BREAKING NEWS

Pasukan SAR Tidak Temui Petanda Pesawat MH370 Di Kawasan Yang Dikesan Satelit China



KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Malaysia, Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan tiada sebarang petanda ditemui pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dikawasan objek terapung yang dikesan satelit China, lapor APTN.

"Tidak ada apa-apa, kami ke lokasi tersebut, tidak ada apa-apa," katanya kepada wartawan.

Sebelum ini, Ketua Penerbangan Awam China, Li Jianxiang  berkata tiada bukti objek terapung yang dikesan satelit itu di Laut China Selatan berkaitan dengan pesawat MH370 Malaysia yang hilang

Awal hari ini, CNN juga melaporkan satelit China mendakwa menemui tiga objek berukuran sekitar 13 kali 18 meter, 14 kali 19 meter dan 24 kali 22 meter yang terapung di perairan Laut Cina Selatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat MH370.

Ia berkedudukan di koordinat  longitud 105 perpuluhan 63 darjah timur, 6 perpuluhan 7 darjah utara pada latitud.

Pemangku Menteri Pengangakutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein melalui akaun Twitternya hari ini mengesahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menghantar pesawat pelbagai guna Bombardier ke kawasan Laut China Selatan, tempat tiga objek dikesan satelit China.

CNN juga Sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah dihantar ke kawasan tiga objek dikesan satelit China.

Laporan tersebut memetik sumber daripada TUDM yang tidak mempunyai kebenaran untuk membuat kenyataan memaklumkan kepada mereka.

(www.astroawani.com)


Post a Comment

Related Posts with Thumbnails