Cabaran 'Cover Line' Nazri Aziz Tidak Relevan
Posted by Unknown on 4:58 PM in Nazri Aziz Penipu Rakyat Rafizi Ramli Sprm Umno Rasuah | Comments : 0
SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini mendakwa cabaran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz tidak relevan kerana beliau telah pun menyatakan pendiriannya akan mengambil tindakan perundangan termasuk membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurutnya, beliau yakin dengan bukti-bukti yang didedahkan mengenai anak menteri itu, yang dikaitkan dengan kenderaan milik ahli perniagaan Michael Chia.
Katanya, beliau akan membuat laporan di SPRM 3 petang ini.
Tambahnya, "sekarang bukan soal cabaran, tetapi soal etika politik dan undang-undang."
"Dari etika politik dan undang-undang, sebagai seorang menteri yang menjaga undanga-undang termasuk SPRM, sebelum ini Nazri paling lantang dan kuat mengkritik Shahrizat dalam skandal NFC, sekarang dia sebagai menteri beliau juga perlu disiasat dan berehat sepanjang siasatan.
"Kita pun, dari PKR, akan membuat laporan kepada SPRM pada pukul 3 petang ini, di Putrajaya terhadap Nazri serta kita tidak lupa Datuk Seri Musa Aman berhubung skandal RM40 juta itu," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.
Kelmarin, Nazri mencabar Rafizi Ramli membuat laporan di SPRM berhubung beberapa dakwaan melibatkan diri dan anaknya.
Nazri turut mencabar Rafizi mengambil tindakan undang-undang ke atasnya kerana terlalu yakin mempunyai bukti kukuh membabitkan anaknya yang menggunakan kenderaan mewah milik Chia.
"Saya cabar dan tunggu di mahkamah. Saya tidak perlu buat laporan ke atasnya, dia yang menuduh, maka dia yang patut bawa ke mahkamah.
"Undang-undang negara kita, siapa menuduh, dia yang perlu dakwa dan buktikan, bukannya orang dituduh.
"Saya juga cabar dia buat laporan kepada SPRM. Saya tunggu," katanya.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata, PKR yakin mempunyai bukti yang kukuh dan di samping siasatan SPRM dijalankan, pihaknya akan terus melakukan siasatan terhadap kes itu.
Katanya, Rafizi akan mendedahkan satu-persatu bukti yang diperoleh kepada rakyat dan Nazri perlu menjawabnya dengan cara "politik."
"Di samping SPRM melakukan siasatan, kita PKR akan terus membongkar dan mencari bukti untuk kes itu.
"Dan, Nazri mesti menjawabnya dengan cara politik," katanya.
OLEH JAMILAH HAMZAH
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Post a Comment