Zambry Cakap Tak Serupa Bikin...
Posted by Unknown on 9:31 AM in Perak Zambry | Comments : 0
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak gelihati dengan penafian Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir yang mendakwa bahawa bukan budaya Umno untuk berdemontrasi di jalanan sebagai ‘cakap tak serupa bikin’ dan sepatutnya Datuk Seri Zambry malu jika kami dapat menzahirkan bukti-bukti yang Umno cuba memperbodohkan rakyat sahaja. Pertamanya, adakah Datuk Seri Zambry pernah mendengar nama ‘Himpunan Patriot”?
Bukankah Himpunan Patriot ini dilancarkan oleh Pergerakan Pemuda Umno Malaysia? Bukankah pada 2 Julai baru-baru ini, sekumpulan yang menamakan diri mereka ‘Patriot’ menghimpunkan ‘mat-mat motor’ telah menawan Bandar Ipoh dengan motorsikal mereka? Hatta pihak Polis juga turut mengawal lalulintas dan keselamatan pergerakan semua motorsikal yang terlibat pada hari tersebut? Adakah himpunan tersebut sebagai menyambut ‘Maulidur Rasul?
Yang keduanya, mungkin Datuk Seri Zambry lupa bahawa himpunan yang diadakan di Pulau Pinang baru-baru ini yang diketuai oleh Ezam Mohd Noor yang juga seorang Senator Umno. Umno tidak bertindak samsengkah di dalam perhimpunan mereka? Berapakah kereta telah dipecahkan di dalam himpunan di Pulau Pinang tersebut? Umno tidak terlibatkah di dalam himpunan tersebut apabila berlaku keganasan?
Dan yang paling menariknya, Datuk Seri Zambry lupa ketika Umno / Barisan Nasional (BN) Negeri Perak telah tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 12 tahun 2008 dahulu? Siapakah kumpulan-kumpulan yang acap kali mengadakan himpunan dahulu? Bagi kami Datuk Seri Zambry mudah lupa peristiwa yang buruk bagi Umno, memang benarlah kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamed bahawa ‘Melayu mudah lupa’.
SALMAN HAJI SALEH
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
http://pemudapasperak.com/v1/
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Post a Comment