BREAKING NEWS
Showing posts with label Zahida Rafik. Show all posts
Showing posts with label Zahida Rafik. Show all posts

Polis Cuba Tutup Kes Skandal Shafie Apdal Dan Pelakon Zahida Rafik



Peguam Latheefa Koya hari ini mendedahkan bahawa terdapat usaha bersepadu oleh pihak polis dalam menutup kes skandal Datuk Shafie Apdal dan pelakon Zahida Rafik.

Dalam sidang akhbar yang diadakan di ibu pejabat PKR, Latheefa berkata anak guamnya, Noor Azman Azemi telah ditawarkan oleh pihak polis untuk menukar peguam semasa proses penyiasatan.

 "Pelanggan saya telah diberitahu oleh pihak polis bahawa mereka boleh membantu dia dalam mendapatkan peguam baru jika dia ingin berbuat demikian," kata Latheefa.

Noor Azman Azemi 



Peguam Latheefa Koya 

 "Mereka juga bertanya kepada pelanggan saya sama ada beliau tahu bahawa saya bekerja rapat dengan PKR,"

 "Para penyiasat tidak bertanyakan soalan yang berkaitan dengan kes itu, tetapi sebaliknya menawarkan bantuan dari sudut undang-undang dengan menawarkan peguam baru," tambah Latheefa.

Dalam sidang akhbar itu,beliau juga mendedahkan bahawa Noor Azman telah disiasat oleh Cawangan Khas dan bukannya oleh pegawai polis dari Bahagian Siasatan Jenayah.

"Pegawai polis Cawangan Khas yang menyiasat Azman juga beranggapan yang dia ingin menamatkan kerjaya Shafie dengan mendedahkan hubungan sulit Menteri," kata Latheefa.

Mengulas mengenai perkara itu,Ahli Parlimen Subang,R Sivarasa berkata bahawa polis telah sekali lagi menyalahgunakan kuasa mereka dan menuntut supaya siasatan dijalankan oleh pihak polis.

"Perkara ini sangat serius, hak-hak pelanggan dan peguamnya telah dilanggar oleh institusi polis seolah-olah mereka cuba menutup kes Menteri tersebut," kata Sivarasa lagi.

-mD

Skandal Rasuah RM1.5 Juta Shafie Apdal Dan Zahida Rafik Akan Di Bawa Ke SPRM


Kenapa Shafie Apdal tidak menyaman Zuraida Kamaruddin ?? Kenapa hanya penerima rasuah yang mengambil tindakan saman menggunakan peguam Umno??
Pelakon Rosyam Nor baru saja menerima Anugerah Ikon Pertanian daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di atas usaha keras beliau mencari rezeki halal dalam bidang pertanian.
Sepatutnya pelakon Zahida Rafik ini juga patut menerima Anugerah Usahawan Wanita berjaya kerana keupayaan beliau mengumpul wang dengan sekelip mata.

Benarkah Banglo 3 tingkat bernilai RM4 juta di The Valley, Taman Bukit Indah, Ampang ini milik pelakon Zahida Rafik??

SHAH ALAM 24 April: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin akan membawa kes dakwaan rasuah RM1.5 juta yang diterima Zahida Rafik ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas berakhir perhimpunan Bersih 3.0.

Menegaskan tidak gentar disaman pelakon wanita itu, Ahli Parlimen Ampang itu berkata, beliau sudah menerima surat daripada peguam Zahida, Muhammad Shafee Abdullah.

“Kalau bukan sewenang-wenang buat pendedahan. Kita buat sebab kita ada cukup bukti. Kita tak sebodoh untuk keluarkan kenyataan tanpa bukti dan biar orang saman kita.

“Kita tunggu dalam masa terdekat. Kita akan bawa hal ini ke SPRM. Di sana akan menyaksikan lebih banyak rahsia terbongkar!” katanya pada sidang media, hari ini.

Surat bertarikh 23 April itu menuntut supaya beliau berhenti membuat kenyataan media berkenaan isu berkenaan dan menarik balik kenyataan terdahulu  serta meminta maaf.

Jika gagal berbuat demikian dalam masa tujuh hari, surat itu menyatakan Zuraida berdepan prosiding undang-undang.

Zuraida sebelum ini mendedahkan pelakon itu menerima RM1.4 juta daripada Datuk Seri Shafie Apdal sepanjang hubungan ‘mesra’ mereka.

Transaksi itu didakwa berlaku pada Oktober 2011 iaitu RM36,000 dan RM26,000, November 2011 (RM118,000), Disember (RM333,000) dan Januari 2012 (RM510,000).

Beliau turut mendedahkan Zahida mempunyai kereta mewah BMW 6 Series, Porsche, Toyota Harrier dan rumah bernilai RM2.9 juta. Bagaimanapun, Zahida dan Shafie secara berasingan menafi semua dakwaan berkenaan.

Dalam pada itu, Zuraida berkata, Wanita KEADILAN sudah mengerahkan semua ahli untuk menyertai acara Duduk Bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka 28 April ini.

SUMBER

Skandal Shafie Apdal Dan Zahida Rafik..Zuraida Sedia Disaman



SHAH ALAM : MP Ampang Zuraida Kamaruddin sedia untuk disaman berhubung kenyataannya yang mengaitkan seorang pelakon wanita dengan menteri kabinet yang dibuat minggu lepas.

“Kita bersedia dengan segala tindakan yang akan diambil. Kalau dia nak saman maka kita bersedia,” kata Zuraida ketika dihubungi TVSelangor di sini hari ini.

Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR berkata demikian bagi mengulas reaksi pelakon, Zahida Rafik, yang menafikan dakwaan yang beliau terlibat di dalam hubungan dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal.

Zahida di dalam kenyataan yang dimuatnaik ke dalam laman web sosial twitter, menafikan dakwaan itu dan menyerahkannya kepada peguamnya untuk tindakan selanjutnya.

Menurut Zuraida, pendedahan perkara itu dibuat atas dasar ingin membantu pemandu peribadi Zahida yang dipercayai menjadi mangsa di dalam kes tersebut.

Katanya, pihaknya juga mahu menteri yang dikaitkan dengan kes itu untuk memberi penjelasan.

“Kita buat pendedahan ini atas dasar membantu pemandu pribadinya mendapat pembelaan sewajarnya. Ia adalah berdasarkan segala dokumen dan bukti yang dimilik.”

Zuraida berkata, beliau telah menjangka bahawa Zahida akan menafikan perkara itu.

Di dalam sidang media pada Apr 18 Zuraida mendedahkan satu laporan polis yang kononnya dibuat oleh bekas pemandu peribadi Zahida, Mohd Azuan Abdullah.

Di dalam laporan itu, Mohd Azuan mendakwa Zahida mengkhianatinya dengan membuat laporan palsu kononnya dia telah melarikan wang sejumlah RM200,000.

Mohd Azuan mendakwa Shafie telah mengarahnya supaya menjadi pemandu peribadi kepada Zahida dan menjadi perantara antara pelakon itu dan Shafie.

Beliau menyatakan telah berkhidmat selama tiga tahun dan meletak jawatan pada 29 Februari lalu kerana tidak tahan dengan tekanan tinggi akibat jawatan itu.

Zahida menafikan dakwaan Mohd Azuan apabila menulis di dalam laman Twitternya, pada 19 dan 20 April lalu.[TVS]

Panas!! Skandal 'Wasatiyyah' Shafie Apdal Dengan Pelakon Zahida Rafik Terbongkar!!




KUALA LUMPUR 18 April:Pemandu peribadi pelakon terkenal, Zahida Rafik mendedahkan skandal Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal dalam satu laporan polis pada 13 Mac lalu.

Noor Azman Azemi, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap Zahida yang menuduhnya melarikan wang RM200,00 milik Zahida.

Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu pernah dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu.

Menceritakan dalam laporan itu, Noor Azman berkata, ketika berada di rumahnya di Flat PKNS Ampang, beliau didatangi (tidak dinyatakan tarikh) beberapa orang termasuk dua orang yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis yang bernama Hafiz dan Raj.

“Saya diminta Datuk Shafie Apdal untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Zahida untuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama lain.

“Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk.

“Datuk akan berjumpa dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus dengan pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000.

“Wang tunai tersebut kemudiaanya akan dibawa ke bank oleh saya dan Zahida untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida di Menara Perkeso Jalan Ampang.


“Pada tarikh 29 Februari 2012, saya tidak diberi apa-apa wang secara tunai dan secara biasa saya tidak pernah diberi wang tunai jumlah besar untuk dimasukkan ke dalam bank tanpa ditemani Zahida.

“Saya hanya dibayar jumlah RM25,693 untuk pembayaran ansuran dua buah kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah kepunyaan Zahida,” katanya dipetik dalam laporan polis yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di lobi Parlimen hari ini.

Zuraida seterusnya berkata, berdasarkan siasatan yang dilakukannya terdapat beberapa transaksi yang dilakukan menteri itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.

“Pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada bulan itu sebanyak RM58,000 tunai yang diambil Noor Azman untuk dimasukkan ke dalam akaun Zahida Rafik.

“Pada November 2011 pula terdapat RM118,000 dan pada Disember pula terdapat RM333,000. Pada Januari 2012 RM510,000. Kalau saya jumlahkan kesemuanya ia lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan menteri itu berikan tunai kepada Zahida Rafik,” katanya.

Selain itu, Zuraida mendedahkan Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series ,Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta.

Zuraida kemudiannya mempersoalkan bagaimana menteri itu memperolehi wang tunai sebanyak itu.

“Sebagai menteri beliau bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia untuk menjelaskan dari mana sumber wang itu diperolehi untuk diberikan kepada Zahida,” katanya.

Pada 3 Mac lalu, akhbar melaporkan Pelakon Zahida Rafik kerugian RM200,000 dilarikan pemandunya  selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya.

Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu turut menjadi bahan bualan di laman blog beberapa tahun lalu apabila digosipkan berkahwin dengan Shafie di luar negara.

SUMBER
Related Posts with Thumbnails