BREAKING NEWS

CARUT MENCARUT AMALAN MULIA UMNO!!

Mahathir perlu bersedia untuk dicarutkan lagi!
Sebaik menghabiskan sisa-sisa memperjuangkan Umno/BN pada tahun 2003 dan digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohammad pernah merungut terhadap penghinaan dan sekatan Umno kepadanya.

Ia termasuklah sekatan untuk beliau menjadi perwakilan bagi pemilihan parti pada tahun 2007 yang menyaksikan beliau tewas di Bahagian Kubang Pasu dengan persoalan politik wang yang didakwanya berlaku sewenang di bahagian yang diwakili sejak berpuluh tahun lamanya.

Mengamuk sakanlah Mahathir dan mulalah anak menantu Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno ketika itu (2004-2009) menjadi sasaran.Isu 'pemerintahan tingkat empat' yang dikaitkan dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluiddin (ketika itu timbalan ketua pemuda) dilayangkan Mahathir bagi mengetuk lena dan sepi pemerintahan Abdullah yang menyinsing Islam Hadhari.

Tun Mahathir pernah merajuk dan berkata beliau terkilan "Ada yang panggil saya beruk, ada panggil iblis, ini budaya Umno yang baru".

Beliau juga berkata: "Yang itu (sekatan) lebih pelik, lebih menghina saya bahkan jadikan saya pariah dalam Umno. Saya bekas Presiden jadi pariah dalam Umno".

Demikianlah antara kata-kata yang ditujukan kepada MNahathir setelah beliau melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Sejarah bagaikan melupai jasa-jasanya, sedangkan seawal pemergiannya ia ditangisi oleh rakan-rakannya dan tidak kurang ramai yang mencium tangannya di saat beliau bertakhta.

Ketika itu, wujudkah keberanian golongan penderhaka di zamannya yang separti dengannya? Tidakkah situasi itu menggambarkan betapa sempurnanya Mahathir di kalangan warga Umno khususnya dan BN amnya.


Namun kini keadaan sudah jauh berubah, Mahathir seolah-olah tiada nilai buat mereka malah semacam liability yang tidak tertanggung oleh mereka dengan Umno/BN seperti tidak memerlukan orang seperti bekas Perdana Menteri itu.


Beliau sempat beristerehat buat seketika, tidak dihamun dan dicerca namun tiba-tiba bila seorang perwakilan berucap di persidangan agung MIC, muncul kembali keberanian perwakilan yang mencadangkan gambar bekas PM itu dikalungkan dengan selipar.

Berdegar-degar suara kemarahannya bagai nak rak, peluh dingin kembali membasahi Mahathir apabila beliau dicarut lagi dengan kali ini giliran anak-anak didik Presiden MIC, Dato' Seri S.Samy Vellu pula menunjukkan taringnya.


Kemunculan pemimpin-pemimpin Umno/BN yang marah terhadap MIC kembali memuncak dengan pelbagai bahasa yang digunakan, kasar, kesat dan penuh emosional.


Umno/BN lupa bahawa merekalah yang mengajar rakan-rakan komponen mereka menjadi kurang ajar terhadap Mahathir, dan  mereka lupa bagaimana pemimpin-pemimpin Umno bertindak kurang ajar terhadap bekas presiden mereka kerana apa yang jelas, itulah dia wajah sebenar Umno.


Namun bila diamati, benarlah kata Dr.M bahawa Melayu mudah lupa dan dan tiba lagi saatnya Mahathir perlu sentiasa bersedia dari sudut emosi dan perasaan, fizikal dan spiritual untuk terus dicarutkan lagi.

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
Sumber:detikdaily 

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails