BREAKING NEWS

Pengerusi SPR Menipu Terus Menipu

Pegawai tertinggi polis berbohong dan Pengerusi SPR menipu berhubung pembatalan sistem calit jari dengan
dakwat selepas mengundi. Mereka bersekongkol untuk membantu Umno-Bn terus menang dalam pilihanraya ke-12
ini secara haram.
Ketua polis menjelaskan beliau mendapat maklumat dari empat sumber di Kelantan, Kedah dan Perlis bahawa ada
pihak yang membeli dakwat kononnya untuk mencalit jari pengundi sebelum pergi mengundi. Beliau sendiri
mengaku maklumat ini sedang disiasat. Jadi, kenapa keputusan begitu penting diambil berasaskan maklumat
yang tidak sahih?
Pihak polis tidak profesional sama sekali. Jikalau sudah diketahui ada yang membeli dakwat itu dengan
tujuan membuat kacau, mengapakah pihak polis tidak menangkap saja mereka untuk disiasat? Jikalau ada
kes, kenapa mereka tidak didakwa di mahkamah dan sekiranya sabit kesalahan dihukum dengan segera?
Tidak dapat diterima akal sama sekali mereka yang membeli dakwat itu dengan mudah saja boleh mencalit
jari pegundi sebelum mereka membuang undi. Jikalau mereka dari Umno, sudah tentu mereka tidak akan
mencalit jari ahli dan penyokong mereka. Dan sudah tentu pula orang dari PAS atau PKR tidak akan
membenarkan jari mereka dicalit.
Pengerusi SPR menerima saranan polis itu tanpa soal. Beliau menambah pula alasan lain. Kononnya sistem
calit jari dengan dakwat ini bertentangan dengan Perlembagaan kerana boleh menafikan hak seseorang yang
enggan dicalit jarinya untuk mengundi. Tentu sekali pihak SPR sudah lama mengetahui peruntukan
Perlembagaan yang boleh dipertikaikan itu. Tetapi mengapa baru sekarang dijadikan alasan untuk
membatalkan keputusan awal yang telah dibuat mengenai pencalitan dakwat di jari pengundi itu?
Sebenarnya, Ketua Polis dan Pengerusi SPR hanya mengadakan-adakan saja alasan konon hendak menjaga
keselamatan dan keamanan di hari mengundi. Mengikut pengalaman lalu, pihak polis dan SPRlah yang
menimbulkan keadaan kacau bilau serta kurang selamat dengan mengadakan daftar undi berbeza, melanjutkan
waktu mengundi dan melindungi pengundi-pengundi hantu yang dibawa berbas-bas.
Lebih serius, kami ketahui seorang bekas Setiausaha SPR telah bersekongkol dengan seorang bekas Pengarah
Pejabat Pendaftaran untuk mengeluarkan kad-kad pengenalan palsu yang boleh digunakan oleh
pengundi-pengundi hantu semasa pilihanraya.
Pengundi-pengundi hantu yang banyak digunakan di Trengganu dalam pilihanraya lalu.
Kami mendapat maklumat dalam pilihanraya kali ini kira-kira 40,000 pengundi hantu akan dibawa dari
Selatan Thai dan lain-lain tempat ke Kelantan. Sekarang jelas sekali polis dan SPR hendak melindungi
pengundi-pengundi haram yang diangkut untuk mengundi.
Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden keADILan

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails