1. SMM kesal dengan Kejadian belasah mahasiswa yang pertahankan hak 34 keluarga yang masih bertahan di flat 4 tingkat Kampung Kerinchi. Ini menunjukkan budaya samseng masih menjadi pendekatan sesetengah pihak yang berkepentingan.
2. SMM yakin arahan pemindahan oleh pihak berkuasa mengandungi unsur muslihat. Pada awalnya, penduduk tidak diberitahu tarikh pemindahan. Secara mengejut mereka diberi notis seminggu untuk berpindah.
3. Apakah tidak munasabah untuk menangguhkan arahan pemindahan dalam tempoh hingga Julai sebagai jalan budibicara? Dalam masa penduduk menguruskan urusan pemindahan rumah, persekolahan anak-anak dan lain-lain.
4. Apa yang mengejutkan, pemaju telah mengkhianati penduduk dengan pemotongan bekalan air dan elektrik tanpa maklumat mereka. Bahkan, apabila mereka ingin menjelaskan bil, didapati alamat mereka sudah digugurkan daripada rekod. Perbuatan khianat para pemaju yang rakus memikirkan soal keuntungan di sebalik pembangunan ini sangat zalim dan tidak berperikemanusiaan.
5. Saya dan beberapa rakan dari SMM yang turut turun ke Kampung Kerinchi merasai kesedihan yang dirasakan oleh penduduk yang mempertahankan tanah mereka. Inilah keperitan yang terpaksa ditanggung semenjak 50 tahun rejim zalim memerintah tanpa perikemanusiaan.
6. SMM menggesa semua rakyat Malaysia membuka mata melihat sendiri kesan pemerintahan rejim ini kepada rakyat. Rakyat Malaysia kini terbuang di tanah sendiri.
7. SMM tegas berpendirian ini masanya kita merubah kerajaan sedia ada kepada yang lebih baik. Kami turut menyeru semua rakyat untuk turut bersama bersolidariti pada 14 April ini dalam himpunan Mansuh PTPTN setelah melihat penderitaan anak muda yang dibebani hutang pinjaman PTPTN.
Muhammad Safwan b. Anang @ Talib
Pengerusi
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
“Salahkah saya ke sana untuk melihat sendiri apa yang berlaku,” demikian kata aktivis mahasiswa Adam Adli Abd Halim mengulas mengenai pihak yang mempersoalkan kehadirannya semasa operasi pecah unit kosong Rumah Pangsa Empat Tingkat Kampung Kerinchi, kelmarin.
Menurutnya, dia bersama 12 lagi rakannya dari Solidariti Mahasiswa Malaysia hadir ke kawasan itu untuk melihat dengan lebih dekat apakah yang sebenarnya berlaku di kawasan tersebut.
“Semasa di sana, saya dan rakan tidak protes. Kami hanya duduk di bawah pokok melihat pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan kerja pecah rumah.
“Saya datang dengan niat hendak tahu isu dan lihat sendiri apa yang berlaku. Saya juga penduduk di kawasan Lembah Pantai,” katanya.
Menceritakan kembali sebelum ditumbuk kelmarin, Adam dan beberapa aktivis mahasiswa naik ke tingkat tiga flat tersebut apabila mendengar ada keluarga yang menangis.
“Saya hanya naik dan tenangkan mereka. Lagipun saya diberitahu pihak DBKL hanya pecahkan pintu rumah yang tidak ada orang. Jadi selepas itu kami turun.
“Sebelum itu lagi, ada beberapa orang yang jerit-jerit tetapi saya tak endahkan. Masa saya turun tangga dan nak pusing ke kanan sikit, terus ada orang menumbuk saya. Yang saya pasti ada dua serangan dibuat dekat saya,” katanya.
Adam kecewa kehadirannya ke kawasan tersebut dengan niat baik dipersoal, dikritik dan dipolitikkan.
“Semua perkara hendak dipolitikkan. Pihak yang lain hanya tahu mengkritik kehadiran saya, tetapi di mana mereka semasa penduduk ini memerlukan bantuan?,” katanya.
Kelmarin, rundingan aman membabitkan 35 penduduk Rumah Pangsa Empat Tingkat Kampung Kerinchi dengan DBKL bagi mengosongkan kediaman mereka untuk program pembangunan semula bangunan itu dicemari insiden Adam Adli ditumbuk.
Adam Adli juga telah membuat laporan di Balai Polis Pantai pada hari kejadian.
Post a Comment