BREAKING NEWS

Parlimen Malaysia Ditipu Hidup-Hidup Oleh Najib Razak Dan Noh Omar


 


KUALA LUMPUR, 18 Mac — Datuk Seri Shahrizat Jalil  hari ini menuduh Pengarah Strategi PKR  Rafizi Ramli dengan mengatakan  serangan keatasnya melibatkan skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) adalah kerana takut dengan Wanita Barisan Nasional (BN).

Dalam perbicaraan di  Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Shahrizat yang merupakan bekas menteri Kabinet dan ketua Wanita Umno  tidak bersetuju dengan tindakan Rafizi yang menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Menteri Pertanian dan  Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar apabila menuduh kedua-dua mereka menipu kepada Parlimen pada 2011 tentang pinjaman  kerajaan berjumlah RM250 juta kepada National Feedlot Corporation (NFCorp).

“Anak guam kamu menyerang saya selaku ketua Wanita BN kerana dia takut dengan kekuatan Wanita BN,” kata Shahrizat kepada  peguam Rafizi Ranjit Singh disini, dengan nada agak marah.

“Kamu menyaman anak guam saya atas kata-katanya dalam satu kenyataan media. Baca ini, adakah kamu bersetuju anak guam  saya akan mengejar perdana menteri dan menteri ertanian dan industri asas tani,” tanya Ranjit semasa soal balas dalam perbicaraan  kes saman fitnah Shahrizat berjumlah RM100 juta keatas Rafizi dan MP PKR Zuraida Kamaruddin.

“Dia yang menyerang saya... ia selalu tentang keluarga Shahrizat (yang Rafizi tuduh),” balas Shahrizat.

Ranjit berkata kenyataan media Rafizi adalah bertujuan untuk membidas Najib dan Noh yang memberitahu Parlimen pada Oktober  dan November 2011 bahawa pinjaman kerajaan RM250 juta tidak sepenuhnya disalurkan kepada NFCorp.

Beliau menambah Rafizi telah berkata penyata kewangan NFCorp yang difailkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)  menunjukkan syarikat tersebut telah mengeluarkan wang sebanyak RM250 juta hingga tempoh 31 Mac 2009.

Apabila disoal lagi, Shahrizat menuduh Rafizi berniat jahat dan bertindak atas tujuan tidak baik, menyebabkan Ranjit terpaksa  membalasnya dengan baik, “Awak betul-betul perlu kawal diri sendiri.”

Shahrizat juga berkata beliau tidak sedar tentang dua kondominium yang dibeli menggunakan dana NFCorp.


Oleh Boo Su-Lyn

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails