Johor 28 Okt: Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin menyifatkan polis berlagak seperti pengganas ‘Abu Sayyaf’ apabila menahan 4 anggota DAP ketika ceramah di Bandar Seri Alam, Masai semalam.Beliau juga kecewa dengan tindakan polis yang didakwanya menghilangkan diri sewaktu berlakunya kekecohan di ceramah Pakatan Rakyat di Johor kelmarin.
Badrul Hisham Shaharin
Dakwanya, sebaik program bermula jam 9 malam, sekumpulan 10 hingga 12 individu mengunci dalam sebuah balai raya yang terletak 50 meter serta memasang kaset ceramah dengan kuat.
Beliau mendakwa, individu itu penduduk tempatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Umno dan balai raya tersebut telah ditukar menjadi bilik operasi BN.
Badrul mendakwa, beliau kemudiannya berulang-ulang kali menggunakan mikrofon di atas pentas meminta polis untuk bertindak terhadap provokasi tetapi mendakwa anggota polis yang berpakaian preman dan beruniform 'secara misteri' menghilangkan diri.
"Saya panggil tiga kali supaya polis supaya tampil dan hadirin juga memanggil mereka tetapi tiada seorang pun berbuat demikian.
"Saya yakin ada anggota polis kerana polis berpakaian preman telah memasang video kamera di hadapan pentas," katanya sambil menambah kekecohan itu berlaku sekalipun Pakatan telah memaklumkan kepada polis sejak dua minggu lalu.
Video kamera polis yang diselamatkan oleh Chegubard
Katanya, apabila suasana semakin tegang, beliau 'menyelamatkan' video kamera itu atas sebab keselamatan memandangkan terdapat hadirin yang berang telah menghampirinya.
Badrul juga menjelaskan beliau tidak berniat untuk mencuri video kamera tersebut sebaliknya bimbang dengan keselamatannya dan berjanji akan memulangkannya selepas berbincang dengan Ketua Cawangan Khas Johor Ramli Hassan.
Post a Comment