BREAKING NEWS

Kerajaan Perlu Batalkan Semua Saman 'Haru Biru' AES

 Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang bertujuan untuk merompak wang rakyat demi untuk memperkayakan kroni Umno/Bn.


KUALA LUMPUR 31 Oktober: Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) keliru dan celaru, justeru kerajaan perlu membatalkan semua saman yang dikeluarkan sejak 13 Oktober lalu, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Naib Presiden PAS itu berkata, terdapat beberapa pengguna jalan raya yang dikenakan saman kerana memandu lebih had laju ditetapkan iaitu 110km/j di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Namun, Seksyen 79(2) menyatakan kesalahan kerana mengabaikan isyarat lalu lintas, jadi ada kekeliruan di situ,” jelas Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) itu.

“Hukuman di bawah seksyen tersebut juga menetapkan denda tidak melebihi RM500, bukan minimum RM300. Jadi kepada mereka yang telah disaman, kita sarankan tak perlu bayar kompaun,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Mahfuz berkata, pengguna jalan raya yang disaman mungkin hanya akan dikenakan denda RM50 atau dibebaskan dengan amaran jika pergi ke mahkamah, oleh itu mereka tidak perlu membayar kompaun sehingga RM300.

“Kita pergi ke mahkamah ramai-ramai dan kami akan sediakan peguam. Tapi kalau nak kayakan kerajaan dan kroni, bolehlah pergi bayar,” sinisnya.

Semalam, Pemuda Umno turut mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan sistem itu sehingga kajian menyeluruh dilakukan.

Isnin lalu, empat negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bersetuju untuk menangguhkan pemasangan AES di negeri masing-masing.

Oleh Aisha Geoffrey

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails