Seluruh Rakyat Malaysia Wajib Menolak Kerajaan Rasuah Umno/BN
Posted by Unknown on 7:37 PM in | Comments : 0
KUALA LUMPUR 23 Sept: Kenyataan Perdana Menteri bahawa masa depan negara akan tergadai jika Pakatan memerintah tidak berasas, sebaliknya rakyat berdepan risiko jika Umno-BN terus diberi mandat pada pilihan raya umum ke 13.
“Najib dan Umno BN harus ingat mereka sebenarnya yang mengadaikan negara dengan projek-projek untuk keuntungan peribadi seperti NFC, Lynas, Bukit Koman dan pelbagai lagi projek yang diusahakan untuk mengaut keuntungan peribadi,” kata Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh.
Justeru beliau meminta Najib berhenti memperbodohkan rakyat kerana mereka kini bijak menilai dan tidak lagi bergantung kepada laporan berat sebelah media arus perdana.
“Dia (Najib) ingat semua rakyat akan percaya dan hanya baca berita dari Utusan saja atau menelan bulat-bulat apa yang dia cakap,” kata beliau ketika dihubungi.
Mengulas lanjut, Fuziah berkata Pakatan Rakyat membuktikan kejayaan mengurus tadbir di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan dengan prinsip telus dan merakyatkan ekonomi untuk kesenangan rakyat.
“Kita juga sedaya upaya menangani masalah ketirisan hasil peninggalan Umno BN,” katanya.
Pada masa sama, Fuziah turut mencabar Najib mengemukakan bukti berhubung dakwaan beliau yang menolak kekayaan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
“Kalau benar pendedahan mengenai kekayaan keluarga serta kroni Taib yang berjumlah RM64 billion tidak benar, kita minta beliau kemukakan bukti dan bukan hanya bercakap kosong saja.
“Sebagai Perdana Menteri, beliau seharusnya bercakap berdasarkan fakta dan angka, bukan menafikan tanpa bukti yang jelas,” tegas beliau.
Oleh: Aliff Fikri
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Post a Comment