitan rakyat. Hanya kebencian dan dendam sahaja yang ada. Betapa ruginya YAB Perdana Menteri Malaysia kerana membeli kebencian dan menjual kasih sayang. Mungkin nasihat ini sudah terlambat untuk YAB Perdana Menteri Malaysia dan barisan Kabinetnya kerana terlanjur perahu boleh diundur tapi kalau terlanjur perbuatan amat buruk padahnya.

Sebelum ini kami rakyat Malaysia di New Zealand berasa tidak perlu memberi nasihat kepada YAB Perdana Menteri dan Kabinet yang mewakili kerajaan Malaysia kerana kerajaan Malaysia nampaknya mahu melakukan perubahan positif demi kemajuan Malaysia. Namun begitu cara kerajaan Malaysia menangani isu BERSIH amat memalukan kami sebagai rakyat Malaysia yang berada di luar negara. Kerajaan Malaysia adalah wakil kami dan cermin kami walau pun di pelusuk dunia mana kami berada. Jadi setiap salah laku kerajaan akan memberi kesan negatif pada kami sebagai rakyat Malaysia di luar negara. Membunuh dan mencederakan rakyat sendiri adalah amat memalukan.
Oleh: Abaidullah
Gabungan Rakyat Malaysia New Zealand

Blogger Sharpshooter Akan Terus Lawan Bekas Majikan ROBEKNGAH


KUALA LUMPUR, 20 Julai — Amizudin Ahmat yang semalam diarah membayar Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim RM400,000 berhubung satu artikel berkaitan dakwaan merogol pembantu rumah Indonesia berkata, beliau tidak terkejut dengan keputusan itu, sebaliknya menegaskan akan “terus lawan.”
“Saya akan terus lawan. Saya akan meneruskan perjuangan... akan membuat rayuan,” kata Amizudin ketika dihubungi The Malaysian Insider malam tadi.
“Sebenarnya saya tidak terkejut dengan keputusan ini... jumlah RM400,000 yang diarah dibayar pak menteri (kepada Rais),” kata beliau.
Pengendali laman sharpshooterblogger.blogspot.com ini menambah, keputusan mahkamah mengarahkannya membayar RM400,000 juga tidak akan menghalangnya daripada terus menyiarkan tulisan-tulisan kritikal mengenai pemimpin-pemimpin kerajaan.
“Saya akan terus menulis. Tindakan pak menteri hanya mahu menakut-nakutkan blogger Pakatan Rakyat, saya tidak akan patah semangat,” katanya lagi.
The Malaysian Insider difahamkan beliau sudah berbincang dengan peguamnya untuk membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah semalam.
Rayuan dijangka difailka hari ini ataupun esok.
Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Amizudin membayar ganti rugi RM300,000 kepada Rais. Selain itu, mahkamah juga memerintahkan Amizudin membayar kos RM100,000 kepada Rais.
Pada 1 Januari lalu, Rais memfailkan saman terhadap Amizudin, 42, yang juga ahli jawatankuasa Angkatan Muda PKR, berhubung artikel yang disiarkan dalam blognya pada atau sekitar 28 Disember lalu.
Rais diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan Azad Bashir manakala Amizudin diwakili peguam William Leong.
Dalam komen disiarkan di blognya, Amizudin berkata, “sebenarnya kalah sebab gagal bawa saksi Migrant Care dan Robengah ke mahkamah dan semua tahu bahawa laporan yang menuduh pak menteri rogol itu adalah laporan tiga muka surat Migrant Care.”
“‘Sharpshooter’ diberi pilihan sebelum perbicaraan pada Isnin 4 Julai 2011 lalu untuk mohon maaf secara terbuka kepada Rais Yatim, namun ‘sharpshooter’ tolak pilihan tersebut kerana sudah pasti jika ‘sharpshooter’ mohon maaf secara terbuka... akan ada tuduhan ‘berapa ribu sharpshooter terima duit daripada Rais Yatim untuk minta maaf’.”
“Walau bagaimanapun ‘sharpshooter’ akan keluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat setelah berbincang dengan peguam di Pulau Pinang. Lawan tetap lawan,” katanya.
Menurut laporan media semalam, dalam penghakimannya, Hakim Zabariah Mohd Yusof berkata, setelah mengambil kira fakta dan bentuk fitnah yang dilakukan oleh Amizudin dalam blognya dan juga nilai wang semasa, jumlah yang diberikan kepada Rais adalah munasabah.
Katanya, fitnah yang dibuat itu adalah sangat serius, dan jika seseorang itu mempercayainya, bukan sahaja reputasi Rais akan terjejas di peringkat nasional dan antarabangsa, tetapi yang lebih penting ialah kesannya terhadap kehidupan Rais dan keluarga.
Zabariah berkata bahawa dalam menetapkan jumlah ganti rugi itu, mahkamah mendapati tidak ada keterangan yang boleh mengaitkan Rais dengan perbuatan salah laku sehingga mendorong Amizudin mengeluarkan artikel berkenaan.
“Apa yang jelas ialah defendan ini berada dalam kem politik yang berlainan,” katanya dipetik Bernama Online.
Beliau berkata fitnah itu melibatkan perbuatan merogol seorang individu dari negara lain dan ini merupakan satu tuduhan paling kotor yang dibuat terhadap seseorang.
Malah menurut Zabariah, tuduhan itu juga tidak sihat daripada segi hubungan diplomatik dan ia menambah lagi kemarahan negara jiran itu memandangkan terdapat kes-kes warga negara berkenaan didera ketika bekerja sebagai pembantu rumah di negara ini.
Katanya artikel itu diterbitkan dalam satu laman blog yang dapat diakses oleh sesiapa saja termasuk di luar negara.
Zabariah berkata bahawa daripada keterangan yang ada, perbuatan Amizudin mengeluarkan artikel itu dahulu sebelum memastikan kesahihannya, merupakan satu tindakan yang cuai.
“Ini jelas daripada keterangannya bahawa dia telah pergi ke Jakarta untuk menyiasat hanya selepas dia mengeluarkan artikel itu dalam blognya. Dia berada di sana selama tiga hari dan gagal mendapatkan pengesahan terhadap dakwaannya itu daripada wanita yang dikatakan mangsa,” katanya.
Selepas itu Amizudin tidak lagi mengambil apa-apa tindakan dan ini menunjukkan bahawa dia tidak kisah tentang kesahihan artikelnya terhadap Rais, kata Zabariah lagi.[TMI]

Pengerusi SPR Tangkap 'CINTAN' Dengan Puteri UMNO


Saya ingin merujuk terus tulisan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia, akhbar Kumpulan Utusan yang mendakwa bawa kepimpinan BERSIH 2.0 adalah “tidak benar-benar ikhlas” dan mendakwa mereka didalangi parti politik.

azlanBeliau turut mendakwa bahawa himpunan aman BERSIH pada 9hb Julai lalu sebagai 'perhimpunan haram' dan “mempunyai maksud lain di sebalik perhimpunan itu.”

Logik yang beliau pakai adalah “Penganjur BERSIH mendakwa mereka berkecuali. Tetapi daripada apa yang dilihat sama ada gambar-gambar dan kenyataan parti-parti politik pembangkang, penganjur BERSIH sudah memihak dengan jelasnya kepada pembangkang.

“Kita semua nampak mereka turun padang bersama-sama pemimpin-pemimpin parti politik seperti Anwar Ibrahim, Haji Hadi Awang dan banyak lagi... Jadi, sekarang sudah jelas BERSIH didalangi atau diperalatkan. Mereka bersekongkol dengan parti politik.”

Bagi saya hujah yang digunapakai oleh Abdul Aziz adalah amat dangkal serta menjelaskan lagi kepada umum bahawa SPR adalah tidak bebas, tidak telus dan memihak. Siapa sebenarnya yang didalangi atau diperalatkan?

NONEDan siapakah sebenarnya yang telah bersekongkol dengan parti politik? BERSIH atau SPR? Persoalan besar yang sepatutnya dijawab oleh beliau bukannya soal pimpinan BERSIH dilihat bersama pembangkang atau tidak.
Memesongkan fakta

Persoalan besar adalah soal ketelusan dan keadilan dalam prosess pilihan raya dan demokrasi di negara kita!

Dalam hal in beliau tidak menjawab persoalan pokok yang telah dikemukakan oleh BERSIH 2.0 dan seolah-olah cuba memesongkan fakta dengan meletakkan kesalahan kepada parti pembangkang di negara kita.

Isu besar yang seharusnya diperbincangkan secara rasional dan terbuka adalah lapan tuntutan asas BERSIH yang sememangnya telah sejak sekian lama diperjuangkan oleh pimpinan pembangkang di negara kita.

NONEApakah Abdul Aziz tidak peka dengan keraguan yang kian memuncak dari kalangan banyak pihak terhadap peranan SPR apakan ia benar-benar menjalankan tugas mereka secara 'telus, beramanah serta adil' dalam mengendalikan pilihan raya di negara kita?

Keraguan rakyat umum ini berlaku apabila SPR dilihat gagal menjalankan tugas mengendalikan pilihan raya secara adil, beramanah dan telus. Malahan lebih parah lagi SPR dilihat telah memihak dan menjadi alat serta 'kuda tunggangan' Umno-BN.

azlanSelain daripada lapan tuntutan asas BERSIH, bakyak lagi persoalan besar yang seharusnya di jawab oleh pihak SPR sendiri. Pengalaman pembangkang pasca pilihan raya umum ke-10 pada tahun 1999 apabila Umno mngalami kemerosotan teruk dalam pilihan raya tersebut patut menjadi pengajaran besar kepada ketelusan SPR sendiri.

Tan Sri Abdul Aziz sepatut merujuk semula ratusan muksurat Hansard Parlimen yang membuktikan bagaimana isu persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dikemukakan di Parlimen pada waktu itu adalah semata-mata untuk memastikan kemenangan Umno/BN tanpa langsung mengambil kira peruntukan Peraturan dan Undang-undang persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Campurtangan Agong

SPR juga dilihat gagal menasihat kerajaan Umno/BN bagi mengemukakan penambahan kerusi Parlimen di negeri-negeri majoriti Melayu yang di anggap sebagai kubu kuat pembangkang seperti di Terengganu, Kelantan dan Kedah sedangkan penambahan kerusi ketara telah dilakukan di negeri Johor, Sarawak dan Sabah bagi menyelamatkan Umno/BN.

NONEBegitu juga dengan isu perlantikan 'pembantu tadbir SPR' yang mana pengerusi SPR sendiri telah mengeluarkan arahan bertulis agar melantik mereka dari kalangan anggota Puteri Umno.
Mujurlah pada saat itu saya sebagai ahli parlimen Kuala Terengganu bersama ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar telah dibekalkan surat arahan tersebut dan kami telah mendedahkan 'niat jahat' pengerusi SPR pada waktu itu.

Cuba Abdul Aziz rujuk kembali berapa kali kami dari pembangkang telah berdailog dan membuat bantahan kepada SPR? Arahan tersebut hanya ditarik balik oleh SPR apabila kami mengemukakan bantahan akhir melalui Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong.

Perancangan kotor ini telah mencemarkan lagi kredibiliti serta kedudukan SPR yang sememangnya layak digelar sebagai 'alat dan kuda tunggangan' Umno-BN.

indelible ink 020607Cadangan saya kepada Abdul Aziz adalah merujuk kembali empat tuntutan Bersih terutamanya 'penggunaan dakwat kekal' menjelang pilihan raya umum ke-12 yang lalu. Tidakkah Pengerusi SPR pada waktu itu cuba memperbodohkan seluruh rakyat Malaysia dengan menarik balik kewajipan celup jari bagi setiap pengundi dengan mengemukakan alasan 'keselamatan' dan 'ada dakwat palsu' yang telah ditemui.

Alasan ini terlalu dangkal dan tidak masuk akal? Hanya yang bodoh sahaja boleh percaya kepada alasan Pengerusi SPR itu.
Media berat sebelah

Begitu juga dengan persoalan 'akses media yang bebas dan adil'.

Apakah Tan Sri Aziz 'buta mata dan buta hati' apabila melihat saban hari media milik kerajaan seperti RTM dan Bernama tidak langsung memberi liputan positif dan ruang kepada pimpinan pembangkang di negara kita?

NONEApakah RTM dan Bernama sememangnya menjadi milik Umno/BN sehingga tidak ada langsung liputan yang seimbang dan adil untuk parti pembangkang? Yang nyata media perdana ini telah menjadi alat propaganda Umno/BN dan bukannya untuk mendidik rakyat Malaysia.

Ya, kalau beginilah taraf serta hujah seorang yang bergelar Pengerusi SPR yang sepatutnya di lihat telus, tidak memihak dan adil, maka cadangan saya adalah seeloknya SPR yang ada ini dibubarkan dan Pengerusi serta Timbalan Pengerusi SPR berhenti dan terus sahaja terjun dalam kancah politik partisan di negara kita.

Biarlah rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan ketelusan menjadi hakim kepada kepincangan yang terus menerus berlaku ini. Bak kata pepatah Melayu, bangkai gajah tidak mungkin disorok lagi.
Oleh: Dr Syed Azman Syed Ahmad
Penulis adalah penolong setiausaha agung, PAS

Gempar!! Pegawai Khas Menteri Belia Dan Sukan Ditangkap Polis..


Datuk Ahmad Shabery Cheek ada buat tuduhan kononnya:

“Itu sebabnya mereka menggunakan Bersih untuk mempertikaikan pengadil tentang kemungkinan kekalahan mereka,” kata Shabery ketika berucap membuka perhimpunan agung tahunan ke-12 Kelab Umno Luar Negara hari ini.

“Mereka akan kata sistem (pilihan raya) ada cacat (dan) penggadil (iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya) pula tidak betul,” kata beliau.
Tulang Besi mendapat satu laporan polis berkaitan dengan pemberian MyKad kepada pendatang asing dari Cambodia dan Myanmar.

Laporan Polis tersebut boleh dibaca di sini:

Photobucket


Sewaktu penangkapan ini berlaku, sebuah kereta berplet kerajaan juga telah ditahan. Gambar kereta tersebut:

Photobucket


Dalam kereta tersebut dijumpai banyak dokumen. Tapi yang jelas menarik perhatian adalah orang yang membawa kereta tersebut. Sila lihat sendiri:





Adakah Ahmad Shabery Chik juga terlibat dalam aktiviti menipu dalam pilihanraya?

Sumber

First Lady 'Rosmoh Puaka' Terpilih Menjadi Duta Produk Mewah Jacob & Co

Sejak kali pertama sebahagian bukti mengenai belian RM24.45 j itu didedahkan bukan sedikit puak-puak pengampu Imelda Rosmah muncul untuk membuat pembelaan.

Antara pembelaan 'segera' yang dihamburkan ialah
  • Gambar screen komputer itu kononya palsu dan dah diubah suai
  • A. Krishnan tidak wujud
  • Tidak ada belian semahal RM24.45 j
 

Namun apabila SAMM tampil membuat laporan SPRM dan SPRM bertindak dengan 'menahan' individu yang namanya terdapat dalam sistem komputer tersebut, ini telah membuktikan bahawa pendedahan itu bukan palsu. Maka 'pengampu' terpaksa memasuki episod baru membuat pembelaan mengampu untuk membuktikan mereka membuat kerja.

Kita juga harus faham bukan sedikit yang dilaburkan oleh regim atau bagi pihak regim dalam memenangi perang cyber ini.

SPRM telah menahan A.Krishnan dan siasatan berkisar kepada bagaimana belian tersebut boleh dibawa masuk dengan cukai 'RM0' sahaja. Nampak sangat SPRM tidak membuat kerja rumah dengan betul. Memang menurut undang - undang yang telah dipinda oleh Najib dalam membentangkan belanjawan belian, perhiasan serta pakaian (termasuk yang mewah) tidak lagi dikenakan cukai. Adakah pindaan cukai itu untuk memenuhi selera individu tertentu ? Namun sesuatu yang amat berharga diperolehi dari tindakan SPRM ini ialah SPRM membuktikan bahawa data dari sistem kastam mengenai belian RM 24.4 j itu benar wujud dan bukan palsu.

Sebaik sahaja siasatan SPRM bermula maka sistem kastam di Kargo, KLIA telah 'down' hampir 3 jam. Kakitangan agen pengurusan kargo tidak lagi boleh mengakses sistem kastam seperti biasa selepas itu, perbagai 'syarat' dikenakan semuanya dijalankan secara 'manual'. Satu perkeliling ditampal mengenai perkara ini di papan kenyataan di Kargo, KLIA tetapi hanya beberapa jam dan ditanggalkan kembali mungkin kerana tidak mahu 'arahan rasmi' ini bocor. Ramai kakitangan agen pengurusan kargo marah kerana kerja yang seharusnya boleh selesai dengan mudah tetapi kini susah seperti mahu menyelindungkan sesuatu.

Kami telah menjangkakan sebelum ini pun data dalam sistem ini mungkin saja akan dipadamkan atau dipinda untuk menjaga Imelda Rosmah. Bayangkan dalam kes lebih serius iaitu kes pembunuhan Altantuya rekod imegresen pun boleh dipadamkan.

Najib pernah bersumpah dengan nama Allah bukan sahaja tidak pernah jumpa malah tidak pernah kenal dengan Altantuya, tetapi sehingga kini masih berdiam dengan cabaran YB Saifuddin Nasution Ismail yang mencabar Najib menafikan yang Najib pernah bersama naik satu penerbangan dengan Altantuya.

Kini selepas sistem kastam 'down' hampir 3 jam, semalam muncul pula borang asal (hanya boleh dicetak oleh pegawai tinggi kastam atau agen pengurusan terlibat) transaksi membawa masuk belian RM 24.45 j tersebut dan muncul juga kononya borang 2, kastam yang kononya membuktikan belian itu dibawa keluar ke Singapura 4 hari selepas belian itu masuk.

Kononya belian itu hanya untuk pameran belian yang dibuat di rumah VVIP sahaja dan kemudian dibawa keluar semula ke Singapura.

Menurut sumber dalaman kita yang meragui mengenai kewujudan borang kedua tersebut menyatakan
kalau tengok kat borang 2 Kastam yang muncul selepas sistem kastam 'down', belian tersebut keluar guna hand carry dan borang secara 'manual' keluar ke Singapura...cuba lihat betul-betul kenapa FOB tak sama!!! sedangkan FOB adalah nilai sebenar barang mengikut invoice...mustahil atau tidak barang yg keluar nie barang lain sikit (yg murah sikit)...lagi satu cuba tgk maklumat asal yg kita dapat no invoice tak sama!!! Nombor daftar ROC Jacob & co pun tak sama!!! Sepatutnya jika barang masuk untuk pameran dan sebagainya seharusnya ada terma ikrar, tetapi sebaliknya dalam sistem kastam ketika belian itu masuk lansung tidak wujud sebarang terma ikrar hanya untuk pameran dan akan dibawa keluar semula.
Kini mungkinkah mereka sedang bersungguh - sungguh ingin mencari rumah VVIP mana yang akan direkayasa sebagai tempat konon telah diadakan pameran 'sulit' tersebut. Sudah tentu akan disusun tetamu-tetamu sulit untuk membuktikan telah diadakan pameran sulit tersebut.

Kalau tak betul hari pertama lagi Imelda dah muncul nafi. Sekarang ini dijemput Imelda Rosmah tampil untuk menyatakan sepatah dua kata mengenai perkara ini.

Bagaimana pula dengan gelang 'zebra' dan jam 'zebra' yang juga keluaran Jacob & co yang jelas ada gambar Imelda Rosmah menggunakannya ? Adakah Jacob & co hanya bagi pinjam kerana dia terpilih menjadi duta produk Jacob & co ?

Pengerusi SPR Menipu Terus Menipu

Pegawai tertinggi polis berbohong dan Pengerusi SPR menipu berhubung pembatalan sistem calit jari dengan
dakwat selepas mengundi. Mereka bersekongkol untuk membantu Umno-Bn terus menang dalam pilihanraya ke-12
ini secara haram.
Ketua polis menjelaskan beliau mendapat maklumat dari empat sumber di Kelantan, Kedah dan Perlis bahawa ada
pihak yang membeli dakwat kononnya untuk mencalit jari pengundi sebelum pergi mengundi. Beliau sendiri
mengaku maklumat ini sedang disiasat. Jadi, kenapa keputusan begitu penting diambil berasaskan maklumat
yang tidak sahih?
Pihak polis tidak profesional sama sekali. Jikalau sudah diketahui ada yang membeli dakwat itu dengan
tujuan membuat kacau, mengapakah pihak polis tidak menangkap saja mereka untuk disiasat? Jikalau ada
kes, kenapa mereka tidak didakwa di mahkamah dan sekiranya sabit kesalahan dihukum dengan segera?
Tidak dapat diterima akal sama sekali mereka yang membeli dakwat itu dengan mudah saja boleh mencalit
jari pegundi sebelum mereka membuang undi. Jikalau mereka dari Umno, sudah tentu mereka tidak akan
mencalit jari ahli dan penyokong mereka. Dan sudah tentu pula orang dari PAS atau PKR tidak akan
membenarkan jari mereka dicalit.
Pengerusi SPR menerima saranan polis itu tanpa soal. Beliau menambah pula alasan lain. Kononnya sistem
calit jari dengan dakwat ini bertentangan dengan Perlembagaan kerana boleh menafikan hak seseorang yang
enggan dicalit jarinya untuk mengundi. Tentu sekali pihak SPR sudah lama mengetahui peruntukan
Perlembagaan yang boleh dipertikaikan itu. Tetapi mengapa baru sekarang dijadikan alasan untuk
membatalkan keputusan awal yang telah dibuat mengenai pencalitan dakwat di jari pengundi itu?
Sebenarnya, Ketua Polis dan Pengerusi SPR hanya mengadakan-adakan saja alasan konon hendak menjaga
keselamatan dan keamanan di hari mengundi. Mengikut pengalaman lalu, pihak polis dan SPRlah yang
menimbulkan keadaan kacau bilau serta kurang selamat dengan mengadakan daftar undi berbeza, melanjutkan
waktu mengundi dan melindungi pengundi-pengundi hantu yang dibawa berbas-bas.
Lebih serius, kami ketahui seorang bekas Setiausaha SPR telah bersekongkol dengan seorang bekas Pengarah
Pejabat Pendaftaran untuk mengeluarkan kad-kad pengenalan palsu yang boleh digunakan oleh
pengundi-pengundi hantu semasa pilihanraya.
Pengundi-pengundi hantu yang banyak digunakan di Trengganu dalam pilihanraya lalu.
Kami mendapat maklumat dalam pilihanraya kali ini kira-kira 40,000 pengundi hantu akan dibawa dari
Selatan Thai dan lain-lain tempat ke Kelantan. Sekarang jelas sekali polis dan SPR hendak melindungi
pengundi-pengundi haram yang diangkut untuk mengundi.
Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden keADILan

Zambry Cakap Tak Serupa Bikin...


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak gelihati dengan penafian Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir yang mendakwa bahawa bukan budaya Umno untuk berdemontrasi di jalanan sebagai ‘cakap tak serupa bikin’ dan sepatutnya Datuk Seri Zambry malu jika kami  dapat menzahirkan bukti-bukti yang Umno cuba memperbodohkan rakyat sahaja. Pertamanya, adakah Datuk Seri Zambry pernah mendengar nama ‘Himpunan Patriot”?

Bukankah Himpunan Patriot ini dilancarkan oleh Pergerakan Pemuda Umno Malaysia? Bukankah pada 2 Julai baru-baru ini, sekumpulan yang menamakan diri mereka ‘Patriot’ menghimpunkan ‘mat-mat motor’ telah menawan Bandar Ipoh dengan motorsikal mereka? Hatta pihak Polis juga turut mengawal lalulintas dan keselamatan pergerakan semua motorsikal yang terlibat pada hari tersebut? Adakah himpunan tersebut sebagai menyambut ‘Maulidur Rasul?
 
Yang keduanya, mungkin Datuk Seri Zambry lupa bahawa himpunan yang diadakan di Pulau Pinang baru-baru ini yang diketuai oleh Ezam Mohd Noor yang juga seorang Senator Umno. Umno tidak bertindak samsengkah di dalam perhimpunan mereka? Berapakah kereta telah dipecahkan di dalam himpunan di Pulau Pinang tersebut? Umno tidak terlibatkah di dalam himpunan tersebut apabila berlaku keganasan?
 
Dan yang paling menariknya, Datuk Seri Zambry lupa ketika Umno / Barisan Nasional (BN) Negeri Perak telah tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 12 tahun 2008 dahulu? Siapakah kumpulan-kumpulan yang acap kali mengadakan himpunan dahulu? Bagi kami Datuk Seri Zambry mudah lupa peristiwa yang buruk bagi Umno, memang benarlah kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamed bahawa ‘Melayu mudah lupa’.
 
 
SALMAN HAJI SALEH
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

http://pemudapasperak.com/v1/

Related Posts with Thumbnails