BREAKING NEWS

Kerajaan 1Malaysia Sanggup Membunuh Dan Mencederakan Rakyat Sendiri

 
Kami rakyat Malaysia yang berada di New Zealand pada masa ini berasa amat terkejut dengan cara Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia serta  barisan Kabinetnya menangani isu BERSIH pada 9 Julai yang lalu. Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara dan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan ugama kami dengan ini membantah sekeras-kerasnya cara Kerajaan Malaysia berhadapan dengan isu BERSIH. Kami sedih mendengar Kerajaan Malaysia yang sanggup membunuh dan mencederakan rakyatnya sendiri. Kami membantah perbuatan kejam ini kerana kami sayang negara dan seluruh rakyat Malaysia.

Ramai rakyat New Zealand yang menumpang marah kepada YAB Perdana Menteri serta barisan Menteri Kabinet kerana memberi arahan kepada Polis untuk melakukan perbuatan kejam terhadap rakyat sendiri. Imej baik Malaysia di luar negara kini merosot teruk akibat tindakan kejam YAB Perdana Menteri, Kabinet dan Polis Malaysia. Betapa ruginya rakyat Malaysia kerana mempunyai Perdana Menteri dan barisan Kabinet yang tidak sayangkan rakyat sendiri. Mereka hanya sayang rakyat pada waktu pilihanraya sahaja. Jelas sekali sayang palsu yang dibuat-buat hanya untuk memenangi pilihanraya. Selepas mendapat kuasa mereka membunuh dan mencederakan rakyat yang telah memberi mereka kuasa.

YAB Perdana Menteri, Kabinet dan Polis tidak perlu berperang dengan rakyat sendiri. Mereka tidak perlu menggunakan belantan atau gas pemedih mata atau water canon. Mereka tidak perlu menggunakan air berasid atau penumbuk atau penampar terhadap rakyat. Mereka hanya perlu sekeping hati bersih yang dilimpahi perasaan kasih sayang terhadap rakyat. Hati yang bersih akan memimpin fikiran dan seluruh anggota untuk bertindak secara waras dan bukan bertindak kejam. Tugas kami sebagai rakyat Malaysia ialah menashat YAB Perdana Menteri Malaysia, Kabinet dan Polis supaya menunjukkan sifat kasih sayang terhadap rakyat Malaysia.

Kasih sayang tidak boleh dibina di atas darah yang mengalir. Kasih sayang tidak boleh dibina di atas pembunuhan rakyat. Kasih sayang tidak boleh dibina di atas kecederaan rakyat. Kasih sayang tidak boleh dibina di atas kesakitan rakyat. Hanya kebencian dan dendam sahaja yang ada. Betapa ruginya YAB Perdana Menteri Malaysia kerana membeli kebencian dan menjual kasih sayang. Mungkin nasihat ini sudah terlambat untuk YAB Perdana Menteri Malaysia dan barisan Kabinetnya kerana terlanjur perahu boleh diundur tapi kalau terlanjur perbuatan amat buruk padahnya.

Sebelum ini kami rakyat Malaysia di New Zealand berasa tidak perlu memberi nasihat kepada YAB Perdana Menteri dan Kabinet yang mewakili kerajaan Malaysia kerana kerajaan Malaysia nampaknya mahu melakukan perubahan positif demi kemajuan Malaysia. Namun begitu cara kerajaan Malaysia menangani isu BERSIH amat memalukan kami sebagai rakyat Malaysia yang berada di luar negara. Kerajaan Malaysia adalah wakil kami dan cermin kami walau pun di pelusuk dunia mana kami berada. Jadi setiap salah laku kerajaan akan memberi kesan negatif pada kami sebagai rakyat Malaysia di luar negara. Membunuh dan mencederakan rakyat sendiri adalah amat memalukan.
Oleh: Abaidullah
Gabungan Rakyat Malaysia New Zealand

1 comment :

  1. ini adalah fitnah semata2..semasa ops bersih..tiada kematian atau kecederaan yang berlaku disebabkan cara pihak PDRM menjalankan tugas menjaga keamanan.(melainkan terdapat seorang warga emas yang menghidap sakit jantung telah menyertai gerakan tersebut menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku..rakyat yang terlibat disuraikan secara aman..jangan la kita percaya pada khabar angin/fitnah yang membawa kepada kebencian kita pada pemerintah..hargaila keamanan negara kita yang kita kecapi kini..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails