Siapa
yang tak kenal menteri mulut celupar (mulut limbah) Nazri Aziz. Menteri
yang terkenal mempertahankan setiap undang-undang dan peraturan yang
menekan dan menzalimi rakyat. Memang dah sinonim dengan Nazri.
Inilah menteri yang tidak pernah
menunjukkan rasa simpati ke atas penderitaan rakyat. Segala
undang-undang dan peraturan perlu mengikut telunjuk si mulut celupar
ini.
Dan undang-undang serta peraturan, tidak
pula diguna-pakai untuk kaum kerabat dan kroni. Sebab itu, anaknya
bebas memukul rakyat, menzalimi rakyat namun terlepas begitu saja. Jika
mengikut standard Najib, Nazri ini layak diberikan gelaran Menteri Undang-undang Haramjadah.
Kini telah terdedah kepada umum betapa
menteri ini mampu mengumpul harta dan kemewahan secara yang tidak
bermoral. Malah Micheal Chia, seorang yang didakwa sebagai penggubal
wang haram pun dengan mudah 'dibersihkan' oleh Nazri kerana Chia berkawan baik dengan anaknya, si Nadim.
Salah satu penemuan yang
amat memeranjatkan kita sebagai rakyat (yang rata-rata terpaksa
mengikat dan mengalas perut) ialah gambar sebuah kediaman laksana
mahligai di bandaraya Kuala Lumpur yang dimiliki oleh anak si menteri
mulut jamban ini.
Gambar di bawah menunjukkan sebuah kolam
renang di unit 'mahliga atas angin' yang dimiliki oleh anak si menteri
yang bernama Nedim. Patutlah beriya-iya sangat si Nazri cuba mengelak
desakan agar semua menteri umno dan Barisan Nasional mengisytiharkan
harta mereka.
Di kala rakyat di Padang Rengas hidup
dikelilingi longkang dan parit yang kotor dan tersumbat, anak si menteri
hidup mega-mewah di kediaman yang dikelilingi kolam renang.
Mudah-mudahan ianya bukan daripada hasil 'menjual Gunung Pondok'
kepada kilang simen YTL (sebelumnya, Perak Hanjoong). Maklumlah, orang
jual tanah, kamu jual gunung.... harap-harap, tidaklah..
Mampukah kamu pikul mahligai dan kolam
renang anak kamu ketika berhadapan dengan Allah Azza Wajaalla di sana
nanti? Itu baru mahligai dan kolam renang. Dan itu baru di Kuala
Lumpur....
Lebih banyak pendedahan mengenai hubungan anak Nazri dengan penggubal wang haram, Michael Chia, di sini. (SUV Hummer tanda kaitan Nazri-Chia, dakwa PKR).
Anak Nazri...
(Lebih banyak foto anak Haji Mohamad Nazri Aziz di sini.)
- Weblog M@RHAEN. (sumber: King Jason & Malaysia Kini)
limbah tu perkataan org gampung gua bro...
ReplyDelete