BREAKING NEWS

JANGAN SANGAP SANGAT GILER NAK JADI MB!!

PR dah dapat rampas Selangor dari BN pun dah bersyukur...Kalau Datuk teringin sangat hendakkan jawatan besar ataupun nak jadi PM pun boleh tapi tunggulah PRU ke-13,bertandinglah kerusi Parlimen,semoga Datuk akan berjaya!!
PETALING JAYA: Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berhadapan dengan 'kritikan' pemimpin-pemimpin kanan Pakatan Rakyat termasuk partinya sendiri ekoran kenyataan beliau mempertikaikan perjalanan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Dewan Undangan Negeri Selangor (Selcat) yang kini menyiasat dakwaan salah guna peruntukan kerajaan negeri.

Beberapa pemimpin kanan yang dihubungi menyifatkan, selaku anggota eksekutif yang turut terlibat dalam penubuhan Selcat tahun lalu, Hasan yang merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Pesuruhjaya PAS negeri, tidak sepatutnya mempertikaikan badan itu secara terbuka dengan membelakangkan kepentingan kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

"Isu yang dibangkitkan ini sepatutnya tidak berbangkit... Selcat ini berkaitan dengan legislatif, ada unsur pemisahan kuasa antara bidang eksekutif dan legislatif... sepatutnya tidak berbangkit," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi mStar Online.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menambah, sebagai anggota pentadbiran dalam kerajaan negeri sepatutnya ada satu bentuk persefahaman tentang soal pemisahan kuasa bidang antara eksekutif dan legislatif.

"Kita sepatutnya sudah ada satu persefahaman apabila berada dalam parti ataupun kerajaan negeri. Mereka kena faham tentang fungsi dan skop tentang konsep pemisahan kuasa.

"Saya percaya jika mereka betul-betul faham, maka tidak akan timbul masalah seperti ini... saya tidak tahu sama ada beliau faham aspek ini ataupun tidak.

"Apa pun isu ini tidak seharusnya dibangkitkan secara publik. Dengan bertindak sedemikian, ini sudah macam menafikan hak yang pada legislatif itu sendiri," kata beliau lagi.

Selain itu menurut beliau, dalam dunia sebenar tiada pihak yang disoal siasat oleh mana-mana jawatankuasa pernah atau akan gembira dengan cara dan prosedur siasatan dijalankan.

"Mereka yang disoal siasat mahukan layanan kelas satu," kata beliau sambil berseloroh.

Sehubungan itu Mahfuz menambah, Hasan sebagai anggota eksekutif seharusnya menasihatkan mana-mana pegawai kanan kerajaan, dalam kes terbaru Selcat yang melibatkan pegawai-pegawai daerah yang mengadu tentang perjalanan jawatankuasa itu, supaya mengambil tindakan yang mereka fikirkan wajar jika tidak berpuas hati dengan Selcat.

"Macam dalam kes Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh (dari DAP) yang digantung daripada menghadiri Dewan Rakyat selama setahun.

"Keputusan disyorkan oleh jawatankuasa Parlimen dan apabila beliau tidak berpuas hati, beliau mengambil tindakan mahkamah (yang sedang didengar)," katanya.

Oleh itu, ujar beliau, Hasan perlu memahami bahawa Selcat atau apa jua jawatankuasa sama ada di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, anggotanya adalah terdiri daripada wakil rakyat, bukannya orang luar.

"Jadi bagaimana anggota Selcat boleh dianggotai oleh orang luar, macam bekas hakim? Jika pun Hasan tidak bersetuju, beliau seharusnya membawa isu ini kepada mesyuarat Exco untuk dibincangkan secara lanjut.

"Dan, kemudian membawa usul meminda Aturan Mesyuarat bagi mengubah keanggotaan Dewan dalam jawatankuasa... bukannya membuat kenyataan seumpama itu walaupun beliau merasakan tidak berpuas hati dengan Selcat," kata Mahfuz yang menafikan kenyataan Hasan itu menunjukkan Pakatan Rakyat Selangor berhadapan dengan krisis dan berpecah.

Speaker Dewan Undangan Negeri, Teng Chang Khim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim juga tidak bersetuju dengan syor Hasan agar Selcat dirombak. - mStar.

2 comments :

  1. BETUL KE APA YANG ANDA KATA? ANDA ADA BUKTINYA...MALANG BAGI KITA MEMBUAT TUDUHAN BEGITU...
    DALAM ADAB ISLAM..NAK MARAH ANAK JANGAN DEPAN ORANG... APAPUN KALAU ANDA PKR ATAU DAP TAK PE...PAS MESTI BERBEZA DAN MESTI PERJUANGKAN CARA KAMI..ITU GUNANYA BERADA DALAM PAKATAN

    ReplyDelete
  2. Media dinegara ini dicengkam dengan pelbagai peraturan. Hanya yang sesuai dengan pemerintah sahaja yang dibenarkan, manakala yang bercanggah dengan pendapat pemerintah, akan dianggap sebagai mengkhianat.

    Bukan Barisan Nasional sahaja yang berfikiran demikian. Ramai yang didalam pembangkang juga bersikap demikian. Siapa yang mengkritik Pas akan dianggap menentang Islam, siapa yang mengkritik PKR akan dianggap ejen Umno atau SB, dan siapa yang mengkritik DAP akan dianggap rasis. Masing-masing hanya mahu mendengar kata-kata bodek dan ampu.

    Media perlu bebas. Dan itu jugalah salah satu manifesto yang dicanangkan oleh Pakatan Rakyat sebelum menang.

    PR mahukan media perdana lebih telus, terbuka dan liberal. Mana mungkin perkara ini berlaku, kerana Utusan, NST, RTM dan TV3 adalah milik parti Umno dan Barisan Nasional. Sama juga dengan Harakah, Rocket dan Suara Keadilan..juga milik parti.

    Harakah tidak mungkin akan menyiarkan berita yang menghentam Pas. Begitu juga Rocket dan SK. ketiga-tiga akhbar parti PR ini akan hanya menceritakan tentang kebaikan parti masing-masing dan keburukan Umno. Dan ini tidak ada bezanya diantara mereka dengan Utusan atau TV3.

    Kebenaran adalah persepsi. Dan persepsi bergantung kepada kredibiliti.

    Dalam posting Media Rakyat 2, ada yang memberi komen supaya kita jangan menghentam parti kawan. Masalah PKR, biar orang PKR yang jawab. Masalah Pas, biar Pas yang jawab.Kalau macam tu, masalah Umno, biar orang Umno yang jawab. Dan orang yang tak berparti…duduk diam-diam. Sokong saja.

    Secara peribadi, aku tak peduli tentang parti. Yang penting..sistem yang adil untuk semua. Yang salah, tetap salah..tak kira parti mana pun. Dan aku tak setuju, kalau UBN buat salah, kita hentam..PR buat salah kita diam. Parti politik tidak penting, ahli politik tidak penting. Yang penting rakyat.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails