9 Sebab Mengapa Malaysia Layak Digelar Negara Koboi
Posted by Unknown on 9:43 AM in Malaysia Negara Koboi Najib Haram Jadah Samseng Umno | Comments : 0
Provokasi yang dilakukan oleh samseng-samseng Umno semasa ceramah Pakatan Rakyat di Gombak baru-baru ini amat dikesali. Ia juga menunjukkan bahawa negara kita makin lama makin menjadi Negara Koboi ataupun sudah pun menjadi Negara Koboi.
Antara ciri Negara Koboi adalah:
1. Berleluasanya budaya samseng dalam masyarakat: Selain kejadian di Gombak tempoh hari, sudah banyak kali ceramah Pakatan Rakyat diganggu oleh samseng Umno/Barisan Nasional. Ini baru soal politik. Selain itu, budaya samseng makin menular dalam masyarakat kita, malah sudah pun merebak di peringkat sekolah rendah. Kewujudan budaya ini dalam masyarakat kita terbukti lagi dengan penerbitan makin banyak filem-filem bertema samseng, seperti KL Gangster, PE3, Budak Pailang dan sebagainya.
2. Berleluasanya penggunaan senjata api dalam jenayah ganas: Hampir setiap hari kita membaca atau mendengar berita tentang penggunaan senjata api dalam jenayah ganas yang membabitkan pembunuhan. Ini menunjukkan seolah-olah amat mudah bagi penjenayah mendapatkan pistol di negara ini. Tidak cukup dengan itu, kes jenayah yang melibatkan penggunaan bom juga sudah banyak kali berlaku. Yang terbaru adalah kes pengedar dadah melemparkan bom tangan ke arah pasukan polis yang mengejarnya.
3. Jenayah berleluasa dan dianggap sebagai perkara biasa: Antara lima dan sepuluh tahun yang lalu, adalah amat sukar bagi kita mendengar siren polis. Tetapi pada hari ini, siren polis sudah menjadi perkara biasa. Kini, jenayah terlalu kerap berlaku, hinggakan ia dianggap sebagai perkara biasa, terutama oleh para penduduk bandar.
4. Penjenayah galak melakukan jenayah: Sudah banyak kes di mana penjenayah tidak takut melakukan jenayah atau seolah kebal dari tindakan undang-undang. Misalnya adalah kewujudan pusat perjudian haram yang dibuka berdekatan balai polis.
5. Pihak berkuasa lepas tangan: Contohnya adalah apabila ceramah-ceramah Pakatan Rakyat diganggu dan diprovokasi, pihak polis membiarkan sahaja dan tidak menangkap samseng-samseng tersebut.
6. Sikap saling mencurigai: Disebabkan berleluasanya jenayah, maka rakyat hidup dalam ketakutan. Suasana takut ini kemudiannya mengakibatkan rakyat kini saling mencurigai antara satu sama lain. Contohnya, sekarang ni, apabila kita sekadar hendak bertanyakan arah jalan, ada orang yang tidak berani melayan kerana menyangka kita adalah penjenayah yang menggunakan pertanyaan itu sebagai helah.
7. Pergantungan pada pengawal swasta dan alat keselamatan: Sekarang ni, jika kawasan perumahan kita tidak membayar syarikat keselamatan swasta bagi melakukan rondaan, maka kita dianggap sebagai ganjil. Dengan meningkatnya kadar jenayah, banyak kejiranan terpaksa mewujudkan komuniti berpengawal dan berpagar (gated and guarded) bagi memastikan keselamatan kejiranan mereka. Tidak cukup dengan itu, sudah banyak rumah yang memasang penggera dan CCTV. Pergantungan yang kian meningkat pada pengawal swasta dan alat keselamatan adalah satu lagi ciri Negara Koboi. Tidak mustahil bahawa jika kadar jenayah terus meningkat, maka suatu hari nanti, kita terpaksa menggunakan sistem akses kad (card access system) untuk masuk ke dalam rumah kita.
8. Terpaksa menawarkan ganjaran bagi menangkap penjenayah: Kini, sudah semakin banyak pihak, sama ada individu ataupun organisasi yang terpaksa menawarkan ganjaran bagi menangkap penjenayah yang telah melakukan jenayah terhadap mereka. Ini antara lain menunjukkan bahawa rakyat kurang percaya pada keupayaan pihak polis bagi membanteras jenayah.
9. Berleluasanya ketidakadilan: Berleluasanya ketidakadilan adalah satu lagi ciri Negara Koboi. Ramai orang kini sebenarnya lebih percaya dan yakin pada NGO daripada kerajaan. Mereka yakin bahawa NGO lebih mampu membantu mereka menyelesaikan masalah dan mendapatkan keadilan. Antara punca ini berlaku adalah berleluasanya ketidakadilan dalam masyarakat, yang mana kerajaan yang sepatutnya menegakkan keadilan. Maka apabila kerajaan dilihat tidak menegakkan keadilan, maka rakyat yang tertindas terpaksa memohon bantuan daripada NGO.
Oleh Zaimah Hashim
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Post a Comment