BREAKING NEWS

NFC Sedang Melupuskan Aset Mereka Secara Haram


KUALA LUMPUR 5 April:  KEADILAN mendedahkan syarikat Perbadanan Fidlot Nasional (NFC)  yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil cuba mengatur urusniaga bagi melupuskan hartanah-hartanah milik NFC yang sepatutnya dibekukan.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata NFC kini sedang memuktamadkan penjualan tiga hartanah kepada sebuah syarikat, Insun Development Sdn Bhd (Insun Development) pada harga RM3 juta.

Menurutnya, penjualan aset itu menandakan NFC sekarang sedang gulung tikar dan cuba mendapatkan sebanyak mungkin wang tunai daripada aset-aset mereka.

Ia juga dibuat sebaik sahaja Shahrizat mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak lama dahulu, kata Rafizi.

Rafizi berkata, antara hartanah yang sedang dilupuskan oleh NFC ialah hartanah yang beralamat di B-00-22, Plaza Damas 3, No. 63 Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas Kuala Lumpur. Hartanah itu merupakan tingkat bawah, kedai pejabat tiga tingkat yang bernilai RM1.5 juta.

Hartanah kedua, membabitkan B-01-22 Plaza Damas 3, No. 63 Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, Kuala Lumpur, iaitu tingkat 1 kedai pejabat tiga  tingkat bernilai RM759,000.

Hartanah ketiga pula, melibatkan, B-02-22 Plaza Damas No. 63, Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, Kuala Lumpur, Tingkat 2, Bangunan kedai tiga tingkat bernilai RM741,000.

Menurutnya, urusniaga RM3 juta itu disahkan Insun Development yang beralamat di 15-5, Signature Office The Boulevard, Mid Valley City Kuala Lumpur manakala peguam yang bertindak bagi pihak pembeli ialah Heng & Co, No 30 Lorong Maarof, Bangsar Park, Kuala Lumpur.

“Harga pasaran bagi ketiga-tiga hartanah ini berjumlah RM4 juta tetapi pelupusan ini mendapat diskaun sebanyak 25 peratus. Saya membidas sekeras-kerasnya kecuaian pihak berkuasa yang membenarkan urusniaga ini terutama apabila pelupusan dibuat pada harga yang lebih rendah.

“Ini menjejaskan kemungkinan pihak berkuasa dapat merampas kembali sebarang harta yang dibeli dengan menyalahgunakan dana awam sebanyak RM250 juta, untuk mendapatkan kembali pembayaran dana tersebut kelak,” katanya.

Rafizi berkata, jika penjualan aset itu boleh berlaku tanpa sebarang pengawasan, ia bermakna perkara sama boleh berlaku terhadap lima aset lain dimiliki keluarga Shahrizat yang dianggarkan bernilai RM73juta.

Hartanah itu ialah Kondominium One  Menerong berjumlah RM14 juta, dua lot tanah di Putrajaya (RM3 juta), Kondominium Orchard Scots (RM10 juta), dua kondominium di Marina Bay Suites (RM34 juta) dan lapan unit kedai pejabat di KL Eco city (RM12 juta).

“Urusniaga melupuskan harta-harta milik keluarga Shahrizat ini membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib berbohong kepada rakyat apabila beliau mengumumkan bahawa asset NFC telah dibekukan pada 14 Januari lalu,” katanya.

SUMBER

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails