Seluruh Dunia Mencari Pesawat Yang Hilang, Tetapi Najib Mencari Ayam
Posted by Unknown on 9:13 PM in BN=Barang Naik MH370 Najib Penipu Rakyat | Comments : 0
Saya hairan yang selepas kehilangan penerbangan MH370 pada 8 Mac, pengkritik MAS digelar sebagai “tidak sensitif”
Sementara pengkritik “sensitif” pula menganggap sikap berdiam diri sebagai perbuatan tindakan menghormati kepada sanak saudara dan rakan penumpang dan anak kapal yang masih belum ditemui.
Namun permainan politik yang tidak sensitif didedahkan apabila ketua publisiti MCA, Ivone Low mendakwa ahli DAP, Teo Nie Ching tidak sensitif kepada kesengsaraan keluarga penumpang MH370.
Teo, timbalan ketua publisiti DAP menulis di akaun Twitternya dalam Bahasa Mandarin: “Seluruh dunia mencari pesawat yang hilang, tetapi Najib mencari ayam.”
Teo jelas merujuk kepada gimik publisiti Najib yang berkata bahawa rakyat dapat menghadapi kenaikan harga barangan dengan mencari tawaran terbaik.
Najib menayangkan seekor ayam yang beliau telah beli dengan harga hanya RM1.
Namun ayam ini hanya dijual dengan harga itu sebagai sebahagian dari gimik jualan.
Teo hanya jelik dengan tumpuan Najib yang tidak kena, dan beliau menyampaikannya dalam tulisannya itu.
Tidakkah jelas yang sewaktu seluruh dunia sedang menjejaki pesawat MH370 ini, Najib merasakan ia masa yang sesuai untuk mempromosi jualan ayam? Siapa yang tidak sensitif sekarang?
Terdahulu, hanya media cetak arus perdana yang dibenarkan mengambil gambar Najib dan isterinya sewaktu mereka berdua mengunjungi keluarga penumpang di sebuah hotel di Putrajaya.
Bukankah ini juga cubaan mendapatkan publisiti secara tidak sensitif? Bukankah lebih baik jika kunjungan ini dilakukan tanpa kehadiran media?
Kepada pengkritik “sensitif”, adakah anda menggunakan alasan ini untuk menghentikan usaha mendapatkan ketelusan dan mendedahkan ketiadaan disiplin dan kecekapan?
Tiada siapa yang ingin mengguris perasaan mereka yang sedang menanti kepulangan orang tersayang.
Tetapi ini tidak seharusnya digunakan dari menyekat orang awam dari mempersoalkan kecekapan MAS dan pihak berkuasa Malaysia dalam menguruskan dan menyiasat insiden ini.
Contohnya, adakah MAS telah mendapat pengajaran dari dua dakwaan terdahulu terhadap syarikat ini di luar negara? Ini adalah isu integriti yang relevan dengan kehilangan pesawat ini.
Perbuatan menimbulkan isu ini adalah tidak sensitif? Jadi kita harus biarkan ketiadaan integriti?
Sekarang ini, pendakwaan mengenai salah guna kuasa anak kapal MAS dalam kokpit pesawat terdahulu telah didedahkan media Australia. Perlukah ini dibiarkan atas nama sensitiviti?
Isu sebenarnya adalah: ada pihak yang cuba mempolitikkan isu ini, termasuklah mereka yang ingin menyembunyikan kesilapan.
Jangan lupa yang pengangkutan udara melibatkan nyawa. Tidak kira atas sebab apa, ketidakcekapan, ketiadaan disiplin dan integriti tidak boleh dibiarkan dan harus didedahkan, bukannya disorokkan seperti yang selalu terjadi di negara ini.
Oleh Ng Kee Seng
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Post a Comment