BREAKING NEWS
Showing posts with label Skandal NFC. Show all posts
Showing posts with label Skandal NFC. Show all posts

'Lembu Kondo' Pun Sudah Pandai Berbicara Tentang 'Dosa'



Perbuatan menyalahgunakan teknologi maklumat untuk membuat dakwaan palsu terhadap pemimpin negara adalah perbuatan berdosa.
Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizal Abdul Jalil berkata, sejak akhir-akhir ini kepimpinan negara sering menjadi sasaran fitnah dan menerima tuduhan palsu di media sosial.
“Bukan sahaja Najib (Perdana Menteri) tetapi pemimpin-pemimpin lain dalam kerajaan turut menjadi mangsa fitnah dalam media sosial,” katanya.
Bercakap pada sidang media di ibu negara pada Selasa, Shahrizat menggesa orang ramai agar menggunakan media sosial dengan cara sewajarnya agar masyarakat dapat manfaat daripadanya.
“Sebenarnya, informasi di media sosial ini boleh menjadi sesuatu yang boleh memberi faedah kepada orang ramai dan kita perlu mendidik mereka,” katanya.
Shahrizat menjelaskan, penyalahgunaan teknologi maklumat seperti membuat dakwaan palsu terhadap orang lain dianggap dosa dalam Islam.
“Kita perlu mendidik diri kita sendiri dengan semua orang tidak menyalahgunakan teknologi ICT dengan tuduhan palsu dan fitnah yang merupakan satu dosa dan menyalahi undang-undang,” katanya.
Shahrizat membuat kenyataan demikian selepas gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan rakan sejawatannya dari Israel, Benyamin Netanyahu tersebar di alam maya.
Gambar yang tersebar itu telah mendapat kritikan keras daripada pengguna media sosial yang masih terhadap pencerobohan tentera Israel terhadap Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqadis, baru-baru ini.
Najib bagaimanapun menafikan pernah mengadakan pertemuan dengan Netanyahu dan menyatakan hanya terserempak antara satu sama lain ketika menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), di New York.

Parlimen Malaysia Ditipu Hidup-Hidup Oleh Najib Razak Dan Noh Omar


 


KUALA LUMPUR, 18 Mac — Datuk Seri Shahrizat Jalil  hari ini menuduh Pengarah Strategi PKR  Rafizi Ramli dengan mengatakan  serangan keatasnya melibatkan skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) adalah kerana takut dengan Wanita Barisan Nasional (BN).

Dalam perbicaraan di  Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Shahrizat yang merupakan bekas menteri Kabinet dan ketua Wanita Umno  tidak bersetuju dengan tindakan Rafizi yang menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Menteri Pertanian dan  Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar apabila menuduh kedua-dua mereka menipu kepada Parlimen pada 2011 tentang pinjaman  kerajaan berjumlah RM250 juta kepada National Feedlot Corporation (NFCorp).

“Anak guam kamu menyerang saya selaku ketua Wanita BN kerana dia takut dengan kekuatan Wanita BN,” kata Shahrizat kepada  peguam Rafizi Ranjit Singh disini, dengan nada agak marah.

“Kamu menyaman anak guam saya atas kata-katanya dalam satu kenyataan media. Baca ini, adakah kamu bersetuju anak guam  saya akan mengejar perdana menteri dan menteri ertanian dan industri asas tani,” tanya Ranjit semasa soal balas dalam perbicaraan  kes saman fitnah Shahrizat berjumlah RM100 juta keatas Rafizi dan MP PKR Zuraida Kamaruddin.

“Dia yang menyerang saya... ia selalu tentang keluarga Shahrizat (yang Rafizi tuduh),” balas Shahrizat.

Ranjit berkata kenyataan media Rafizi adalah bertujuan untuk membidas Najib dan Noh yang memberitahu Parlimen pada Oktober  dan November 2011 bahawa pinjaman kerajaan RM250 juta tidak sepenuhnya disalurkan kepada NFCorp.

Beliau menambah Rafizi telah berkata penyata kewangan NFCorp yang difailkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)  menunjukkan syarikat tersebut telah mengeluarkan wang sebanyak RM250 juta hingga tempoh 31 Mac 2009.

Apabila disoal lagi, Shahrizat menuduh Rafizi berniat jahat dan bertindak atas tujuan tidak baik, menyebabkan Ranjit terpaksa  membalasnya dengan baik, “Awak betul-betul perlu kawal diri sendiri.”

Shahrizat juga berkata beliau tidak sedar tentang dua kondominium yang dibeli menggunakan dana NFCorp.


Oleh Boo Su-Lyn

Kesian Beb!! Shahrizat Diserang Penyakit 'Lembu Gila'

Nafsu untuk terus merompak harta rakyat masih membara.



Ketua Wanita Umno Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak sepatutnya bermain dengan sentimen politik perkauman kerana ia tidak selari dengan konsep 1Malaysia yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak.

Yang sebenarnya UMNO risau akan perpecahan undi bukan melayu terhadap parti tersebut kerana gusar akan kehilangan tampuk kuasa di PRU 13 yang akan diadakan bila-bila masa sahaja.

Rakyat Malaysia telah lama hidup bersatupadu tetapi Umno Bn mengamalkan budaya politik kotor serta tidak mengamalkan konsep demokrasi. Lihat sahaja PERKASA yang sering membuat pelbagai provokasi perkauman dan keagamaan yang telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif terhadap pengundi bukan melayu.

Kaum Melayu akan menjadi pelarian dibumi sendiri bukan kerana tidak ada kuasa bersaing dalam ekonomi tetapi tindakan kerajaan BN sendiri yang membawa masuk warga asing dan diberikan pula IC bagi membolehkan mereka menang di PRU13 akan datang.

Kenapa kaum melayu akan terpinggir jika hilang kuasa politik? Setelah lebih 50 tahun Umno memegang kuasa sebagai kerajaan apakah tidak cukup masa bagi menaiktaraf kehidupan kaum Melayu?.

Datuk Seri Shahrizat harus menerima hakikat bahawa Melayu yang dibantu selama ini adalah golongan suami isteri anak-anak serta kroni-kroni Umno yang mementing perut sendiri manakala rakyat dibawah hanya dapat merasa sisa-sisa bantuan tersebut. Yang kaya adalah kroni manakala rakyat hidup digula-gulakan oleh kerajaan.

Umno harus menerima hakikat bahawa rakyat tidak lagi merasakan Umno dapat memperjuangkan hak rakyat kerana ramai ahli-ahli Umno yang juga menteri-menteri dalam kerajaan yang terpalit dengan skandal rasuah. Banyak tanah-tanah orang melayu yang digadaikan kepada kaum lain bagi mengisi kocek kroni-kroni mengakibatkan melayu ibarat menang sorak kampong tergadai.

Ketirisan wang dalam tender-tender kerajaan juga telah mengakibatkan negara Malaysia menanggung hutang yang banyak dan menghadapi inflasi yang membimbangkan.

Justeru saya ingin mengingatkan Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil supaya hentikan politik cetek dan dangkal yang memperbodohkan kaum melayu dengan sentimen perkauaman kerana rakyat tidak bodoh dan boleh menilaikan antara intan dan kaca.

Cabaran Umno sebenarnya adalah memastikan parti komponen Bn menang bagi memastikan segala kerja-kerja kotor mereka tidak jatuh ketangan Pakatan Rakyat yang sudah pasti akan mengheret mereka-mereka yang terlibat kemuka keadilan.

 

Zuraida Kamaruddin

Ahli Parlimen Ampang
Ketua Wanita KEADILAN

Seram!! Roh Lembu-Lembu Shahrizat Terus Memburu Pemberi Maklumat Penyelewengan NFC





gua pn heran bila perompak wang negara dok bersenang lenang..hidup mewah.. tp pemberi maklumat penyelewengan nfc plak diburu dn berada dlm ketakutan..klau yang didedahkan tu adalah penyelewengan demi utk menyelamatkan wang rakyat.. apa salahnya...malah wajib utk kita dedahkannya...mmg betul membocorkan maklumat perbankan adalah satu perkara yang salah..tp klau membocorkan maklumat pasal lanun2 umno/apco yg dok songlap duit rakyat dgn lahapnya..sape kata salah...wajib kita sebagai rakyat Malaysia yg prihatin yg sayangkan negara kita utk mendedahkan penyelewengan2 yg berlaku disekeliling kita..Dia mungkin melanggar "etika perbankan"..memang dia salah didunia ni...tapi dia tak langgar etika sebagai seorang Islam yg perlu mencegah kemungkaran dn korupsi...dn saudara johari ini jg tidak salah dr segi moral dn etika sebagai manusia prihatin yg cintakan kerajaan yg bersih dn amanah..

KUALA LUMPUR, 14 Mei: Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli kesal dengan tindakan NFC dan Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang terus menerus memburu rakyat yang tidak bersalah untuk dikenakan hukuman berat kerana disyaki membantu pendedahan segala penyelewengan yang berlaku di NFC.

“Terbaru beliau secara bertubi-tubi membuat aduan dan memberi tekanan kepada Public Bank dan Bank Negara Malaysia untuk mengambil tindakan terhadap Johari Mohamad yang dituduhnya membocorkan maklumat pembelian harta mewah di KL Eco City kepada saya,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Akibat tekanan itu, ujarnya tindakan telah diambil oleh Public Bank dan Bank Negara Malaysia terhadap Johari Mohamad.

Beliau berkata, Johari yang sudah tidak tahan dengan tekanan dan tindakan selama sebulan akhirnya membuat keputusan meletakkan jawatan dari Public Bank setelah berkhidmat berbelas tahun.

Tambahnya, tidak cukup dengan merosakkan periuk nasi rakyat yang tidak berdosa, Mohamad Salleh dan NFC terus memburu dengan mengenakan tekanan kepada Bank Negara pula.

Hari ini, jelasnya Johari akan disiasat dibawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) yang boleh dikenakan hukuman penjara 5 tahun.

Menurutnya, tindakan yang bersifat dendam kesumat itu sudah tentu dibincangkan dan mendapat restu Datuk Seri Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno.

Sebelum ini, kata Rafizi apabila ditanya apa tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang mendedahkan penyelewengan NFC, Mohamad Salleh sendiri mengatakan bahawa beliau akan berbincang dengan keluarga.

“Tindakan dendam kesumat ini juga bertentangan dengan kenyataan Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail bahawa beliau tidak berdendam dengan sesiapa kecuali saya dan beliau tidak akan mengambil tindakan terhadap sesiapa pun kecuali saya.

“Jelasnya, beliau sedang berusaha untuk mengenakan tindakan terhadap semua yang beliau syaki membantu mendedahkan penyelewengan dan kekayaan peribadi keluarga beliau,” ujarnya lagi.

Menurut Rafizi, Mohamad Salleh tidak sedar bahawa tindakan dendam kesumat itu memberi imej yang buruk terhadap Umno.

“Ahli Umno sendiri menolak penyelewengan yang dilakukan oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil, maka sudah tentu mereka pun muak dengan sikap penting diri keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil yang akan terus mengheret Umno ke dalam skandal NFC yang tiada penghujungnya,” katanya.

Beliau berkata, PKR akan membantu sepenuhnya Johari dari aspek bantuan guaman dan berusaha mendapatkan kerja baru supaya beliau tidak terus dimangsakan oleh dendam kesumat keluarga Shahrizat.

“Saya mendesak Bank Negara Malaysia supaya tidak tunduk kepada tekanan DatukSeri Shahrizat Jalil dan keluarganya. Sungguh malang apabila semua institusi negara – dari PDRM, SPRM dan kini BNM – diheret oleh beliau semata-mata untuk menutup penyelewengan yang telah berlaku,” tegasnya.

Penjelasan Johari

Sementara itu Johari yang merupakan seorang kakitangan Public Bank yang bertugas di cawangan Jinjang memberitahu pada 24 April lalu, beliau menerima sepucuk surat dari majikan menyatakan beliau didakwa melanggar tatacara dan disiplin tempat kerja berikutan satu aduan yang dibuat oleh Mohamad Salleh.

Aduan itu juga menuduhnya melanggar peruntukan Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 yang boleh disabitkan hukuman berat.

Beliau telah melalui proses perbicaraan disiplin (domestic inquiry) di Public Bank.

“Akibat tekanan di tempat kerja dan pelbagai tindakan yang diambil terhadap saya, saya telah membuat keputusan untuk berhenti kerja.

“Saya telah pun menyerahkan surat perletakan jawatan ekoran aduan yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail,” jelasnya.

Hari ini pula, beliau telah diarahkan untuk melaporkan diri bagi tujuan siasatan di bawah Akta BAFIA di Bank Negara jam 2 petang.

“Saya kini disiasat pula oleh Bank Negara Malaysia di bawah BAFIA yang boleh membawa hukuman berat,” ujarnya.

NFC Sedang Melupuskan Aset Mereka Secara Haram


KUALA LUMPUR 5 April:  KEADILAN mendedahkan syarikat Perbadanan Fidlot Nasional (NFC)  yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil cuba mengatur urusniaga bagi melupuskan hartanah-hartanah milik NFC yang sepatutnya dibekukan.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata NFC kini sedang memuktamadkan penjualan tiga hartanah kepada sebuah syarikat, Insun Development Sdn Bhd (Insun Development) pada harga RM3 juta.

Menurutnya, penjualan aset itu menandakan NFC sekarang sedang gulung tikar dan cuba mendapatkan sebanyak mungkin wang tunai daripada aset-aset mereka.

Ia juga dibuat sebaik sahaja Shahrizat mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak lama dahulu, kata Rafizi.

Rafizi berkata, antara hartanah yang sedang dilupuskan oleh NFC ialah hartanah yang beralamat di B-00-22, Plaza Damas 3, No. 63 Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas Kuala Lumpur. Hartanah itu merupakan tingkat bawah, kedai pejabat tiga tingkat yang bernilai RM1.5 juta.

Hartanah kedua, membabitkan B-01-22 Plaza Damas 3, No. 63 Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, Kuala Lumpur, iaitu tingkat 1 kedai pejabat tiga  tingkat bernilai RM759,000.

Hartanah ketiga pula, melibatkan, B-02-22 Plaza Damas No. 63, Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, Kuala Lumpur, Tingkat 2, Bangunan kedai tiga tingkat bernilai RM741,000.

Menurutnya, urusniaga RM3 juta itu disahkan Insun Development yang beralamat di 15-5, Signature Office The Boulevard, Mid Valley City Kuala Lumpur manakala peguam yang bertindak bagi pihak pembeli ialah Heng & Co, No 30 Lorong Maarof, Bangsar Park, Kuala Lumpur.

“Harga pasaran bagi ketiga-tiga hartanah ini berjumlah RM4 juta tetapi pelupusan ini mendapat diskaun sebanyak 25 peratus. Saya membidas sekeras-kerasnya kecuaian pihak berkuasa yang membenarkan urusniaga ini terutama apabila pelupusan dibuat pada harga yang lebih rendah.

“Ini menjejaskan kemungkinan pihak berkuasa dapat merampas kembali sebarang harta yang dibeli dengan menyalahgunakan dana awam sebanyak RM250 juta, untuk mendapatkan kembali pembayaran dana tersebut kelak,” katanya.

Rafizi berkata, jika penjualan aset itu boleh berlaku tanpa sebarang pengawasan, ia bermakna perkara sama boleh berlaku terhadap lima aset lain dimiliki keluarga Shahrizat yang dianggarkan bernilai RM73juta.

Hartanah itu ialah Kondominium One  Menerong berjumlah RM14 juta, dua lot tanah di Putrajaya (RM3 juta), Kondominium Orchard Scots (RM10 juta), dua kondominium di Marina Bay Suites (RM34 juta) dan lapan unit kedai pejabat di KL Eco city (RM12 juta).

“Urusniaga melupuskan harta-harta milik keluarga Shahrizat ini membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib berbohong kepada rakyat apabila beliau mengumumkan bahawa asset NFC telah dibekukan pada 14 Januari lalu,” katanya.

SUMBER

Skandal Cowgate, Cop-gate, AG-gate dan Anak-gate Menjadi Mimpi Ngeri Untuk Najib



Perdana Menteri Najib Razak harus menunjukkan perubahan sebenar dan elakkan berselindung. Saya rasa terharu pada sambutan Hari Polis ke 205 Sabtu lepas, saya diberi award Rakan Polis 2012 yang disampaikan oleh Menteri Dalam Negeri,Dato’Hishammuddin Hussein. Saya agak kaget walaupun saya mengkritik Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), pimpinan terbaru YDH Tan Sri Ismail Omar masih menganggap saya layak menerima anugerah ini. Ini menunjukkan kesungguhan nya mengubah pasukan polis.
Objektif kerajaan menjadikan pengurangan kadar jenayah sebagai salah satu National Key Result Areas (NKRA) sudah mula menunjukkan hasil. Menurut laporan World Justice Project Rule of Law Index 2011, Malaysia di letakkan sebagai antara negara yang selamat di rantau Asia Pasifik. Ini menunjukkan kemajuan pesat terhadap imej PDRM berbanding semasa ia di bawah IGP yang terdahulu,Musa Hassan.Semasa zaman Musa Hassan, PDRM dibenci, sindiket pinjaman wang haram along menjadi musuh utama negara dan kadar jenayah tinggi terutama jenayah jalanan. Pendekata, rakyat tidak rasa selamat ketika itu. Ada yang berkata ini semua dah berlalu. Tapi masa lalu yang menentukan masa kini dan akan datang.

Polis perlu meningkat kan prestasi atau ketinggalan di belakang


Berkenaan hal ini, suka saya mengingatkan PDRM bahawa imej positif tersebut boleh jatuh semula seperti dahulu. Saya suka mengingatkan PDRM tidak harus menjadi agensi penguatkuasaan undang-undang yang terlibat dengan melindungi mereka yang kaya dan berkuasa sahaja. .Yang demikian, pujian perlu diberikan kepada Pengarah CCID Dato’ Syed Ismail Syed Azizan, kerana mengumumkan pihak polis telah menyokong tindakan pendakwaan dalam skandal lembu NFC. Hal ini akhirnya memaksa peguam Negara Gani Patail mendakwa suami Shahrizat Jalil,Pengerusi NFC atas tuduhan jenayah pecah amanah. Pengumuman luarbiasa itu adalah satu tindakan bijak dan berani dari Syed Ismail , tidak berselindung yang mana biasanya pihak polis akan dipersalahkan. Ini benar-benar membaiki imej PDRM di mata rakyat.
Sebagai Rakan Polis, saya menyeru rakyat supaya tidak salahnaggap kenyataan yang dibuat Menteri Dalama Negeri Hishammuddin Hussein, berkenaan pendedahan2 yang dibuat oleh mantan Pengarah CCID Dato Ramli Yusuff berkenaan perlindungan,pakatan, penipuan dan salahguna kuasa oleh Musa Hassan dan Peguam Negara Gani Patail dalam skandal yang dikenali “CopGate Affair”.Apa yang dikatakan menteri tersebut “Buktikan dan kita akan ambil tindakan.Tiada siapa yang kebal dari undang-undang.” Kita mesti melihatnya dengan positif.

Tugas Polis ialah untuk menyiasat, bukan tunduk kepada telunjuk Peguam Negara.AG


Memandangkan Hishammuddin sendiri teleh meminta dibawakan bukti, YDH Ketua Polis Negara Ismail Omar sewajarnya mengambil berat kata-kata Mneteri dan mengarahkan siasatan dijalankan oleh pegawai2 nya. Kuasa polis untuk menyiasat termaktub dalam Akta Polis. Saya berpendapat IGP Ismail Omar dapat tunjukkan sifat serius, objektif dan professional dalam mendedahkan kebenaran dan mendapatkan bukti dengan mengambil langkah-langkah berikut:
> tidak melibatkan Pengarah CID,Bakri Zinin dalam siasatan.Ini untuk melindungi Bakri Zinin dari tuduhan yang beliau ada kaitan dengan AG Gani Patail kerana Bakri juga berasla dari Sabah;
> arahkan penyiasat berfikiran bebas seperti Pengarah CCID Syed Ismail, yang tidak mudah ditakut-takutkan oleh Gani Patail sebagaimana terbukti dalam skandal “Cowgate”;
> tidak membenarkan campurtangan ahli2 politik ketika polis meneruskan tugas2 kerana ikrar tugas professional kerjaya pasukan polis , tidak kira berapa berpengaruhnya ahli politik tersebut;
> tidak meninggalkan sebarang isu pun dari semua lapuran yang di buat oleh Dato’ Ramli Yusuff terhadap Gani Patail dan Musa Hassan yang kini menjadi pengetahuan umum, iaitu kesemua isu disiasat.

A) kesahihan SD pegawai pengiring Musa Hassan berkenaan penglibatan beliau dalam kongsi gelap;
B) kesahihah 10 lagi SD pegawai polis yang lain;
C)kesahihan lain SD dari pemberi maklumat lain berkenaan penyerahan bukti;
D) melindungi Goh Cheng Poh dalam siasatansindiket Along dan campurtangan dalam kerja2 siasatan polis dalam kes itu;
E) akses tanpa izin kepada fail-fail rahsia Cicero;
F) perlanggaran tugas-tugas AG dibawah Art 45 Perlembagaan Persekutuan kerana enggan mewakili dan menyediakan afidavit2 untuk CCID;
G) pakatan mengenakan Dato’Ramli dan 6 orang pegawainya dengan menggunakan kenyataan palsi Moo Sai Chin yang ditahan di bawah undang-undang Darurat;
H)pakatan mengenakan peguam Dato’Ramli;

I) penglibatan AG dalam isu berkaitan Tajudin Ramli/MAS dan samada ada disembunyikan bukti;
J) keengganan AG mendakwa Tajudin Ramli walaupun ada sokongan dari CCID;
K) hubung kait antara AG Gani Patail dengan proksi Tajudin,Shahidan Shafie. Di nyatakan Shidan yang pernah di dakwa atas tuduhan rasuah semasa beliau ialah OC,Cawangan Kongsi Gelap Johor;
L) samada wajar bagi peguam negara untuk bercampur dengan seorang yang mempunyai reputasi tidak baik (Shahidan Shafie) terutamanya jika orang itu terlibat dengan siasatan yang sedang dijalankan oleh polis dan MACC. Hubungan baik mereka terdedah ketika skandal Haji beserta gambar-gambar dan lain-lain dokumen Tabung Haji.
M)Hubung kait AG dengan perbalahan syarikat Ho Hup sebagaimana dilihat dari gambar-gambar AG di pejabat Ho Hup dan dakwaan terhadap pihak satu lagi.

Bukan Nazri yang akan buat keputusan


Rakyat kecewa bila Speaker Parlimen menolak usul segera dari MP Subang Jaya R Sivarasa untuk perkara ini dibahaskan di Parlimen Rabu lepas. Kesan intergriti AG Gani Patail kepada keseluruhan sistem keadilan di negara ini. Rakyat melihat kengganan itu sebagai cubaan melindungi sesuatu
Untuk melenyapkan persepsi negatif itu, saya menyeru IGP Ismail Omar supaya melaksanakan tugas perlembagaan nya untuk menyiasat tanpa rasa takut atau pilih kasih. Saya menyeru Ismail Omar supaya mengabaikan kenyataan mengelirukan Nazri Aziz yang kerajaan tidak akan menyiasat lanjut hal ini. Bukan Menteri yang perlu putuskan samada hubungkait AG Gani Patail perlu disiasat seperti juga bukan Menteri yang arahkan GLC untuk menyelesaikan kes-kes berkaitan Tajudin Ramli.

Skandal anak menteri: Dari mana anak lelaki yang kebal dari undang-undang itu dapat wang yang banyak?


Nazri mungkin menteri undang-undang, tapi beliau tiada kuasa moral untuk memberithau polis bagaimana melaksanakan undang-undang jika beliau sendiri tidak dapak mengawal anak lelaki nya dan pengawal peribadi anaknya berkaitan kes terkini memukul pengawal keselamatan. Menurut lapuran polis yang ada pada saya, anak lelaki Nazri malahan menggunakan kad nama bapanya sebagai menteri untuk memperkenalkan rombongan nya.Bukankah ini salahguna kuasa? Rakyat tidak gemar dengan kes yang dikasifikasikan sebagai mencetus kekecohan dibawah s.160 Kanun Keseksaan. Mencetus kekecohan ialah bergaduh di tempat awam. Pengawal peribadi anak beliau menceroboh kawasan persendirian dan memukul pengawal keselamatan. Bagaimana kah ini boleh dikatakan kekecohan?
Tambahan lagi. Rakyat mula tertanya bagaimana anak lelaki Nazri mampu memandu kereta2 mewah- anak beliau memandu Porsche manakala pengawal peribadi nya Toyota Vellfire? Kenapa dia perlukan pengawla peribadi? Apa urusan perniagaan yang dijalankannya? Adakah kita kan melihat lebih banyak contoh seperti skandal Cowgate dikalangan keluarga dan anak2 Menteri yang hidup mewah beli rakyat diingatkan supaya berhemah dan sentiasa diingatkan tentang kadar inflasi dan belanja hidup yang semakin meningkat. MACC perlu menyiasat samada keluarga Menteri ini hidup diluar kemampuan mereka atau memiliki kekayaan luarbiasa. Lagipun dibawah Akta MACC, semua kakitangan awam yang tertakluk kepada perlu berbuat demikian. Lebih baik Nazri mengawal anak jantannya dan rombongannya supaya mematuhi undang-undang daripada beliau campurtangan dalam urusan polis.
IGP perlu arahkan PDRM supaya bertindak secara bebas. Dari sini dapat dikekalkan “check” dan “balance” dalam institusi kerajaan supaya rakyat rasa selamat dan yakin. Ahli politik datang dan pergi tapi institusi seperti pihak polis tidak boleh di arah supaya menurut saja kehendak dan kemahuan ahli2 politik.

Terlalu banyak bukti yang tidak dapat diabaikan menunjuk kearah Gani Patail


Bukti terhadap AG Gani Patail yang diketahui umum sudah terlalu banyak untuk kerajaan abaikan.
Oleh itu, bagi pihak rakyat, saya merayu PM Najib mendengar suara rakyat. PM patut taju rakyat tidak suka bila beliau menyatakan tidak perlu menubuhkan tribunal untuk menyiasat hal ini. Rakyat tertanya kenapa kerajaan perlu mempertahankan AG sehingga
menjejaskan kredibiliti kerajaan Najib.
Ini hanya akan menimbulkan lebih banyak syak wasangka yang AG Gani Patail dan Musa Hassan mempunyai pengaruh ke atas PM dan pemimpin kerajaan yang lain.PM Najib perlu melenyapkan ini dengan bertindak.

PM Najib tidak harus hilang tumpuan.PM Najib telh menunjukkan beliau akan mengotakan kata-katanya bila ia melibatkan rakyat. Saya pasti PMNajib ialah seorang yang prihatin terhadap perasan rakyat. Beliau sudah popular dengan berbagai perubahan yang mula berjalan. Jadi jangan rosakkan dengan dakwaan yang menyelubungi AG Gani Patail. Rakyat akan terus menyokong PM Najib jika semua rancangan perubahannya terutama bila rakyat percaya tiada apa yang disembunyikan.
Oleh: Tan Sri Datuk Robert Phang Miow Sin
(Penulis adalah seorang pemimpin masyarakat sivil , Jaksa Pendamai dan mantan ahli panel penasihat MACC)

Tender baru NFC Hanya Untuk Menutup Penyelewengan Gerombolan Haji Najib



KUALA LUMPUR, 28 Mac: PKR membantah sekeras-kerasnya tindakan Barisan Nasional seperti yang diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar untuk menjemput bidaan baru bagi memilih kontraktor mengambil alih operasi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
“Kebelakangan ini, tindakan-tindakan Barisan Nasional secara jelas bertujuan untuk menutup secepat mungkin skandal ini tanpa merungkai soal pertanggungjawaban semua pimpinan tertinggi Barisan Nasional yang terbabit,” kata Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli dalam satu kenyataan.


Beliau memberi beberapa contoh tindakan yang diumumkan tetapi tidak dilaksanakan.

Ini, katanya termasuk pengumuman pembekuan aset oleh Perdana Menteri tetapi operasi, perbelanjaan dan penstrukturan aset di dalam NFC dan syarikat-syarikat berkaitan terus berjalan seperti biasa, bertujuan untuk menghapuskan bukti penyelewengan.

Selain itu, tambah Rafizi, pengumuman perlantikan juruaudit bebas oleh Timbalan Perdana Menteri tetapi sehingga kini skop audit, kepada siapa juruaudit akan bertanggungjawab dan bilakah laporan audit akan dibentangkan kepada Dewan Rakyat tidak diketahui rakyat.

“Saya khuatir audit yang dijalankan ini hanyalah untuk mengenalpasti segala penyelewengan yang berlaku agar bukti-bukti penyelewengan dapat dihapuskan secepat mungkin,” ujarnya.

Beliau menambah, persoalan pokok dalam skandal NFC ialah keterlibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertanggungjawab menganugerahkan projek bernilai RM250 juta secara terus kepada NFCorp yang beliau sedia maklum tidak mempunyai pengalaman dan dimiliki keluarga rakan karibnya, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Tambahnya, tindakan itu mencerminkan kecuaian Perdana Menteri dan memungkinkan berlakunya penyelewengan dan pecah amanah.

“Perkara ini masih belum dijawab oleh Perdana Menteri. Malah, tindakan beliau mahu membuka bidaan baru jelas membuktikan hasrat beliau untuk menutup kesalahan beliau yang menganugerahkan kontrak kepada pihak yang tidak layak,” ujarnya lagi.

Justeru, tegasnya PKR berpendirian bahawa selagi segala persoalan bersabit pertanggungjawaban Perdana Menteri dan pegawai-pegawai tertinggi tidak disiasat dan dirungkai, kerajaan tidak boleh membuka bidaan baru kerana ia cubaan memadamkan kesalahan Perdana Menteri.

“Oleh kerana niat Perdana Menteri untuk menutup kesalahan beliau itu adalah jelas, saya tidak ada pilihan lain kecuali menumpukan kembali fokus untuk membongkar penyelewengan-penyelewengan lain yang telah dan masih berlaku di dalam NFC,” katanya lagi.

Beliau menegaskan, hanya dengan desakan rakyat yang memuncak barulah Perdana Menteri akan menerima pertanggungjawaban, seperti mana yang telah dibuat oleh Shahrizat.

Siri pembongkaran akan diteruskan bermula minggu depan, katanya.

Shahrizat Tetap Menjadi Liabiliti Kepada Umno/BN



SHAH ALAM - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil perlu profesional dengan melepaskan kesemua jawatannya bukan hanya tidak mahu disambung sebagai ahli Dewan Negara.

Penganalisis Politik, Prof Dr Ahmad Attory Hussien berkata, beliau disarankan berbuat demikian demi kepentingan negara, parti dan rakyat.

“Karier politiknya telah berakhir. Lebih baik beliau melepaskan semua jawatannya kerana selama ini beliau dilihat sebagai liabiliti kepada Barisan Nasional (BN) dan Umno,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengumuman keputusan Shahrizat berundur sebagai menteri apabila tempoh pelantikannya sebagai Senator tamat pada 8 April ini.

Menurutnya, Shahrizat menjadi mangsa kes mengaitkan suaminya iaitu, Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFCorp), Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail yang dikaitkan dengan isu Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Beliau berkata, Wanita Umno amnya, perlu menjelaskan kepada rakyat mengenai isu itu.

“Lebih baik beliau melepaskan semua jawatannya meskipun Wanita Umno mengakui kredibiliti beliau.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga dilihat cuba mengekalkan Shahrizat, tetapi rakyat tidak mahu beliau berada dalam Kabinet dan parti lagi,” katanya.

Sementara itu, pemerhati politik, Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz menyifatkan tindakan Shahrizat itu adalah langkah terbaik dan menunjukkan beliau bertanggungjawab sebagai ahli politik.

Bagaimanapun, lebih baik sekiranya beliau melepaskan semua jawatannya kerana isu NFC berkait dengan dirinya dan ia perlu diselesaikan terlebih dahulu.

“Kita bimbang, jawatan dalam parti beri implikasi tidak baik kepada parti. Terpulanglah kepadanya kerana wujud perbezaan di antara jawatan menteri dan dalam parti.

“Secara umumnya dalam parti pemilihan dilakukan oleh ahli-ahli parti manakala jawatan menteri itu berkhidmat dan bertanggungjawab kepada rakyat dan negara,” katanya.

Ditanya mengenai karier Shahrizat akan berakhir disebabkan isu NFC, Shamrahayu menegaskan hidup dan mati di dalam politik akan berlaku banyak kali kepada ahli politik.

“Sekiranya gagal dalam pilihan raya tetapi ‘hidup’ dalam Umno, mereka akan diberikan jawatan menteri. Kekuatan dalam politik memberikan mereka peluang untuk terus berada dalam arena politik.

“Tindakan Shahrizat adalah terbaik dan menunjukkan beliau berpolitik bukan untuk kepentingan peribadi,” katanya.
SUMBER
Related Posts with Thumbnails