BREAKING NEWS

Zambry Kadiaq Ketaq Lutut Tengok Puluhan Ribu Rakyat Membanjiri Bandar Seri Iskandar



             
Bandar Sidec,Seri Iskandar: Puluhan ribu rakyat telah meredah becak dalam hujan renyai untuk hadir ke Ceramah Himpunan Kebangkitan Rakyat di Padang SEDC, Bandar Seri Iskandar, di sini malam tadi untuk mendengar amanat pemimpin Pakatan Rakyat.

Suasana himpunan bagaikan pesta apabila program dimulakan dengan konvoi Alternative Rider Club (ARC) pada sebelah petang, disusuli konsert artis pro-perubahan Ito dan Nik Jidan.

Deretan warung NGO, busana aktivis pro-perubahan dan gerai makanan menjadi pilihan pengunjung.

Kenderaan yang terpaksa ditempatkan di sepanjang lebih tiga kilometer menuju ke tapak ceramah menunjukkan kehadiran ribuan pengunjung bukti semangat perubahan harapan rakyat Perak.

Mereka yang pelbagai kaum dengan gaya tersendiri dari latar belakang umur berbeza, seperti turun ke perlawanan bola sepak, menambah kemeriahan program.

Ada yang memakai t-shirt khas himpunan, meletakkan poster pimpinan Pakatan Rakyat di cermin kereta dan ada pula  menggantung bendera di keliling motorsikal.

Ceramah dimulakan kira-kira jam 9.00 malam oleh NGO penyokong Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Dari NGO GMI (Gerakan Mansuhkan ISA) dan Royalti, disusuli ucapan pimpinan Pakatan Rakyat tempatan.

Acara kemuncak bermula sebaik Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengambil tempat ceramah.

Diikuti Naib Pengerusi DAP, Tan Seng Giaw; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum itu sebuah Bas Jelajah Merdeka Rakyat sekali lagi diserang samseng Umno ketika menuju ke ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perak semalam, menyebabkan cermin sisi penumpang di tingkat atas retak dan berlubang.

Semasa kejadian, Ketua Umum KEADILAN tidak mengikuti rombongan, sebaliknya hanya lapan kakitangan pejabat parti yang berada dalam bas.

Menurut saksi yang juga Setiausaha Pengelola KEADILAN, Raden Shamsul Akmar Raden Shamsuddin, insiden itu berlaku antara 6.30 petang hingga 6.45 petang, selepas bas bergerak melepasi kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah menuju ke Bandar Seri Iskandar.

Sementara itu dalam ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim beliau mengingatkan Umno BN supaya tidak terus sombong menyerang Pakatan Rakyat menerusi media tunggangan mereka, kerana sejarah membuktikan calon pilihan raya parti itu pernah tewas ‘dimakan’ propaganda sendiri.

“Pilihan raya tahun 1969, tiap-tiap hari Utusan mainkan berita 300 ahli PAS keluar parti. Sebulan (mereka) kempen. Bila kita kira (tempoh sebulan itu), belas ribu ahli PAS yang keluar parti.

“Bila kira macam itu, (mestilah) PAS sudah hilang deposit. Tapi masa (pilihan raya), Pengerusi Utusan (Datuk Hussien Mohd Nordin) kalah bila lawan Hashim Gera (Parlimen Parit),” kata Anwar di hadapan 20,000 rakyat pada Ceramah Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seri Iskandar, Perak malam tadi.

Tegas Ketua Umum KEADILAN itu, berita yang dilapor Utusan Malaysia dan TV3 bahawa BN akan menang dua pertiga majoriti di Parlimen hanyalah keyakinan palsu untuk mententeramkan pemimpin mereka.

“Mereka ‘terajang’ kita tiap malam. Empat hari empat malam sebut nama Anwar pada Perhimpunan Agung Umno…Dah jadi ‘Perhimpunan Agung Anwar’.

“Rakyat dah mangli. Ini bukan tahun 50′an. Rakyat tidak ada TV. Hanya ada RTM. Tapi sekarang boleh tengok ‘live’ (langsung) ceramah ini dari seluruh dunia. Malam ini puluh ribu rakyat datang atas kesedaran dan mahu bangkit tuntut perubahan,” katanya.

Beliau juga hairan apabila media Umno BN sibuk memainkan isu bakal Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.

“Umno hanya mimpi sahaja…Mereka tak tahu muafakat dalam Pakatan Rakyat cukup mantap,” jelas Ketua Pembangkang.

Rakyat perlu kaji secara teliti setiap laporan berita media Umno BN kerana terkandung di dalamnya mitos yang menafikan kebenaran, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum KEADILAN berkata, banyak fakta diseleweng untuk memburukkan beliau dan pemimpin Pakatan Rakyat terutama penglibatannya dalam pentadbiran kerajaan.

“Rakyat mesti kenal mana satu mitos, mana satu fakta. Apa kenyataannya? Saya ketika jadi Menteri Kewangan pada 1993 tulis kepada Bank Dunia, (minta) hentikan pinjaman, tidak mahu pinjam lagi.

“Sebab wang kita dah lebih. Lihat, di antara realiti dan dongeng. Kenyataannya, saya yang ambil keputusan hentikan hutang,” kata Anwar sambil menunjukkan graf kewangan dan hutang negara di layar besar pentas Himpunan Jelajah Kebangkitan Rakyat di Seri Iskandar, Perak malam tadi.

“Tetapi mitosnya (Umno BN kata) saya (pula sokong) IMF, Bank Dunia. Kerana saya pada 1996 hingga 1997 jadi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia dan IMF. Tapi saya tetap (tak mahu pinjam). 1998 saya masuk ‘istana hinggap’ Sungai Buloh.

“Kemudian Mahathir (Mohamad) jadi Menteri Kewangan. Tahun 1999, dia tulis surat kepada Bank Dunia minta pinjam. Rakyat tak tahu. Ada keluar TV3? Utusan lapor? Tak ada!” tegas Anwar depan 20,000 rakyat.

Sambungnya, ketika menjadi profesor jemputan dan jawatankuasa akauntabiliti dan program anti rasuah di Universiti of Georgetown, Amerika Syarikat pada 2006 mendapati, Mahathir membuat pinjaman kepada Bank Dunia.

“Rupa-rupanya fail Malaysia terbukti permohonan daripada kerajaan Malaysia minta hutang daripada Bank Dunia. Kenyataannya Dr Mahathir minta hutang, Anwar tak minta hutang.

“(Kemudian) lepaskan (propaganda), (kata) Anwar IMF, Mahathir anti (IMF). Ini sebabnya Najib (Razak) takut debat,” tegas Anwar.

Tambahnya, sejak beliau ‘dipaksa’ meletakkan jawatan Menteri Kewangan pada 1998, hutang negara terus bertambah dengan jumlah terkini mencecah RM500 bilion.

“Kalau dulu tahun 1970, Tun Razak hutang Bank Dunia untuk pembangunan luar bandar, buat Felda. Zaman Najib sahaja hutang RM300 bilion. Saya nak tanya orang Parit. Dalam tiga tahun kebelakangan ini, ada perubahan? Sebab itu kita lawan berdasarkan angka dan fakta,” tegas Ketua Pembangkang.

Turut hadir pada himpunan tersebut, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalannya Mohamad Sabu dan Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Seng Giaw.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails